Nama Lego diperolehi dari nama syarikat permainan, The Lego Group yang telah mencipta sejenis permainan berbentuk blok-blok berwarna-warni menyerupai batu-bata. Ianya boleh dilekatkan antara satu sama lain pada permukaan atas dan bawah sahaja. Kanak-kanak akan mencantumkan blokblok ini mengikut kreativiti dan akal masing-masing bagi membentuk benda yang diingini.
Antara bentuk yang popular dibentuk dengan blok lego adalah:
1) Orang
2) Pesawat perang
3) Robot
4) Binatang
5) Pistol dan senapang
Versi awal Lego hanyalah blok berbentuk batu-bata yang sama bentuk kesemuanya. Versi seterusnya telah dibuat dengan blok dalam bentuk-bentuk yang berbeza. Turut disediakan adalah roda, orang, tingkap dan lain-lain lagi.
Lego yang bersepah di atas lantai merupakan satu jerangkap samar yang tidak dapat dibayangi kesakitan jika terpijak dengan tapak kaki.
Sementara itu, permainan plastisin memperolehi nama dari jenamanya, Plasticine. Ia sebenarnya adalah tanah liat yang digunakan untuk membuat model-model tanah liat dan bukanlah untuk dimainkan. Plastisin dijual di dalam kotak panjang, bergaris-garis dan boleh dipilih mengikut warna yang diingini.
Kelemahan ketara plastisin adalah tidak boleh dicampurkan dengan plastisin yang berwarna lain. Selain itu, plastisin yang tidak disimpan di dalam kotak dan dibiarkan terdedah kepada udara akan menjadi keras serupa apa.
Antara bentuk yang popular dibentuk dengan plastisin adalah:
1) Orang
2) Ular
3) DInasaur tengkuk panjang
4) Mangkuk dan Pinggan
5) Karipap dan Donut
Syarikat Play-Doh telah mengambil alih kegilaan permainan plastisin dengan mengeluarkan tanah liat yang direka untuk bermain dengan kualiti yang lebih baik. Ianya juga turut dijual dengan aksesori-aksesori lain seperti alat memotong dan membentuk tanah liat.