Kenapa kau ubah kisah hidup aku, aku bertanya.
Jawabnya: Tidak ada sesiapa mahu mendengar kisah hidup seseorang yang patah hati. Semua orang mahukan kisah cinta hebat. Kau berikan apa yang mereka mahu.
Aku terkejut. Aku putuskan persahabatan.
****
Sebenarnya, salah satu perkara yang susah dalam hidup ini ialah menonton orang yang kau sayang, sayang orang yang lain. Aku tersangat sayangkan Julia tetapi dia hanya menganggap aku sebagai teman rapatnya dan tidak lebih daripada itu.
Aku tidak mahukan persahabatan. Aku mahukan cintanya. Aku mahukan tubuhnya menyentuh tubuhku. Aku mahu bibirnya mendakap bibirku. Aku mahu menjadi ibu kepada anak-anak kami. Aku mahu kami mendewasakan diri atas dokongan masing-masing.
Bila teman aku ini memperkenalkan lelaki yang dia sayang itu, dunia aku menjadi punah. Hati aku berkecai seribu. Aku seperti Humpty Dumpty yang duduk di atas tembok dan jatuh. Tidak ada sesiapa yang boleh kembalikan ke bentuk asal.
Aku tidak boleh menyalahkan semuanya ke atas Julia atas melukakan perasaan aku. Aku tidak akan membuat pengakuan tentang perasaan aku kepada dia. Aku tidak berani untuk mendedahkan apa yang terbuku dalam perasaan ini. Julia tidak sedar yang saya teramat cintakan dia, kadang-kadang cinta boleh berikan emosi yang sukr untuk dinyatakan.
Aku tidak pernah untuk menunjukkan perasaan luka kepada Julia. Aku pakai topeng dan berlakon seolah-olah aku bahagia untuknya. Aku ukirkan senyuman di bibirku dan tangisan di dalam hati. Aku mengingatkan diri aku sendiri bahawa aku bukanlah takdirnya. Tetapi untuk melupakan Julia bukan perkara mudah. Sukar untuk melupakan seseorang yang mengingatkan kita tentang banyak perkara.
****
Kali pertama aku bertemu dengan Julia, kami berumur 12 tahun. Julia dan keluarganya jiran baru keluarga aku. Perasaan aku ke Julia bukan hanya kawan biasa. Perlahanlahan aku jatuh cinta dengan Julia.
Cinta itu datang tanpa kita sedar. Aku mula termimpimimpi tentang kami jatuh cinta, berkahwin, mendapat anak dan hidup bahagia selama-lamanya. Tetapi aku juga sedar bahawa tidak semua mimpi-mimpi kita akan jadi kenyataan.
****
Roland. Itulah nama kekasihnya. Kali pertama Julia keluar temujanji dengan Roland, Roland bertelanjang bulat. Julia pelajar kelas seni manakala Roland menjadi model bahan lukisan yang telanjang.
Pada saat aku bertentang mata dengan dia, aku sudah jatuh cinta, kata Roland.
Berlainan dengan saya, Roland tidak takut untuk mendedahkan perasaan hatinya.
Aku tak pernah jatuh cinta dengan sesiapa pun yang aku lukis bertelanjang bulat, kata Julia sambil tegelak malu.
Julia pada awalnya bermain tarik tali dan Roland tidak berhenti dengan pujuk rayunya. Akhirnya, Julia mendapati yang Roland memang menarik dan tersangat seksi, maka terputiklah bunga cinta antara mereka.
Sukar untuk aku menerima hakikat yang Julia bukanlah kekasih aku. Aku tidak berhenti-henti menahan kesakitan di dalam hati. Ada orang mengatakan yang kekecewaan itu baik untuk jiwa kita. Ia akan menjadikan kita lebih kuat. Tetapi aku tidak mahu menjadi kuat. Aku hanya mahu Julia mencintai aku.
****
Aku pernah mengigau menghentak Julia separuh mati kerana hancurkan hati aku. Bila aku terjaga, aku menjerit dan menangis. Ada kalanya aku sampai mahu membunuh diri. Tetapi membunuh diri sendiri bukan kerja mudah. Ia perlukan keberanian untuk mencabut nyawa sendiri.
Kekecewaan boleh membawa kepada kesengsaraan. Penderitaan boleh membawa kita kepada sikap yang tidak rasional. Dengan perlahan-lahan, aku menyalahkan Julia kerana menghancurkan hati aku, walau pun bukan salah dia. Aku tidak dapat memaafkan Julia. Aku mahu membalas dendam. Aku tidak dapat pengakhiran yang membahagiakan dan aku tidak mahu Julia mempunyai pengakhiran yang membahagiakan itu. Aku mahu Julia merana seperti aku.
****
Kedua ibubapa Julia suka akan Roland. Mereka tidak sabar untuk jadikan Roland sebagai menantu. Tetapi satu peristiwa mengubah segalanya. Ia bermula ketika Julia dan keluarganya mengadakan ekspedisi berburu bersama Roland. Kaum wanita - Julia, ibu dan adik perempuannya menyediakan makanan di kem. Kaum lelaki Roland, bapa Julia dan adik Julia, Justin pergi berburu. Peluru Roland tersasar dan akhirnya menembusi dada Justin. Justin mati serta-merta.
****
Biasa bagi anak lelaki mengebumikan bapanya. Tetapi apabila ada situasi di mana perkara sebaliknya berlaku apabila bapa terpaksa memgebumikan anak lelakinya kesakitan yang dialami tidak dapat diceritakan. Apa yang telah berlaku cuma kemalangan. Tetapi bapa Julia meletakkan Roland sebagai orang yang bertanggungjawab atas kematian anaknya. Kesedihan boleh membawa kepada kesengsaraan. Penderitaan boleh jadikan kita tidak rasional.
Kau pembunuh dan aku tak mahu pembunuh jadi menantu aku, jerit bapa Julia keppada Roland pada hari pengkebumian.
Bapa Julia dengan cepat mendapatkan bakal pengantin untuk Julia dan merancang majlis perkahwinan yang gilang-gemilang. Julia merayu: Tolong selamatkan aku. Buat sesuatu untuk selamatkan cinta aku.
Aku berjanji kepada Julia yang aku akan lakukan apa sahaja yang aku mampu bagi memastikan kisah cintanya akan berakhir dengan kebahagiaan. Aku beri jaminan: Aku akan bacakan cerita untuk anak-anak kau nanti. Aku akan jadi penjaga yang terbaik untuk mereka.
Tetapi aku tidak ada niat untuk membahagiakan dia, aku cuma tunggu peluang yang terbaik untuk membalas dendam dan peluang terbaik itu datang depan hidung. Dia telah melukakan hati aku dan aku akan lukakan hatinya pula. Aku akan sedarkan dia erti kesakitan.
****
Aku memegang botol dengan cecair yang agak pelik. Minum air ini dan jantung kau akan berhenti sejenak untuk 24 jam, aku beritahu Julia.
Ibubapa kau akan anggap kau dah mati. Semua orang akan ingat kau dah mati. Keranda kau akan berada di gereja. Pada tengah malam nanti, bila sudah tak ada orang, aku akan datang selamatkan kau. Aku akan bawa kau ke Roland. Lepas tu, korang boleh lari dari sini dah kahwin.
Julia memeluk aku dengan erat.
Aku akan sentiasa ingat jasa kau, kata Julia.
Semua orang patut ada kawan baik macam kau.
****
Rancangan aku jalan dengan lancar. Ibubapa Julia tidak percaya yang Julia bunuh diri. Aku tidak beritahu ke Roland yang Julia sebenarnya masih hidup. Aku mahu Roland menderita juga. Aku mahu Roland merasai kesakitan orang yang hatinya berkecai. Kesedihan boleh membawa kesengsaraan. Penderitaan boleh jadikan kita tidak rasional.
Aku mahu ditanam di sebelah Julia. Aku mahu mati di mana jantung hati aku ada, kata Roland kepada aku.
Aku tidak mahu cuba untuk ubah pendiriannya. Aku menyelinap ke dalam gereja yang menempatkan Julia. Aku tinggalkan Roland bersendirian dengannya. Tetapi aku tidak pergi. Aku menyorok di balik tiang. Aku mahu melihat kesemua yang berlaku. Aku mahu lihat kesakitan di dalam jiwa mereka. Roland membuka pintu keranda dan mengucup bibir Julia. Roland membisik-bisikkan ayat-ayat cinta ke telinganya. Tanpa berlengah, dia ambil pisau dan tikam dadanya.
Aku mahu lihat Julia bangun daripada tidur dan melihat kekasihnya mati di hadapannya. Aku mahu Julia merasakan perasaan orang yang hatinya hancur. Aku mahu lihat Julia menderita, impian aku tercapai. Di saat Julia nampak mayat Roland, dia menjadi histeria. Dia meraung sekuatkuatnya. Dia betul-betul dalam kesakitan. Dia seperti binatang yang cedera minta belas kasihan. Kemudian, dia membuat sesuatu yang aku sendiri tidak menyangkakan: dia ambil pisau yang terpacak di dada Roland dan bunuh dirinya.
Aku mahu halang tetapi terlambat. Pisau telah menembusi jantungnya. Dia sudah tidak bernafas lagi. Aku tidak mahu Julia mati. Aku hanya mahu Julia menderita seperti apa yang aku rasa. Aku cuma mahu Julia merasakan apa yang aku rasa.
Julia adalah segala-galanya buat aku. Tanpa Julia, hidup tidak ada makna. Aku tinggalkan gereja. Aku berlari menuju ke laut. Aku campakkan bajuku ke pasir dan junam ke arah laut lepas, dengan harapan aku akan lemas. Apabila aku membuka mata, aku akan dapat melihat Julia kembali. Aku akan meminta ampun kepadanya. Tetapi Julia tidak ada di mana-mana.
Dan aku pula tidak mati. Ada seorang perempuan sedang duduk di penjuru katil aku. Dia selamatkan aku. Dia yang bawa aku ke rumahnya.
Selamat pagi, panggil aku Storyteller, katanya.
Nama kau siapa tanya perempuan itu.
****
Perempuan yang selamatkan aku itu seorang penulis skrip teater. Dia sudah menulis banyak skrip yang hebat. Setiap kali jika dia terpaksa bertemu dengan pengarahpengarah dan penerbit-penerbit yang mahukan karyanya dipentaskan, dia akan menyamar sebagai lelaki. Seluruh dunia percaya yang dia adalah seorang lelaki dan tidak ada sebarang sangsian.
Aku seorang ahli silap mata yang mencipta illusi untuk membohong semua orang, katanya sambil ketawa.
Aku tidak mahu berhenti membuat silap mata. Aku akan terus buat kerja begini. Dan aku akan terus menipu orang.
Dia tidak pernah memberitahu namanya yang sebenar. Dia mahu dipanggil Storyteller. Dia suka jadi seorang yang penuh misteri.
Aku tak kesah pun kalau orang tahu yang aku ni wujud, kata Storyteller.
Seorang penulis itu tidak seharusnya mendedahkan dirinya. Seorang penulis itu seharusnya perlu didengari.
Dia sunguh eksentrik. Dia banyak main. Dia tak malu. Dan dia betul-betul cintakan aku.
Aku ada ramai kekasih tapi kau adalah cinta dalam hidup aku, kata Storyteller.
Usia kami ada jurang yang amat besar. Dia 20 tahun lebih tua daripada aku. Tapi dia tak kesah pun. Dia memang betul-betul suka dengan aku.
Wanita itu capai seks puncaknya pada usia 40an dan lelaki capai seks puncaknya pada usia 20an, kata Storyteller.
Aku rasa kita jadi pasangan yang cocok, betul tak tanya dia sambil senyum sinis.
Sebelum ini aku duduk di bilik tamunya, tapi sekarang tidak lagi. Aku pindah ke bilik tidur utama, berkongsi katil dengan dia.
Dita tahu kisah cinta aku. Dia tahu fasal Julia. Dia tahu fasal dosa yang aku sudah lakukan. Aku tidak sorok apaapa dengan dia. Aku ceritakan semuanya. Dia jujur. Dia tidak menghakimi aku.
Storyteller gelak besar: Tidak ada seorang pun yang sempurna. Setiap orang ada kekuatan dan kelemahan masing-masing. Dan meminta maaf bukannya satu kekuatan. Terimalah kelemahan kita. Simpan erat kelemahan kita. Kita patut meraikan kelemahan kita sama seperti kita meraikan kekuatan kita. Kita tidak sepatutnya rasa malu dengan kelemahan kita. Kelemahanah yang jadikan kita ni manusia. Kalau kita ni sempurna, kita jadi nabi.
Dia tidak berharap untuk aku lupakan Julia dan jadikan Julia cinta kekasih seumur hidup.
Julia kan kekasih pertama kau dan tak ada orang lupakan cinta pertama mereka, kata Storyteller.
Dia pandai menarik perhatian aku. Aku tertarik pada dia. Perlahan-lahan aku belajar utuk menerima cinta yang baru.
****
Seperti penulis lain, kadang-kadang dia dia juga mengalami kebuntuan ide. Dia tidak mempunyai inspirasi untuk menulis. Dia mengalami masalah penulis terencat.
Mungkin aku boleh tolong kau tulis kisah aku, kata aku berseloroh.
Aku tak sangka dia mengambil cadangan aku secara serius. Dia melompat kegembiraan. Kata Storyteller: Ide yang bagus. Kisah kau ada elemen-elemen untuk buat drama yang menarik.
Aku sebenarnya sush untuk menceritakan dosa-dosa aku ke dunia luar.
Tak ada siapa akan tahu yang ini lisah kau kecuali kau dan aku, kata Storyteller.
Aku akan ubah nama-nama. Kau bayangkan mesej daripada kisah kau akan memberi kesan kepada penonton di luar sana. Kau akan beritahu penonton untuk tidak lakukan jenayah yang sama seperti apa yang kau dah buat, tambah Storyteller lagi.
Aku akhirnya mengalah atas pujuk rayunya. Aku benarkan dia untuk ceritakan kisah aku ke seluruh dunia. Kata aku: Aku suka ide untuk memberi mesej kepada penonton untuk tidak melakukan dosa seperti apa yang aku dah buattidak melakukan jenayah seperti apa yang aku dah lakukan. Tapi aku ada satu syarat. Cerita ini adalah kisah hidup aku dan kau kena janji yang kau kena ceritakan kisah cerita aku ini sejujur yang boleh.
Sambil merenung mata aku dengan senyum lebar, dia berkata: Aku bersumpah dengan nama Tuhan.
****
Dia tak benarkan aku untuk pandang skrip yang ditulisnya ketika dia sedang menulis.
Kau cuma boleh lihat hasil kerja ini di pentas, kata Storyteller.
Tidak ada siapa pun, termasuk Tuhan, boleh tengok skrip ini, tambah Storyteller.
Selepas tiga bulan berhempas-pulas menulis skrip, karya tersebut akhirnya sedia untuk dipentaskan di Teater Nasional. Aku duduk di barisan hadapan. Aku amat teruja untuk melihat kisah kehidupan aku akan diceritakan kepada dunia.
Aku tidak mahu nama-nama sebenar digunakan. Dia penuhi permintaa aku. Julia menjadi Juliet Roland menjadi Romeo dan aku menjadi Friar Lawrence.
Tetapi dia bukan sahaja menukar nama watak-watak yang ada. Dia juga mengubah fakta-fakta di dalam kisah kehidupan aku itu. Skripnya bukan lagi menceritakan kisah kehidupan aku. Dia ceritakan kisah kanak-kanak daripada keluarga yang bermusuhan telah jatuh cinta dan mendapat tentangan daripada keluarga masing-masing. Kisah cinta terhalang itu berakhir dengan tragis sekali.
Roland dan Julia memain peranan utama manakala aku menjadi peranan pembantu, di mana teman baik Romeo yang gagal untuk halang pasangan kekasih itu daripada mencabut nyawa masing-masing. Cerita aku berkaitan dengan patah hati, iri hati dan balas dendam cerita aku gelap Elemen-elemen tersebut tidak terkandung di dalam pementasan yang dinamakan Romeo and Juliet itu. Fakta daripada cerita hidup aku yang diselitkan hanyalah watak Julia yang membunuh dirinya.
Kenapa kau ubah kisah hidup aku tanya aku untuk mendapat penjelasan.
Aku guna beberapa lesen kreatif untuk membuat beberapa perubahan dalam kisah hidup kau itu, kata Storyteller.
Aku jerit: Kau tak buat beberapa perubahan pun. Kau ubah kesemua cerita tu. Ini bukan sebarang cerita, kau tahu. Ini kisah kehidupan aku. Emosi aku ada di sini. Aku percayakan kau dengan cerita ini. Aku percayakan kau dengan emosi aku. Kau curang.
Dia merasakan akumenjadi seorang yang remeh atas perubahan-perubahan sedikit yang dia telah lakukan dalam pementasannya.
Sebab aku bagi kau untuk ceritakan kisah hiudp aku ke dunia luar adalah kerana aku tak mahu penonton kau ulang silap yang aku dah lakukan, kata aku.
Kau ni banyak illusi. Sastera mana dapat ubah dunia, katanya dengan ketawa sinis.
Manusia tidak berubah, jelasnya.
Dia enggan untuk meminta maaf atas apa yang dia telah lakukan.
Tidak ada sesiapa mahu mendengar cerita orang patah hati, kau tahu katanya.
Mereka mahu cerita cinta yang hebat. Aku berikan apa yang mereka mahu.
Aku jadi marah. Aku putuskan perhubungan.
****
Aku bersumpah untuk tidak berjumpa dengan dia lagi. Tetapi aku tidak pegang pada janji aku. Beberapa tahun kemudian, dia jatuh sakit. Dia menunggu mati. Dia mahu untuk berjumpa dengan aku. Dia mahu meminta maaf. Dia mahu menebus kesalahannya.
Kau boleh maafkan aku
Itulah ayat pertama bila aku datang bersemuka dengan dia.
Aku dah maafkan kau lama dulu, kata aku sebelum mengucup bibirnya.
Aku kembali berpindah ke rumahnya. Aku jaga dia. Aku menjadi tunjang kepada kekuatan. Aku menjadi sofa yang empuk buat dia. Aku menjadi jururawat dia. Aku menjadi kekasih dia.
Pada suatu malam, dia memberi aku manuskripnya. Katanya: Apa yang ada di tangan kau sekarang adalah kisah kehidupan aku. Terbitkannya bila aku mati nanti.
Karya-karya aku adalah warisan yang aku tinggalkan. Aku mahu seluruh tahu siapa diri aku. Aku tidak mahu berselindung lagi. Aku mahu habiskan illusi aku ini.
Kau merupakan salah seorang penulis skrip yang paling hebat di dunia ii dan aku akan pastikan yang dunia tidak akan lupakan kau, aku berjanji.
Seminggu selepas itu, dia mati di atas riba aku. Aku akan tulis sebuah pembohongan. Akau akan palsukan semuanya. Dia sudah mencuri kisah kehidupan aku. Dia sudah ubah kisah kehidupan aku. Aku akan lakukan perkara yang sama. Aku akan curi kisah kehidupannya. Aku akan ubah kisah kehidupannya. Aku akan ceritakan kepada dunia yang Storyteller yang mereka gilai sebelum ini adalah seorang lelaki. Namanya tidak akan diletakkan pada manuskrip baru yang aku olah.
Ak cintakan dia. Aku percayakan dia. Tetapi dia curang. Dia telah patahkan hati aku. Dia telah bawa kesakitan dalam hidupnya. Aku jadi marah. Aku betul-betul marah. Aku mahukan pembalasan. Aku mahu patahkan hatinya. Aku mahu dia alami kesakitan dalam hidupnya. Aku mahu dia merana dalam tanah.
Aku pulang bukannya untuk memaafkan dia. Aku pulang sebab aku mahukan pembalasa. Aku mencari peluang yang tepat untuk aku membuat pembalasan. Dan peluang tesebut datang ke batang hidung aku apabila dia berikan kisah hidupnya kepada aku. Dia sepatutnya tidak mempercayai aku. Dia sepatutnya sudah tahu bahawa memaafi bukanlah kekuatan aku.
Nota kaki:
Kisah ini didedikasikan buat William Shakespeare, seorang penglipurlara tersohor abad ini.