TORA DATANG LAGI - 115
Antara perkara mengujakan setiap kanak-kanak apabila ibu bapa membeli buah-buahan import seperti buah epal, oren atau lai bukanlah pada buahnya tetapi pada sarungnya. Setiap sebiji buah epal atau lai akan dimasukkan ke dalam sarung foam dengan corak petak-petak dan berwarna putih sementara buah oren pula selalunya dijual di dalam jaring plastik berwarna merah. Tidak mempedulikan buah epal, lai dan oren yang dibeli untuk dimakan, sarung foam berwarna putih tadi akan dipakai pada kedua belah pergelangan tangan dan siku sementara jaring merah akan diserkup pada kepala.

Kerana buah epal, lai dan oren; setiap kanak-kanak dapat mengecapi cita-cita menjadi Spiderman.