Bunyi mengelegak sup sayur mematikan lamunannya yang jauh melayang. Cepat-cepat dia memadamkan api dapur. Qamra Ain membuka pintu kabinet yang menempatkan pelbagai saiz pinggan mangkuk. Diambil satu yang sederhana besar. Kemudian, dia menceduk sup sayur ke dalam mangkuk hingga separa penuh. Diambil pula pinggan untuk dijadikan alas mangkuk.
Qamra Ain berhati-hati membawa mangkuk yang beralas pinggan tadi ke meja makan. Dari jauh diperhatikan Tok Ayah yang baru sedar dari pengsan sedang ralat menonton rancangan Astro di ruang tamu. Pandangannya beralih pula memandang ke arah luar terus ke arah garaj. Tiada motor berkuasa tinggi milik Aizal Fahmi diparkir situ. Barangkali jejaka itu sudah lama keluar ketika dia berada di dapur tadi.
Atuk jom makan. Hari ni Ain masak sup sayur yang atuk suka tau! Pelawa Qamra Ain sambil menceduk sup sayur ke dalam mangkuk kesukaan Tok Ayah. Tiada reaksi. Menoleh tak, mengangguk pun tak. Tok Ayah terus membatu di atas sofa tamu.
Qamra Ain menghela nafas panjang. Kali ini lain benar perangai warga tua itu. Selalunya, belum sempat sup sayur beransur-ansur menyejuk di dalam mangkuk, terus Tok Ayah menghirup hingga habis. Mengadu manja yang lidahnya terbakar pedih dek menelan sup panas. Tapi, kenapa hari ini tak pula Adakah Tok Ayah tengah merajuk dengannya
Qamra Ain mengatur langkah menuju ke ruang tamu. Baru hendak berlabuh duduk di sebelah, Tok Ayah pula bingkas dari sofa. Dia terus menghala langkah ke arah pangkin luar. Dia duduk di situ memandang terus ke arah laut yang terbentang luas. Angin sepoi-sepoi di petang ini mengerbang-gerbang rambut yang dipenuhi uban-uban halus mengikut arah angin bertiup.
Tok Ayah kembali ke perangai lama. Sewaktu mula-mula diberi tugas menjaga warga tua ini 2 tahun lalu. Beginilah keadaannya. Pada mulanya, sukar sungguh dia menguruskan Tok Ayah lantaran emosi dan Alzheimer ringan yang dihidapi. Puas juga dia mengkaji dan mengikut rentak Tok Ayah yang acapkali berperangai kebudak-budakan. Namun, Alhamdulillah. Berkat atas kesabaran dan kajiannya yang mendalam tentang rawatan yang berkenaan penyakit seperti itu dia dapat menundukkan Tok Ayah.
Qamra Ain bangun dari sofa dan beredar menuju ke arah pintu. Dia terhenti di situ sambil melihat Tok Ayah bersendirian duduk bersila di atas pangkin. Sayu rasa hati bila tiba masanya dia bakal tinggalkan mereka semua di kampung ini sikit masa lagi.
Hari ini, dia bersedia untuk ceritakan segalagalanya pada Tok Ayah. Dengan ketiadaan Aizal Fahmi di waktu ini memberi laluan luas untuknya meluahkan apa yang terpendam sekian lama. Meskipun Tok Ayah tak faham sebutir apa pun, biarlah. Asalkan dia dapat melepaskan beban perasaan yang ditanggung seorang diri.
Perlahan-lahan dia merapati pangkin dan duduk berlabuh di sebelah Tok Ayah. Sama-sama memerhatikan ombak yang hempas-menghempas di tengah laut.
Atuk nak tau tak Ain jumpa semula ibu masa Ain ke KL hari tu sebab tu Ain tak datang jaga atuk, katanya terhenti di situ.
Qamra Ain berkalih muka ke arah Tok Ayah yang merenung sepi ke arahnya. Dia membalas renungan seraya mengukir senyuman yang manis dan tenang.
Ain minta maaf kalau Ain buat atuk kecewa dengan sikap Ain selama Ain menjaga atuk. Ain minta maaf ye. Halalkan makan dan minum Ain selama Ain di sini. Keterlanjuran kata yang Ain tak sedar kalau ada menguris perasaan atuk. Ain tau Ain hanya menumpang kasih di kampung ni. Ain sayangkan atuk sayang sangat. Kasih sayang atuk menghidupkan kembali perasaan sayang Ain yang sudah lama Ain buang jauh. Terima kasih atuk, terima kasih atas segalanya.
Qamra Ain beralih duduk bertinggung di hadapan Tok Ayah sambil meletakkan tangan di atas peha orang tua itu. Kemudian dia meletakkan pula kepalanya di atas tangan. Air matanya mengalir turun ke pipi. Pilu dan hiba. Tak sampai hati untuk tinggalkan Tok Ayah yang telah mencurah kasih sayang padanya selama ini. Tapi, sampai bila dia harus menyusahkan mereka yang banyak membantunya di kampung ini
Puas dia memikirkan dan inilah keputusan yang dia buat. Pergi jauh dari kampung ini. Pergi sejauh mana kakinya mampu melangkah agar tiada lagi tangisan atau derita yang mengikutnya lagi selepas ini.
Ain sayangkan abang Aizal dan Ain tak nafikan yang Ain mula cintakan cucu atuk yang kacak tu, tapi hakikatnya Ain tak boleh... tanpa segan silu ringan mulut Qamra Ain berbicara tentang perasaan yang sebenar pada Aizal Fahmi.
Tiada sesiapa lagi untuk Ain luahkan penderitaan Ain selama ni. Semuanya Ain simpan di sini. Di dalam hati Ain demi kebahagiaan insan yang ada bersama Ain. Ain mahu mereka melihat dalam diri Ain yang Ain bahagia juga seperti mereka.
Atuk Qamra Ain mengesat air mata dengan belakang telapak tangan sebelum mendongak memandang ke arah wajah yang dimamah usia itu.
Sedaya upaya dia cuba mengoyak senyuman pada Tok Ayah. Dia terlihat ada titisan air mata juga jatuh ke atas belakang tangannya.
Atuk menangis tanya Qamra Ain kehairanan. Selama dia menjaga Tok Ayah, inilah kali pertama dia melihat linangan air mata orang tua ini jatuh membasahi di kedua belah pipinya yang berkedut. Adakah disebabkan atuk mula memahami apa yang diluahkan olehnya tadi Mustahil, sebab atuk pengidap Alzheimer dan mustahil boleh sembuh sepantas ini.
Atuk nak sup sayur Ain pergi ambilkan kejap. Atuk tunggu sini ya Qamra Ain bingkas dari bertinggung dan terus meluru pergi masuk ke dalam rumah.
Sementara menunggu Qamra Ain muncul semula, dia mengesat air mata yang semakin deras mengalir. Sebak rasa hati mendengar rintihan anak gadis itu. Dalam usianya yang masih muda, terpaksa melalui liku-liku kehidupan yang menyedihkan.
Selama ini, dia juga punyai rahsia. Dia merahsiakan sesuatu dari pengetahuan Qamra Ain dan sesiapa saja yang mengenalinya di kampung ini termasuk cucunya sendiri, Aizal Fahmi. Hakikatnya, dia lebih mengenali Qamra Ain dari gadis itu mengenali dirinya.
Dia mengeluarkan sesuatu dari bawah pangkin. Sebuah bekas Tupperware berwarna kuning. Perlahanlahan dia membukanya dan ada sesuatu yang berharga selama ini disimpan rapi dalam bekas itu. Segala kisahnya bermula di situ. Di atas cebisan-cebisan kertas yang sudah lusuh tapi masih terang lagi tulisan tercatit di setiap Post-It Notes.
Atuk, maaf lambat sebab Ain pergi panaskan sup tadi. Kalau sejuk tak sedap kata Qamra Ain terhenti di situ bila terlihat Tok Ayah kelam kabut menutup bekas tersebut. Malangnya, tak sempat dia menutup bekas tadi terjatuh ke lantai lalu berterbangan kertas memenuhi ruang angkasa.
Anak matanya buntang. Qamra Ain meletakkan mangkuk yang berisi sup sayur ke atas pangkin dan kemudian duduk mencangkung mengutip sehelai demi sehelai kertas yang jatuh di atas lantai. Dibacanya satu persatu. Ada yang tak sempat dicapai dek dibawa angin lalu. Terasa seram sejuk seluruh anggota badannya. Antara percaya atau tak.
Kenapa kertas-kertas ni kepala Qamra Ain mula mengimbas tatkala membaca isi kandungan kertas yang dikutipnya itu. Yang lebih memeranjatkan, antara kertas-kertas itu adalah tulisan dari tangannya sendiri.
Qamra Ain perlahan-lahan Qamra Ain menoleh ke arah empunya suara yang memanggil namanya lirih buat pertama kali.
Apa apa semuanya ni, atuk Kenapa bekas Tupperware dan kertas-kertas yang Ain tulis ada pada atuk
Ain atuk tau tentang Ain lebih dari Ain kenali atuk. Malah lebih lagi. Biarlah atuk berterus-terang sebab atuk tak mampu berbohong lagi. Tentu Ain kenal dengan kertas-kertas tu, kan Kertas-kertas tu, atuk simpan untuk sekian lama kerana hanya tulisantulisan menjadi kekuatan pada atuk untuk terus mengingati Ain.
Bertahun lamanya atuk cuba menjejaki Ain sejak atuk pergi tanpa tinggalkan sebarang pesanan pada Ain. Ain, sebenarnya atuk bukanlah seorang warga tua yang bisu dan pekak seperti yang Ain jumpa setiap pagi di bawah pokok dulu. Seorang lelaki gelendangan yang menjual belon setiap pagi yang Ain setia temankan adalah atuk sebenarnya. Cuma, di waktu tu mungkin Ain tak perasan sebab atuk menyembunyikan wajah
atuk di sebalik topi yang atuk pakai.
Qamra Ain semakin tak mengerti.
Atuk masih ingat lagi di waktu pagi, Ain datang seperti biasa mencari atuk di tempat biasa tapi atuk tiada lagi di situ. Atuk perhati Ain dari jauh dan Ain duduk keseorangan setia menunggu atuk sehinggakan Ain lambat masuk kerja. Di waktu itu atuk terpaksa pergi, Ain. Atuk perlu berangkat ke CA kerana ada urusan perniagaan yang memaksa atuk menetap di sana dalam tempoh yang lama serentak pula dengan berita kemalangan yang menimpa anak dan menantu atuk iaitu ibu bapa Aizal. Selepas 3 tahun atuk balik ke KL bersama Aizal, atuk cuba mencari Ain di Mels E tempat Ain bekerja dan pekerja di situ kata, Ain dah lama berhenti dan bekerja di THSC. Atuk cari di situ pun, jawapan yang sama. Jadi, atuk ambil keputusan untuk datang ke kampung ni dan menetap di sini bersama Aizal.
Tan Sri Kadir menarik nafas dan kemudian menghela perlahan-lahan sebelum menyambung semula cerita.
Pada mulanya atuk disahkan Alzheimer oleh klinik desa di kampung ni. Ada kala, atuk ingat dan ada kala atuk lupa siapa diri atuk sebenarnya. Berapa ramai doktor yang ditugaskan untuk menjaga atuk di sini tapi semuanya tak mampu bertahan disebabkan perasaan atuk yang tak menentu. Adakala atuk bertukar menjadi lelaki tua yang panas baran sampaikan ada di antara mereka yang kena maki hamun tanpa sebab. Sehinggalah, Ain datang menggantikan mereka.
Layanan dan kasih sayang yang Ain berikan pada atuk mengingatkan semula atuk pada gadis yang setia setiap pagi menemani atuk dulu. Secara tak langsung, Ain memulihkan kembali ingatan atuk dan di waktu itu baru atuk teringat yang Ain adalah gadis yang atuk cari selama ni. Mulanya atuk nak berterus-terang pada Ain tapi atuk takut bila Ain tau, Ain akan pergi tinggalkan atuk sekali lagi. Jadi, atuk ambil keputusan untuk kekal sebagai seorang tua yang Alzheimer sampailah di saat Ain terjumpa kertas-kertas komunikasi kita di bawah pokok setiap pagi dulu.
Qamra Ain memejam rapat kelopak mata sehingga timbul air mata di celahan kelopak matanya itu. Selama ini, dia sangkakan lelaki tua di bawah pokok tempohari telah dibawa pergi oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setelah bersetuju dengan cadangan Tunku Hussein waktu itu. Rupa-rupanya, lelaki itu di sini. Duduk di pangkin sambil merenung sayu ke wajahnya. Patutlah, beberapa tempat JKM dihubungi ternyata tiada lelaki yang dicari mendaftar masuk ke situ. Kenapa atuk juga buat begini pada Ain Kenapa tipu Ain Apa salah Ain Kenapa kenapa Ain yang Qamra Ain tak dapat meneruskan kata-kata. Tak terdaya lagi menahan sebak di dada. Kecewa sungguh bila dirinya menjadi mangsa pembohongan lagi.
Atuk tak bermaksud untuk lukakan hati, Ain. Sungguh atuk sangat sayangkan Ain. Atuk tak mahu Ain pergi lagi. Atuk mahu Ain menetap di sini. Bersama atuk dan mereka yang kenal Ain di kampung ni. Dan demi Aizal yang terlalu menyintai Ain selama ni.
Atuk nak tau Ain lari dari mereka di luar sana sebab pembohongan yang mereka buat pada Ain. Bila Ain ke sini, satu lagi pembohongan yang mengejar Ain lagi. Kenapa Kenapa Ain yang perlu lalui semua ni Kenapa Ain tak dapat merasa kebahagiaan seperti orang lain Kenapa Ain yang harus hadapi takdir hidup Ain begini Menjadi mangsa pembohongan setiap orang yang Ain sayang
Tak terlintas di hati atuk untuk membohongi, Ain. Ada sebabnya atuk merahsiakan perkara sebenar. Sebabnyaatuk mencari seorang gadis yang ikhlas dan tabah hadapi kesukaran di dalam hidup untuk dijadikan calon isteri buat cucu tunggal atuk, Ir. Aizal
Fahmi.
Ir. Aizal Fahmi Maksudnya abang
Atuk dah menjangka yang Ain tak tau siapa Aizal sebenarnya. Dia adalah Ir. Aizal Fahmi, CEO CAL yang bakal menggantikan tempat atuk sejak atuk menetap di sini.
Qamra Ain terduduk di atas pangkin. Kertas-kertas yang dipegang tadi terlepas dari pegangan tangan lalu bertaburan semula di atas lantai tanah. Satu demi satu rahsia yang tersembunyi terdedah juga akhirnya. Tadi rahsia Tok Ayah dan sekarang, rahsia Aizal Fahmi. Ir. Aizal Fahmi!
Ya Allah! Tabahkanlah hatiku dalam dugaan yang menimpa diri aku yang masih belum temui kesudahan ini. Jika ini ketentuan perjalanan hidup aku oleh-Mu ya Allah. Aku redha dengan ketentuan-Mu ya Allah kerana hanya-Mu yang lebih tau apa yang berlaku pada-Ku selepas dari hari ini. Di petang ini, dia menangis semahu-mahunya.
A
IZAL FAHMI memarkirkan motor Ducati di garaj. Dia menanggalkan helmet dari atas motor. Rambutnya yang serabai sedikit disikat
dengan hujung jari. Selepas itu, dia turun perlahanlahan dari motor dan menghala langkah masuk ke dalam laman. Sambil melangkah dia ternampak Tok Ayah bersendirian di pangkin kayu. Semakin dekat dia melangkah, tiba-tiba langkahnya terhenti. Bebola mata Aizal Fahmi terus tertancap ke atas kertas-kertas yang berselerak di atas lantai tanah.
Dia meletakkan terlebih dahulu helmet di atas pangkin sebelum duduk mencangkung mengutip satu demi satu kertas itu. Helaian demi helaian dibacanya dan terhenti di sekeping kertas yang tertulis sesuatu yang menarik perhatiannya.
Nama saya, Qamra Ain.
Pakcik panggil aje Ain. 7/11/08
2008 Tahun ni, 2015. Maknanya atuk dah kenal Ain 7 tahun yang lalu
Ain... Qamra Ain! Panggil Aizal Fahmi sambil melangkah masuk ke dalam rumah.
Ain dah pergi
Langkahnya terhenti di muka pintu bila terdengar satu suara dari arah belakang. Sekilas dia berpaling wajah tepat ke arah Tok Ayah.
Ain dah pergi, Aizal... diulangi katanya sekali lagi.
Aizal Fahmi tergamam seketika. Terdiam tanpa kata. Dia menguak rambut yang terjuntai di depan dahi akibat desiran angin yang sayup bertiup. Kekeliruan menerjah masuk dalam minda. Takkan begitu cepat atuknya pulih dari Alzheimer sedangkan beratus pesakit di luar sana yang menderita Alzheimer makan bertahun lama untuk pulih. Itu pun taklah seratus peratus. Tapi, bila dia perhatikan wajah berusia yang duduk di pangkin ternyata atuknya kembali pulih seperti sediakala. Malah bukan seperti penderita penyakit itu.
Ain ke ke mana tanyanya tergagap-gagap dek masih lagi terkejut dengan perubahan Tok Ayah. Pada mulanya dia ingatkan hanya bayangan minda namun selepas Tok Ayah menjawab untuk kali kedua baru dia percaya.
Ain dah pergi
Kertas apa ni Macam mana atuk
Aizal sebenarnya, dah lama atuk pulih lepas setahun Ain menjaga atuk. Maafkan atuk sebab rahsiakan perkara ni dari kamu.
Aizal Fahmi terduduk lemah di sebelah Tok Ayah di pangkin kayu. Anak matanya tak terlepas dari membaca setiap helaian kertas yang berada di tangan. Dia masih keliru tentang rahsia yang dikatakan oleh atuknya tadi.
Ain ikhlas cintakan kamu, Aizal. Tapi, ada sesuatu yang menghalang untuk dia dari terus cintakan kamu.
Aizal Fahmi mengeluh perlahan. Ya! Dia tahu apa yang menghalang gadis itu dari terus menyintainya. Seperti kata-kata Rudy Armani, Cinta 4 Tunku yang menjadi penghalang utama untuk dia miliki cinta Qamra Ain. Aizal Fahmi bangkit dari pangkin dan terus meluru ke arah motor Ducati.
Kamu nak ke mana
Ke rumah Pak Usop, Aizal nak jumpa Ain! Aizal kena sampaikan sesuatu kat dia! Laungnya sambil menghidupkan enjin dan kemudian menderum laju meninggalkan perkarangan rumah. Tan Sri Kadir hanya mampu memerhatikan saja cucunya memecut laju sehingga hilang dari pandangan.
Maafkan abang, Ain. Demi cinta abang pada Ain abang terpaksa!
Q
AMAR AIN duduk memeluk kedua-dua belah lututnya di tepi katil. Sejak dia pulang dari rumah Tok Ayah terus dia terperap di dalam bilik. Berkali-kali pintu bilik diketuk oleh Mak Sarah namun dia membatukan diri. Dan entah kali ke berapa Pak Usop pula mengetuk pintu, akhirnya dia bersuara.
Ain! Kamu tak apa-apa soal Pak Usop di sebalik pintu.
Ain pening kepala sikit, pakcik jawabnya menahan sebak di dada.
Nak pakcik ambilkan Panadol
Ain dah makan 2 biji Panadol Active Fast tadi. Pakcik janganlah risau, jawab Qamra Ain berbohong. Padahal dia sebenarnya bukan sakit kepala tapi relung hatinya yang terasa sakit.
Kamu bawa berehat dulu. Nanti pakcik suruh makcik sediakan bubur untuk kamu ya, beritahu Pak Usop sebelum dia berlalu pergi menemui isterinya di dapur.
Terima kasih, pakcik
Air matanya semakin deras turun ke pipi dibiarkan saja. Sehelai kertas sebesar A3 dikeluarkan dari bawah tilam. Sebuah lukisan hasil jari-jemari ibunya yang diberikan oleh Yoonaniza. Lukisan yang mengabdikan potret mereka bertiga. Dia ketika itu didukung oleh Qaseem dan disebelah pula Zara Hani. Itulah kali terakhir dirasakan kebahagiaan dalam hidupnya. Punyai ibu dan Babah.
Selepas ibunya menghilang, hanya Babah yang dia ada. Itulah ibu, itulah Babah. Penat jerih membesarkannya menjadi insan yang diterima masyarakat. Dan, kerana aura kuat Babah juga dia berjaya mengapai impian menjadi seorang doktor.
Bertahun menghilang, dijumpai semula Zara Hani. Tapi, ditakdirkan merasai kehangatan tangan lusuh wanita itu hanya sehari. Walaupun hanya sehari, cukup untuknya mengenali dan merasai belaian tangan yang semakin dimamah usia itu. Meskipun sebak hati untuk terima kenyataan namun dalam keterpaksaan dia akur dengan kehendak takdir. Melepaskan Zara Hani pergi demi keselamatan ibunya.
K
AMU dah fikir masak-masak apa yang kamu katakan ni, Aizal Kamu waras ke tak fikiran kamu ni Mengucap Aizal takkan tak ada cara lain Bertalu-talu soalan diajukan pada jejaka yang sedang duduk memandang ke lantai di sofa. Sesekali kedengaran keluhan berat dilepaskan.
Saya tak ada jalan lain lagi, Pak Usop. Hanya cara tu aje yang ada... saya terpaksa, jawab Aizal Fahmi perlahan tapi masih boleh didengari oleh mereka berdua.
Pak Usop dan Mak Sarah berpandangan.
Cuba kamu cerita perkara yang sebenarnya. Pakcik dan makcik masih keliru ni. Sampai ke hati kamu nak buat begitu pada Ain sedangkan kamu kata yang kamu cintakan dia. Kamu rela, Aizal
Saya kalau boleh tak rela lepaskan Ain pergi demi cinta saya yang mendalam terhadap Ain. Ain, cinta pertama dan akan menjadi yang terakhir buat saya. Tapi, demi cinta nan suci ni saya terpaksa lepaskan Ain pergi ke pangkuan yang lebih berhak. Dia milik orang lain bukan milik saya, Pak Usop Mak Sarah.
Kamu tahu, kan yang dia tak mahu kembali ke sana Takkan kamu nak paksa dia, Aizal Semakin gundah gulana Mak Sarah memikirkan situasi yang genting ini. Berat untuk mereka bersetuju tentang cadangan gila Aizal Fahmi malam ini.
Saya ada caranya, Pak Usop. Cuma saya minta jasa baik Pak Usop panggil Ain keluar. Saya tunggu dia di tempat biasa, bicara terhenti di situ.
Aizal Fahmi bangun dari sofa dan terus melangkah keluar dari rumah Pak Usop. Sambil berjalan diseka air mata yang bergenangan di tubir mata. Dari dalam rumah, Pak Usop dan isterinya memerhatikan saja langkah lemah Aizal Fahmi menuju ke arah laut hingga hilang di celahan batang-batang pokok kelapa.
Abang saya tak sanggup nak berpisah dengan Ain Ain dah macam anak saya sendiri, abang.
Abang tau, betul kata Aizal tu. Dia bukan milik kita. Dah tiba masa Ain kembali ke tempat asalnya, Sarah. Kita terpaksa lepaskan Ain pergi pujuk Pak Usop sambil memaut lembut bahu isterinya. Kelihatan juga cecair jernih mula bertakung di hujung mata Mak Sarah. Pilu dirasakan. Terasa seperti berpisah dengan anak sendiri.
Awak pergi panggil Ain. Katakan yang Aizal tunggu kat pangkin tepi laut, suruh Pak Usop dan kemudian dia berlalu pergi menuju ke arah dapur.
Dia bangun dari sofa dan menghala langkah ke arah bilik gadis itu. Teragak-agak sama ada mahu mengetuk atau pun tak pintu kayu bilik Qamra Ain. Takut kalau-kalau gadis itu sedang tidur lena di dalam. Belum sempat lagi dia ingin mengetuk, pintu itu dibuka oleh Qamra Ain dari dalam. Mereka samasama terkejut.
Makcik nak jumpa Ain ke
Aizal datang tadi. Dia sampaikan pesan nak jumpa Ain dekat tempat biasa, sekarang. Katanya, ada perkara penting nak bagitau Ain, Mak Sarah seboleh daya menahan sebak di dada agar intonasi suaranya tak berubah nada. Takut juga kalau Qamra Ain mengesyaki apa-apa nanti.
Ain nak solat Isyak dulu, lepas solat nanti Ain pergi jumpa abang Aizal. Ain pun ada perkara nak bagitau dia.
Ain Mak Sarah memeluk seeratnya batang tubuh Qamra Ain.
Perlahan-lahan esak tangis kedengaran dekat di telinganya.
Makcik nak kamu tau yang makcik sayang sangat pada kamu, Ain.
Haish kenapa ni, makcik menangis ni Ain ada kat sini, tak ke mana pun, pujuk Qamra Ain sambil menepuk-nepuk perlahan belakang Mak Sarah. Dia meleraikan pelukan dan menyeka air matanya dengan hujung lengan baju kurung.
Ain pergi bilik air dulu ya nak ambil wuduk kejap.
Mak Sarah mengangguk faham. Diperhatikan gadis itu melangkah pergi menuju ke dapur dan sempat juga dia menyapa Pak Usop yang sedang merenung jauh di luar jendela sambil menyedut rokok daun. Dia juga berlalu pergi masuk ke dalam bilik dan menangis semahu-mahunya di birai katil.
Yang pasti, malam ini mereka semua akan menangis!