MY PRETTY BOY - 119
QAMRA AIN tiba di pelamin yang terhias indah di perkarangan lobi THSC. Dia meluaskan pandangan di setiap sudut. Kelihatan para tetamu yang terdiri daripada VVIP, pemegang saham, barisan MC, kakitangan pembersih dan juga penyelenggara. Ada juga doktor dan jururawat yang tak ketinggalan juga meraikan majlis pertunangan mereka walaupun hanya segolongan yang berada di sini.

Di atas pelamin indah dia duduk bersendirian, menunggu bakal jejaka yang menjadi tunangan seketika nanti. Resah dan gelisah. Lebih-lebih lagi bila ke semua pasang anak mata tertumpu ke arahnya menambah lagi kegelisahan di hati. Dalam melayan perasaan tak menentu, di kejauhan dia terpandang ke arah kelibat seseorang yang amat dikenalinya.

Selamat bertunang Dr. Qamra Ain, ucap Pak Usop seraya menghadiahkan senyuman. Begitu juga dengan Mak Sarah.

Pakcik makcik, dia bangun dari kerusi dan terus memeluk wanita itu dengan erat. Tak semena-mena dia menangis di atas bahu Mak Sarah. Melepaskan segala kerinduan pada keluarga itu. Baru saja dia bercadang selepas majlis pertunangan nanti, dia berhasrat memperkenalkan tunangnya pada kedua-dua mereka. Haish, bakal tunangan orang mana boleh cengeng. Cair make up nanti. pujuk Mak Sarah sambil menepuknepuk perlahan belakang badan.

Qamra Ain meleraikan pelukan. Mak Sarah pula mengesat air mata Qamra Ain dengan hujung ibu jari. Ain tak tau siapa bakal tunangan Ain, makcik

Moga Ain kecapi kebahagiaan yang Ain cari. Itu doa pakcik dan makcik kamu. Jodoh yang terbaik untuk orang yang baik seperti kamu, ujar Pak Usop pula.

Kak Ain! Satu suara yang datang dari belakang tetiba muncul di antara celahan Pak Usop dan Mak Sarah.

Erul! Qamra Ain duduk mencangkung serta mengusap lembut rambut Shahrul yang melepasi paras bahu.

Kak Ain cantiklah, lebih cantik dari pelakon yang Erul suka! Pujinya jujur. Qamra Ain tersenyum kecil.

Dah bujang adik Kak Ain ni ya

Qamra Ain. satu suara sayup yang memanggil. Dia kenal suara itu. Mana mungkin dia lupa suara garau yang memanggil setiap kali dia bertandang ke rumah warga tua di kampung yang ditinggalkan setahun yang lepas. Qamra Ain perlahan-lahan mengangkat wajah.

Atuk Qamra Ain bangun dari duduk lalu berdiri di hadapan Tan Sri Kadir. Tercari-cari juga dia di mana Aizal Fahmi berada. Takkan lelaki berusia ini hanya datang bersendirian tanpa teman.

Qamra majlis dah nak mula, Tunku Hazreen mengingatkan.

Qamra Ain memberi isyarat pada gadis itu untuk memberi sedikit masa lagi untuknya. Tunku Hazreen mengangguk faham dan berlalu pergi menuju semula ke podium.

Maafkan atuk, Ain

Tak ada apa salah yang atuk buat untuk Ain maafkan. Atuk masih ingat lagi pada Ain itupun dah cukup buat Ain. Pak Usop, Mak Sarah dan Erul. Tapi, mana Abang Aizal

Tan Sri Kadir lama kita tak jumpa. Thanks for coming my best old pals, tegur Tun Tunku Harith sambil berbalas salaman.

Qamra Ain mengerut kening. Teguran mereka seolah-olah seperti mengenali rapat antara satu sama lain.

Atuk kenal Tuan Harith Soal Qamra Ain yang masih dalam kehairanan.

Qamra nilah pereka bentuk bangunan THSC, Tan Sri Kadir, perkenal Tun Tunku Harith sambil memaut bahu Tan Sri Kadir. Masing-masing berbalas senyuman.

Ain, Aizal sebenarnya... belum sempat Tan Sri Kadir menghabiskan ayat,

Qamra Ain diarahkan duduk semula di atas pelamin oleh Tunku Hazreen. Tun Tunku Harith pula mempersilakan Tan Sri Kadir mengikuti duduk di barisan hadapan kerusi VVIP.

Diminta para hadirin mengambil tempat duduk masing-masing kerana kemuncak acara akan berlangsung sebentar lagi, bergema suara Tunku Hazreen mengejutkan para hadirin yang memenuhi segenap perkarangan lobi.

Qamra Ain menarik nafas panjang lalu dihela keluar perlahan-lahan. Dia sudah bersedia. Dengan ada keluarga angkat serta Tok Ayah menguatkan lagi semangat untuk menerima apa yang telah ditakdirkan untuknya. Tapi, dia masih tertanya-tanya di mana Aizal Fahmi. Takkan jejaka itu rela melihatnya bertunang dengan lelaki lain.

Dijemput bakal tunang Dr. Qamra Ain masuk ke perkarangan lobi sekarang.

Semakin berdebar degup jantung Qamra Ain. Ritma jantungnya bercelaru. Semua pasang mata tertumpu ke arah pintu masuk utama. Hanya dia saja yang memejam mata serapat mungkin, gementar untuk ketahui siapakah jejaka yang bakal menjadi pasangan hidupnya yang bakal diumumkan nanti.

Qamra ada mesej untuk kau, bisik perlahan Tunku Hazreen ke telinga.

Dia membuka mata seraya menoleh ke arah Tunku Hazreen dengan kening berkerut. Gadis itu menyerahkan BB Z10 ke tangannya. Tanpa diketahui oleh gadis itu, Tunku Hardie mengambil dari dalam laci di bilik semasa mereka semua sedang menuju ke lobi.

Anggerik_Putih

Little_Prince: Awak sungguh cantik di atas pelamin dan saya tak sabar rasanya utk bersama dengan awak di atas pelamin yang indah tue.

BB Z10 dalam pegangan terlepas ke lantai. Mengeletar seluruh anggota badan. Tergaman dia sebentar. Siapakah lelaki itu Siapa yang menyamar di sebalik Id YM Little_Prince Tunku Hardie Tunku Hussein Tunku Raffzul dan tak mungkin Tuan Harith Siapa Siapa

Tak pada bintang tapi pada bulan yang mengintai, tunaikan permintaanku di kala mataku sedang terpejam pandanglah ke arahku Anggerik_Putih

Perlahan-lahan Qamra Ain mendongak kepala ke atas. Tergamam dia tanpa kata sedangkan bakal tunangan itu sedang merenung ke wajahnya sambil memegang sejambak bunga Anggerik berwarna putih yang mekar, semekar senyuman di bibir cerinya yang basah.

Abang Aizal

Ya, saya awak. Sayalah Little_Prince yang setia bersama awak dulu, kini dan selamanya bisik Aizal Fahmi lembut ke telinga Qamra Ain sebelum duduk di kerusi bersebelahan di kala lagu Take My Breath Away nyanyian Berlin berkumandang di segenap lobi.

Air mata yang bertakung di tubir mata mulai menitis perlahan jatuh ke pipi. Qamra Ain berkalih muka ke arah Tan Sri Kadir yang tersenyum sambil mengangguk kepala. Begitu juga dengan keluarga angkatnya dan Shahrul. Mereka juga turut sama tersenyum. Beralih pula pada keempat-empat jejaka termasuk Reza Rizman berdiri sebaris dengan Tunku Hazreen. Mereka juga turut tersenyum. Jadi, persoalan telah terjawab. Little_Prince adalah Aizal Fahmi dan Aizal Fahmi merupakan bakal tunang yang dirahsiakan mereka selama ini!

Jangan menangis, sayangku Ain. Kan abang ada bersama Ain, dan abang janji akan menjaga Ain hingga akhir nyawa abang

Diminta wakil pihak Ir. Aizal Fahmi iaitu Puan Maisarah untuk naik ke atas pelamin menyarungkan cincin pertunangan ke jari Dr. Qamra Ain.

Tan Sri Kadir menghulurkan sebentuk cincin bertakhta berlian yang berkilauan di atas dulang ke tangan Mak Sarah. Dia bangun dari kerusi dan mengatur langkah menuju ke pelamin. Qamra Ain tersenyum bila jari manisnya disarungkan cincin oleh ibu angkatnya itu diringi dengan tepukan gemuruh oleh tetamu yang hadir.

Selamat bertunang, Ain. Kamu Aizal, jaga anak makcik baik-baik sebagaimana makcik pernah jaga dia, pesan Mak Sarah.

Qamra Ain memeluk Mak Sarah seeratnya, melepaskan kerinduan yang setahun bersarang di hati. Dia terharu dalam tangisan. Begitu besar sekali majlis yang diadakan untuknya oleh kerabat diraja itu. Lagipun, Tun Tunku Harith telah berjanji akan menjaganya seperti anak sendiri.

Sempurna sudah acara menyarung cincin. Diminta para hadirin semua ke dewan utama untuk menjamu selera. Dipersilakan, Tunku Hazreen menyampaikan kata-kata terakhir sebelum berlalu pergi meninggalkan podium.

Sedikit demi sedikit tetamu mula bangun dari kerusi dan beransur-ansur beredar menuju ke dewan utama. Hanya tinggal mereka berdua yang masih tak berganjak dari atas pelamin.

Amboi! Aizal bertuahlah kau dapat cewek macam Qamra ni. Aku tackle dua tahun gagal, bro! Sergah Rudy Armani. Kelihatan bersebelahannya Azmeer, Yoonaniza dan Elmina.

Kalau you nak tau, Qamra... Aizal ni kaki suftboarding macam I dan TH masa di CA dulu. Entah bila tukar tune melekat kat laptop pun tak tau. Anyway, congratulation both of you. Tak sabar nak makan nasi minyak you all pula!

Thanks, bro, jawab Aizal Fahmi seraya bersalaman dengan Rudy Armani.

Dr. Rudy, sila ke Resus ada EC. Diulangi Dr. Rudy, sila ke Resus ada EC, sekarang!

Dr. Rudy ER panggil kau! Aizal Fahmi mengingatkan Rudy Armani sekali lagi.

Adoyai! Tak boleh tengok aku senang sikit! Bebel Rudy Armani kemudian berderai ketawa mereka semua di situ.

Qamra Ain menyembunyikan ketawa. Selepas meminta diri, terus dia berlari selaju yang boleh diekori oleh Azmeer di belakang. Jika Rudy Armani dipanggil, dia juga kena turut serta. Sekejap sahaja mereka berdua hilang di sebalik pintu automatik TED.

Congrats, Qamra giliran Elmina pula bersuara.

Ketawa Qamra Ain terus berhenti. Mata mereka bertentangan. Akhirnya, dia menghadiahkan senyum pada gadis itu sambil menghulurkan tangan. Elmina menyalami lalu menarik gadis itu di dalam pelukannya.

Maafkan I, Qamra. I banyak menyakiti hati you, kata Elmina selepas meleraikan pelukan. Ada titisan air mata di pipi gadis itu.

Perkara dah lama berlalu, Elle. Yang penting, you jaga hati lelaki yang pernah you sayang dulu. Belum terlewat untuk you raih semula cinta Sein, pujuknya serta mengesat pipi Elmina yang basah dengan hujung ibu jari.

Elmina menggangguk faham. Kemudian dia berlalu pergi menuju ke dewan utama. Tinggal mereka berdua di situ.

Ramai juga yang sayangkan Dr. Qamra Ain di sini ya Jeles abang! Aizal Fahmi yang lama berdiam diri bersuara. Masing-masing serentak menoleh.

Sejak bila Ir. Aizal Fahmi tau tentang Anggerik_

Putih

Sejak Ain tinggalkan laptop rosak kat abang. Kalau tak, melepas abang tau!

Maknanya abang dah tau dari awal siapa Ainlah ni

Aizal Fahmi hanya membalas pertanyaan gadis itu dengan senyuman. Redup sepasang mata hazel yang galak itu tak putus dari merenung dan terus merenung ke arah wajahnya. Qamra Ain memalis wajah ke arah lain. Rasa gementar bila menatap renungan mata hazel si kacak itu. Lebih kacak lagi bila memakai suit warna putih dan krim yang sama. Patutlah kerabat diraja itu berpakaian suit hitam seragam, tak sama warna sepertinya.

Dr. Qamra Ain panggil Aizal Fahmi romantis sambil manarik wajah gadis yang teramat dicintai memandang semula ke arahnya.

Tak pada bintang, tapi pada bulan yang mengintai, tunaikan permintaanku di kala mataku sedang terpejam. Akhirnya, bulan tunaikan permintaan abang dengan mengirimkan Ain pada abang. Sesungguhnya abang teramat menyintai Ain sejak pertama kali abang berjumpa dengan Ain dan lebih mendalam lagi selepas mengetahui yang Ain adalah Anggerik_Putih, gadis misteri yang abang admire dalam diam selama ni.

Ain masih tertanya kenapa

Kenapa bukan salah seorang dari mereka di sana yang menjadi tunang Ain Aizal Fahmi menuding ibu jarinya ke arah mereka bertiga yang sedang bergelak ketawa di suatu sudut.

Qamra Ain memandang wajah-wajah mereka silih berganti dan kebetulan pula Tunku Hussein sedang menoleh ke arahnya. Ditunjuk pula gelas berkaki berisi air sirap ke arah mereka berdua sambil berbalas senyuman.

Panjang ceritanya, apa yang penting sekarang yang Ain bimbangkan selama ni dah berakhir dan mereka pun dengan rela hati melepaskan Ain bersama abang, menjadi isteri abang tak lama lagi. Tuan Harith juga bersetuju dengan syarat jangan bawa Ain jauh dari hidup mereka. Mereka semua terlalu menyayangi Ain dan mahu melihat Ain bahagia.

Qamra Ain terdiam tanpa kata. Dia panjatkan rasa kesyukuran pada ALLAH SWT akhirnya ditemui kebahagiaan yang dicari selama bertahun ini.

Abang cintakan Ain, teramat cinta dan jangan sesekali tinggalkan abang lagi bisik Aizal Fahmi dengan penuh romantis ke telinga.

Ain juga cintakan abang, teramat cinta balasnya dengan senyuman sehingga terserlah lekuk di keduadua belah pipi. Manis dan menawan.

Korang berdua ni dari tadi tak berganjak ke Taulah dah jadi tunangan orang, takkan tak boleh berenggang sikit pun Hello, korang berdua masih belum mahram lagi tau! Sabar okey, sebulan aje lagi! usik Tunku Hazreen yang tiba dengan Tunku Hussein, Tunku Hardie dan Tunku Raffzul.

Mereka berdua serentak menoleh. Kelihatan juga Pak Usop, Mak Sarah dan Shahrul. Di belakang mereka pula tercegat berdiri Tan Sri Kadir dan Tun Tunku Harith. Reza Rizman dan Yoonaniza juga ada bersama.

Jom jom kita welfie cepat sebelum cair make up bakal pengantin kita ni! ajak Tunku Hussein dan berebut-rebut mereka naik atas pelamin.

Mak Sarah berdiri di sebelah Qamra Ain manakala Shahrul berdiri di antara mereka berdua. Tan Sri Kadir pula berdiri di sebelah Aizal Fahmi dan yang lain berebut mengambil posisi duduk di depan. Tunku Raffzul menjadi tukang memegang monopod.

Sedia1... 2... 3!

Tunggu! Aku pun nak juga! Laung Rudy Armani sambil berlari menuju ke arah mereka diekori oleh Azmeer di belakang.

Kacaulah kau ni! Takkan nak welfie dengan whitecoat wei! Spoil lah gambar nanti! rungut Tunku Raffzul bila Rudy Armani menolaknya ke dalam supaya memberi ruang untuknya duduk. Terpaksa mereka yang lain berganjak sedikit demi sedikit memberi ruang duduk untuk Azmeer juga.

Wei, Rudy! Kau tinggalkan pesakit macam tu aje! Sampuk Tunku Hussein pula.

Alah, TH. Elle, kan ada. Aku paksa cover kejap. Aku pun nak welfie gak wei! Klik!

Kamera digital GoPro Hero 4 merakam welfie spontan mereka. Tunku Raffzul terlupa yang kamera itu disetkan pemasa. Dia membelek semula gambar yang dirakam.

Kau tengok. Buruk benar muka akutak kacak sungguh! sungut Tunku Raffzul tak habis-habis. Kalau bab ambil gambar setiap perincian harus dipastikan yang dia paling kacak dalam setiap gambar yang ada.

Raff, snap sekali lagi. Naik lemah dah lutut aku ni! Pinta Tunku Hardie, penat sudah duduk mencangkung sebelah Tunku Hazreen.

Okey sedia 1 2 3! Senyum!

Anggerik_Putih, saya sayang awak!

Sayang awak juga, Little_Prince! bisik Qamra penuh romantis di kala mata mereka bertautan. Klik!

-TAMAT-