Sekejap lagi dia pandang jam loceng ditepinya. Mula la bibir terjuih tanda gelisah.
Mana dia pergi ni
Hani pandang jarum jam yang sudah menginjak ke angka dua belas setengah malam. Hakikatnya dia sudah mengantuk, tapi mata tak boleh terpejam. Mata seakan menunggu kehadiran seseorang.
Tu la kau, Hani! Mulut tu tak reti nak berhenti! Yang kau pergi sembur dia habishabisan tu kenapa Tahulah kau emosi, tapi... Hesy! Kau ni memang lah Hani! Buatnya dia rasa bersalah, bawa kereta laju-laju macam mana Tu tak apa lagi. Macam mana kalau kau dapat panggilan kata suami kau kemalangan Mahu sesal tak habis nanti! Omel Hani smabil mengetuk pahanya sendiri.
Tapi, lelaki tu tahu ke macam mana nak rasa bersalah Entah-entah dia tengah melepak dekat mana-mana, sambil makan-makan dengan senang hati. Kau je yang sakitkan otak fikir pasal dia. suaranya berbunyi lagi, tapi kali ini suara itu dari akalnya.
Dia pergi tadi dengan muka marah. Sahsah la dia tengah marah. Walaupun dia tu tak ada perasaan, tapi dia manusia juga. Walaupun abnormal, mesti dia ada la terasa sikit. Mesti dia tengah bengang sebab kena kata kaw-kaw dengan aku tadi. Patutlah tak balik lagi.
Macam orang gila dia bercakap seorang diri. Sekejap dia risau, sekejap dia rasa tak perlu risau. Tapi, hati dia memang jahat la! Saja nak bagi tuan dia risau tahap gaban. Pintu yang terbuka itu dilihat. Dengan muka bersalah, dia berjalan sambil melutut.
Risau punya pasal, sampai nak berdiri pun tak berdaya!
Sampai di muka pintu, Hani perhatikan bilik Ryan. Gelap! Dia tertunduk. Ke mana la lelaki tu menghilang diri. Tombol pintu dicapai. Kononnya nak tutup pintu la, sekali pintu bilik Ryan terbuka.
Oh mak kau! terlepas tangan dari tombol. Nasib sempat tahan dengan tangan. Kalau tak muka memang berlaga dengan pintu.
Kau buat apa dekat situ serta-merta bilik menjadi terang diiringi suara garau Ryan
Mulalah dia nak menggelabah. Tapi, sempat lagi dia menilik Ryan. Macam ni ke orang rasa bersalah Tak ada muka serabut pun kecuali muka yang membuat gadis terngiur.
Badan sasa Ryan yang dibaluti baju merah hati dipandang. Bawah leher Ryan dipandang. Ada lekuk di situ buat matanya mula pandai merayap.
Kacak pula bila lelaki ni pakai kasual macam tu. Bangun!
Hani tersedar. Alamak! Punya usha sampai Ryan berada di depannya pun dia tak perasan. Gatal kau mata! Pantas dia bangun. Menurut arahan. Satu sengihan kecut terbias.
Ryan pandang lama wajah Hani sebelum tubuh itu ditolak. Dia melangkah masuk ke dalam bilik Hani. Kakinya dihala ke arah meja kerjanya. Tangannya mula menarik meja yang terbiar sepi di sudut hujung itu.
Awak nak buat apa ni Ryan Saya tahu awak marah, tapi janganlah buat gila macam ni. Tak kan sebab saya duduk dalam bilik ni, awak nak buang semua barang awak Hani mula gelisah.
Ryan tak pedulikannya sebaliknya terus menarik meja itu. Hani mengeluh. Matanya tibatiba tercacap pada lengan sasa Ryan yang mula menampakkan urat saat menarik meja itu.
Wow! Cantiknya lengan dia. Kalau gesel-gesel pipi dekat lengan kekar tu, mesti seronok kan. Mesti rasa selamat.
Pap! Hani tampar paha sendiri. Nampaknya kena buat pemeriksaan mata ni. Kenapa la mata dia jadi gatal macam ni tiba-tiba Gesel Kau ingat, kau kucing
Kau buat apa Tak nampak aku susah ni Tolong la tarik! suara Ryan naik tinggi. Mungkin kerana tekanan menarik benda berat tu. Macam dipukau, Hani cepat-cepat menolong Ryan. Dia tak tahu apa benda yang lelaki tu nak buat, tapi bila tengok mata tajam Ryan, rasanya baik dia ikut je.
Sampai sedikit di tengah, Ryan berhenti. Hani ikut berhenti menarik. Berkerut dahinya saat Ryan menarik kerusi dan diletakkan di hadapan meja. Terkejip-kejip biji mata memandang perilaku aneh Ryan sehingga la lelaki itu menapak ke arahnya tiba-tiba. Hanya sesaat, tangannya terasa ditarik kuat.
Eh.. Awak nak buat apa ni
Ryan buat tak dengar sebaliknya tubuh Hani dihempas di atas kerusi.
Ryan...
Kau duduk situ diam-diam. Tunggu aku dekat sini. Kau bangkit, aku potong kaki kau! usai berkata, Ryan menghilang.
Tergaru kepala terus Hani dibuatnya. Otaknya menganalisis sikap pelik Lelaki Sepuluh Juta tu, tapi tak dapat jawapan. Apa yang Ryan nak buat Tak kan nak ikat dia dekat kurusi ni kut Entahentah dia keluar, cari tali
Hani mula berdiri, tapi belum sempat dia berjalan satu suara menjerkah.
Kau ni memang degil! Aku cakap duduk situ, duduk situ!
Terduduk Hani dek terkejut. Masa bila pula dia muncul! Takut-takut Hani pandang Ryan yang nampak garang sebelum matanya membesar seperti bulatan jalan raya.
Nah, makan ni! Makan puas-puas sampai kembung perut! satu bungkusan beg plastik diletakkan atas meja. Betul-betul depan Hani. Terbelalak biji mata Hani dibuatnya.
Kau tenung apa lagi Aku cakap makan! Ke nak aku suapkan
Hani menggeleng. Sebenarnya dia tengah terkejut sangat ni. Dua bungkusan makanan depan mata. Satu Pizza dan satu lagi...
Tu nasi goreng Pataya. Kau suka makan nasi bungkus telur tu, kan Aku beli, kau makanlah sampai kenyang. Pizza tu kalau lapar, makanlah puas-puas. Lepas ni jangan nak mengadu aku tak ambil tahu perasaan kaulah, nak mati keringlah. Aku tak nak dengar! ujar Ryan sedikit tegas.
Terharu Hani dibuatnya. Walaupun tegas, dia boleh rasa perasaan bersalah tu dalam nada Ryan. Ada hati rupanya mamat ni. Ingat hati dah mati!
Awak buat semua ni kenapa Hesy! Awak tak patut beli semua ni. Saya dah ada banyak makanan la. tutur Hani dengan muka malu-malu alah. Sebenarnya dia memang gembira gila bila Ryan cuba memujuk. Prihatin juga mamat ni.
Pujuk! Eh ya ke
Banyak cakaplah kau ni. Makan ajelah. Ryan menjeling.
Baru nak rasa gembira, mood Hani terus mati dengan jelingan Ryan. Nampak sangat tak ikhlas orang dah tanya tu, cuba jawab saya rasa bersalah. Saya minta maaf. baru la berselera nak makan.
Awak ni kan... nak suruh orang makan pun
nak bentak-bentak. Saya tak nak makan! Awak saja je, kan nak menggemukkan saya. Hesy! Saya tak nak! Tak lapar!
Bergerak rahang Ryan dibuatnya. Perempuan ni memang susah nak faham. Berjam-jam dia termenung dengan rasa bersalah. Berminit-minit dia tunggu order sekali minah tu buat hal. Hesy! Perempuan memang leceh betul la!
Aku nak gemukkan kau Kau tengok cermin ke tak Bukan kau tu dah sedia kala gemuk ke
Pedas kata-kata Ryan tu menusuk ke gegendang telinganya. Dia yang baru lima puluh empat kilogram ni, Ryan kata dia gemuk! Hello, berat aku ideal okey! Desis Hani menyimpan rasa geram dalam hati.
Tapi, kalau kau tak nak makan, tak pa. Aku boleh hadiahkan dekat kak Zah dan kak Zu. Ryan cuba mencapai plastik di atas meja kembali.
Pap!
Ryan angkat tangan! Berkerut muka memandang Hani.
Dah bagi dekat orang, jangan nak buruk siku sangat. hambur Hani sebelum rakus merobek isi bungkusan. Macam tahu-tahu je dia lapar. Tanpa menghiraukan Ryan, dia mula menyantap hidangan. Enak!
LEBAR senyumannya saat menghabiskan nasi goreng patayanya. Matanya memandang Pizza yang turut dimakan secara berselang-seli saat makan nasi tadi. Nampak sangat tamaknya. Kotak Pizza yang masih berbaki, ditutup.
Kenyangnya...
Perut kenyang, hati tenang jiwa jadi senang. Cukup ke semua tu Ke nak lagi
Kepala Hani terteleng ke tepi. Ada senyuman mula hadir. Semenjak dia makan, Ryan tak berginjak sikit pun. Mesti lelaki tu rasa bersalah sangat, kan
Cukup. Untuk hari ni cukuplah, tapi esok... Macam nak lagi. Hani tersengih. Ryan mencebik.
Tapi, kan... kenapa awak baik hati sangat hari ni Awak... awak rasa bersalah dekat saya eh
Terbatuk terus Ryan dibuatnya. Straight forward punya soalan! Hesy!
Mana ada! Aku cuma tak nak tengok kau mati kering je. Lagi pun, aku tak suka dengar orang salahkan aku. Annoying!
Hesy! Kalau rasa bersalah tu cakap je la. Tak payah nak cover-cover.
Mana ada! luas bukaan biji mata Ryan.
Ada... Hani mengusik.
Tak da! Ryan tetap pendirian.
Fine! Kalau macam tu awak pergi balik bilik awak. Saya nak tenangkan fikiran. Fikirkan hidup saya yang dikelilingi orang kejam! Hani tayang muncung.
Mula la Ryan tak senang hati. Dia ni, nak marah lagi ke
Tak kan kau merajuk lagi kut. Ryan kuis bahu Hani dengan hujung jarinya.
Hani tarik bahunya dengan muka dipalingkan.
Kau ni spoil la! Aku dah beli makanan, tak kan nak merajuk lagi
Saya bukan merajuk, tapi marah. Awak ingat dengan makanan tu marah saya hilang. Tak akan!
Habis tu kau nak suruh aku buat apa Kau nak aku kehelkan tengkuk Nenek Kebayan tu ke
Ryan berjaya juga memancing Hani untuk melihatnya. Hani tergeleng-geleng perlahan. Orang marah dia bukan nenek dia!
Kenapa nak kehelkan tengkuk dia Patutnya tengkuk awak tu yang patut dikehelkan dulu. Kalau awak tak nak saya marah, satu je perlu awak buat. Hani buat tawaran misteri.
Apa dia
Dan Hani tersengih seperti kerang busuk. Matanya terhala pada ruangan bilik Ryan.
Kenapa pandang bilik aku Ryan menyoal dengan hati mula tak sedap.
Hani tak menjawab sebaliknya wajahnya bertukar seperti seorang yang jahat dan nakal.