berumur dalam lingkungan 40-an yang terbaring di atas katil. Sambil-sambil itu Qamra Ain meletakkan stetoskop di dada untuk memeriksa denyutan jantung.
Kepala makcik sakit, Doktor. Berdenyut-denyut. Dah 2 hari, adunya. Sesekali dia memicit kepala yang terasa berpusing.
Ada muntah-muntah tak Qamra Ain beralih memeriksa bacaan di Monitor Tekanan Darah Automatik (BPDM).
Ada, kadang-kadang.
Kalau ikut pada rekod perubatan, makcik ada hypertension. Mata ada nampak kabur-kabur tak Kurang jelas ke
Mata makcik memang kabur. Maklumlah rabun. Makcik tengok Doktor bukannya jelas pun. Kalaulah penglihatan makcik tajam, tentu Doktor seorang gadis yang jelita, kan
Tak adalah, makcik. Saya biasa aje orangnya. Ni result BP makcik, bacaan atas sistolik-123 dan bacaan bawah diastolik-104. Makcik kena maintain BP tau. Jangan stress, kurangkan garam dalam masakan. Saya tuliskan preskripsi yang perlu makcik makan ikut jadual. Makcik tinggal dengan siapa ya
Anak bongsu, baru habis belajar. Suami makcik dah kahwin lain. Biasalah doktor lelaki, makin tua makin mengatal, jawapan makcik itu membuatnya tersenyum sambil mengeleng-geleng perlahan kepala.
Agaknya begini luahan rasa seorang isteri bila suami mereka berkahwin lain. Dan agaknya, begini juga rasa hati arwah Babah bila ibunya pergi meninggalkan mereka berdua.
Tak apalah, makcik. Barang yang lepas jangan dikenang. Sekurang-kurangnya makcik ada anak yang tinggal bersama. Kalau ada apa-apa, senang anak makcik ada. Makcik ambil kertas ni. Nanti tunjuk kat kaunter farmasi, sebelah kaunter pertanyaan depan sana, pesan Qamra Ain seraya menghulurkan kertas yang tertulis senarai ubat.
Wanita itu bangun dari kerusi dan mengucapkan terima kasih sebelum berlalu pergi keluar dari klinik. Sela beberapa minit kemudian muncul pula Yoonaniza di sebalik pintu.
Qamra! You masih di klinik lagi Dua minggu lagi you nak jadi tunangan orang okey! Jangan ralit sangat bekerja, hilang seri wajah nanti, usik Yoonaniza di sebalik pintu yang separa terbuka itu.
Qamra Ain mendongak. Terhenti terus mengemaskini laporan perubatan pesakit tadi di skrin monitor. Terus dia mengulum senyuman. Ya, kurang 2 minggu lagi dia bakal menjadi milik orang. Milik siapa Itu yang menjadi persoalannya. Sampaikan seluruh warga pekerja THSC termasuk kakitangan pembersih dan penyelenggara juga tak sabar menunggu majlis yang berprestij itu. Khabarnya majlis pertunangan bakal diacarakan di sini juga. Sudah tentu kemeriahan lebih berganda dan terindah untuknya nanti.
Selepas dari perbincangan panjang malam itu, dia bersetuju dengan cadangan yang diaturkan oleh Tun Tunku Harith. Jika lamaran sang kekasih hati berlaku 9 tahun dulu, Ya! Dia tak sabar menjadi yang halal buat Tunku Hardie. Kini, tiada lagi cinta buat jejaka itu.
Qamra are you okay tegur Yoonaniza sekaligus mengejutnya dari lamunan seketika. Sedar tak sedar lama juga dia berdiam diri. Disebabkan tiada respon, Yoonaniza melangkah masuk. Dirapatkan pintu lalu berlabuh duduk di atas kerusi berdepan dengan Qamra Ain.
I tengok you banyak diam aje sejak akhir-akhir ni. Persiapan pertunangan meletihkan you ke Sepatutnya you bertuah tau! Insan terpilih lagi. Alahai, bertuahnya kalau Tuan Harith buat majlis seperti you untuk I, Yoonaniza mula berangan. Dia menyifatkan Qamra Ain seorang gadis yang amat bertuah diangkat menjadi sebahagian daripada keluarga kerabat Tun Tunku Harith.
Yoona, betul ke I akan bahagia lepas apa yang I lalui selama ni
Why You tak yakin yang you akan bahagia Soal Yoonaniza semula.
Entahlah. I pun tak pasti. I bakal bertunang dengan salah seorang dari mereka, Yoona. Bagaimana I nak rasa bahagia I terpaksa melukakan 2 hati lagi.
Kalau you tanya I tentang kebahagiaan sebagai seorang sahabat I mahu lihat kebahagiaan menyinari hidup you selepas apa yang you lalui. I yakin, salah seorang dari mereka akan bahagiakan you.
Oit! kat sini rupanya you! Puas I cari jom kita lunch. Nanti dah jadi tunang orang, tak dapatlah I dan Azmeer nak berjimba dengan you lagi lepas ni, ajak Rudy Armani sewaktu kepalanya terjongol di sebalik pintu yang dibuka sedikit.
You tak ada patient kat Resus ke
Hari ni I handle cold case. So, bolehlah I berjimba dengan you all yooo! ujarnya sambil mengangkatangkat kedua belah kening.
Okey, you nak lunch kat mana We all follow aje, bukan main teruja lagi Rudy Armani bertanya pada Qamra Ain yang sedang menanggalkan kot putih lalu disangkutkan di belakang kerusi.
Errmmm I teringin nak makan steak.
Steak Apa kata kita lunch kat Chillis. You try Fajita Trio, cadang Tunku Hussein yang tiba-tiba mencelah di antara mereka. Dia yang masih memakai kot putih memaut bahu Rudy Armani dan Azmeer dari belakang.
Aku terdengar you all tengah cari tempat lunch. Can I join
Why not. Jom gerak sekarang. Takut full house nanti.
Kau tak kisah ke, Qamra Tanya Tunku Hussein sekali lagi. Takut jika Qamra Ain tak selesa bila dia ada bersama. Mereka berempat sabar menanti jawapan dari Qamra Ain.
Jom lagi ramai lagi meriah nanti, akhirnya segaris senyuman terukir di bibir Qamra Ain.