MY PRETTY BOY - 115
DAH lama kau menetap di sini soal Tunku Hussein sambil melirik ke arah Qamra

Ain yang terbaring di dalam MPV Lexus Luxury sambil ditemani oleh kembarnya, Tunku Hazreen.

Lepas kau dan Rudy balik dulu ke KL, aku masih stay lagi di CA. Uruskan firma arkitek di sana sehingga lepas parents aku meninggal. Lepas tu aku kembali ke Malaysia terus menetap dengan atuk aku, dan di sini bermula perkenalan aku dengan Qamra Ain.

Maksud kau selama 2 tahun ni Qamra tinggal kat sini

Aizal Fahmi menggangguk perlahan sambil anak mata hazelnya beralih memerhatikan Pak Usop dan Mak Sarah sedang menjamu air kopi pada Tunku Raffzul dan Tunku Hardie di pangkin depan rumah. Rancak sungguh mereka berbual.

Dengan keluarga angkat tu. Dia dah anggap Ain macam anak mereka sendiri. Kalau tak kerana Tun Harith, tak sampai hati aku nak pisahkan mereka dengan Ain. Iyalah, orang tak ada anak, jadi Ainlah yang jadi anak angkat mereka selama 2 tahun tu.

Tunku Hussein mengganguk faham. Pandangannya juga tak putus dari memerhatikan Qamra Ain di dalam MPV. Kalau tidak atas bantuan Aizal Fahmi, sampai ke sudah mereka tak dapat jejaki lokasi sebenar Qamra Ain berada. Mujurlah, dia selamat di sini. Dijaga rapi oleh keluarga angkat dan juga sahabat yang samasama menuntut dulu. Sungguh jauh cinta hatinya dibawa pergi.

Ain juga menjadi buah hati kesayangan di kampung ni. Lebih-lebih lagi atuk aku. Cukup sayang sangat dia dekat Ain. Kalau kau nak tau, Qamra Ain doktor yang paling penyabar yang pernah jaga atuk aku selama bekerja di klinik desa hujung pekan sana. Tan Sri Kadir pun berkenan dengan Qamra Pandai betul Qamra tackle hati atuk kau yang legend tu ye. Rein pun kalah.

Kamu berdua ni rancak berbual, tak kering ke tekak tu Nah ambil kopi ni buat basah tekak. Kalau nak cempedak goreng nanti ambil kat atas pangkin sana. Jangan lambat, takut habis dibedal nanti dek dua orang tu, sampuk Mak Sarah yang tiba-tiba mencelah perbualan mereka berdua. Dia menghulurkan secawan kopi ke tangan Aizal Fahmi dan secawan lagi ke tangan Tunku Hussein. Kemudian dia berlalu pergi sambil diperhatikan oleh mereka.

Aku perhati keluarga angkatnya pun baik begitu juga kau. Terima kasih sebab jagakan Qamra untuk aku di sini, ucap Tunku Hussein. Dia menghirup perlahan kopi yang masih berwap.

Berapa lama kau kenal Ain

Ermm ada dalam 6 - 7 tahun juga. Sejak balik dari CA, aku terus dilantik jadi CEO di Mels E dan di situ aku kenal dia. Lepas dia graduate, Qamra kerja di

THSC jadi doktor intern dalam team DMD Raff. Berapa lama pula kau kenal hati Ain

Tunku Hussein terhenti menghirup kopi. Dia berkalih muka ke arah Aizal Fahmi yang tenang menghirup kopi yang berwap itu dan ditinggalkan separuh cawan.

Apa maksud kau

Aku jamin kau hanya kenal dia dari luaran saja sedangkan kau tak selami perasaan dan fahami jiwanya. Kau kata kau cintakan dia namun hakikatnya kau tak kenal siapa sebenarnya Qamra Ain.

Aku tak faham, Tunku Hussein semakin keliru.

Aizal Fahmi yang dikenali masih kekal seperti dulu. Sendiri dan misteri. Di CA, tak pernah sama sekali dia terserempak jejaka ini berpacaran dengan gadisgadis bermata biru melainkan masanya dihabiskan di depan komputer riba atau gajet. Kalau nak bicara soal hati, jauh sekali. Tiada siapa juga yang berjaya menerombosi hati Aizal Fahmi yang lebih keras dari besi.

Pada malam aku jumpa dia, tak ubah seperti mayat hidup. Wajahnya penuh penderitaan dan kekesalan. Pucat lesi. Sarat dengan emosi. Jiwanya hancur, dan dia kecewa dengan apa yang keluarga kau buat padanya. Hari demi hari, dia cuba mengubati luka di hati dengan melupakan apa yang telah berlaku. Dia cari kerja dan akhirnya dapat kerja di klinik desa. Dari situ, aku nampak dia beransur pulih selepas bantu ramai pesakit di sini. Mungkin, dia mula sedar masih ada lagi orang yang sayang dan ambil berat padanya, sambung bicara Aizal Fahmi serta tersenyum sinis menghala wajah ke arah laut.

Malam yang suram itu hanya dipandang sepi. Sedikit masa lagi, dia kehilangan Qamra Ain. Gadis itu pergi membawa sekali cintanya. Dalam keterpaksaan juga dia melepaskan gadis itu pergi kembali ke pangkuan kerabat diraja itu.

Abang Aizal! Kenapa Kak Ain ada dalam kereta besar tu! Tanya Shahrul yang entah bila muncul. Teguran budak kecil itu serta-merta menyentak khayalannya yang sedang mengelamun panjang.

Siapa orang ni Yang sana pun ada! Diorang datang nak ambil Kak Ain ke abang! Tak hentihenti Shahrul bertanyakan itu dan ini. Tambahan pula renungannya mencerlung tajam ke arah Tunku Hussein yang tercegat di sebelah Aizal Fahmi.

Mereka semua keluarga Kak Ain. Jadi diorang ke sini nak bawa Kak Ain balik.

Tak boleh!! Erul tak nak Kak Ain pergi!! Terus dia berlari menuju ke rumah Pak Usop. Aizal Fahmi menghela nafas panjang. Tunku Hussein menjadi serba-salah.

Dia yang paling rapat dengan Ain di sini, beritahu Aizal Fahmi perlahan. Tunku Hussein menggangguk faham.

Sein, dah tiba masanya untuk kita pergi sebelum Qamra sedar semula, giliran Tunku Hazreen pula mencelah perbualan mereka. Masing-masing diam seribu bahasa. Kali ini hanya suara desiran angin dan hempasan ombak pantai yang kedengaran. Mereka mengikuti langkah Tunku Hazreen hingga di depan MPV.

Aizal Fahmi memandang sayu pada wajah tenang Qamra Ain yang masih tak sedarkan diri kesan dari cecair klorofom yang diminta bantuan dari Dr. Mina. Hanya jalan ini saja yang mereka ada untuk membawa pulang Qamra Ain dengan selamat.

Terima kasih Pak Usop, Mak Sarah sebab menjaga Qamra seperti anak sendiri. Dan kau juga, Aizal ucap Tunku Hussein mewakili mereka yang ada di situ. Wajah-wajah mereka yang menjaga Qamra Ain selama ini dipandang silih berganti dan diakhiri dengan Aizal Fahmi yang bersandar di muka pintu. Kelihatan dia memeluk budak kecil tadi yang sedang menahan esak tangis.

Jaga dia sebaik mungkin seperti mana kami di sini jaga dia. Jangan kecewakan perasaannya lagi. Dia harus disayangi bukan disakiti. Makcik sayang sangat kat dia. Tak sangka dia pergi juga tinggalkan kami semua di sini. Mak Sarah tak tertahan lagi sebak di dada. Akhirnya dia menangis juga.

Pak Usop juga terasa hiba. Dia juga terasa sebak namun ditahan sebaik mungkin.

Saya janji akan jaga dia dengan baik, selepas bersalaman dengan kedua orang tua itu bersilih ganti, tiba giliran mereka bersalaman pula dengan Aizal Fahmi.

Ain! Ain! Mana Ain! Satu suara yang sayup kedengaran mengejutkan mereka semua. Serentak mereka berpaling mencari arah suara yang bertalutalu menyebut Qamra Ain. Akhirnya, kelibat itu muncul di antara kereta-kereta mewah yang terparkir di depan rumah Pak Usop.

Atuk

Ke mana kau semua nak bawa Ain! Siapa yang benarkan kau bawa Ain pergi!!

Tan Sri Kadir

Kau kenal atuk aku, Hardie

Siapa tak kenal Tan Sri Kadir, pemilik CAL dan juga pereka struktur bangunan THSC, celah Tunku Hardie yang sejak tadi tak bersuara.

Tunku Raffzul sudah berlalu pergi bersama Tunku Hazreen masuk ke dalam MPV.

Aku pergi dulu, selepas bersalaman dengan Shahrul dan Tan Sri Kadir pula tercari-cari kelibat Qamra Ain.

Tunku Hussein sambil diekori Tunku Hardie mengatur langkah menuju ke kereta masing-masing.

Enjin kereta mula kedengaran. MPV terlebih dahulu menderum keluar dari perkarangan rumah Pak Usop diikuti oleh Nissan GT-R milik Tunku Hussein dan diakhirnya dengan Lamborghini Aventador milik Tunku Hardie.

Ain! Jangan tinggalkan atuk! Tan Sri Kadir mengejari kereta yang sudah jauh di hadapan namun sempat dihalang oleh Aizal Fahmi.

Tan Sri Kadir terduduk di atas tanah. Aizal Fahmi memeluknya dari belakang manakala Shahrul pula berlari memeluknya dari tepi. Titisan air mata mula jatuh satu per satu dia atas bahu atuknya.

Maafkan atuk, Ain. Maafkan atuk itu saja yang mampu diungkap tapi tak sempat disampaikan pada Qamra Ain.

Benar kata Mak Sarah, malam ini mereka semua akan menangis!