MY PRETTY BOY - 116
QAMRA AIN mengangkat kelopak mata. Disebabkan cahaya neon memancar terus ke arahnya, dia terasa silau. Kelopak mata ditutup dan kemudian dibuka kembali perlahan-lahan. Pandangan diluaskan ke seluruh penjuru bilik. Suasana yang terlalu asing buatnya. Tak! Dia pernah melihat bilik ini yang ditinggalkan sekian lama.

Ya! Dia kenal bilik ini. Bilik di Villa Tun Tunku Harith. Serupa susun aturnya. Meja solek, langsir malah katil juga sama. Pandangan terus terhenti di sudut tepi. Anak mata dikecilkan sedikit bagi mengenal pasti kelibat siapa yang sedang duduk membaca majalah di atas kerusi urut Ogawa itu.

Kenapa aku ada di sini

Rein Kau ke tu dia gagahkan diri untuk bangun.

Kebetulan pula pada waktu yang sama Tunku Hardie bersama Tunku Hussein dan Tunku Raffzul masuk ke dalam bilik. Renungannya serta-merta berubah menjadi renungan yang tajam menikam.

Dah boleh berjalan rupanya atau selama ni kau hanya pura-pura paralysis Sinis kedengaran sindiran Qamra Ain pada Tunku Hardie. Jejaka itu hanya tersenyum kelat. Dibiarkan saja tanpa jawapan. Kalau dijawab sekalipun mana mungkin gadis itu percaya pada kata-katanya.

Qamra dengar dulu apa

Aku kat mana ni! Keras nada suara Qamra Ain. Oleh sebab emosi amarahnya menjunam naik sertamerta, kepala mula terasa berdenyut-denyut. Dia cuba mengingati semula perkara terakhir yang dilakukan sebelum ini.

Kau di Villa aku, Qamra. Aku yang bawa kau ke sini semalam.

Aku ada di Villa Patutlah bilik ni tampak serupa, macam pernah aku lihat!

Semalam Macam mana korang dapat cari aku! Aku nak balik! Hantar aku ke rumah Pak Usop! Qamra Ain menyelak kuat selimut yang menutupi separuh badan dengan kasar dan bingkas dari katil.

Ai Aizal yang bagitau aku! cepat Tunku Hussein menjawab.

Qamra Ain terduduk semula. Kedua-dua belah tangannya mengenggam cadar dengan kuat. Menahan geram yang teramat. Kenapa jejaka yang dipercayai setelus hati itu sanggup menghantarnya kembali ke Villa yang menyedihkan ini.

Aku tak sangka Aizal juga berkomplot dengan korang semua!

Aizal buat semua ini demi Papa aku, Qamra.

Demi Tuan Harith Kan ke semuanya dah aku jelaskan dalam video yang aku tinggalkan kat korang! Apa lagi yang korang nak lagi dari aku Apa lagi, Rein Tak cukup lagi selama bertahun ni aku hidup seperti orang pelarian disebabkan korang semua Kau, Rein! Kau yang paling tahu tentang hidup aku kenapa kau buat aku begini Lurus telunjuk Qamra Ain menuding ke arah Tunku Hazreen yang masih duduk di kerusi urut.

Ada sesuatu yang kau perlu tahu tentang kau dan Papa aku. Aku rasa biarlah Papa aku sendiri yang bagitau kau, Qamra.

Tunku Hazreen bangkit dari kerusi urut lalu menuju keluar dari bilik. Tunku Hussein memberi isyarat pada Qamra Ain supaya mengikuti kakaknya ke bilik Tun Tunku Harith yang terletak bersebelahan. Digagahi juga kudrat untuk bangkit dari katil walhal kakinya terasa lemah untuk berdiri. Tak sanggup lagi berada di dalam Villa yang banyak menyimpan ceritera cinta hexagonnya.

Tunku Hardie menyelimut belakang Qamra Ain dengan jaket kulit sebelum mengiringi gadis itu keluar dari bilik. Tunku Hussein dan Tunku Raffzul mengekori langkah mereka berdua dari belakang. Jauh di sudut benaknya, Qamra Ain mula tertanya-tanya.

T

UNKU HAZREEN berhenti di depan pintu bilik berukiran kayu itu. Dia berkalih muka ke belakang dan memerhatikan Qamra Ain berjalanan beriringan dengan Tunku Hussein. Dia juga terhenti di situ. Begitu juga dengan Tunku Hardie dan Tunku Raffzul.

Baru saja hendak mengetuk pintu, Mbak Dewi terlebih dahulu membuka pintu dari dalam. Dia terkejut di atas kehadiran Qamra Ain di Villa ini. Dan juga dia melahirkan rasa syukur akhirnya mereka dapat juga mencari Qamra Ain dan membawa balik semula ke sini.

Dr. Qamra, selamat kembali, ucap Mbak Dewi seraya memeluk gadis itu seeratnya. Rindu benar dia pada gadis yang serba sedikit mengubah aura di dalam Villa mewah yang sekian lama suram tanpa seri. Kerana Qamra Ain, mereka semua disatukan semula. Kerana Qamra Ain juga, Villa ini mula bersirami sinar kebahagiaan.

Mbak apa khabar soal Qamra Ain selepas meleraikan pelukan Mbak Dewi. Hujung jarinya mengesat air mata yang mengalir di pipi wanita berusia itu.

Baik aje. Cuma, Tuan Harith selalu bertanyakan

Dr. Qamra.

Papa, keadaannya macam mana Mbak

Masih sama, Cik Rein. Tadi, Mbak ada masakkan bubur untuk Tuan Harith. Ada atas meja. Masih tak berusik.

Tunku Hazreen menghela nafas panjang. Dia berpaling muka ke arah mereka bertiga silih berganti dan diakhiri dengan Qamra Ain.

Tak apalah, Mbak Dewi. Nanti Mbak siapkan makan malam di ruang makan utama ya. Masakan menu kegemaran tetamu kita, pesan Tunku Hazreen sebelum Mbak Dewi berlalu pergi menuruni anak tangga dan terus menuju ke arah dapur.

Apa yang sebenarnya dah berlaku dalam Villa ni, Rein Cuba kau cerita terang-terangan kat aku biar aku faham. Kalau korang berterusan begini, baik aku balik aje ke rumah Pak Usop! Gertaknya sambil memandang ke arah wajah mereka silih berganti. Bosan menunggu dan terus menunggu apa tujuan sebenar mereka membawanya semula ke sini.

Kau masih ingat benda ni Tunku Hazreen menayangkan sesuatu yang berkilauan di depan Qamra Ain.

Qamra Ain serta-merta mengerut kening. Pandora, tampak serupa dengan Pandora yang aku pernah hilang dulu.

Tentu kau kenal benda ni, kan soalnya sekali lagi. Dia meraih tangan Qamra Ain lalu diletakkan di atas telapak tangan.

Qamra Ain merenung dan terus merenung. Pandora yang disangkakan hilang itu rupanya ada bersama Tunku Hazreen. Tapi, bagaimana pula ada dalam simpanan gadis itu sedangkan Pandoranya hilang semasa dia terpaksa jadi guardian terjun pada seorang lelaki yang sesak nafas dalam kereta pada malam hujan petus itu.

Qamra, lelaki yang kau selamatkan pada malam tu adalah Tun Tunku Harith, Papa aku. Kalau tak kerana Pandora ni, sampai bila pun kami takkan tau yang kau sebenarnya guardian yang dicari oleh Papa selama ni, jelasnya seraya menoleh ke arah kembarnya dan Tunku Hardie.

Tunku Raffzul pula bersandar di sebalik dinding sambil menyilang kedua belah tangan rapat ke dada.

Maksud kau lelaki yang aku selamatkan malam tu Tuan Harith

Ya, Qamra. Malam di mana you keluar dari penthouse, I ditimpa kemalangan semasa mengejar you. Secara kebetulan you berada di tempat kereta Papa I tersadai di tepi jalan. Sepatutnya malam kejadian, I ada dinner dan I nak kenalkan you dengan Papa, tapi tak sanggup rasa Tunku Hardie untuk meneruskan cerita.

Kami tau pun lepas kau keluar secara rahsia dari Villa. Sebab itu, kami berusaha cari kau sampai dapat. Kami dapat info yang kau tinggal bersama keluarga angkat di sebuah kampung. Itupun Aizal secara tak sengaja bercerita tentang kau pada Rein, Tunku Hussein menyambung cerita.

Papa teringin benar nak berjumpa dengan kau, Qamra, ujar Tunku Hazreen.

Qamra Ain terdiam tanpa kata. Pandora masih lagi di dalam gengaman. Masih elok dan bersinar walaupun 9 tahun kehilangan satu-satunya hadiah kenangan terindah Tunku Hardie.

Qamra Ain memulas tombol pintu sekilas berpaling muka ke arah wajah mereka berempat silih berganti. Kemudian, dia menolak pintu ukiran kayu itu dan menghayun langkah perlahan-lahan menuju masuk ke dalam bilik yang 3 kali ganda besar dari bilik tadi. Langkahnya diekori oleh mereka berempat dari belakang.

Dia duduk di kerusi yang tersedia berdekatan dengan Tun Tunku Harith yang sedang lena tidur di atas katil. Wajah tenang lelaki yang terhias kedutan di wajah itu dipandang sepi. Tampak begitu pucat. Qamra Ain menoleh ke arah meja sisi yang penuh dengan preskripsi. Alat Sedut Ventolin, dia kenal benar alat sedut itu. Alat sedut yang menjadi detik permulaan kisah hidup mereka.

Empat tahun mereka mengenali rapat. Bermulanya dengan bekerja sebagai doktor pelatih di THSC hinggalah ditugaskan menjaga Tunku Hardie di Villa. Selama tempoh itu tak sekali pun petanda atau hint yang menunjukkan mereka pernah bertemu sebelum ini.

Qamra perlahan-lahan Tun Tunku Harith mengangkat kelopak mata. Serta-merta Qamra Ain mengalih pandangan semula ke arah katil bila terdengar satu suara sayup memanggil namanya.

Tuan Harith, saya ada di sini di sisi, Tuan.

Papa mahu bersendirian bersama Qamra, pinta Tun Tunku Harith. Tenggelam timbul kedengaran suara namun masih didengari jelas oleh anak-anaknya.

Baik, Pa Tunku Hazreen mengangguk faham

dan mengarahkan mereka bertiga termasuk dia beredar untuk memberi ruang pada Tun Tunku Harith berbicara dengan Qamra Ain.

Kamu kembali juga akhirnya digagahi juga kudratnya untuk bangun bersandar di kepala katil.

Qamra Ain bangun membantu. Dia mencapai bantal lalu disandarkan di belakang Tun Tunku Harith. Kemudian dia duduk semula.

Tun Tunku Harith merenung dalam wajah Qamra Ain. Dia juga seperti mereka yang menunggu di luar bilik. Merindui gadis itu sekian lama. Dihela nafas panjang. Sejak hilangnya Qamra Ain, penyakit asmanya acapkali menyerang. Tak kira masa dan waktu. Tak terkira entah berapa kali dia daftar masuk dan keluar di THSC. Sejak itu, alat sedut juga tak pernah lekang darinya. Kadangkala hingga ke tahap dia perlu menelan steroid untuk kelegaan yang cepat.

Kamu ingat lagi payung merah tu Tun Tunku Harith menuding 2 jari bertaut rapat lurus ke arah depan.

Qamra Ain menoleh lalu terpandang sekaki payung yang elok tergantung di penyangkut besi.

Payung dan Pandora, segalanya bermula. Pada malam tu saya tak berkesempatan ucapkan terima kasih pada kamu, Qamra. Terima kasih kerana selamatkan saya sejenak kedengaran batuk-batuk kecil dari lelaki berusia itu. Bibirnya juga tampak lesi. Redup matanya merenung sayu ke arah wajah Qamra

Ain.

Sembilan tahun tanpa henti saya terus dan terus mencari gadis misteri yang selamatkan saya. Ruparupanya selama ni berada dekat dengan saya. Saya tak sepatutnya menambahkan lagi beban perasaan yang tak seharusnya wujud terhadap kamu dari orang tua lanjut usia seperti saya, Qamra.

Qamra Ain bangun dari kerusi dan melangkah menuju ke arah tingkap. Dikuak langsir ke tepi dan kemudian dibuka jendela seluasnya. Dia bersandar di sisi muka jendela sambil melangak ke dada langit. Satu keluhan berat dilepaskan.

Cinta dan kematian. Ia datang tanpa diundang. Tiada siapa yang boleh mengawalnya, Tuan. Dua belas tahun dulu, saya taksub dengan cinta Tunku Hardie. Sampaikan saya rasa bertuah menjadi miliknya. Tergamak dia curang pada saya di kala kesetiaan saya diperjudikan. Saya inginkan kebahagiaan walaupun bukan dari lelaki yang pernah saya cintai, cerita Qamra Ain. Angin yang menderu sekali lalu menyapa lembut wajahnya di sebalik jendela.

Saya yakin sebuah kebahagiaan sedang menanti kamu di luar sana, Qamra. Seseorang yang telus menyintai kamu seikhlas hati, pujuk Tun Tunku Harith. Qamra Ain menoleh ke arah Tun Tunku Harith yang masih bersandar di katil.

Kebahagiaan Saya tak rasa ada kebahagiaan menanti buat saya. Jiwa saya masih terkurung di dalam tiga keping hati yang menanti di luar bilik, Tuan. Bagaimana saya dapat kecapi kebahagiaan Selagi mereka tak bebaskan saya, selagi itu kita semua takkan bahagia sampai bila-bila.

Kamu gadis yang jujur dan baik, Qamra. Hardie tak seharusnya menyakiti hati kamu dari awal lagi. Maafkan saya jika anak-anak saya menyusahkan hidup kamu selama ni. Untuk pengetahuan kamu, saya dah aturkan majilis pertunangan kamu demi membalas jasa kamu pada saya.

Pertunangan Maksud Tuan saya bertunang dengan siapa

Itu akan kamu ketahui nanti di majlis pertunangan kamu setahun dari sekarang. Ianya sudah dipersetujui oleh Hardie, Sein dan Raff juga.

Jadi, sa saya akan menjadi tunangan salah seorang dari mereka soal Qamra Ain tergagapgagap. Dalam kotak pemikiran sudah terlintas satu nama, Tunku Hardie. Tanggapan lebih kukuh lagi kerana jejaka itu yang pernah dicintai. Ataupun Tunku Hussein. Mungkin juga Tunku Raffzul. Pengumuman di luar jangkaan ini menambahkan lagi beban di kepalanya.

Tun Tunku Harith tersenyum. Biarlah ianya menjadi rahsia dalam masa setahun ini. Siapa yang menjadi tunangan Qamra Ain, biar takdir dan jodoh yang menentukan. Dia tak mahu Qamra Ain terlepas ke tangan lelaki yang tak sepatutnya. Tambahan pula Qamra Ain anak yatim, tiada tempat untuk dituju. Jadi, sebagai seorang lelaki yang bertaraf seorang ayah, sudah tentu mengaturkan yang terbaik meskipun Qamra Ain bukan dari darah keturunannya.

Kerana keluarga saya, bertahun kamu menanggung derita, Qamra. Jasa kamu tak terbalas oleh saya. Anggaplah ianya hadiah dari seorang ayah untuk anaknya. Mulai hari ni anggaplah saya seperti ayah kamu sendiri. Dan tinggal di sini bersama saya.

Qamra Ain terkedu tanpa kata. Begitu besar tawaran yang diberi oleh Tun Tunku Harith. Sudahlah diaturkan pertunangan dengan entah siapa-siapa jejaka pilihan Tun Tunku Harith, ditambah pula diajak pindah semula ke dalam Villa ini untuk tinggal bersama.

Dengan ini bersaksikan Yang Maha Esa saya mengangkat kamu sebagai anak saya dari dunia sampai akhirat.

Tuan Harith sa saya

Papa panggil Papa sangkal Tun Tunku Harith pantas.

Terima kasih, Pa Papa... Terima kasih sebab bagi ruang pada saya menumpang kasih di dalam keluarga ini. Akhirnya, ALLAH SWT makbulkan permintaan saya dengan mengirimkan seorang Papa seperti Tuan Harith, ujar Qamra Ain dalam menahan sedu sedan di hati. Kerana tak dapat lagi menahan sebak akhirnya dia menangis di depan lelaki itu.

Dah dah jangan menangis lagi. Biar Papa yang jaga kamu. Kamu jangan ke mana-mana lagi. Tinggal di sini dengan Papa. Sejak kamu pergi Villa ni hilang serinya tanpa kamu. Rein resah gelisah dibuatnya selagi tak jumpa kamu yang hilang tanpa khabar. Kamu ke mana sebenarnya soal Tun Tunku Harith seraya menghulurkan kotak tisu ke tangan Qamra Ain. Panjang ceritanya, Papa

Nampaknya malam masih panjang, Qamra. Ceritalah, biar Papa dengar pinta Tun Tunku Harith sambil meneguk secangkir kopi yang dihidang beberapa jam lalu oleh Mbak Dewi.

S

AMPAI bila korang nak seksa perasaan Qamra Sampai bila Korang sedar tak yang korang bertiga ni pentingkan diri sendiri dari fikirkan tentang kemahuan Qamra! suara petir Tunku Hazreen kedengaran di segenap ruang tamu utama di Villa itu. Dia memandang ke arah wajahwajah mereka.

Tunku Hardie duduk di atas tangga, Tunku Hussein pula bersandar sambil menyilang tangan di tepi jendela dan Tunku Raffzul pula duduk di sofa tunduk memandang ke lantai. Sementara Qamra Ain sedang berbicara berdua di dalam bilik Papanya, inilah masa yang sesuai Tunku Hazreen menyelesaikan kekusutan 3 jiwa yang masih liat untuk melepaskan Qamra Ain pergi dari relung hati mereka.

Rein, kau takkan faham sebab

Sebab apa Sebab Rein tak pernah bercinta macam Sein! Pantas Tunku Hazreen mencantas katakata Tunku Hussein.

Sakit hatinya masih lagi belum berakhir. Kalau dari mula dia tahu yang Tunku Hardie kekasih hati yang sering diadu oleh Qamra Ain, sudah pasti disekolahkan abangnya cukup-cukup meskipun darah dagingnya sendiri. Biar dia tahu betapa deritanya Qamra Ain meniti hari-hari yang tragik dek terlampau mengikut sikap panas baran Tunku Hardie.

Abang tau tak betapa deritanya Qamra pasal perangai abang. Rein tau segala-galanya sebab Qamra menumpang duduk bersama Rein. Rein dah anggap Qamra seperti adik Rein sendiri. Setiap kali balik dari kuliah, ada saja cerita tentang abang. Qamra tau abang curang, tapi dia ambil sikap positif dan tak mudah melatah hinggalah peristiwa yang memalukan tu berlaku depan matanya sendiri. Abang memang kejam! Rein malu ada abang perangai macam ni!

Rein pujuk Tunku Hussein meredakan api kemarahan yang semakin membuak dalam hati kembarnya.

Sein! Rein belum habis cerita lagi, jangan nak menyampuk! Pintas Tunku Hazreen laju. Jari telunjuknya melurus ke depan memberi amaran jangan sesekali mencelah kata-katanya. Renungannya mencerlung semula ke arah Tunku Hardie.

Tunku Raffzul hanya diam seribu bahasa di atas sofa. Kalau diikutkan garisan masa, dia merupakan orang terakhir yang mengenali Qamra Ain. Jadi, tiada banyak kisah yang berlaku antara mereka berdua.

Sebab abang, Qamra tinggalkan A-AH. Babahnya meninggal, impiannya musnah. Itu semua sebab abang. Sebab ego abang! Abang sememangnya tak layak untuk Qamra lagi! Baik abang lepaskan dia pergi, demi kebahagiaan dia.

Abang tau abang salah, Rein. Abang nak tebus kesalahan abang pada Qamra. Abang nak melamar dia jadi isteri abang. Abang tak mahu kehilangannya lagi, dia tak mahu kehilangan Qamra Ain buat kali ketiga. Antara mereka bertiga, dia yang paling layak untuk meraih semula cinta Qamra Ain walaupun kisah cinta mereka sudah lama terkubur.

Abang Hardie, terimalah hakikat yang Qamra bukan milik abang lagi. Cinta abang dan Qamra, hanya cinta kenangan. Abang perlu ingat, hubungan yang tak saling melengkapi takkan membawa makna kebahagiaan pada sesiapa, pujuk Tunku Hazreen serta menepuk perlahan bahu Tunku Hardie.

Kau, Raff Bersedia lepaskan Qamra Kau ingat aku tak tau yang kau ada hati dengan Qamra Siap cincin bagai Tunku Hazreen berkalih muka ke arah sepupunya pula.

Tunku Raffzul menghela nafas panjang hingga kedengaran di ruang tamu yang sunyi itu. Berat hati untuk melepaskan Qamra Ain pergi setelah sekian lama menaruh harapan untuk menyunting gadis itu sebagai teman hidup. Namun, apakan daya. Jika berpisah lebih baik dari bersatu, dia rela bebaskan Qamra Ain dari sangkar hatinya.

Demi kebahagiaan Qamra aku lepaskan dia pergi.

Betul ni Lepas ni tak ada dakwa dakwi lagi tau. Aku nak semuanya selesai malam ni juga. Sembilan tahun Qamra menanggung derita disebabkan korang. Kau pula, Sein

Sein benar-benar cintakan Qamra, Rein. Cinta Sein pada dia pakai buang. Sein ikhlas dengan dia. Tujuh tahun lamanya Rein. Takan semudah tu Sein nak lepaskan dia.

Sein, sebagai kakak kembar seuri, kau harus tau bahawa perasaan cinta yang lahir terhadap seseorang bukanlah tanda orang yang kita cintai bakal jadi milik kita. Kalau betul kau cintakan Qamra, lepaskan dia pergi bebas menyintai orang lain. Yang bukan dari salah seorang dari korang bertiga. Itu jalan terbaik dari ada yang frust menonggeng nanti, berdas-das leteran Tunku Hazreen. Pedih dan pedas. Selalunya, anak perempuan tunggal Tun Tunku Harith bukanlah jenis yang kuat berleter. Entah mengapa malam ini, bagaikan naik hantu Tunku Hazreen bercakap tanpa henti.

Bagi Tunku Hazreen pula, perkara ini sudah dibincangkan bersama Papanya selepas mengetahui di mana lokasi Qamra Ain bersembunyi. Dia tak sanggup lagi melihatkan Qamra Ain dibelenggu rasa serbasalah tanpa kesudahan. Ditambah pula, Papanya juga punyai perasaan yang sama. Itu pun dia tahu di atas pengakuan Papanya sendiri. Namun, dia tak salahkan Papa. Sesiapa saja yang mengenali ketelusan gadis bernama Qamra Ain, pasti jatuh cinta. Mujurlah dia seorang perempuan, jika sebaliknya dia juga ke arah perasaan yang sama.

Usai perbincangan lama itu, Tun Tunku Harith memberi kuasa veto padanya untuk selesaikan perkara ini secepat mungkin. Rasa kasihannya pada Qamra Ain tak dapat diempang lagi. Hidup gadis itu tak ubah seperti seorang pelarian. Sudah tiba masa untuk bertindak mengembalikan kehidupan Qamra Ain semula. Walaupun tampak kejam dan tegas, hanya cara begini saja pilihan yang dia ada meskipun terpaksa melukakan hati mereka bertiga.

Kau yang kejam sebenarnya, Rein! Kau kejam! Bentak Tunku Hussein.

Tunku Hardie terduduk di sofa. Tunku Raffzul pula membatu diri.

Aku kejam Kalau aku kejam, aku biarkan aje Qamra merempat masa mula-mula datang minta kerja di kaf aku, tau tak! 12 tahun aku kenal siapa Qamra berbanding dengan korang! Seharusnya korang bersyukur sebab ALLAH SWT gerakkan hati Qamra tepat pada masanya. Kalau tak, kita takkan jumpa

Papa lagi!

Malam ini mereka semua menangis semahumahunya di dalam hati.