bangku berhadapan taman permainan. Akhirnya pencarianku berbaloi setelah jenuh serata tempat kucuba jejaki Munirah.
Kakiku laju menghampirinya yang langsung tidak menoleh. Sampai sahaja di hadapan Munirah, aku terus menyentuh bahunya. Nampak bahunya terhinjut sedikit namun dia tak menoleh.
Kau pergi mana Puas aku, Riz dan Faiz cari tahu tak. Kita orang risau sangat pasal kau, luahku senafas. Satu senyuman kelegaan kupamer selebar mungkin. Namun Munirah masih tunduk diam membisu.
Mun, kau okey tak ni. Jom kita balik. Aku call Riz dengan Faiz sekarang ya Laju-laju aku keluarkan Galaxy A dari dalam tas tangan.
Sukalah kau kan dapat selalu mesej dan call Faiz. Aku tak sangka kawan yang aku percaya sanggup tikam aku dari belakang. Musuh dalam selimut, bentak Munirah dan aku terus terpana.
Bagai mahu terkeluar jantungku saat mendengar kata-kata Munirah ini. Tidak pernah kujangka ia akan meniti di bibir comel Munirah. Terasa menggeletar tanganku saat menerima semua tuduhan ini.
Ya Allah, kenapa ni Mun Apa yang kau cakap ni Aku tak buat apa-apa pun. Nak minat Faiz pun tak pernah terlintas di hati. Apatah lagi nak tikam kau dari belakang. Siapa yang buat fitnah seteruk ni Mun Jujur aku membalas.
Munirah mendongak. Tidak kujangka satu senyuman sinis dilemparkan buatku. Kecilnya hatiku menjadi sebesar kacang tanah.
Kau jangan nak pura-pura dengan aku. Kau kenal Nelly kan Dia datang jumpa aku dan tunjukkan gambar kau dengan Faiz. Bulat terus mataku saat Munirah menyebut nama Nelly. Apa motif gadis muda itu hingga sanggup melakukan ini semua Benci sangatkah dia denganku
Aku tak pernah keluar dengan Faiz. Jangan-jangan itu semua photoshop. Nelly tu memang dari awal lagi tak suka aku. Dia bekas kekasih adik angkat aku, jelasku tanpa berselindung. Tidak mahu Munirah terus salah faham.
Dengan adik angkat kau pun, kau ada skandal. Tak sangka kau ni perempuan macam ni. Sinis sekali katakata Munirah dan makin tidak percaya aku dengan sifatnya yang sekarang. Tiada walau sekelumit pun percayanya buatku.
Ya Allah, bagi peluang untuk aku jelaskan dan buktikan yang aku tak bersalah. Yang penting sekarang kau kena jumpa Riz dan Faiz dulu. Sebolehnya aku tolak tepi hatiku yang makin terluka. Adik dan tunang Munirah lebih penting tika ini.
Aku tak nak dengar apa-apa lagi dari kau! Munirah lantang meluahkannya. Kemudian dia terus bangun, berlari laju meninggalkanku.
Mun! Mun! Mun! Jeritku berulang kali namun langsung tidak diendahkan olehnya.
SHA... Terasa sayup-sayup suara itu memanggil. Ada satu tangan yang mengusap
pipiku. Perlahan-lahan kubuka mata dalam kepayahan. Dalam samar cahaya lampu meja, kelihatan wajah Kak Zila yang jelas risau.
Kak Zila. Mun mana Soalan itu terus terpacul di bibirku.
Ya Allah, Sha ni risau sangat sampai terbawa ke dalam mimpi. Kak Zila menggeleng sambil mengusap bahuku.
Astaghfirullahalazim. Aku beristighfar tiga kali sambil meraup wajahku. Kemudian aku bangun duduk. Satu nafas lega kuhela perlahan. Lega kerana apa yang berlaku tadi hanya mimpi.
Namun, dalam lega masih terlindung risau yang menggunung tinggi. Masih belum ada khabar berita dari Mukhriz mahupun Faiz.
Maaf sangat-sangat Sha buat akak terbangun.
Taklah. Akak memang sedia terjaga. Nak turun minum air, lepas tu terdengar Sha panggil Mun. Itu yang akak masuk ni. Tenangkan diri, bawa bersabar. Insya-Allah kawan Sha akan selamat. Dia dah besar dan pandai jaga diri. Mungkin sekarang ni dia cuma perlukan masa untuk bersendiri. Kak Zila cuba memujuk dan satu senyuman nipis kupamer.
Perlahan-lahan aku mengangguk.
Akak turun dulu. Sha pergi basuh muka, ambil wuduk dan sambung tidur. Baru pukul empat ni. Sha dahlah tidur lewat tadi. Takut mengantuk kat ofis nanti. Lembut sekali Kak Zila menasihati.
Terima kasih akak. Sempat aku luahkan sebelum
Kak Zila beredar. Nafas panjang kuhela sebelum belakang kusandarkan pada kepala katil. Ibu jari dan jari telunjukku mula memicit dahi.
Usai sahaja perbualan telefonku dengan Mukhriz semalam, aku terus menghubungi beberapa orang rakan sepejabat kami. Tapi, tiada seorang pun yang tahu tentang Munirah dan kehilangan Munirah aku rahsiakan dari pengetahuan mereka. Tidak mahu hal ini jadi kecoh.
Sebelum tidur tadi, aku telefon Mukriz semula dan jawapan yang kuterima hanya menghampakan. Pencariannya masih belum membuahkan hasil. Minda ligat memikirkan Munirah hingga lewat tiga pagi. Baru sahaja terlelap, tiba-tiba mimpi buruk tadi menjengah. Entah apa maksudnya. Ish, biarkanlah mimpi itu. Apa yang penting Munirah.
Lantas aku bangun menuju ke bilik air. Wuduk kuambil dan aku terus Solat Tahajjud kemudian Solat Hajat memohon agar Mukhriz dan Faiz akan menemui Munirah.
PAGINYA aku ke pejabat seperti biasa. Mengharapkan agar Munirah akan bertugas seperti biasa. Namun, kawan kami Salina memaklumkan yang Munirah ambil emergency leave. Petang semalam Munirah menghantar SMS pada kawan kami yang bertugas di Bahagian Pentadbiran.
Tugasku hari ini sedikit terganggu kerana sesekali kes Munirah mencuri sepenuh perhatianku. Hingga sekarang sebenarnya aku masih belum tahu punca salah faham Faiz dan Munirah. Hendak bertanya lebih-lebih pada Faiz, bimbang tambah membebankan tunang Munirah itu. Hendak tanya pada Mukhriz pula kasihan kerana adik Munirah itu langsung tidak duduk diam dari semalam mencari kakaknya.
Ya Allah, andainya ada sesuatu yang boleh aku lakukan pasti akan aku usahakan sehabis daya.
Shaqina, awak tak keluar lunch
Teguran itu membuatku benar-benar tersentak hingga pen yang tadinya di tangan terpelanting jatuh ke lantai. Wajah kudongak dan terus nampak Fitri yang sedang tersenyum. Entah bila dia sampai ke sini. Aku tiada mood untuk membalas senyumannya.
Sebaliknya aku tunduk untuk mengambil pen. Apa yang tidak dijangka, Fitri juga tunduk dan akibatnya kepala kami berlaga.
Aduh! Spontan aku terjerit kecil dan kepala kuangkat serta-merta. Tangan kanan mengusap dahi yang terasa sedikit biul.
Maaf saya tak sengaja. Fitri terus meluahkan dengan renungan tepat ke wajahku. Namun, penku sempat dicapainya.
Tak apa Encik Fitri. Suara cuba kukawal dan pen di tangan Fitri terus kuambil.
Awak macam ada masalah aje. Cuba cerita dekat saya. Mana tahu, saya boleh tolong. Tekaan Fitri menyebabkan mataku sedikit membulat. Pandai pula dia meneka.
Saya okey aje Encik Fitri, sangkalku sambil pamer senyuman paksa.
Dari jauh tadi saya tengok awak asyik picit dahi dan termenung jauh. Jawapan Fitri mengundang rasa tidak selesaku. Macam stalker pula Fitri ini.
Pening sikit sebab banyak kerja. Masih dengan ayat mengelak.
Jangan tipulah. Saya kenal awak macam mana. Jarang sangat saya tengok awak macam ni sebab banyak kerja. Makin lain macam pula ayat Fitri. Paling tidak kujangka ialah dia selamba duduk di birai mejaku. Tangannya disilangkan dan dahi dikerutkan sedikit. Makin rimas aku dibuatnya.
Sejak bila Encik Fitri kenal saya dengan rapat. Tak akanlah semata-mata lepas kita jumpa klien samasama hari tu terus tahap kenal saya naik pangkat pula. Aku luahkan seperlahan mungkin.
Apa dia Fitri bongkokkan sedikit badannya mendekat padaku.
Cepat-cepat aku tolak kerusi menjauh darinya.
Ehem. Suara berdehem mengalihkan perhatianku dan Fitri.
Kami sama-sama menoleh dan kelihatan rakan sepejabatku, Kak Rozi.
Hai Encik Fitri. Dah makan Kak Rozi menegur mesra. Maklumlah, anak bos perlu dihormati.
Belum lagi kak. Ingatkan nak ajak Shaqina makan sekali. Terkejut badak aku apabila itu yang terlontar dari bibir Fitri. Kenapa hari ini dia seakan hyperactive pula. Sebelum ini selalunya pasif sahaja.
Oh, okey. Saya tak nak ganggu date bos dengan Sha, balas Kak Rozi sambil mengambil barang dari dalam lacinya. Aku yang terkedu hanya mampu melihat Kak Rozi beredar.
Encik Fitri boleh tak biarkan saya sendiri. Saya betul-betul perlu sendiri sekarang ni. Pergilah makan dengan sesiapa aje, tapi bukan dengan saya. Katakataku dibalas dengan keluhan kecil Fitri.
Okey, saya tak nak paksa awak. Tapi, saya akan cuba cari punca masalah awak ni dan saya akan tolong semampu mungkin. Fitri terus bangun dan satu senyuman nipis dihadiahkan buatku sebelum dia beredar.
Tinggallah aku sendirian kembali. Memikirkan masalah Munirah sambil bermain dengan pen.
PROTON Iriz hijau kuparkir benar-benar di hadapan Coffee Planet. Mataku mula melilau saat masuk ke dalam restoran. Wajah yang
dicari belum kutemui.
Kak Sha! Panggilan itu menghentikan rondaan kakiku dan menoleh ke salah satu sudut restoran dan kelihatan Mukhriz sedang mengangkat tangannya sebagai isyarat padaku. Terus kakiku laju melangkah ke arahnya.
Sorry, akak lambat sikit. Macam mana progress Belum sempat duduk, aku terus menyoal.
Akak duduk dulu, order minuman dan baru kita bincang pasal ni. Permintaan Mukhriz kubalas dengan anggukkan.
Kerusi yang bertentangan dengan Mukhriz kutarik. Mujur juga tidak ramai orang saat ini jadi kami boleh berbincang dengan lebih privasi. Pelayan datang menghantar menu list dan tanpa perlu berfikir aku terus memesan iced chocolate.
Riz dan Faiz dah cari dekat semua tempat yang mungkin Kak Mun pergi
Setakat ni semua kami dah cuba kak. Faiz cari di semua tempat yang dia dengan Kak Mun selalu pergi, tapi belum ada apa-apa hint yang Kak Mun ke situ. Saya pula cuba cari tempat yang Kak Mun suka hang out, tapi sama aje. Ikutkan memang dah buntu nak cari. Mukriz meluahkan rasa kecewanya. Yalah adik mana yang tak risau andai kakak sendiri hilang.
Kita tak nak buat laporan polis ke Dah nak dekat 24 jam kan Aku cuba memberi cadangan lain.
Itulah ingatkan nak buat juga, tapi selagi terdaya ni nak usaha cari dulu. Selama akak kenal Kak Mun, pernah tak Kak Mun ada musuh Tak kisahlah siapa pun. Kerisauan Mukhriz sudah membawanya jauh ke isu lain pula.
Setakat ni tak. Kak Mun okey aje dengan semua orang. Tak akan Riz rasa ni satu penculikan Dahiku dikerutkan.
Nauzubillahiminzalik. Minta-minta dijauhkan benda-benda macam tu. Tak sanggup saya nak bayangkan. Saya ni ada sorang aje kakak. Jelas kedengaran nada suara Mukriz yang sedikit sayu. Wajahnya ditundukkan.
Riz jangan risau sangat. Insya-Allah Kak Mun akan balik pada kita. Yang penting Riz dah berusaha. Selebihnya kita berdoa dan berserah kepada Allah. Moga Allah pelihara Kak Mun dan dilembutkan hatinya untuk kembali. Walau apa pun yang berlaku, akak yakin Kak Mun kat sana tu mesti tengah fikir pasal Riz, Faiz dan semua yang dia sayang. Aku gagahkan diri untuk memberi sedikit kekuatan pada Mukriz. Walhal hatiku kini juga makin risau.
Tanpa dapat dielak, fikiran negatif mula menghujani fikiran. Sudah terlalu banyak kes wanita muda yang hilang. Ya Allah, tak sanggup untuk membayangkan itu semua.
Minuman yang kami pesan tiba dan masing-masing membasahkan tekak dahulu sebelum menyambung perbincangan. Banyak berkisar tentang lokasi lain yang mungkin dikunjungi Munirah. Tidak ketinggalan juga sebab pertelingkahan antara Munirah dan Faiz.
Sampai bila Riz nak rahsiakan perkara ni dari Mak dan ayah Akhirnya perbincangan kami sampai ke persoalan yang ini.
Entahlah akak. Saya buntu betul sekarang. Risaukan Kak Mun, risaukan ayah lagi.
Macam ni lah, lepas buat laporan polis nanti Riz kena juga bagitahu elok-elok pada mak dengan ayah. Lebih parah kalau Riz terus sembunyikan perkara ni dan akhirnya mak dengan ayah dapat tahu daripada orang lain. Aku lontarkan pendapat.
Nak tak nak, esok saya kena balik Ipoh juga. Lebih senang nak jelaskan secara berhadapan. Melalui telefon susah sebab kena consider keadaan ayah. Cadangan Mukriz kubalas dengan anggukkan.
Sha.
Eh, Kak Rozi. Sorang aje Tegurku dengan ramah walau jiwa sedang kusut.
Yalah. Kita tak ramai boyfriend nak keluar samasama. Jawapan Kak Rozi lebih kepada memperli.
Hendak kata aku sentap, memanglah ya tetapi malas hendak fikir perkara remeh seperti ini.
Ini adik Mun, bukan boyfriend saya. Suaraku sedikit tegas.
Ala, kalau ya pun apa salahnya. Boleh tahan kacak orangnya. Ingatkan Mun E.L. sebab hal keluarga. Tapi, kalau dah adiknya dekat sini, mesti bukan sebab hal keluarga, kan Kak Rozi mula serkap jarang.
Sebenarnya aku kurang selesa dengan sifat Kak Rozi sejak dari mula dia bertugas di unit yang sama denganku dan Munirah. Sebelum ini dia di Unit Kewangan tetapi baru dua minggu ini dia ditukarkan ke Unit Aset dan Hartanah.
Hal peribadi ya cik, Mukhriz tiba-tiba menyampuk sambil tersenyum senipis mungkin.
Kak Rozi pula senyum lebar. Entah bila hendak beredar dari kami. Tetapi rasanya aku dan Mukhriz juga sudah habis berbincang.
Riz, akak rasa akak kena gerak balik dulu. Apaapa nanti kita roger ya Aku nyatakannya tanpa mempedulikan Kak Rozi yang masih di situ.
Okey kak. Bawa kereta elok-elok. Pesanan Mukhriz kubalas dengan anggukkan.
Kak Rozi, saya gerak dulu. Sempat aku menegur Kak Rozi sebelum beredar.
Kalau saya duduk sini boleh Lagipun minuman awak pun tak habis lagi. Sempat aku terdengar perbualan Kak Rozi dengan Mukhriz.
Boleh cik, bukan kerusi meja saya pun. Saya gerak dulu. Mukhriz membalas perlahan.
Eh, tak minum sekali Masih jelas kedengaran suara Kak Rozi di cuping telingaku walau sayup-sayup.
Tiada balasan dari Mukhriz namun aku yakin gelengan yang diberikannya dan dia mungkin beredar melalui pintu yang bertentangan denganku.
JAM sudah melepasi angka sembilan malam. Baru sahaja aku mendapat WhatsApp dari Mukhriz tadi.
Katanya dia dan Faiz akan membuat laporan polis dalam jam sepuluh malam ini. Kurang satu jam lagi. Ketukan di pintu bilik membuatku menoleh. Perlahanlahan pintu dibuka dari luar dan kelihatan Kak Zila.
Tak ada khabar dari Munirah lagi Kak Zila menyoal sambil berjalan masuk.
Belum lagi kak. Kejap lagi adik dengan tunang Mun nak buat laporan polis, jelasku dengan jujur.
Minta-mintalah polis dapat selesaikan kes ni secepat mungkin. Kita doa aje Munirah tu selamat. Kata-kata Kak Zila kubalas dengan anggukkan lemah. Sha tak makan lagi kan Jomlah makan sikit. Akak ada beli lauk lebih tu. Kak Zila cuba memujuk lagi. Kali kedua sebenarnya.
Tak apalah akak. Lagipun kenyang lagi. Petang tadi Sha dah minum dengan adik Mun. Aku cuba mengelak.
Itu minum, ini makan. Tak akanlah langsung tak nak makan. Nanti kesihatan Sha pula yang terjejas. Buatnya seminggu Munirah hilang, takkan seminggu Sha tak mahu makan. Terus berubah sedikit air mukaku saat Kak Zila meluahkan.
Aku tahu Kak Zila tidak sengaja terlepas cakap tetapi tetap lidahku terkelu.
Ya Allah, sorry Sha. Akak tak ada niat nak cakap benda buruk macam ni. Mulut akak ni memang kadangkadang tak ada brek. Sha abaikan apa yang akak cakap tu ya Kak Zila cepat menyedari kesilapannya.
Sha tak salahkan akak. Lagipun akak terlepas cakap sebab akak risaukan Sha. Cuma Sha minta akak jangan bagitahu perkara ni pada sesiapa termasuklah Miza. Sha tak nak perkara ni jadi heboh. Cukuplah kita berempat yang tahu. Selembut mungkin kuluahkan agar Kak Zila tidak kecil hati.
Semalam Miza tidur awal dan malam ini bekerja syif malam, jadi perkara ini selamat dari pengetahuan Miza.
Jangan risau, akak tak akan bagitahu sesiapa. Tapi, tolonglah makan Sha. Makin risau akak dibuatnya. Malam ni akak lepaskan Sha tak makan. Tapi, kalau esok Sha tak makan, memang akak akan suap nasi dalam mulut Sha. Daguku diusap Kak Zila seraya dia cuba memujuk.
Aku tergelak kecil dengan caranya.
Baik bos. Akhirnya aku mengaku kalah dengan senyuman mengganti tawa kecil tadi.
Ketawa dan senyum macam ni kan comel sikit. Pipiku dicubit lembut oleh Kak Zila. Kemudian Kak Zila meminta diri untuk keluar.
Aku rebahkan badan ke katil. Sesekali mata mengerling Galaxy A di atas meja hinggalah aku tidak sedar bila aku terlena.
Deringan Galaxy A mengejutkanku yang baru sahaja terlelap. Dengan mata yang tertutup separuh kucapai Galaxy A dan mataku terus bulat melihat nama yang tertera di skrin telefon pintarku.