Malam sedang tulisan ini aku siapkan; suara kamu sedang enak memalu hati biar rajuk pejamku terpujuk olehmu Ada latar suara cuba bisik di celahan suaramu Mahu aku alaskan dulu ubunmu dari dicium dia Aku cuma diam.
Dalam lebat hujan dalam erat pejam aku cuma diam dan patuh
Malam sedang tulisan ini aku akhirkan; kamu sedang menelaah mimpi mari aku selimutkan tubuh dan hatimu
Malam sedang tulisan ini aku akhirkan; kamu sedang mengerekot peluk mari aku ciumkan ubunmu dalam lebat hujan dalam erat pejam aku cuma acah igau dan engkar Selamat malam dari jauh.