Tika Cinta Berbisik - 12
Bab 11

KETUKAN di muka pintu semakin kuat. Nurul segera mengatur langkah dengan laju dan seterusnya membuka pintu besar rumah itu. Seorang wanita yang dalam lingkungan umur lewat 50-an muncul di muka pintu. Nurul lantas menjemputnya masuk.

Datin Rafeah melangkah masuk tanpa ada rasa canggung menyebabkan Nurul berasa aneh.

Sebentar puan, saya ke dapur siapkan minuman. Nurul segera bergegas ke dapur.

Eh, mak bila sampai Khairul yang baru menuruni anak tangga terus mendapatkan ibunya. Tangan wanita itu disalami dan dicium tanda hormat.

Baru sekejap.

Kenapa mak datang tak cakap Boleh Khairul ambil mak. Boleh jugak masak apa-apa yang patut sambut mak.

Mak tak senang bila duduk rumah. Tu yang datang sini.

Mak datang seorang Tak ajak adik-adik

Mak ni rindu nak tengok anak-anak mak. Nak harapkan masing-masing datang jenguk mak, naik putih rambut mak nanti, kedengaran suara wanita itu melepaskan geram.

Khairul ketawa mendengar jawapan ibunya. Apa yang lucunya entah.

Saya dan Harlina baru nak jenguk mak hu-jung minggu depan, mak dah datang.

Kau tu ada saja alasannya. Minggu depanlah, tulatlah, entah-entah tahun depan.

Khairul masih ketawa kecil. Memang daripada dulu dia tak pernah menang bila berlawan cakap dengan ibunya.

Isteri kau mana Matahari dah naik pun be-lum bangun lagi

Ada kat atas. Mak ni, tak habis-habis dengan pandangan buruk mak pada Harlina.

Alah, kau pun saja buat tak tahu. Mak kalau dah tak berkenan, memang sampai bila pun tetap tak berkenan juga. Hah, yang tadi buka pintu tu siapa Perempuan mana pula kau bawa

Ish, mak ni. Tu, hm... orang gaji saya. Baru saja bekerja di sini.

Berderau darah Nurul apabila mendengar kata-kata Khairul. Jadi inilah rancangan mereka suami isteri, menjadikan dirinya pembantu rumah sambil mahukan dia beranak! Wah, sambil menyelam minum air nampaknya.

Pulak... habis apa yang bini kau buat kat rumah ni sampai nak ambil orang gaji Makan minum kau siapa masak

Mak, kami ni kan bekerja. Mana sempat nak kemas rumah, nak masak, cuci kain baju. Pergi pagi, balik dah lewat. Ada orang gaji, kan lebih mudah. Rumah pun terurus.

Huh, ada isteri buat apa!

Khairul hanya mampu menggeleng melihat telatah ibunya itu.

Si Azura, Linda dengan Fakrul ada datang jenguk mak

Adalah juga sebulan sekali. Mereka tu bujang lagi. Belum ada tanggungjawab. Kau pun belum ada tanggungjawab, Khairul.

Eh, saya ada isteri mak. Itulah tanggung jawab saya. Khairul mempertahankan pendiriannya.

Maksud mak kau belum ada anak-anak. Bila ada anak dah lain cerita. Baru kehidupan kau berubah. Ni setakat ada isteri pun macam tak ada isteri. Seorang isteri yang sempurna mampu memberikan zuriat untuk suami, cucu untuk mak.

Mampu uruskan rumah tangga walau macam mana sibuk pun cari rezeki. Bukannya suruh orang gaji buat semuanya.

Mak, sudahlah tu. Kita cerita lain saja. Hal ni kan kita dah bincang banyak kali. Ada rezeki, adalah. Saya pun tak kisah. Dah ketentuan takdir. Lemah benar suara Khairul.

Nurul cepat-cepat ke singki bila melihat Khairul menghala ke dapur. Takut juga dia andai Khairul tahu dia sedang curi-curi mendengar perbualan dua beranak itu.

Nurul, saya nak awak masak lebih sikit hari ni. Masak tu biar sedap, kata Khairul, menegur Nurul untuk pertama kalinya. Apabila dilihatkan Nurul menganggukkan kepala tanpa sepatah kata, dia terus keluar dari dapur dan kembali berbual dengan ibunya.

Sesekali Nurul mencuri dengar perbualan antara Khairul dengan wanita itu. Dia pelik mendengar mereka lebih banyak bertengkar dari bermesra. Padahal mereka adalah ibu dan anak.

Mana Harlina ni Khairul, takkan tak bangun-bangun lagi. Dah pukul berapa ni Kau bela biawak hidup ke dalam rumah ni, Khairul, perli wanita itu lagi.

Harlina penat mak. Dia balik lewat semalam, ada makan malam dengan klien.

Kau biarkan saja bini kau balik lewat Peranan isteri adalah di sisi suami. Kau kena ingat!

Saya tahu, mak. Dulu masa arwah ayah ada, mak pun selalu keluar malam, balik sampai lewat pagi. Ayah tak marah mak pun kerana tahu jawapan mak sentiasa sama, jumpa klien, balas Khairul menahan rasa hati.

Dia teringat kenangan silam semasa arwah ayahnya masih ada. Zaman kecilnya tak pernah merasai sentuhan kasih sayang dari seorang wanita yang selayaknya bergelar ibu. Masanya lebih banyak dihabiskan dengan pengasuh dan pembantu rumah.

Itu dulu, Khairul. Mak bersusah payah, be-kerja keras untuk anak-anak mak juga. Kamu tengok sekarang. Segala kemewahan, harta yang ada inilah bukti kesungguhan mak bekerja dulu.

Datin Rafeah kelihatan resah. Nurul menggelengkan kepala. Tidak sepatutnya Khairul mengungkit perkara yang lalu kepada ibunya. Tidakkah akan mengguris hati ibunya Dia terpaku terus mendengar pertengkaran antara Khairul dan ibunya. Terfikir juga di benak Nurul, bagaimanalah penerimaan ibu Khairul jika mengetahui siapa dirinya yang sebenar.

Hari itu, Nurul ingin menyediakan sayur tom yam, ikan bawal masam manis, sotong goreng bersalut tepung dan telur bungkus. Bertungkus-lumus dia menyediakan bahan-bahannya. Harlina pernah mengingatkan Nurul agar menyediakan beraneka lauk kerana tidak mahu sekadar dua tiga jenis sahaja.

Harlina turun setelah selesai mandi. Dia ter-peranjat melihat ibu mentuanya sedang berbual dengan Khairul. Nampaknya suasana agak tegang.

Bila mak sampai Harlina menghulurkan tangannya sambil tersenyum manis.

Datin Refeah menyambut tangan Harlina tanpa memandang ke arahnya.

Dah dua jam!

Harlina terdiam. Silapnya juga kerana terlewat bangun tidur. Dia duduk di samping Khairul.

Datin Refeah mencebikkan mulutnya. Dia berasa tidak senang melihat kemesraan yang ditunjukkan oleh anak dan menantunya.

Selesai masak, Nurul menghidangkan maka-nan di atas meja. Sudu dan garpu disusun di tepi pinggan dengan elok. Jag air yang berisi mangga ais diletakkan di penjuru meja setelah siap menuang air ke dalam gelas.

Setelah memastikan semuanya di dalam keadaan baik, Nurul menjemput Harlina, Khairul dan ibunya makan.

Makanan dah siap.

Mereka berjalan beriringan ke meja makan. Nurul pula duduk di ceruk dapur menanti mereka selesai makan. Dia mengambil pinggan dan menyenduk nasi serta lauk yang sudah diasingkan awal-awal lagi. Makan bersendirian di sudut dapur begitu membuatkan Nurul terasa dirinya benar-benar seperti seorang amah. Terasa dunia sudah terbalik. Lain yang diharapkan, lain pula yang terjadi.

Nurul menyuap nasi ke dalam mulut. Sotong goreng bersalut tepung amat memenuhi cita ra-sanya. Serta-merta seleranya terbuka kembali. Sedang enak menambah nasi, tangannya terhenti menyuap. Wajah Anis tiba-tiba terbayang di minda. Spontan pinggan dialihkan ke tepi.

Dik, akak makan sedap-sedap tapi adik ma-kan apalah agaknya....

Nurul segera bangun. Pinggannya dibawa ke singki untuk dibasuh sedangkan nasi yang baru ditambah belum tersentuh.

Hai, banyak lauk ni, Khairul. Budak tadi tu ke yang masak

Dialah yang masak. Mak makanlah. Sedap ni, Khairul mencapai sotong goreng bersalut te-pung. Dikunyahnya perlahan-lahan. Mereka ber-tiga makan dengan berselera.

Sedap! Perkataan itu terkeluar daripada bi-bir Khairul lagi.

Harlina mengambil ikan bawal masak masam manis. Dicuitnya isi ikan sedikit dan memasukkannya ke dalam mulut. Memang dia mengakui kata-kata Khairul. Isi ikan bawal itu sangat lembut dan penuh berperisa. Cukup enak seakan-akan mencair di dalam mulut.

Mana kau dapat budak ni Soal Datin Refeah semula. Mulutnya penuh dengan nasi.

Hm, ada kawan yang tolong carikan, balas Khairul. Di memandang sekilas ke arah isterinya.

Baguslah dapat orang kita. Muda pula tu. Kalau amah Indonesia ni susah sikit. Banyak yang kita nak ajar dia. Itu pun belum tentu dia boleh terima tunjuk ajar kita. Malaysia dengan Indonesia tu lain budaya, lain adatnya.

Betul tu, mak, sampuk Harlina.

Semua masakannya sedap dan dia pandai buat kerja rumah.

Kalau mak ada buat majlis boleh mak ambil dia sekejap. Upah dia masak.

Boleh, mak. Khairul menjawab perlahan. Mukanya berubah pucat. Harlina memerhati riak wajah suaminya. Dia juga takut jika mak menge-tahui rahsia sebenar perempuan itu.

Mak, kalau mak nak orang gaji, saya boleh carikan, usul Harlina.

Tak payahlah. Kat rumah tu dah banyak orang gaji. Setiap sudut rumah ada yang jaga. Lagak Datin Refeah penuh angkuh.

Tangan Harlina bermain-main dengan nasi Dikuis-kuisnya nasi yang ada di pinggan. Seleranya terbantut.