Antara gambar yang digunakan dalam peraduan ini adalah gambar orang sedang bermain sepak takraw dan bola sepak. Bola di dalam gambar ini telah dipadamkan atau dikaburkan dari gambar asalnya. Tugas peserta adalah meneka di manakah lokasi sebenar bola di dalam gambar tersebut.
Setelah meneka, peserta perlu mengisi maklumat pengenalan diri pada ruangan yang telah disediakan termasuklah slogan juga perlu diisi se-kreatif mungkin. Kedudukan bola berserta nama peserta yang berjaya meneka dengan tepat akan dipaparkan di dalam surat khabar pada hari mendatang.