TORA DATANG LAGI - 112
Jam tangan jenama Boy London sememangnya mendahului kesemua jam-jam tangan yang ada pada zaman itu. Boy London merupakan jenama pakaian dari United Kingdom. Selain mengeluarkan produk-produk pakaian, ia juga turut mengeluarkan beberapa model jam tangan yang tidaklah lawa mana sebenarnya jika difikirkan kembali.

Walau bagaimanapun, jam tangan Boy London yang mendapat tempat di hati ketika itu bukanlah dari jenama yang asli. Ianya adalah tiruan dan dijual dengan harga yang lebih murah.

Jam tangan Boy London tiruan ini mempunyai rekaan yang biasa-biasa sahaja sebenarnya dengan tali jam diperbuat dari kulit murah, hiasan belakang gambar bintang/burung helang serta logo Boy London yang sangat menonjol. Pada buckle terpapar tulisan BOY yang sangat ketara dan ia juga tertera pada plet besi boleh karat di bahagian belakang.

Kelebihan dan tarikan utama jam Boy

London sebenarnya adalah pada permukaannya yang dapat bertukar warna yang berbeza ketika waktu pagi, tengah hari dan juga malam. Juga terdapat model yang akan bertukar warna apabila didedahkan pada suhu sejuk atau panas. Satu lagi model yang kurang popular adalah dari jenis glow in the dark.

Dapat pakai jam tangan Boy London pergi sekolah, rasa macam semua orang asyik pandang kita. Lagi-lagi waktu makan di kantin.

Rasa segan nak angkat tangan kerap-kerap.