Complete Me - 12
Bab 12

SEDAR tak sedar, kini genaplah tiga hari mereka di Phuket, Thailand ini. Bermacam-macam aktiviti dijalankan mereka. Sungguh Afiqa seronok berada di sini. Senyumannya tidak lekang tersungging di bibirnya.

Afiqa menjeling sekeliling kedai yang selalu dia bersantap dahulu bersama Katrina dan Rayhan! Naik sayu juga apabila kenangan indah antaranya dan Rayhan menjelma kembali ke dalam ingatan. Afiqa pantas menggeleng. Cuba melupakan memori cinta luka itu.

Matanya tiba-tiba tertacap pada lelaki bertubuh tegap di sudut kaunter di sana. Afiqa menjeling nakal. Jelingannya ternyata membuahkan hasil apabila lelaki itu turut memandangnya. Afiqa gugup. Alahai. Dia sedar ke Afiqa cuba berlagak selamba. Senyumannya cuba diberikan. Lelaki itu turut membalasnya sopan.

Apa tengok-tengok Ada hutang ke soal Afiqa bernada perlahan.

Entah didengari lelaki itu ataupun tidak. Sesekali mukanya diangkat memandang lelaki itu. Kemudian, ditundukkan kembali. Tidak lama kemudian, diangkatnya lagi. Wah, kacak!

Awak tengok saya cantik, tak Afiqa mulai menunjukkan perangai bodohnya. Sengihannya cukup panjang. Geli hati melihat lelaki itu juga tergelak kecil. Pasti dia gelak sebab tak faham apa aku cakap, telah Afiqa.

Dalam hatinya, gelaknya tidak putus-putus mentertawakan lelaki itu. Bukan senang nak perbodohkan orang lain ni.

Kenapa kau senyum kalau tak faham, hah akal Afiqa sudah tidak waras nampak.

Keluhan kecil terluah di bibirnya apabila lelaki itu sudah meninggalkan perkarangan kaunter di situ. Ceh! Kena usha sikit dah takut.

Kun sabai dee mai (Apa khabar) sapa lelaki tadi tiba-tiba.

Afiqa mengangkat mukanya. Wajah Afiqa berubah serta-merta. Membulat matanya. Seorang lelaki yang berusia dalam lewat 20-an sedang berdiri di hadapannya. Kulitnya putih, hidung pula mancung dan dia sangat kacak! Ni lelaki tadi Alamak!

Arai (Apa) soal Afiqa, pura-pura berlagak juga menjadi rakyat Thailand. Lelaki itu kelihatan terkejut.

Tammai (Kenapa) soal Afiqa pelik melihat reaksi lelaki itu. Terkejut monyetlah tu, bisik Afiqa.

Kun put pasaa Thai dai mai (Kamu boleh berbicara dalam bahasa Thailand)

Afiqa hanya tersenyum.

Lelaki itu tersenyum manis. Khun yim suai nah. (Awak senyum cantik.)

Kali ini, Afiqa tercengang. Tawa kecilnya tercetus perlahan.

Im from Malaysia. Can you speak English I dont understand.

Lelaki itu tergelak kecil. Oh, senang je tu!

Afiqa tercengang. Lelaki ini bisa berbicara bahasa melayu Habis tu. Erk!! Semua apa yang dia cakap tadi Malunya Arghhh Rasa mahu menyorok dalam baju aje, sekarang!

Saya orang Thailand. Tapi boleh cakap Melayu, jawab lelaki itu umpama tahu sahaja apa yang bermain di benak mindanya.

Oh Afiqa tersenyum cuma. Akalnya sangat berharap lelaki itu dapat melupakan akan kenakalannya tadi.

Chan mai kuaw lerm ter. (Saya takkan lupakan awak.)

Afiqa tersentak dengan kata-kata lelaki itu yang dirasakan mendadak itu.

Saya tak faham.

Lelaki itu sangat ramah, umpama dia pernah berjumpa sahaja lelaki itu sebelum ini. Tetapi, dia pasti jika dia pernah berjumpa lelaki ini, pasti tidak akan dilupakannya dengan wajah kacak seperti ini!

Aiskrim vanil la itu disudunya lagi. Bibirnya sudah comot dengan aiskrim yang mengelilingi seluruh bibirnya. Lelaki itu tersenyum panjang. Tisu di atas meja diambil lalu dilap mulut Afiqa. Afiqa spontan terkejut. Pantas, Afiqa mengambil tisu itu daripada lelaki tersebut.

Maaf, ujar lelaki itu.

Tak apa, terima kasih. Mee faen reu yang (Awak dah ada kekasih)

Lelaki itu tergelak. Tammai (Kenapa)

Saja. Sebab saya tak ada!

Betul Awak tak ada kekasih

Afiqa menangguk. Memanglah tak ada kekasih, sebab dah ada suami!

Ter sot (Kamu masih belum berpunya)

Kali ini, Afiqa faham akan apa maksudnya, tapi tidaklah pula dia menjawab. Dulu misinya datang ke sini bersama Katrina adalah untuk menjejak pasangannya. Umpama menjejak cintalah. Sebab itulah, dulu dia hafal habis segala mak nenek ayat dalam bahasa Thailand yang berkaitan dengan dunia percintaan ni. Tapi, tak sangka memang misinya berjaya. Dia dah jumpa pasangannya. Tapi, dengan orang tempatanlah! Siapa lagi kalau bukan Rayhan! Ceh!

Phom kon rak diao jai diao. (Saya adalah seorang yang setia.)

Jadi Afiqa sudah seakan mengerti dengan maksud tersirat lelaki itu.

Kor ber dai mai (Boleh minta nombor telefon)

Afiqa terdiam. Senyumannya diukirkan.

Dah lama berendam dekat warung ni

Serentak Afiqa dan lelaki itu mengangkat pandang.

Membuntang mata Afiqa memandang seraut wajah serius Airish itu. Lelaki itu tegak berdiri di hadapan mereka sambil berpeluk tubuh. Lelaki yang berkolar bulat dan berseluar bermuda itu nampak sangat kacak malam ini. Tapi, dari mana dia datang

Siapa dia

Afiqa menyengih. Alamak. Soalan lelaki di hadapannya ini membuatkan Afiqa gugup. Lantas, Afiqa hanya mendiamkan diri.

Dah, jom! terus Airish menarik lengan Afiqa agar mengikutinya.

Afiqa yang tidak bersiap apa-apa terdorong ke hadapan. Lalu, apabila menyedari dirinya yang belum membayar lagi aiskrimnya, Afiqa lantas mengeraskan badannya sekaligus memperlahankan tarikan Airish itu.

Kau kenapa soal Airish. Suara itu mendatar sahaja, namun ada sedikit nada dingin di situ.

Saya belum bayar lagi. Kejap.

Tak apa, Fiqa. ucap lelaki itu.

Afiqa terkejut. Macam mana dia tahu akan namanya Siapakah lelaki misteri ini Peminat ke Perasanlah kau, Fiqa! Lebih-lebih pulak.

Saya akan bayarkan untuk awak.

Terima kasih.

Phom jah pai haa khun prung ni (Saya akan jumpa awak esok)

Afiqa tersenyum manis. Insya-Allah.

Beku. Itulah wajah Airish masa itu. Langsung tiada reaksi. Marah Sedih Kecewa Gembira Semuanya tiada. Hanya wajah selamba sahaja dipamerkannya. Lelaki itu tersenyum menghantar pemergian Afiqa dan Airish.

Afiqa hanya mengikuti jejak langkah Airish, ke mana sahaja lelaki itu pergi dia akan ikut. Tiba sahaja di sudut jauh dari warung itu Airish berhenti. Betul-betul, mereka dikelilingi oleh pokok-pokok di sini. Entah apa jenis pokok, Afiqa tidak tahu!

Tammai (Kenapa) sengaja Afiqa bertanya di dalam bahasa ibunda negara lawatan mereka ini.

Bila masa kau tahu cakap bahasa Thailand ni

Sikit-sikit.

Kau kenal lelaki tu

Tak. Tiba-tiba je dia duduk sekali. Baru sembang kejap, awak pun sampai.

Thats all

Ya. Esok saya nak keluar boleh Saya nak keluar dengan lelaki tadi. Dia ajak saya dating, bisik Afiqa rapat ke telinga Airish.

Dahi Airish bagaikan berkedut. Matanya tajam menjeling Afiqa. Afiqa apa lagi Bersorak dalam hati. Dalam hatinya bagaikan yakin yang Airish cemburu! Kan

Ada ke lelaki nak ajak kau dating Nama dia pun kau tak tau, ada hati berangan yang dia ajak kau dating Tolonglah!

Afiqa terdiam. Ceh!

Saya tahulah siapa nama dia! marah Afiqa.

Oh, kau tau Hah, dah tu siapa nama dia perli Airish bersahaja.

Malik!

Airish tergelak. Tak sangka wujud nama Malik dalam kamus nama bagi rakyat Thailand.

Dia Islamlah!

Senyap. Tawa Airish mati. Matanya tajam merenung Afiqa yang masih tepat merenungnya.

Then, for tomorrow the answer is no!

I dont need your permission either!

Airish mencebik. Jom, balik!

Lengan Afiqa ditarik. Afiqa senyum panjang.

Menang!

KATRINA sangat sibuk meneliti satu persatu akaun Facebook milik seseorang. Teliti sungguh dia membelek setiap inci akaun itu. Sesekali, dia mengeluh. Telefon bimbitnya dihempaskan kasar ke atas meja.

Kenapa nak private segala bagai Mengada!

Handphone kembali diraih. Katrina mengeluh berat. Lama matanya terpaku pada kotak Add Friend itu. Jarinya mahu menekan tapi akalnya pula menegah. Susahnya!

Bencinya aku!

Tanpa disedari Katrina, jarinya tertekan kotak itu semasa mencampakkan handphone miliknya ke atas meja.

Katrina berdebar. Membulat besar matanya apabila menyedari hal itu. Spontan dia menekup mulut. Nak buat macam mana ni Bunyi beep menyentakkannya.

Notification baru masuk.

Aidil Khalil accepted your friend request.

Kenyataan yang membuatkan dirinya bagaikan mahu gila!

Tidak lama kemudian handphone itu berbunyi lagi. Memainkan nada dering lagu kesukaan yang disetnya. Dalam teragak-agak Katerina menjawab.

Hello sapa lelaki itu di hujung talian.

Aidil.

Lelaki itu tergelak sakan.

Im thinking about you right now. Bosan.

Kalau bosan, cari perempuan lain!

Aidil gelak lagi. Kuat. Sakit telinga Katrina mendengarnya.

Finally, I got your account and your number, sayang.

Im off!

Katrina menghempaskan handphone yang tidak berdosa itu ke atas sofa di belakang meja kerjanya.

Finally, I got your account and your number.

Katrina mengigit jari kukunya. Alamak!