TORA DATANG LAGI - 111
Sejenis permainan santai yang dimainkan sekadar suka-suka. Ia selalunya dimainkan apabila selesai menghabiskan segelas minuman. Seperti nama permainannya, permainan ini hanya memerlukan sebatang straw untuk dijentik.

Straw akan dipegang secara melintang dan disimpul pada kedua hujungnya sehinggalah udara termampat padu pada bahagian tengah straw. Straw akan dihulurkan kepada sesiapa sahaja untuk dijentik sehingga pecah. Siapa yang dapat menjentik bahagian tengah straw sehingga pecah dikira sebagai hebat dan sangat lelaki.

Selain permainan jentik straw, straw juga turut digunakan untuk bermain tembak-tembak. Baki ais di dalam gelas yang sudah kehabisan air akan dipepah sehingga hancur. Straw akan diletakkan pada mulut dan ais hancur akan disumpit pada arah kawan-kawan.

Terkejut satu hal, geli satu hal.