MY PRETTY BOY - 114
AIN, dengar dulu apa yang abang nak cakapkan ni

Qamra Ain membatukan diri sambil memeluk tubuh. Kalau dulu, wajah gadis itu tak pernah lekang dengan senyuman manis di bibir tapi sejak akhir-akhir ini sukar benar untuk dia melihat wajah itu dihiasi dengan senyuman yang terukir lekuk di kedua-dua belah pipi.

Ain Ain! Aizal Fahmi mengoncang-goncang kedua-dua belah bahu gadis itu namun tiada tindak balas. Sebaliknya, gadis itu lebih rela mendiamkan diri dan menghala wajah ke arah laut yang gelap. Hanya kedengaran suara ombak yang hempas menghempas di tengah laut.

Tak kesian ke Ain pada abang Susah hati abang kalau Ain berterusan begini.

Pergi jauh dari hidup Ain

Apa Abang tak dengar

Ir. Aizal Fahmi, Ain tak perlukan abang dalam hidup Ain tolong pergi dari hidup Ain!

Ain! Apa yang Ain cakapkan ni! Ain tak boleh buang abang macam tu dari hidup Ain! Jujur abang katakan yang abang tak boleh kehilangan Ain lagi!

Jujur! Selama ini abang jujur ke dengan Ain Rahsiakan status abang pada Ain Kenapa Kenapa, abang! Ain ni seorang materialistik ke di mata abang Semua orang yang Ain kenal yang Ain sayang sikapnya sama saja. Penipu! Pembohong! Tolong pergi dari sini. Dari hidup Ain! Pergi!

Abang tetap Aizal Fahmi yang Ain kenal walaupun apa yang Ain tau tentang abang. Sejak Ain hadir mewarnai hidup abang dan atuk, status tak penting lagi untuk abang, Ain. Abang rasa selesa dan tenang bila bersama Ain. Ain telah merawat hati abang yang luka berdarah sejak abang tau yang Ain bicara terhenti. Dia berkira-kira untuk memberitahu bahawa selama ini dia adalah pemilik Id YM yang bernama Little_Prince.

Ain tak nak dengar apa-apa lagi cerita dongeng dari abang! Cukup! Jangan menyeksa lagi jiwa Ain yang dah sedia ada terseksa tanpa kesudahan dia terpaksa menipu hatinya. Hakikatnya, dia sudah mula jatuh cinta dengan Aizal Fahmi. Cinta yang singgah semula selepas 12 tahun dikunci rapat gara-gara dikhianati oleh Tunku Hardie.

Ain boleh hidup tanpa abang Tanpa atuk

Berapa kali Ain perlu ulang pada abang! 100 kali 1000 kali baru abang faham! Setiap kali Ain pandang abang, semakin pedih luka di hati yang perlu Ain tanggung Ain merayu pada abang, pergi dari hidup Ain

Segala-gala telah diluahkan malam ini. Walaupun perit hatinya, dia terpaksa wujudkan kebencian dalam diri Aizal Fahmi. Biarlah dia dianggap kejam dan tak menghargai cinta suci yang dihamparkan seluasnya oleh lelaki sejak dijejaki kaki ke sini. Buat pertama kali dia berbohong pada spesies bernama lelaki. Penat sudah dia hamparkan kejujuran selama ini. Dia yang sibuk menjaga hati orang dan akhirnya, apa yang dia dapat Dibalas dengan kisah hidup sengsara yang menyakitkan!

Abang nak Ain tau yang abang tak rela berpisah demi cinta abang pada Ain cinta Ain kasih Ain dan segalanya tentang Ain tetap kekal sampai nafas abang terakhir di sini di hati abang

Tanpa kata-kata terakhir Qamra Ain menghayun langkah pantas beredar dari situ. Air mata yang cuba ditahan tadi jatuh berlinangan deras membasahi pipi. Tak semena-mena, di malam yang sayu dan sunyi itu ada suatu tangan yang sedang menekup mulutnya dengan tuala yang berisi cecair klorofom. Qamra Ain meronta-ronta untuk melepaskan diri dan akhirnya dia terkulai layu di dalam dakapan Aizal Fahmi.

Ain maafkan abang terpaksa buat begini pada Ain