Mencari Kiblat Cinta - 112
Itulah yang menimbulkan curiganya. Bertahun-tahun dia merasakan seperti ada perkara yang tidak beres dalam hidupnya.

Penting sangat ke Aliff nak tahu tentang sejarah silam Aliff Untuk apa Bukankah kami semua sayangkan Aliff selama ini Suara Najla pula singgah menggasak dirinya.

******

Dia terdiam. Bicara Najla merimaskannya. Gadis itu langsung tidak mengerti apa-apa tentang dirinya. Namun dia tidak salahkan Najla, kerana gadis itu masih bersikap keanak-anakan. Malah Najla muda dua tahun darinya.

Bunyi ketukan bertalu-talu pada cermin Naza Rio kepunyaannya membuatkan lamunannya menghilang. Dia menoleh. Seraut wajah sudah tercegat di hadapan kenderaannya sambil memimpin tangan Melia. Aliff tergaman. Hendak tak hendak dia segera keluar dari keretanya.

Pak Su sapa Melia riang. Anak kecil itu terus menghampirinya lalu memeluk tangannya. Aliff tunduk lalu berbisik pada telinga si kecil itu. Melly masuk dalam kereta dulu, nanti Pak Su datang. Suruhnya lalu membuka pintu kereta itu untuk Melia. Anak kecil itu menurut tanpa banyak soal.

Sesudah itu, pandangannya dilontar ke arah Danira. Gadis itu juga memandangnya. Aliff tahu, lambat atau cepat, dia harus mengetahui kenapa reaksi Danira begitu aneh bila berhadapan dengannya. Dia harus bertanyakan semua itu sebelum dia jadi lebih gila memikirkan sebarang alasan.

Filman tak datang Tak disangka-sangka gadis itu terlebih dahulu membuka pertanyaan. Dia menggeleng.

Abang Filman jemput ayah saya di hospital. Dia bimbang terlambat, sebab tu dia minta saya yang jemput Melly. Ujar Aliff menjelaskan.

Danira sekadar mengangguk. Lidahnya kelu untuk terus berkata-kata. Bagaikan ada batu besar tersekat di kerongkongnya. Dia tahu Aliff tidak suka berjumpanya. Tapi dia terpaksa menghantar Melia pada Aliff apabila dia terpandang kereta anak muda itu.

Saya nak berbincang sesuatu dengan Cik Danira. Boleh kita keluar sekejap Tanya Aliff berterus-terang.

Danira terpaku. Matanya menjamah ke serata wajah Aliff. Dadanya berdebar-debar. Entah kenapa dia takut mahu mendengar apa yang mahu diperkatakan Aliff. Bagaimana kalau Aliff berkata sesuatu yang mengecewakannya Bagaimana kalau anak muda itu hanya mahu memberi amaran agar dia tidak muncul diri lagi

Sekejap saja, saya janji tak lama. Ujar Aliff lagi apabila dilihatnya Danira kelihatan resah.

Maaf, saya ada hal lepas ni. Danira membuat alasan.

Aliff terkedu. Penolakan gadis itu membuatkan dia kecewa. Sebaik dia melihat Danira mahu menyeberang jalan untuk kembali ke taska, dia hanya mampu memerhatikan kelibat tubuh itu berlalu pergi.

Dia berpaling ke arah Melia yang sedang melambai-lambaikan tangannya. Aliff sekadar tersenyum melihat telatah anak kecil itu. Namun belum sempat dia mahu masuk ke dalam keretanya semula, telinganya tiba-tiba mendengar bunyi yang membingitkan. Aliff berpaling. Dia dapat melihat dengan jelas sebuah van berwarna merah tua dan bercermin gelap berhenti di bahu jalan.

Dua lelaki berpakaian serba hitam keluar dari perut van lalu cuba menangkap Danira yang meronta-ronta cuba melepaskan dirinya.

Cik Danira! Jerit Aliff sekuat hati. Teriakannya membuatkan kedua-dua lelaki itu berpaling ke arahnya. Tanpa berfikir panjang, Aliff segera meluru ke arah van tersebut. Salah seorang lelaki yang memegang Danira direnggut dari belakang lalu ditumbuk sekuat hati. Lelaki itu terperosok jatuh. Lelaki yang seorang lagi naik angin lalu melepaskan Danira. Kini tatapan matanya beralih ke arah Aliff. Bibirnya diketap berang. Dari saku seluarnya dia mengeluarkan sebilah pisau. Kilasan mata pisau itu membuatkan Danira tersentak. Dia memandang Aliff yang kelihatan teragak-agak mahu menerpa ke arah lelaki bersenjata itu.

Kau dah tak sayang nyawa Marilah cuba kalau berani. Getus lelaki itu sambil mengacah-acah pisau di tangannya. Aliff berundur selangkah, namun tiba-tiba tangannya dipulas ke belakang. Dia mengaduh kesakitan. Pergerakannya seolah dikunci sehingga dia tidak mampu bergerak.

Melihat temannya berjaya memegang anak muda itu, lelaki yang memegang pisau itu ketawa besar. Dia sudah bersedia mahu membenamkan mata pisaunya ke tubuh anak muda itu.

Menyedari keadaan Aliff dalam bahaya, Danira sudah tidak mampu berfikir panjang. Dia segera meluru lalu mengigit tangan lelaki itu. Si lelaki menjerit kesakitan lalu segera menjatuhkan pisau di tangannya.

Perempuan bedebah! Jerit lelaki itu lalu menempeleng pipi Danira sekuat hati. Tak cukup dengan itu, tubuh anak gadis itu yang sudah jatuh mencium tanah ditendang sekuat hati.

Jangan! Jerit Aliff cemas. Namun kali ini tumbukan buku lima lelaki itu singgah ke perutnya pula. Dia jatuh berguling menahan senak, namun kedua-dua lelaki itu terus membelasahnya. Ternyata kehadirannya dianggap menganggu dan menyusahkan. Dan kedua-duanya bagai sudah naik gila sehingga tidak mempedulikan beberapa penduduk kejiranan itu yang sudah keluar dari rumah masing-masing.

Kau memang cari fasal budak. Kalau ikut hati aku, aku bunuh aje kau kat sini. Gumam salah seorang lelaki itu lalu terus membelasah Aliff.

bersambung

Bab akan datang:

Adakah itu lelaki yang sama menculik Danira atau orang lain