LELAKI-LELAKI MERBAHAYA - 119
Cuma lima puluh peratus dari semua kenyataan yang diberikan secara bermain-main adalah palsu. Namun kalau acara perkahwinan itu adalah saat paling bahagia dalam seluruh perhubungan antara dua insan, baik aku kahwin lepas tu terjun dari Niagara Falls sejurus selepas malam pertama. Bahagia di langit ketujuh dan menjunam tajam ke air terjun maut sambil masih mengekalkan aura kebahagiaan awet muda yang diidam-idamkan seluruh umat manusia. Tapi, memang tak dapat dinafikan itu duniawi sahaja. Tak tahu apalah yang menanti kita di alam barzakh, bahagia tujuh aras di dunia, roh bahagia berapa aras
Persoalan ini bukanlah dihasilkan dari ahli akademik bertauliah, ianya dicurahkan dari ahli kelab kelawar yang menghidap melankolia ringan. Tetapi nilai insani itu tetap ada, walau tak kelihatan pada pandangan pertama.