Lukisan Asmara - 12
Kesebelas

ARMAN sudah kesuntukan masa, kini. Tempoh yang diberikan Tauke Jepp untuk mempersembahkan Alyssa kepadanya, hampir tamat. Masa terus berjalan dan tiada lagi tempoh bertenang untuknya. Dia sempat menghubungi Tauke Jepp siang tadi bagi memintanya melanjutkan masa, tetapi siasia. Tauke Jepp hanya memperuntukkan tambahan satu hari sahaja kepada Arman. Jika Arman tidak menunaikan segala janjinya, satu musibah atau bala bakal menimpanya dan juga Mariana. Arman sedar bahawa dia tidak boleh mengharapkan kepada Mariana lagi. Perempuan itu sudah semakin melarat hidupnya dan hanya menghitung hari untuk mati sahaja. Andai ditakdirkan, esok atau lusa Mariana menemui ajalnya, sudah tentu dia terselamat dari cengkaman Tauke Jepp. Tetapi, Arman yang masih tinggal hidup ini, pasti akan terus didesak dan dipaksa atau dalam erti kata yang lebih teruk lagi, bakal disiksa Tauke Jepp dan konco-konconya. Mahu atau tidak, dia harus segera bertindak tanpa bantuan Mariana. Arman terus menyusun strategi bagi memerangkap Alyssa supaya terjatuh ke tangan Tauke Jepp.

Bagaimana Fir Engkau dah buat seperti mana yang aku suruh

tanya Arman kepada Fir ketika mereka sama-sama melepak di suatu sudut pub yang kerap mereka kunjungi. Mereka sering berhubung sejak akhir-akhir ini, bagi menjayakan misi Arman untuk menjebak Alyssa. Arman percaya, lelaki kasanova itu boleh membantunya dengan menggunakan kemahirannya sebagai lelaki penggoda. Dan, sudah pasti ganjaran yang tinggi menunggu Fir, lelaki hidung belang itu. Begitulah tabiat jahat Fir, mengggoda wanita hingga ke ranjang dan apabila sudah puas, akan diperdagangkannya wanita itu sebagai pekerja seks. Tujuan utamanya hanyalah untuk mengaut keuntungan berlipat kali ganda bagi menampung kehidupan mewahnya.

Rumit sikitlah, perempuan tu, bang. Saya hanya jumpa dia sekali dua sahaja, itu pun tak dapat nak dekat dengan dia. Dia tu, jinak-jinak merpati, bang. Bila didekati, dia pun lari. Susah nak goda dia. Dia ni spesis perempuan yang tak gemar pada lelaki. Berbeza benar dengan geng-geng dia yang lain tu,

jawab Fir, memberikan jawapan yang sedikit pun tidak menyenangkan hati Arman.

Engkau ni Fir, tahu buat kerja ke tidak Tugas senang macam tu pun, engkau tak boleh buat Engkau kata, engkau handal sangat dalam bab pikat-memikat perempuan ni. Enteng saja,

tingkah Arman.

Aku tak kira Fir, dalam masa sehari dua ni, engkau kena tolong aku juga untuk dapatkan dia. Jika tidak, aku mati, engkau pun mati juga. Engkau jangan lupa, siapa yang bagi engkau lubang untuk hidup mewah sekarang ni. Kalau budak Alyssa tu, gagal kau jerat, hutang engkau pada lintah darat tu akan meningkat sekali ganda, tahu tak Engkau nak tengok ke, Porsche Cayenne engkau dekat depan pub tu, kena tarik ataupun engkau teringin tengok samseng-samseng tu datang belasah engkau depan kawan-kawan dan girlfriend engkau dekat pub ni

ugut Arman. Fir berasa gerun mendengar ugutan Arman itu. Dia tahu, dia telah jauh terlibat dalam sindiket penjualan gadis-gadis ini. Semuanya hasil pengaruh Arman yang begitu kuat terhadap hidupnya sekarang. Fir tidak mampu menolak setiap permintaan Arman kerana baginya, dia telah terlalu banyak terhutang budi pada lelaki itu. Fir sebenarnya, berasal dari kampung yang sama dengan Arman. Kampung mereka terletak di kawasan pedalaman daerah Chenor, Pahang. Dia merantau ke ibu kota setelah dijanjikan pekerjaan yang bagus oleh Arman. Dari seorang anak kampung yang merempat kerana begitu daif dengan kehidupan bandar, dia bertukar menjadi senang dan bergaya.

Semuanya berkat pertolongan Arman yang memberi peluang untuk Fir melalui kehidupan mewah, walaupun dengan jalan yang salah. Namun, Fir tidak merasakan yang dia melakukan dosa kerana memperdagangkan wanita. Baginya, kesalahan itu tidak sebesar siri jenayah yang lain seperti merompak bank, membunuh dan menjual dadah. Dia hanya menggoda wanita dengan mengaburi mata mereka melalui kesenangan wang ringgit dan harta yang dimilikinya. Wanita-wanita yang pernah terpedaya dengannya menganggap Fir sebagai syurga untuk mereka menumpang kesenangan. Walhal, mereka tidak tahu bahawa Fir adalah buaya darat yang ganas sekali serta kuat berbohong. Fir mengabarkan pada mereka, bahawa dia adalah anak hartawan ternama yang tinggal di kawasan elit, Damansara Height. Siapa yang tidak gila kalau dapat bermain cinta dengan anak hartawan ternama seperti dia itu. Dan dalam diam, mereka terus terkorban dengan permainan jahat Fir.

Ha, mengapa engkau diam Dah tak ada alasan yang lebih kukuh lagi, hendak engkau berikan pada aku

tanya Arman setelah melihat Fir lama termenung mendengarkan kata-katanya sebentar tadi.

Saya bukan bagi alasan, bang. Cuma, saya tidak ada peluang lagi untuk mendekati dia. Lagi pun, dah lama dia tak datang lepak dengan kawan-kawan dia tu.

Arman yang masih tidak berpuas hati dengan alasan yang diberikan oleh Fir itu, terus mendesak.

Mengapalah engkau ni bodoh sangat Kalau dia tak datang ke mari, engkau jejaklah sampai ke rumah atau tempat kerja dia. Engkau ingat, mangsa macam dia tu akan datang menyerah diri bulat-bulat saja pada buaya ganas yang sedang menganga macam engkau tu. Gunalah akal tu sikit.

Okey, macam ni sajalah, Bang Arman. Abang jangan bimbang, sebab saya dah berpakat dengan kawan dia untuk bawa dia ke mari secepat mungkin. Sebaik sahaja dia sampai ke sini nanti, saya akan maklumkan pada abang,

jelas Fir memberi satu kata janji pada Arman.

Ingat Fir, aku dah tak punya banyak masa lagi. Aku hendak, engkau dapatkan budak Alyssa tu dalam sehari dua ni. Tapi, kalau engkau tak dapat dia, engkau cepat-cepat call aku, tahu tak. Aku akan cuba minta Taukeh Jepp tu, panjangkan masa lagi. Itu pun kalau dia setujulah. Kalau dia tak setuju, alamatnya punahlah aku. Ingat, jangan lambat. Hubungi aku secepat mungkin bila engkau dah dapat dia, faham!

Fir hanya mampu menganggukkan kepalanya dalam cahaya suram pub tersebut. Arman terus bangkit dan keluar dari pub itu, selepas memberikan amaran bagi Fir untuk mendapatkan Alyssa segera. Fir tidak tahu, apakah yang boleh dilakukannya dengan masa sesingkat itu.

Gila betul, Abang Arman ni. Bagi masa suntuk sangat. Macam mana aku nak buat ni

dengusnya dalam hati. Di saat dia leka melayan fikirannya, Nisya, kawan Alyssa yang gedik itu menghampirinya. Segera disentuhkan tangan lembutnya yang sejuk ke pipi Fir. Nisya tahu, ada perkara yang merunsingkan Fir ketika itu dan dia cuba untuk menyejukkan perasaan Fir. Fir hanya membiarkan Nisya terus-terusan mengusapi pipi dan belakang tengkuknya. Terasa tenang bila diperlakukan begitu oleh Nisya.

Kenapa sayang I tengok you muncung semacam saja dari tadi. You ada masalah ke Boleh I tolong Oh ya, siapa lelaki yang ada bersama-sama you tadi Abang you ke

tanya Nisya satu per satu. Soalan-soalan itu hanya dipandang sepi oleh Fir. Lorat betul perempuan ini, fikirnya. Sibuk nak tanya perihal dia dengan Arman, sebentar tadi. Pada hal, hubungannya dengan Arman tidak perlu diketahui oleh sesiapapun, termasuklah Nisya. Baginya, biarlah rahsia.

Nisya, bila you nak dapatkan Alyssa untuk I ni Semakin hilang sabar, I tunggu dia tu. You kan dah janji nak tolong I

kata Fir pula selepas puas berdiam diri, tadi. Lagi-lagi perempuan sombong itu yang dikejarkejar dan dicari-carinya. Apalah yang dipandang sangat pada Alyssa itu. Apakah dirinya tidak mampu meraih perhatian dari Fir lagi. Fir hanya mahu untuk bersamanya, cukup untuk satu malam sahaja. Selepas itu, hanya Nisya sahaja yang mendambakan kemunculan Fir untuk mengundangnya bermalam lagi di rumahnya. Tetapi, itu hanya khayalannya sematamata. Pada Fir, Nisya tak ubah seperti perempuanperempuan lain yang pernah bersamanya. Nisya tetap kekal hanya sebagai perempuan one night stand untuknya. Mujurlah Fir punya misi untuk mempergunakan Nisya bagi memikat Alyssa. Jika tidak, perempuan itu sudah lama dihumbankannya ke sindiket pelacuran. Dia juga sudah berjanji untuk memberi habuan kepada Nisya, jika dia berjaya melaksanakan permintaannya. Lagi pun, orang yang dikenali ramai seperti Nisya itu, amat berguna unuknya sebagai agen bagi dia menjerat lebih ramai wanita lagi. Kalau nak dijual pun, berapa sangatlah yang bakal dia perolehi untuk perempuan seperti Nisya itu. Sudahlah tubuhnya kurus kering, mukanya penuh jerawat pula tu, tak ubah macam gua tempurung. Daripada dia menjual Nisya dengan harga yang tidak seberapa, lebih baik dia gunakan khidmat Nisya sebagai agen sahaja. Untung-untung, dia bakal beri pulangan yang tinggi apabila membawakannya perempuan-perempuan yang lebih kelas.

Sabarlah sayang. I sedang ikhtiarlah ni. Lagi pun, sekarang ni, dia tak ada di KL ni. Menurut kawan sepejabatnya, dia sedang bercuti. Hai, apalah sangat yang you pandang pada Alyssa tu. Kalau you nak, I boleh tolong introducekan perempuan yang lagi kelassss...dari dia,

kata Nisya lagi.

Nisya, I tak mahu perempuan lain lagi, buat masa ini. I cuma mahu, Alyssa, yes, Nurul Alyssa. Dont you know how much she worth to me So, stop the nonsense of replacing with other girls than her jelas Fir dengan lebih tegas sekali.

I tak fahamlah, Fir. What so special about her Come on, honey, takkan tak ada perempuan lain lagi Yang you gila sangat hendakkan budak tu, mengapa Banyak lagi perempuan yang lebih cantik dan bergetah di luar sana,

ujar Nisya sambil menggoyang-goyangkan badannya. Fir berasa sungguh sakit hati apabila mendengar kata-kata Nisya itu. Ketara sekali kebodohan yang tersingkap dari peribadi Nisya itu. Memanglah, kalau sudah dasar gadis kelab, hanya tahu berseronok tanpa sedikit pun menggunakan otak. Otaknya tidak berada di kepala, tetapi dilutut. Pendek sungguh akalnya kerana gagal melihat potensi keuntungan yang bakal diperolehi dari Alyssa. Yang dia tahu hanya mencetus perasaan cemburu dan iri hati terhadap Alyssa yang nyata sekali jauh lebih menarik dan menawan dari dirinya sendiri.

Fir lantas menyentap rambut Nisya dengan perasaan marah sambil berkata,

Hei, perempuan, dengar sini baik-baik, ya Aku tak perlukan khidmat nasihat engkau dan aku tahu apa yang aku lakukan. Tugas engkau sekarang, hanya bawa perempuan itu ke mari, seperti mana yang aku minta. Lagi cepat engkau bawa dia, lagi tinggi bayaran yang engkau akan terima. Tetapi, jika engkau lewat, aku akan potong sepuluh peratus setiap hari. Engkau faham!

Aduh, sakitlah Fir. Yalah, I tahulah, tapi lepaskanlah rambut I ni dulu, nanti putus, tahu tak Tak perlulah you berkasar macam ni sekali dengan I, tolonglah,

rayu Nisya. Terasa perit sekali rentapan Fir pada akar rambutnya itu, serasa seperti mahu putus dibuatnya. Akhirnya Fir melepaskan genggamannya pada rambut Nisya itu, namun sakitnya masih dirasai gadis itu. Berkoyan-koyan sumpah seranah yang dilepaskan Nisya di dalam hati terhadap perbuatan Fir itu. Perlakuan Fir itu, cukup jelas untuk membayangkan betapa peri pentingnya Alyssa kepada dirinya kini. Fir tetap tidak akan terima, walaupun Nisya mempersembahkan seribu bidadari kepadanya. Sehingga sekarang, Nisya masih tertanya-tanya mengapakah Alyssa begitu penting untuk Fir, namun dia tidak berani bertanya lagi kepada Fir. Bimbang juga, jika kali ini Fir akan naikkan tangannya kebahagian anggota badannya yang lain. Dia tidak punya pilihan lain selain menuruti perintah Fir itu kerana sebarang bantahan akan menyebabkan segala kemudahan yang diperolehinya kini, akan ditarik balik oleh Fir.

Ingat Nisya, setiap hari yang engkau lewat, engkau akan rugi,

ugut Fir lagi sebelum dia juga beredar dari pub tersebut. Nisya hanya mengangguk-anggukkan kepalanya tanda faham. Kali ini, dia tidak berani membantah mahupun menyoal balik perintah Fir itu. Matanya pula masih meliar memandang sekeliling, takut-takut kiranya ada orang yang dikenalinya telah terlihat akan segala perbuatan Fir terhadap dirinya sebentar tadi. Nisya dikenali sebagai seorang yang sombong, bongkak dan suka bercakap besar di kalangan rakanrakannya. Jatuhlah air mukanya andai mereka tahu, orang yang kononnya berpengaruh dan popular di kalangan mereka itu, diperlakukan sedemikian rupa oleh jantan kaberet bernama Fir itu. Nisya pastinya tidak akan membenarkan perkara itu berlaku dan menjatuhkan maruahnya. Walau bagaimanapun, tanpa Nisya sedari, seorang dari rakan rapatnya, Rossa, sempat menyaksikan adegan antaranya dan Fir tadi. Namun, sebagai teman rapat, Rossa tahu apa sebenarnya yang sedang dirancang oleh Nisya dan Fir itu. Rossa sebenarnya tidak bersetuju dengan rancangan Nisya untuk menjahanamkan Alyssa. Dia kenal benar dengan lelaki kasanova bernama Fir itu dan sebagai kawan, dia tidak mahu Alyssa hancur di tangan Fir. Rossa mengenali Alyssa sebagai gadis yang naif dalam mencari erti kehidupan yang sejati. Alyssa bukannya gadis jahat ataupun liar. Dia jauh berbeza sama sekali dari Nisya mahupun Rossa.

Cukup-cukuplah tu, Nisya. Aku rasa, tak perlulah engkau teruskan rancangan engkau untuk menganiaya Alyssa,

ujar Rossa yang muncul melabuhkan punggungnya di bangku bersebelahan Nisya. Kemunculan Rossa itu, sudah cukup untuk memeranjatkan Nisya yang sedari tadi tercari-cari manusia yang mungkin dikenalinya. Nisya tidak menyangka sama sekali bahawa rancangan jahatnya terhadap Alyssa telah sampai ke pengetahuan Rossa. Dia pelik bagaimana Rossa boleh menghidu muslihatnya itu.

Eh, apa yang you cakapkan ni, Rossa I tak faham. By the way, you jangan nak main tuduh-tuduh saja. Apa buktinya yang I ni nak menganiaya budak Alyssa tu, ha

tanya Nisya masih berpura-pura tidak faham akan maksud Rossa itu. Rossa hanya memandang sinis pada Nisya seraya berkata,

Sudahlah, Nisya. Engkau ingat, aku tak tahu rancangan engkau dengan Si Fir itu Aku bukannya baru sehari dua kenal engkau. Engkau pun, jenis ular juga, pandai membelit. Depan orang engkau baik, tapi belakang orang, umpama api yang membakar sekam.

Sial! Lancang sungguh mulut perempuan ni,

bentak Nisya di dalam hatinya. Siapalah yang telah memecahkan rahsianya itu kepada Rossa. Walaupun Nisya mempunyai pengaruh yang kuat dalam kalangan kenalannya, namun dia tidak berapa berani dengan Rossa. Rossa, walaupun seorang perempuan yang gemar berhibur, namun dia punya pendirian yang tegas, membuatkan orang berasa takut untuk berhadapan dengannya mahupun mengenakannya. Setakat ini, tiada seorang pun yang berani mempermainkannya kerana sikapnya itu, ditambah pula dengan fizikalnya yang agak besar dari saiz wanita Melayu biasa. Malahan, kaum Adam sendiri pun, agak segan untuk bersemuka dan menghadapinya.

Cik Rossa, apa yang I buat tak ada kena-mengena dengan you. I tak kacau hidup you, so, you jangan sekalikali kacau hidup I. Mind your own business, stay away from my life,

kata Nisya yang cuba bertegas dengan Rossa.

Aku tak pernah mahu masuk campur urusan engkau, Nisya. Tetapi, aku tak boleh tinggal diam jika engkau berhajat untuk menganiaya salah seorang kawan aku. Walaupun aku baru kenal dengan budak Alyssa itu, tapi aku tahu, dia tu budak baik. Lebih baik engkau lupakan saja hajat engkau untuk menjerumuskan budak tu ke lembah maksiat. Kalau tidak, aku akan bongkar segala kejahatan yang telah engkau lakukan. Engkau jangan ingat, aku tak tahu akan segala urusan engkau dengan si syaitan bernama Fir itu. Engkau itu, supplier perempuan yang terbesar sekali untuk Fir, kan

tuduh Rossa. Terbelalak mata Nisya apabila mendengar penjelasan dan ugutan Rossa itu. Walaupun Rossa itu kurang bercakap tetapi pemerhatian dan pengetahuannya, amat tajam dan peka sekali. Sukar untuk Rossa dibohongi kerana dia begitu bijak membaca segala tipu helah dan kelentong Nisya. Ada kalanya, terbit rasa sesal di hati Nisya kerana mengenali seseorang yang keras seperti Rossa itu. Jika sebelum ini, tujuan Nisya berkawan dengan Rossa hanyalah untuk melindunginya dari diganggu oleh sesiapa. Jika ada yang mahu mengganggu, pastinya akan didebik terlebih dahulu oleh Rossa. Nisya yang berasa tidak berpuas hati dengan hujahan Rossa sebentar tadi, terus berkata,

Eh Rossa, sejauh mana sangatlah you kenal dengan Si Alyssa tu. Lagipun, I tengok, you pun jarang bercakap dengan dia. Jadi, tak perlulah you jadi terlalu protective pada dia. You pun, bukannya kenal dia sangat. So, you just stay away from this matter, okay

kata Nisya bersahaja. Matanya menangkap pandangan mengejek Rossa di dalam cahaya samar itu.

Anyway, if you insist, I ada business proposal yang baik untuk you. Kalau you boleh tutup mulut you, I akan bagi komisen pada you, beberapa persen dari upah yang I dapat. Everything, cash! So simple kan You just shut-off your mouth and you will be paid for that.

Begitu bijak Nisya membuat tawaran bagi mengaburi mata Rossa untuk menutup mulutnya. Nisya fikir semua perempuan yang berada di situ, sama dengannya. Mudah untuk digula-gulakan dengan wang haram. Tanpa dia sedari, tawarannya sebentar tadi telah membangkitkan rasa marah dalam diri Rossa. Rossa naik benci melihat sikap Nisya yang sanggup melakukan apa sahaja, termasuklah menggadai maruahnya sendiri, demi wang. Begitu mudah, Nisya mengabdikan dirinya semata-mata untuk mendapatkan wang bagi jaminan hidup senang. Rossa jadi tambah mual jika dia terus berada di situ untuk bersoal jawab dengan Nisya.

Kalau sudah ular, ular juga,

desis hatinya. Dia tidak berminat dengan segala tawaran busuk Nisya itu. Rossa senang dengan apa yang dimilikinya sekarang. Kalau dia hendak enjoy pun, dia hanya habiskan duitnya sendiri sahaja, tanpa melibatkan orang lain dengan cara yang keji seperti yang dilakukan oleh Nisya. Sebelum Rossa beredar dari situ, dia sempat memberi kata putus pada Nisya,

Sorry dear, aku tak berminat dengan tawaran engkau itu. Aku tak mahu bersubahat dengan engkau dan aku tak rela telan duit hasil dari menganiaya orang. Sekali lagi, aku nak ingatkan engkau, stay away from Alyssa.

Ini fail-fail yang tuan minta untuk kilang kita yang di Kelantan tu,

beritahu Che Ros. Tuan Fahreen yang sedang sibuk menyemak segala data-data yang telah dimasukkan ke dalam komputer riba peribadinya, hanya mengarahkan Che Ros meletakkan fail yang dibawanya itu di hujung sebelah kiri mejanya, tanpa sedikit pun menoleh pada pembantunya itu. Che Ros berasa sedikit kecewa dan kecil hati kerana dirinya tidak diberi perhatian oleh bosnya yang telah kian lama menjadi pujaan hatinya itu.

Apalah Tuan Fahreen ni, aku pakai sikit punya bergaya hari ni. Ingatkan, naklah dia pandang-pandang aku sambil kata, Che Ros, you look great today, I like your dressing. Haram, langsung tak ditolehnya, aku ini. Ciss... rugi duit aku beli baju baru ni semalam,

rungut Che Ros sendirian setelah keluar dari bilik Tuan Fahreen. Kekecewaan yang dirasakan sebentar tadi, telah menarik kuncup muka bulatnya itu. Panas di dadanya, terasakan begitu membara sekali.

Hai Che Ros, pagi-pagi dah monyok. Agakagaknya semalam, putera raja lupa hantar bunga pada Che Ros, kut,

sapa Abang Mat, pengawal peribadi kepada Tuan Fahreen yang baru tiba di situ untuk bertemu dengan Tuan Fahreen.

Abang Mat jangan nak sindir-sindir saya pula. Saya cukup pantang kalau orang perli saya tak tentu pasal ni,

bantah Che Ros. Abang Mat hanya tersengih mendengar suara membentak Che Ros. Dia begitu mengenali Che Ros serta tabiat yang dimiliki wanita yang menjadi pembantu peribadi kepada majikannya itu. Sejak dari dulu lagi, Che Ros amat sukar untuk tersenyum, terutama apabila berjumpa atau terserempak dengan rakan-rakan yang sama-sama makan gaji sepertinya. Apatah lagi dengan orang macam Abang Mat yang hanya bertugas sebagai salah seorang pengawal peribadi Tuan Fahreen. Lagilah dipandang sepi oleh Che Ros. Namun, Abang Mat jenis orang yang suka tersenyum dan tenang sahaja. Dia sedikit pun tidak mengambil hati atas layanan dingin Che Ros kepadanya selama ini. Abang Mat merupakan antara pekerja yang paling lama berkhidmat di Tajul Holdings, secara amnya dan untuk keluarga Tuan Fahreen, secara khususnya. Semenjak mula diambil berkerja, juga lebih dua puluh tahun lalu, Abang Mat telah dipilih untuk menjadi salah seorang pengawal peribadi kanan kepada Almarhum Tuan Tajul Arif yang kemudian diperturunkan kepada anaknya, Tuan Fahreen.

Kini, Abang Mat telah diangkat menjadi ketua pengawal peribadi kepada Tuan Fahreen, atas tanggungjawab dan dedikasi yang diberikannya selama bertugas. Selain dari menjadi orang kanan kepada Tuan Fahreen, Abang Mat juga merupakan antara orang yang menjadi kepercayaan Pengarah Urusan tersebut. Sifat kesederhanaan yang ada pada Abang Mat membuatkan Tuan Fahreen berasa selesa untuk bekerja dengannya. Abang Mat juga amat disukai oleh Tuan Fahreen kerana dia seorang yang pandai menyimpan rahsia. Banyak juga rahsia peribadi Tuan Fahreen yang diketahui oleh Abang Mat. Selain Tuan Fahreen, Abang Mat turut disenangi oleh rakan-rakan di pejabatnya serta kesemua pembantu rumah dan tukang-tukang kebun yang bekerja di rumah Tuan Fahreen. Abang Mat merupakan seorang yang kelakar dan gemar mengusik teman-teman sekerjanya.

Pendek kata, ada sahaja selokanya setiap kali dia berada di pejabat, di rumah majikannya, mahupun di mana sahaja. Walau bagaimanapun, Abang Mat amat digeruni oleh musuh-musuh perniagaan Tuan Fahreen. Abang Mat memiliki susuk tubuh yang agak besar dan sasa kerapkali berjaya mematahkan cubaan musuh-musuh majikannya itu untuk meruntuhkan empayar perniagaannya. Setiap musuh yang punyai niat untuk menganiayai Tuan Fahreen, akan berfikir berkali-kali dan kerapkali juga melupakan terus niat mereka, apabila berhadapan dengan Abang Mat. Begitulah antara kekuatan dan kewibawaan yang dimiliki oleh Abang Mat. Tidak hairanlah, Tuan Fahreen banyak memberikan keutamaan dan pelbagai keistimewaan kepada Abang Mat ke atas segala jasa khidmatnya. Perkara itu, amat dicemburui oleh Che Ros. Siapa yang tidak kenal dengan Che Ros. Setiap orang yang menjadi kesayangan Tuan Fahreen pastinya akan menjadi mangsa kebencian Che Ros. Namun, Che Ros tidak berapa berani untuk mencari pasal dengan Abang Mat. Mungkin dia takut dengan perwatakan fizikal yang dimiliki oleh Abang Mat.

Ha, Tuan Fahreen dah lama tunggu Abang Mat sampai. Apa lagi tercongok dekat sini, masuk sajalah,

marah Che Ros, setelah lama melihat Abang Mat tersenyum-senyum sumbing memandangnya.

Hai, macam marah saja, Che Ros ni. Tak baik tau, Che Ros marah-marah macam ni, nanti cepat tua. Kalau dah tua sebelum waktunya, siapapun tak ingin nak masuk meminang. Nanti dapat gelaran baru pula, Andalusia a.k.a. Anak Dara Lanjut Usia...hahaha,

sindir Abang Mat sambil ketawa besar menuju ke pintu bilik Tuan Fahreen. Geram sungguh Che Ros dengan sindiran Abang Mat itu. Dia berasa tercabar dengan kata-katanya. Abang Mat berkata begitu seolah-olah dia itu anak dara tidak laku.

Tak guna punya orang tua, berani dia perliperli aku. Tengoklah, esok-esok, kalau Tuan Fahreen dah jatuh hati pada aku dan nak kahwin dengan aku, engkaulah orang pertama yang aku suruh tuan pecat,

cadang Che Ros di dalam hatinya. Agak lama juga Abang Mat duduk termenung di depan Tuan Fahreen, sementara menunggu majikannya itu menyelesaikan segala kerja-kerjanya. Dia sudah biasa dengan kesibukan Tuan Fahreen dan sering membiarkannya mengutamakan tugasnya dahulu, sebelum memberikan arahan kepadanya. Terkadang itu, Abang Mat berasa kasihan juga dengan majikannya itu kerana terpaksa mengharungi dunia korporat yang penuh pancaroba dalam usia muda. Mungkin kerana itu jugalah, Tuan Fahreen sering mengenepikan soal masa depan dan kebahagianya sendiri, demi menggalas tugas besar untuk menaikkan Tajul Holdings seperti yang diamanahkan oleh almarhum ayahnya. Dalam diam, Abang Mat sentiasa berdoa agar suatu hari nanti, majikannya itu akan menemui kebahagiaan sejati sebagaimana yang diimpikan oleh setiap lelaki. Abang Mat tahu, mana-mana gadis yang berjaya memiliki Tuan Fahreen nanti adalah wanita yang sungguh bertuah kerana Tuan Fahreen adalah lelaki berdarjat yang jauh berbeza sifatnya. Tuan Fahreen tidak pernah membelanjakan wangnya ke arah yang tidak baik mahupun menggunakan kedudukannya untuk sesuatu yang tidak bermanfaat. Tiada sifat kaki judi, arak dan betina dalam kamus hidup Tuan Fahreen. Tidak seperti sesetengah lelaki lain, kalau sudah punya segala-galanya, tiga perkara inilah yang sering menjadi tunjang utama dalam aktiviti harian mereka. Tuan Fahreen adalah seorang yang berhati mulia, kuat bekerja, pintar dan suka melakukan kerja-kerja amal. Sifat-sifat lelaki Melayu terakhir mengalir deras dalam arus hidupnya. Abang Mat amat mengagumi Tuan Fahreen yang sifatnya saling tak tumpah seperti Almarhum Tuan Tajul.

Maafkan saya, Abang Mat, sebab buat abang menunggu sebegini lama,

ujar Tuan Fahreen selepas menyerahkan segala fail yang sudah disemaknya tadi kepada Che Ros. Kemaafan sering terpacul di mulut Tuan Fahreen setiap kali dia berasa bersalah terhadap seseorang. Itu antara sifat mulia yang tidak pernah luput dari jiwanya. Dia tidak malu untuk melafazkan ungkapan maaf, walaupun kepada orang-orang yang berkerja di bawahnya kerana baginya, dia hanyalah insan Allah yang kerdil, tidak lepas dari melakukan kesilapan. Kedudukannya tidak menjadikannya manusia yang sombong dan angkuh, tetapi dia menjadikan darjatnya sebagai kayu pengukur untuknya menjadi hamba Allah yang lebih bertanggungjawab dan reda dengan ketentuanNya.

Tidak ada apa yang hendak dimaafkan, tuan. Abang Mat dah faham benar dengan kesibukan tuan. Kalau tuan minta Abang Mat tunggu lagi lima jam pun, Abang Mat tak kisah,

kata Abang Mat pula dengan penuh rasa rendah diri. Dia lebih rasa bersyukur kerana dikurniakan oleh Allah, majikan-majikan yang berhati mulia dan ikhlas seperti Tuan Fahreen dan Tuan Tajul. Kali ini, Tuan Fahreen pula yang berasa terharu dengan ungkapan Abang Mat itu. Dia tahu, Abang Mat merupakan seorang pekerja yang baik dan setia. Pada Tuan Fahreen, Abang Mat sudah dianggap seperti abangnya. Walaupun, dia adalah majikan kepada Abang Mat tetapi pengalaman yang dimiliki oleh Abang Mat tidak boleh dijual beli di mana-mana. Tuan Fahreen kagum dengan cara Abang Mat mengendalikan kehidupannya yang bijak, sehingga keluarganya tidak terabai dan pekerjaannya berjalan dengan lancar. Mungkin kerana keimanan yang kukuh pada Allah menjadikan Abang Mat seorang manusia yang cukup sempurna di mata Tuan Fahreen.

Ha, tadi Abang Mat cakap, ada informasi terbaru fasal orang-orang yang saya cari tu. Abang dah jumpa ke mereka itu

soal Tuan Fahreen yang merungkai tujuan mengapa Abang Mat dipanggil ke pejabatnya.

Begini tuan, saya dapat tahu keadaan mereka begitu kritikal sekali. Kalau kita tidak bertindak secepat mungkin, pastinya mereka akan tersembam ke tempat yang tidak baik itu. Tuan, kita tak boleh terus tinggal diam macam ni sahaja. Selagi kita hanya jadi pemerhati, selagi itu mereka akan terus terancam. Lagipun, ah long-ah long tu tengah sibuk cari mereka,

jelas Abang Mat.

Banyak ke, jumlah yang terlibat, Abang Mat

Banyak juga, Tuan. Dalam ratusan ribu. Jika dicampur dengan bunga, silap-silap boleh mencecah angka berjuta. Abang Mat bimbang dengan keselamatan mereka. Lagi pun, ramai yang cuba nak ambil kesempatan pada mereka. Tiba-tiba, Tuan Fahreen menyandar badannya kerusi empuknya, seperti sedang memikirkan sesuatu. Benar juga kata Abang Mat, dia harus segera bertindak sebelum terlambat. Dia tidak mahu waris Pak Cik Yuyu pupus begitu sahaja. Dan yang paling Tuan Fahreen bimbang, amanah arwah ayahnya tidak dapat dia sempurnakan.

Saya jadi hairanlah, Abang Mat. Bagaimana perempuan itu manage hidup dia, sampai jadi macam tu sekali Dia sedar tak, bahawa dia sedang bermain dengan api dan kalau dia tidak berhati-hati, api itu akan membakar dirinya

ujar Tuan Fahreen yang masih kelihatan gelisah.

Kelemahan manusia adalah pada nafsunya. Jika dia bijak menangani nafsunya, dia akan selamat dunia dan akhirat. Tapi, jika sebaliknya, dia seolah-olah menggali kuburnya sendiri,

sahut Abang Mat penuh mengerti. Tuan Fahreen hanya mengeleng-geleng kepalanya.

Tuan, perempuan itu kuat berjudi, minum arak dan mengambil dadah terlarang. Segala wang yang dia ada dan yang dia pinjam, semuanya dihabiskan kepada tiga perkara itu. Selain dari itu, tuan, Abang Mat dapat tahu yang dia buat kerja tak baik demi menampung keperluan hariannya. Perempuan itu betul-betul dah rosak, tuan,

sambung Abang Mat lagi. Tuan Fahreen harus memikirkan alternatif segara bagi meminggirkan mereka dari kehidupan yang hanyut itu. Dia perlu bantuan Abang Mat untuk menangani masalah gangster-gangster yang sedang merenggut penghidupan mereka. Hanya Abang Mat sahaja yang dapat mencari jalan tengah dan berhubungan dengan samseng-samseng itu kerana dia punya mata-mata pemberi maklumat.

Abang Mat, tolong berhubung dengan samsengsamseng itu dan dapatkan jumlah sebenar hutanghutang mereka. Berapa sahaja jumlahnya, saya akan bayar. Di samping itu, saya mahu, Abang Mat dapatkan perempuan yang membuat onar itu dan bawa dia jumpa saya. Ada perhitungan yang nak saya buat dengan dia,

kata Tuan Fahreen memberi arahan pada Abang Mat yang pastinya akan segera dilaksanakan. Tanpa disedari begitu cepat masa berlalu. Sedar-sedar, sudah tiga hari Alyssa dan Elly berada di kampung halaman Elly. Kepulangan mereka pada awalnya sekadar untuk menjenguk ibu Elly yang dikatakan tidak berapa sihat, bertukar menjadi suatu percutian singkat bagi Alyssa. Sepanjang tiga hari berada di situ, Alyssa sempat menyiapkan sebuah lukisan yang menggambarkan kedamaian dan keharmonian hidup di desa Elly itu.

Wah, cantik betul lukisan kamu ni, Alyssa. Mengapa kamu tak teruskan sahaja melukis ni. Buat ekspo yang besar-besar dekat bandar tu. Mesti ramai yang akan datang, betul tak, Elly

puji Minah Jebo, yang turut tertarik melihat lukisan Alyssa itu. Wanita itu digelar Minah Jebo oleh masyarakat sekelilingnya kerana sifat kecoh dan taksubnya secara berlebih-lebihan kepada sesuatu perkara. Namun, hatinya baik dan suka membantu orang. Apa sahaja yang dilakukannya, walaupun demi orang lain adalah ikhlas, tulus dari hatinya. Minah Jebo jugalah yang sentiasa menemani dan menjaga ibu Elly, ketika ketiadaan Elly. Dia yang bersungguh-sungguh meminta ibu saudara Elly untuk menelefon Elly supaya pulang menjenguk ibunya yang sedang sakit. Sifat lucu yang ada pada Minah Jebo menjadi penghibur kepada orangorang di sekelilingnya.

Amboi, amboi, amboi, Kak Minah Jebo ni, kalau memuji melantun-lantun macam biji guli. Ha, itu tak ada lainlah tu, nak usyar line kerja di KLlah tu. Mengapa Kak Minah Dah bosan ke jadi penunggu setia kampung ni

usik Elly sambil tertawa kecil. Dia faham sangat dengan perangai Minah Jebo itu.

Hish, kamu ni pandai-pandai saja, Elly. Tak ada maknanya, aku keluar dari kampung ni. Mesti orangorang kampung ni menangis, merayu-rayu aku jangan tinggalkan mereka. Kak Minah kau ni kan, penglipur lara kampung ni, ha ha ha,

kata Minah Jebo dengan tawanya yang besar.

Tapi, betullah Alyssa. Kak Minah tengok, memang Alyssa ada bakat yang unik dalam lukisan. Hasil seni Alyssa, halus sekali. Ia menunjukkan yang Alyssa ni melukis dengan hati dan perasaan.

Kak Minah Jebo, bila masa pula yang akak ni pandai sangat dalam bidang seni lukis ni Lyssa, engkau jangan terpedaya dengan kata-kata yang keluar dari mulut Kak Minah Jebo ni. Silap-silap, dia auta kau saja tu,

kata Elly dan terus menjelirkan lidahnya pada Minah Jebo sebelum berlalu dari situ.

Sudahlah Elly, cemburulah tu sebab Kak Minah tahu lebih dari engkau,

kata Minah Jebo sambil berteriak supaya didengari oleh Elly. Alyssa hanya tersenyum manis menyaksikan senda gurau dan usik-mengusik dua orang yang dianggap bersaudara itu. Sudah lama dia tidak ketemu orang yang keletah seperti Minah Jebo itu. Walaupun Minah Jebo suka berseloroh tapi Alyssa begitu menyukainya. Sepanjang percutian singkat Alyssa di kampung itu, Minah Jebolah yang telah menemaninya meneroka segenap pelusuk dan ceruk kampung untuk mencari posisi menarik baginya melukis. Alyssa tidak mahu terlalu banyak berharap kepada Elly untuk menemaninya kerana Elly agak sibuk membawa ibunya berubat secara moden dan tradisional. Nasib baik ada Minah Jebo, dialah penglipur lara Alyssa ketika melayani lukisannya.

Alyssa, kamu tak ada cita-cita ke nak buat pameran untuk lukisan-lukisan kamu tu nanti. Sayang tau, kalau bakat yang ada tu, dibiarkan terpendam macam tu sahaja,

ujar Minah Jebo, kali ni ada nadanada serius dalam kata-katanya itu.

Entah lah, Kak Minah. Lyssa tak pasti, macam mana penerimaan orang pada hasil karya Lyssa ini. Kalau mata kita saja yang tengok cantik, tak semestinya cantik di mata orang lain juga. Lyssa tak tahu, sejauh mana Lyssa boleh pergi dalam bidang ini. Daripada melakukan sesuatu yang belum ada kepastian, lebih baik kita tumpukan pada benda yang sudah memberi jaminan dalam hidup kita, macam kerja yang kita ada sekarang ni, kan

ujar Alyysa lembut. Minah Jebo kelihatan tidak berapa bersetuju dengan pendapat Alyssa mengenai bakat yang dia ada. Bagi Minah Jebo, lukisan Alyssa cukup sempurna dan indah, terkalam segala maksud yang tersirat melaluinya. Dia cuba untuk memberi motivasi kepada Alyssa.

Alyssa, jangan terkeliru antara keperluan dan impian, dik. Dua-dua boleh berjalan secara serentak, kalau kita betul-betul mahu ianya terjadi. Memang benar, Alyssa perlu bekerja untuk menampung kehidupan seharian, tetapi ianya tidak boleh menghalang Alyssa dari memburu impianmu.

Bermakna sungguh kata-kata yang diluahkan oleh Minah Jebo, sebentar tadi. Alyssa tidak menyangka, Minah Jebo amat bijak meluahkan rasa dan pendapat jiwa yang halus dan berseni. Ada ketikanya, Minah Jebo boleh meninggalkan karakternya yang agak gila-gila itu demi memberi nasihat berguna kepada seseorang seperti Alyssa. Dan Alyssa berasa begitu beruntung kerana dapat berkenalan dengan Minah Jebo.

Kak Minah, Lyssa bukan orang senang. Untuk bikin sesuatu ekspo di bandar besar macam KL tu, Lyssa perlu modal yang tinggi. Manalah Lyssa nak cari duit, Kak Minah Kalau pulangannya nanti, menguntungkan tak apalah. Tetapi andai kata, tuah tidak meyebelahi saya, bagaimana Lagi pun, semenjak papa saya meninggal, saya dah hilang minat nak teruskan bidang ini lagi. Arwah papa pergi membawa sebahagian dari semangat saya, Kak Minah,

keluh Alyssa, hampir menitiskan air mata. Melihatkan kelibat-kelibat merah yang mula bertamu di ruangan mata Alyssa, Minah Jebo tidak jadi menuturkan pendapatnya lagi. Dia sudah dapat membaca akan kesedihan yang ditanggung oleh Alyssa, telah melunturkan harapannya. Minah Jebo tidak mahu tahu akan kisah Alyssa yang seterusnya, namun dia dapat merasakan kesedihan Alyssa kerana ianya turut terbit di sanubari Minah Jebo yang mengalami nasib yang agak serupa dengan Alyssa, tidak berayah dan beribu.

Sabarlah dik. Kak Minah doakan, supaya suatu hari nanti, Alyssa boleh mengutip semula sisa-sisa semangat yang tertinggal di belakang. Kak Minah percaya, Allah akan sentiasa berada di sisi Alyssa , memberikan kekuatan dan keberkatan pada hidupmu yang kosong, Insya-Allah.

Perbincangan dengan Minah Jebo, walaupun singkat, amat terkesan sekali di hati Alyssa. Sebelum beredar dari rumah Mak Cik Markonah, Minah Jebo sempat memeluk Alyssa. Bagi Alyssa, ianya bukan pelukan biasa, tetapi ada terselit suatu perasaan kasih yang tidak pernah dirasainya, sebelum ini. Minah Jebo memang pandai membuatkan orang selesa dengannya. Tidak hairan jugalah, ramai jiran tetangganya suka mengadu nasib padanya. Pagi itu, Mak Cik Markonah sempat lagi menyediakan lepat labu untuk sarapan mereka dan sebagai bekalan untuk dibawa pulang oleh kedua-dua sahabat itu. Alyssa makan dengan begitu berselera sekali. Belum pernah lagi dia jumpa lepat labu yang seenak itu. Kuih buatan Mak Cik Markonah itu, sememangnya sedap sekali. Cukup dengan manis dan lemaknya. Rasa labunya juga segar dan asli sekali kerana baru dipetik dari kebun. Menurut Elly, labu itu bukannya didapati dari kebun ibunya tetapi dibeli dari kebun jirannya. Tak kisahlah itu, yang penting, rasanya sedap dan asli.

Ha, mak tu, ingat sikit pesan adik ni. Jangan asyik nak buat kerja sahaja. Kesihatan tu yang mesti diutamakan dulu. Apa yang adik dengar, mak tu kalau dah bekerja, tak ingat dunia, makan entah ke mana, rehat pun entah ke mana. Itu yang buat adik tak senang duduk di KL tu, tau,

pesan Elly pada ibunya dengan membahasakan dirinya adik. Elly dipanggil adik sejak lahir kerana dia merupakan anak bongsu dari dua beradik. Panggilan itu kekal sehingga dia dewasa.

Adik tak usah bimbang sangatlah. Mak ni sakitsakit biasa sahaja, kata orang, sakit-sakit manja. Adik buatlah kerja baik-baik dekat bandar tu, jangan asyik nak fikirkan mak sahaja. Lagi pun, mak di sini tak risau sangat sebab orang-orang kampung ni selalu ambil tahu hal mak dan datang menjenguk kalau mak sakit, terutama sekali Kak Minah Jebo engkau tu. Dia tu, kalau balik rumah pun, saja nak buat syarat sahaja. Selebihnya banyak melepak di rumah kita ni,

jelas Mak Cik Markonah cuba meredakan kerisauan Elly. Alyssa tersenyum seketika apabila terdengar nama Kak Minah Jebo. Kelucuan Kak Minah Jebo membuatkan Alyssa ternanti-nantikan pertemuan mereka selepas ini.

Alamak, macam orang bercinta pulak,

ucap Alyssa di dalam hatinya.

Mak cik, apa kata kalau mak cik ikut sahaja Elly ni, berpindah dan tinggal di KL. Bolehlah dia selalu perhatikan mak cik. Saya pun ada, untuk tolong tengok-tengokkan mak cik. Kasihan saya tengok Elly ni mak cik, tak tentu arah dia apabila dapat panggilan telefon yang mengatakan mak cik sakit hari tu,

sampuk Alyssa pula mengutarakan cadangannya. Elly hanya menganggukkan kepalanya tanda setuju dengan pendapat Alyssa itu. Sudah sekian lama Elly memujuk ibunya itu untuk tinggal bersama di Kuala Lumpur, namun sia-sia sahaja. Jawapan yang sama sahaja yang kerap diberikannya,

Tak apalah, mak lagi senang tinggal di kampung ini.

Alyssa, dah berbuih dah mulut aku ni memujuk mak aku, beb. Tapi, mak ni keras kepala, tetap tak mahu. Dia risau sangat dengan tanaman-tanaman di kebunnya itu. Aku suruh jual, dia sayang. Bila aku suruh gajikan orang untuk menjaga kebun itu, dia pula tidak percaya,

keluh Elly.

Bukan macam tu dik, Alyssa. Mak tahu, mak ni dah tua dan selalu sakit-sakit. Mak ada juga terfikir nak ikut adik tinggal di KL. Tapi, bila mak kenangkenangkan, mak rasa lebih baiklah mak terus menetap di sini sahaja. Mak sayang rumah kita, kebun kita dan kampung kita ni. Di sinikan tempat tumpah darah mak. Lagipun, kubur arwah ayah dan abang Sazaly, ada di sini. Selagi mak ada di sini, bolehlah mak selalu ziarah dan bersihkan kubur mereka, tapi, kalau mak dah pindah ke KL, susah pula mak nak balik selalu untuk ziarah kubur mereka. Mak tak boleh tinggalkan mereka, kasihan mereka. Tak ada orang yang nak bacakan doa dan yasin di kubur mereka,

ujar Mak Cik Markonah dengan sayu.

Mak, doa dari mana pun, akan sampai juga pada mereka. Tak semestinya, kalau kita sudah tidak menziarahi pusara mereka, kita ni dah lupa pada mereka. Mak, tempat mereka sentiasa di hati kita, kan

sambung Elly pula dengan lebih perlahan sambil memegang erat tangan ibunya. Dia tak mahu ibunya berkecil hati dengan kata-katanya. Mak Cik Markonah tahu, anaknya Elly ingin berbakti dengan menjaganya. Dia sanjung niat mulia anaknya itu. Mak Cik Markonah juga tidak pernah berkecil hati dengan setiap teguran Elly. Dia faham, Elly hanya mengutamakan kesihatannya dan mahu dia cepat pulih. Elly, walaupun kadangkala sifatnya kasar, tetapi ibunya tahu bahawa dia teramat menyayanginya.

Sayang, mak ni dah tua. Setiap benda dan makhluk ciptaan Allah di muka bumi ini, ada jangka hayatnya yang tersendiri. Kalau diri sudah nak expired, kita nak buat macam mana, kan Selepas ini, ke bawah tanah juga kita. Jadi, selagi Allah benarkan kita bernafas di muka buminya itu, gunakanlah sebaik mungkin. Jangan jadikan masalah kesihatan sebagai alasan untuk kita tidak terus berbudi pada tanah. Kalau dah hari ini kita sakit, insya-Allah, esok lusa, kita akan sihat semula dan begitulah seterusnya putaran roda kehidupan. Sihat lawannya sakit dan hidup pula lawannya mati.

Elly memang tidak mampu melawan ibunya bercakap. Ibunya, seorang wanita yang kaya dengan pengalaman hidup. Setiap nafasnya menandakan jerihperih yang pernah dihadapinya, manakala mata tuanya menceritakan penderitaan yang dialaminya selama bergelar balu dan ibu tunggal.

Tak apalah, mak. Kalau mak dah kata macam tu, adik tak boleh buat apa lagi. Tapi, mak kena janji dengan adik, yang mak akan sentiasa menjaga kesihatan mak dan jangan buat kerja terlalu berat. Kalau mak sakit, cepat-cepat beritahu adik, tau,

ujar Elly yang akhirnya pasrah dengan kehendak ibunya. Mak Cik Markonah hanya menganggukkan kepalanya, tanda faham. Menurut perancangan awal, seharusnya Alyssa dan Elly bertolak pulang ke Kuala Lumpur pada waktu pagi. Walau bagaimanapun, terlalu banyak perkara dan aktiviti yang telah melengahkan masa mereka. Akhirnya sesudah asar, baru mereka berangkat pulang. Seperti biasa, bermacam pesanan telah ditinggalkan oleh Elly kepada ibunya yang tercinta. Pada Minah Jebo juga, sekali lagi dititipkan tanggungjawab untuk memerhatikan ibunya. Sepanjang perjalanan, Alyssa yang memandu. Alyssa sengaja menawarkan dirinya, walaupun pada mulanya Elly telah berjanji bahawa dia sendiri yang akan memandu sehingga ke Kuala Lumpur. Alyssa hanya menjadi penemannya sahaja. Namun, Alyssa faham akan keletihan Elly kerana sepanjang tiga hari itu, Elly tidak punya rehat yang cukup. Tidur pun, hanya sejam dua sahaja sehari. Mana mungkin Elly memandu dalam keadaan fizikalnya yang agak lesu. Keselamatan juga harus diutamakan. Dalam perjalanan pulang pula, Elly lebih banyak termenung. Kebimbangan mengenai kesihatan ibunya masih tergambar jelas di wajahnya. Elly teringat akan kata-kata ibunya suatu ketika dahulu, ketika dia baru kehilangan ayahnya...

Adik, sekarang ini, hanya tinggal kita berdua sahaja untuk teruskan perjalanan hidup kita. Kita kena sentiasa jaga antara satu sama lain. Mak berjanji, mak akan melakukan apa sahaja demi masa depan adik. Mak juga rela korbankan nyawa mak sendiri untuk adik, kerana mak sayangkan adik lebih dari segala-galanya dalam dunia ini. Adiklah satu-satunya, zuriat mak yang tinggal. Apa yang mak harapkan, bila adik dah dewasa nanti jangan lupakan mak ya, sayang

Berlinang airmata Elly mengenangkan kata-kata ibunya. Memang benar, ibulah satu-satunya keluarga yang dia punya di dunia ini. Jika ibunya pergi, jadilah dia yatim piatu. Alyssa sedar bahawa Elly sedang runsing mengenangkan ibunya. Tidak banyak yang boleh dia lakukan, selain menenangkan Elly.

Sabarlah beb, jangan fikir banyak sangat. Sudahlah engkau tu tak cukup rehat, nanti engkau sakit pula. Aku yakin, mak engkau akan sihat seperti sediakala selepas ini. Sama-samalah kita berdoa.

Hari semakin menginjak senja. Matahari mula mengembang sinar merahnya di ufuk barat. Keadaan bertukar menjadi semakin gelap. Lampu-lampu yang bersususn di tepi jalan mula menyala. Alyssa masih meneruskan pemanduannya. Tiada tanda-tanda bahawa dia akan berhenti kerana dia masih segar. Elly pula, sudah lena di sebelahnya. Alyssa sengaja membiarkan Elly tidur bagi merehatkan badannya. Esok, mereka akan mula bertugas dan biarlah Elly mendapat sedikit rehat. Jika tidak, dia pula akan berganti sakit dengan ibunya. Kereta yang dipandu Alyssa, masih lancar menderukan enjinnya. Kereta Perodua Kancil putih EX850 itu adalah milik Roziana. Mujurlah ada kereta itu dan Roziana berbesar hati untuk meminjamkannya kepada mereka kerana kasihankan Elly yang begitu terdesak ketika itu.

Walaupun usianya sudah mencecah sepuluh tahun, namun enjinnya masih gagah berlegar di jalan raya. Pemiliknya menjaga kereta itu dengan begitu baik sekali. Tidak pernah Roziana mengabaikannya walaupun dia telah membeli kereka kedua yang jauh lebih selesa dan bergaya. Cukup masa sahaja, kereta itu akan dihantar ke mekanik untuk diselenggara. Segala kekurangan atau kerosakan akan diganti dan dibaik pulih. Ketika sedang asyik memandu dalam cahaya suram, Alyssa mula berasakan bahawa kereta yang mereka naiki itu diekori, tetapi, dia tidak dapat memastikannya. Namun, sebelum sempat dia berbuat apa-apa, kereta pacuan empat roda yang mengekori mereka secara tiba-tiba, memintas mereka di suatu selekoh yang sunyi. Selepas itu empat orang lelaki bertopeng keluar dari kenderaan tersebut lantas membuka pintu kereta, setelah memecahkan cerminnya.