TORA DATANG LAGI - 114
Along merupakan antara rancangan pendidikan yang paling mendapat tontonan tertinggi di antara semua rancangan pendidikan. Ianya ke udara pada setiap hari Sabtu, pukul 7 malam.

Ia mengisahkan tentang 3 ekor maskot kucing bernama Along, Angah dan Achik. Pelbagai segmen akan disusun di dalam setiap satu episod. Antara segmen-segmen yang terdapat di dalam setiap episod Along adalah:

Ela & Eli

2 orang kanak-kanak perempuan yang akan mengajarkan cara membuat dan menyediakan sesuatu makanan dengan cara yang mudah.

Siti Sifir

Seorang kanak-kanak perempuan dengan cermin mata besar, muka bersolek dan pakaian yang aneh akan membacakan sifir secara berlagu.

Roy Bahagi

Seorang kanak-kanak lelaki yang akan mengacarakan Berita Matematik dan dalam masa yang sama mengajar ilmu matematik.

Rancangan Along dimulakan dengan lagu tema yang sangat melekat di dalam kepala setiap orang ketika itu, termasuk orang dewasa. Ianya kerap dinyanyikan bersama apabila sedang berdendang. Antara barisan lirik lagu tema Along:

A.L.O.N.G, ALONG!

A.L.O.N.G, ALONG!

Bijak, pandai, cerdik, cergas, pintar, rajin

Saya bijak sekali, ALONG! A.L.O.N.G, ALONG!

A.L.O.N.G, ALONG!

ALONG, ALONG!

Rancangan Along diterbitkan dalam 4 atau 5 musim sehinggalah tamat begitu sahaja. Maskot Along pada musimmusim terawal dibawakan oleh pengarah drama Halimah Jongang, Malek Rahman dan kemudian dibawakan oleh pelakon popular Beto Khusyairi untuk musim berikutnya.

Yaaa, Beto Khusyairi yang berlakon Istanbul Aku Datang tu.