Fuhhh Dia menghembus kuat nafasnya. Fikirannya masih lagi teringatkan Amanda. Baru sebentar tadi si adik datang bertandang. Mengadu perhubungannya dengan Akid. Kasihan Amanda. Sukarnya mengecap bahagia.
Dia hanya mampu menasihati. Perhubungan mana yang tidak diuji. Suami isteri pun boleh bergaduh. Inikan pula yang belum mempunyai ikatan yang sah.
Diri dia Teringat pula pada kekasih hati. Terbit tawa kecil di bibirnya. Dia saja yang pandai-pandai menggelar si gadis kekasih hati. Sedangkan yang empunya diri masih belum memberi kata putus. Menerima atau menolak.
Dokumen yang dipegangnya dicampak di hujung katil. Kaki yang bersila dilunjurkan. Telefon bimbit di atas night stand dicapai. Jemarinya laju menari di atas skrin. Mencari nama kekasih hati. Ikon hijau ditekan.
Assalammualaikum. Terlorek senyuman lebar di bibirnya. Lega bila si dia sudi menjawab panggilannya.
Waalaikumussalam. Dah tidur Adwan tergelak. Lucu mengenangkan soalan bodoh yang meluncur laju dari mulutnya. Sambil itu sebelah tangannya mencapai alat kawalan jauh televisyen. Suara televisyen diperlahankan. Tak mahu perbualannya dengan Qaireen terganggu.
Orang dah tidur boleh jawab telefon ke Keras suara si gadis.
Qaireen, awak kalau tak menyindir saya memang tak sah, kan Adwan membalas. Nadanya perlahan. Merajuk.
Dah awak tanya soalan kurang cerdik. Saya balaslah dengan soalan cerdik.
Iyalah. Saya memang kurang cerdik sebab tu sampai sekarang tak kahwin-kahwin, rajuk Adwan semakin menjadi-jadi. Hal remeh sengaja dipanjangpanjangkan. Mengumpan simpati Qaireen.
Apa kena mengena kurang cerdik dengan kahwin
Tak kahwin sebab kurang cerdik mencari calon isteri. Adwan tertawa halus. Hilang rajuknya.
Mulalah nak merepek tu.
Betullah. Kalau saya cerdik dari dua tahun lepas kita dah jadi suami isteri tau, usik Adwan.
Errr bil klinik tu bila saya dah gaji saya bayar balik, ya
Adwan ketawa besar. Tahu sangat Qaireen kalut. Kalau tidak mesti gadis itu tidak menukar topik perbualan mereka.
Tak payah bayar balik, Qaireen. Apalah sangat bil klinik tu berbanding kesudian awak nak jadi teman hidup saya.
Bila masa pula saya cakap nak jadi teman hidup awak
Adalah. Takkan dah lupa kut. Adwan dah tersenyum-senyum. Betul yang Qaireen belum lagi bersetuju menjadi teman hidup dia. Tapi, dia dah tak sanggup nak tunggu lebih lama lagi. Cukuplah dia buang masa selama 2 tahun.
Dia lekap kemas-kemas telefon bimbit di telinga. Terdengar deruan nafas Qaireen yang tidak sekata. Terdengar juga Qaireen melepaskan satu keluhan. Janganlah Qaireen menolak. Dia boleh mati andai itu yang terjadi.
Saya ni orang kampung, Adwan. Anak yatim piatu. Tak ada emak. Tak ada ayah.
Orang kampung ke orang bandar ke... kita orang Malaysia, kan Adwan memujuk.
Dia tahu kenapa Qaireen menyindirnya begitu. Silap dia juga sebab itu antara alasan yang dia berikan kepada bekas teman lelaki Amanda suatu ketika dahulu. Mesti Amanda dah ceritakan semuamya pada Qaireen.
Tapi, tidak sekarang. Dia dah berubah. Dia sedar sesuatu. Kaya, miskin, cantik, buruk, sempurna atau tidak semua itu ciptaan Allah yang Maha Esa. Semuanya sama sahaja pada pandangan DIA.
Adik-adik saya yang empat orang tu pun masih belajar lagi. Tanggungjawab saya berat. Tak mungkin awak sudi menggalasnya.
Kita kongsi, Qaireen. Saya sudi menggalasnya bersama-sama dengan awak. Beri saya peluang tu Sekali lagi Adwan memujuk. Dia perlu berjuang meraih keyakinan Qaireen. Dia tidak mahu mengalah.
Awak tu enggang, saya ni pipit. Mana mungkin
kita nak terbang bersama-sama. Saya tak sanggup nak dengar umpatan orang. Cukup-cukuplah saya pernah dihina satu ketika dulu.
Adwan menghela nafas panjang. Mana keyakinan Qaireen yang dulu Adakah dia penyebabnya
Qaireen yang dulu sangat naif. Tulus dan suci hatinya. Langsung tidak mengambil kesempatan atas orang lain. Sekarang, kenapa gadis ini sangat merendah diri Ya Allah, ampunilah aku jika aku punca si dia jadi begini.
Boleh tak jangan fikir pasal orang lain Orang lain tu tahu ke apa yang awak tanggung For once, Qaireen, think about yourself. Your own happiness.
Awak kacak, berpelajaran, berpangkat tinggi, berharta, serba-serbi ada. Ramai lagi gadis dekat luar sana yang berebut ingin berada di samping awak. Petik aje jari pastinya berderet yang beratur. Kenapa saya, Adwan Kenapa saya yang biasa-biasa ini awak kejar
Qaireen, saya tak nak mereka semua tu. Saya nak awak. Faham tak Saya. Nak. Awak. Adwan menekan sedikit suaranya. Bukan marah pada Qaireen, tapi marah dengan persepsi yang diletakkan orang sekeliling. Tak pasal-pasal menyusahkan urusan perhubungan ikhlas yang ingin dia hulurkan.
Saya tak cantik. Belajar pun setakat ijazah. Kerja makan gaji. Harta jauh sekali nak ada. Nasib ada kereta buruk untuk saya cari rezeki. Itu pun kereta terpakai.
Jangan nak merendah diri sampai macam tu sekali boleh tak Awak seolah-olah mempertikaikan ketentuan Allah. Adwan jeda seketika. Menarik dan melepaskan nafasnya. Sungguh dia kecewa dengan sikap Qaireen yang seolah-olah lupa dengan takdir Allah masih boleh diubah sekiranya kita gigih berusaha dan bertawakal kepada-Nya.
Qaireen tunduk. Diam membisu. Dia tahu kali ini
dia salah kerana seperti menyalahkan takdir Illahi.
Semua yang Allah cipta bersebab, Qaireen. Apa yang awak cakap tu memang betul. Saya bersyukur diberikan keistimewaan itu. Tapi, awak tengok sendiri yang saya juga tak sempurna. Masih ada lompong dalam diri saya sebab itu saya perlukan awak untuk melengkapkannya, panjang lebar Adwan bertazkirah.
Sebenarnya, dia tak sanggup mendengar Qaireen menghina diri sendiri. Mana perginya keyakinan diri gadis ini yang menarik perhatiannya dahulu Gadis yang selamba dan tidak gentar dengan apa jua cabaran yang mendatang.
Boleh ke saya berjalan seiring dengan awak Kuatkah saya Suara Qaireen seakan mengeluh.
Qaireen, saya tak akan biarkan awak jatuh seorang diri. Percayalah pada saya. Adwan seboleh mungkin cuba meyakinkan Qaireen. Gadis yang sememangnya sudah ada tempat di dalam hatinya.
Saya cuba.
Yes!!! Adwan menjerit kegembiraan.
Itu yang ingin dia dengar. Alhamdulillah. Penantiannya berakhir juga. Bolehlah dia berbangga dengan Amanda. Skil memikatnya masih belum hilang. Bezanya kali ini dia memikat untuk sama-sama ke Jannah.
AUDI R8 HITAM berhenti betul-betul berdekatan pintu masuk kompleks membeli-belah. Adwan sengaja memilih meletakkan kereta mewahnya di situ dan kemudiannya akan menyerahkan kunci pada car jockey yang ada nanti. Malas mahu berjalan jauh. Mereka hanya ada dua jam sahaja lagi untuk berjalan-jalan.
Enjin kereta dimatikan. Dia memandang Qaireen
di sebelah.
Jom, dia menguntum senyuman bila Qaireen memandang.
Takutlah. Qaireen mencemik.
Tiba-tiba dia rasa kurang yakin. Terasa seperti dia sudah melakukan kesilapan besar bersetuju untuk keluar dengan Adwan. Entah apalah orang akan kata kalau nampak dia berjalan di samping Adwan. Yang paling dia takutkan ialah bertembung dengan gadisgadis yang pernah menjadi teman wanita Adwan.
Nak takut apa Berkerut dahi Adwan.
Manalah tahu bekas-bekas makwe awak berkeliaran dekat sini. Qaireen ketap bibir. Harap sangat Adwan memahami situasi dia.
Dont worry. Ini bukan tempat mereka. Mereka tu semua tak jejak kaki dekat sini. Jomlah. Dah pukul 8:00 malam ni. Adwan beri isyarat agar Qaireen turut keluar sebelum dia sendiri membuka pintunya.
Qaireen hanya memerhati Adwan yang berjalan mendekati pintu sebelah dia. Dia ukir senyuman kelat bila Adwan dah angkat kening.
Kenapa hati rasa berdebar-debar ni Ya Allah, janganlah ada apa-apa yang terjadi, getus hati Qaireen. Dengan lafaz bismillah Qaireen menapak keluar dari kereta.
Mereka berjalan beriringan. Berbual kosong sambil memerhati lot-lot kedai yang terdapat di situ. Mereka melangkah masuk ke dalam salah satu lot kedai yang menjual pakaian.
Ralit kedua-duanya memerhati pakaian yang dipamerkan. Tanpa mereka sedari tiba-tiba sahaja seorang perempuan datang meluru ke arah mereka. Sekelip mata satu tamparan hinggap di pipi mulus Qaireen.
Aduh! Jeritan Qaireen bergema. Memenuhi ruangan kedai.
Adwan tergamam. Terkejut. Semuanya berlaku sangat pantas. Dia tak sempat menghalang. Hatinya bagai disiat-siat bila melihat pipi Qaireen yang mula memerah. Semakin sayu rasa hatinya bila melihat Qaireen mula menggosok-gosok pipi.
Perempuan tak sedar diri. Boyfriend orang pun kau nak sapu! Perempuan yang baru menampar
Qaireen terjerit-jerit.
Natasha! Suara Adwan naik satu oktaf. Geram. Dia lempar renungan tajam pada perempuan gedik tersebut.
Apa Sebab perempuan kolot inilah awak tinggalkan saya, kan Natasha membalas keras. Menjerit pada Adwan pula.
Dah selesai, mesej saya. Qaireen melangkah keluar. Malas nak masuk campur. Pandailah Adwan selesaikan hal ini. Perempuan tak berakal itu tiada kena mengena dengan dia.
Tahu pula takut, sinis Natasha. Kedua-dua tangannya bersilang di dada. Mulutnya mencebik sambil memerhati Qaireen yang keluar dari situ meninggalkan dia dan Adwan.
Hei, perempuan! Suara Adwan bergema.
Natasha terkebil-kebil memandang Adwan yang sudah bercekak pinggang dan menuding jari telunjuk pada dia. Tak sangka yang Adwan boleh menggelarkannya begitu. Hei, Perempuan
Kau dengar sini baik-baik ya. Were just a friend, not more than that, habis bercakap Adwan terus keluar.
Tak kuasa nak melayan kerenah Natasha. Bukan ada hasil. Baik dia pergi cari Qaireen. Mesti gadis itu sedih dengan apa yang telah terjadi. Silap dia sebab tak peka dengan keadaan sekeliling. Tak pasal-pasal Qaireen dapat pelempang percuma dari Natasha.
Natasha yang tidak berpuas hati terus mengejar. Tangan Adwan cuba dipaut. Apa pun yang terjadi, Adwan akan dipastikan jadi miliknya!
Adwan, takkanlah you dengan perempuan kolot tu I tahu citarasa you, sayang. Look at me, Adwan. Please dia merayu.
Adwan dengan kasarnya merentap dan seterusnya meleraikan pegangan tangan Natasha. Ikut hati lelakinya, hendak sahaja dia hadiahkan penampar pada perempuan tak tahu malu ini.
Kenapalah perempuan sekarang mudah sahaja melondehkan maruah mereka Ya Allah, dia menyesal dengan perangai dia dulu. Kalaulah dia tahu kesannya macam ini, memang dia cuba menjadi hamba yang terbaik buat-Nya.
Perempuan kolot yang kau panggil tu bakal isteri aku. Perempuan kolot tu tahu jaga aurat dia. Perempuan kolot tu tahu jaga maruah dia. And please, dont you ever dare to disturb her again! Senafas Adwan berkata sebelum berlalu pergi. Meninggalkan Natasha terkulat-kulat di belakangnya.
Matanya melilau mencari kelibat Qaireen. Janganlah gadis itu lari meninggalkan dia. Telefon bimbit di kocek dikeluarkan. Nombor Qaireen didail.
Dekat mana Dia terus bertanya bila panggilannya berjawab. Adwan pasang telinga mendengar butir bicara Qaireen bagi memastikan di mana kedudukan gadis itu.
Saya dah masuk ke dalam restoren, jawab Qaireen tenang.
Okey, tunggu saya ya sayang... telefon bimbit dimatikan dan Adwan menuju ke tempat yang diberitahu.
DIA menarik nafas lega bila susuk Qaireen terlihat oleh matanya. Dia tersenyum. Santai sahaja Qaireen duduk di sudut belakang sebuah restoran. Perlahan-lahan dia melangkah masuk. Kerusi di sebelah Qaireen ditarik.
Qaireen... panggilnya serba salah bila Qaireen langsung tak menoleh walaupun dia tahu Qaireen perasaan kedatangan dia.
Hmmm... Qaireen kekal begitu. Tak kalih pandang. Ralit membaca menu di depan matanya.
Saya... errr saya Adwan garu kepala. Kenapa boleh jadi gagap pula Reaksi Qaireen betul-betul buat dia serba tak kena.
Awak, saya nak makan ini, ini, ini, ini dan ini. Minum yang ini, jari Qaireen laju menunjukkan menu pilihannya. Disuakan menu di depannya pada Adwan.
Adwan telan liur. Seteruk itukah penangan tamparan Natasha Luaran Qaireen nampak tenang tapi dia yakin hati Qaireen sedang berperang dengan pelbagai rasa.
Boleh habis ke tu Akhirnya dia melayan saja kemahuan Qaireen.
Insya-Allah. Qaireen panggung wajah. Melorek senyuman manis pada Adwan.
Adwan memanggil pelayan restoran. Apa yang Qaireen tunjukkan tadi dia pesan. Untuk diri dia cukuplah secawan kopi o panas. Sungguh dia tiada selera selepas apa yang berlaku tadi.
Selesai membuat pesanan makanan, dia kembali memandang Qaireen. Kepala ditongkat dengan sebelah tangan. Dia mahu tahu apa yang ada dalam hati gadis ini. Dia tak mahu gadis ini menyimpannya sendiri. Dia mahu gadis ini meluahkannya. Takut kalau dipendam bakal menjadi barah.
Qaireen panggilnya lembut.
Ini harga yang saya perlu bayar, kan Adwan Qaireen menoleh memandang Adwan dan kemudian menghamburkan tawa di hujung kata-katanya.
Sungguh Adwan terkesan dengan bicara Qaireen. Itu sudah cukup untuk memberitahunya apa yang tersimpan dalam hati gadis ini. Kalau dia jumpa semula Si Natasha memang siaplah gadis itu! Silap hari bulan, tangan dia pula naik ke muka Natasha tu. Urgh!
Maaf.
Jangan. Qaireen menggeleng.
Semakin Adwan merasa bersalah. Kesalnya dia. Meneliti wajah Qaireen, perasaan kesalnya semakin menggunung bila terperasankan kesan jari pada pipi Qaireen. Spontan tangan kanannya cuba untuk menyentuh.
Awak bukan mahram saya, Adwan, spontan Qaireen menjarakkan sedikit mukanya.
Adwan terkesima. Tak sedar dia terlepas laku.
Nasib Qaireen tegur.
Sorry. Lupa. Sakit tak Dia ukir senyuman kelat.
Tak. Qaireen menggeleng.
Tak Adwan tercengang.
Sakitlah. Takkanlah tak. Lepas ni entah siapa pula yang datang menyerang. Qaireen tertawa kecil.
Im sorry, Qaireen. Just bear it to me. Adwan memandang sayu.
Insya- Allah. Saya yakin yang Allah sentiasa bersama kita. Selagi awak dan saya ikhlas dalam perhubungan ini. Yang tadi tu saya anggap ianya sebagai ujian. Qaireen angguk.
Adwan tersenyum. Dalam hati dia rasa sangat bersyukur. Ya Allah, terima kasih kerana menghantar bidadari ini kepadaku. Semoga perhubungan ini ke jinjang pelamin.