MY PRETTY BOY - 12
QAMRA AIN mengelap setiap meja di kaf Tunku Hazreen. Tangannya ligat mengelap namun fikirannya melayang entah ke mana. Selepas pertengkaran hebat dengan Tunku Hardie terus dia beredar dari situ. Lagi lama dia di sana, lagi bertambah nanah telinganya mendengar kata-kata Tunku Hardie yang menjeruk hati.

Tunku Hardie yang dikenali tak pernah bersikap dingin padanya. Hanya sejak kebelakangan ini sikap panas baran jejaka itu semakin menjadijadi. Suka menuding yang bukan-bukan tanpa usul periksa. Bahkan juga terfikir seperti ada orang yang mahu melihat kehancuran hubungan cinta mereka. Tapi siapa Siapa yang tergamak membinasakan kebahagiaan mereka selama ini

Kau menungkan apa tu, Qamra tegur Tunku Hazreen yang sejak tadi memerhatikan gelagat gadis itu di kaunter. Lamunannya terhenti dan terus menyambung semula mengelap meja sambil tangan kiri menyeka air yang bertakung di hujung birai mata.

Kes gaduh lagi dengan teman lelakilah tu. Tunku Hazreen sekadar meneka. Kalau tak pun, memang itu saja benda yang menjadi Qamra Ain murung setiap hari. Bergaduh dengan kekasih hati berhati gaban itu.

Empat tahun dia mengenali gadis yang bernama Qamra Ain, bukan sehari dua. Sudah pasti apa yang berlaku dalam tempoh yang panjang itu separuh daripadanya banyak diperhabiskan masa bersama teman lelaki. Namun begitu, kerja di kaf tak pernah diabaikan. Mujurlah jejaka yang tersemat rapi di taman hati Qamra Ain faham situasi yang dihadapi oleh gadis itu yang perlu mencari wang lebihan untuk menambah belanja di A-AH.

Puas juga memujuk Qamra Ain menerima bantuannya dalam pembiayaan yuran sepanjang pengajian dalam bidang perubatan. Dia akui banyak belanja yang diperlukan apatah lagi bidang esklusif seperti itu. Dia yang pernah menjadi harapan keluarganya untuk menyambung warisan gelaran doktor, tapi minatnya lebih cenderung ke arah perniagaan kaf.

Melihat pada ketabahan di hari pertama gadis itu meminta kerja separuh masa di kafnya, dia mula menyelami kehidupan Qamra Ain. Bukan setakat membiayai pelajaran, malah dia dengan rela hati mengajak Qamra Ain tinggal bersama dengannya di kondo mewah yang dihuninya bersendirian.

Susah sangat kau tinggalkan aje lelaki macam tu. Lelaki jenis apa kalau asyik nak terpekik terlolong kat telinga Kalau kau berterusan begini mahu sakit jiwa kau nanti, Qamra. Pelajaran kau nanti entah ke mana sebab asyik makan hati berulam jantung setiap hari nak melayan perangai dia aje. Kalau aku di tempat kau, dah lama aku sepak jauh ke dalam lombong.

Aku terlalu sayangkan dia, Rein. Mana mungkin aku tinggalkan begitu aje. Kau tahu, kan hubungan aku dan dia bukan setahun dua dah 4 tahun 6 bulan tau kalau dikira sampai ke malam ni, balas Qamra Ain selepas mengira dengan mengunakan kesemua jari tangan.

Tunku Hazreen menggeleng kepala. Sampai begitu sekali gadis itu mengira sejauh mana usia hubungan cinta mereka. Kalau pasangan berkahwin, rata-rata mereka punyai 2 atau 3 orang anak dalam lingkungan tempoh itu. Nampak benar, gadis itu obsesi dengan cintanya terhadap lelaki yang entah siapa itu. Sepatutnya, lelaki itu bertuah memiliki gadis sebaik Qamra Ain. Ini tak, mentang-mentanglah Qamra Ain jenis yang ikut saja telunjuk arahan dan lelaki itu pula mengambil kesempatan sewenang-wenangnya mendera emosi gadis itu.

Qamra Ain pula queen of secretive. Pernah dia bertanyakan siapakah lelaki yang berani melukakan hati gadis yang diangkat martabat seperti adiknya sendiri. Sehingga ke hari ini Qamra Ain enggan memberitahu. Ujarnya lagi, Qamra Ain tak mahu melibatkannya dalam hubungan cintanya itu. Apa yang terjadi, biar dia yang usaikan sendiri. Kalau begini gayanya, takkan dia hendak berdiam diri. Lagi satu, takkan pula seorang kakak memandang saja adiknya dilukai hanya kerana seorang lelaki

Sedangkan orang kahwin pun boleh bercerai, nikan kau yang belum ada apa-apa ikatan lagi. Fikirlah sedalam-dalamnya, Qamra. Kalau waktu bercinta ni pun dia berani menengking apatah lagi bila dah kahwin nanti, silap-silap mahu kau kena lambung ke dinding. Kau jangan pandang sambil lewa aje dengan lelaki jenis panas baran ni.

Bunyi mesej telefon mengganggu perbualan mereka sebentar. Qamra Ain segera menyeluk ke dalam poket seluar jeans. Terus dia menekan ikon WhatsApps dan terpampang mesej ringkas yang dihantar oleh Tunku Hardie.

Mylovely_Hardie:

Maafkan I, sayang.

I bersalah sangat dengan you!

I terlalu ikutkan sikap cemburu I, I tak mampu tahan bila I nampak you dengan lelaki lain. Maafkan I, ye!

Qamra Ain:

I maafkan you, lain kali you jangan buat I begini lagi. I sayangkan you sangat, Hardie.

Mylovely_Hardie:

:(

Birthday you nanti, kita celebrate okay I have something special for you, my love Qamra!

Got to go! I miss you! Muahhs!

Qamra Ain tersenyum sendiri. Berkali-kali dia membaca mesej yang dihantar oleh Tunku Hardie. Jika dulu, setiap hari mesej di WhatsApps penuh dengan kata-kata romantis dari jejaka itu. Hanya sejak akhir ini, sebulan sekali pun susah. Tak sekerap dulu. Terfikir juga, sibuk sangat ke tugas di hospital sampaikan sebaris mesej pun tiada masa hendak hantar

Hati dah cairlah tu, kena pujuk. Tegur Hazreen sambil mencebik bibir. Pantas Qamra Ain menyimpan semula BB Z10 ke dalam poket seluar jeans.

Dia hanya mampu membalas kata-kata Hazreen dengan senyuman yang melebar sehingga kelihatan kedua-dua lekuk di tepi pipi. Hatinya berbunga riang. Wajah cemberut tadi serta-merta bertukar.

Hazreen sudah pun berlalu pergi ke dapur. Entah kek cawan perisa apa pula dibancuhnya malam ini.

Disebabkan luar hujan sudah mulai turun, rata-rata pelanggan lebih suka lepak minum kopi di bilik masing-masing. Qamra Ain membelek semula BB Z10. Ikon YM ditekan lalu terpampang skrin aplikasi itu. YM Little_Prince dicari dan dia mula menaip sesuatu,

Anggerik_Putih: Assalamualaikum, awak! Little_Prince: Waalaikumussalam, saya tunggu awak lama tau.

Little_Prince: Awak okey

Anggerik_Putih: Okey, sini hujan. Kaf pun tak ada orang datang. Boleh saya chat dengan awak kejap. Little_Prince: Curi tulang ke Tak baik tau, awak! Tak berkat nanti gaji awak sebab awak curi tulang. Anggerik_Putih: Haish, kejap aje. Tauke kaf pun tak kisah, awak pula yang cuak.

Little_Prince: Takut awak kena buang keje aje nanti.

Anggerik_Putih: Awak, saya nak tanya sikit, boleh Little_Prince: Jangan tanya yang pelik-pelik sudah.

Selainnya saya sedia jawab pertanyaan awak. Anggerik_Putih: Macam mana kita nak tau lelaki betul-betul sayangkan perempuan

Little_Prince~is typing...

Little_Prince~is typing...

Little_Prince: Entahlah, awak. Saya tak ada girlfriend, jadi saya tak tau nak bagi jawapan kat awak. If sayakan, saya jaga hatinya baik-baik, sayang dia, gembirakan dia and do something yang memorable untuk dia.

Little_Prince: Awak dah ada boyfriend Anggerik_Putih: Ada, saya sayangkan dia, tapi entahlah awak, saban hari hubungan kami bergolak.

Macam tiada hala tuju. Dia tuduh saya curang sedangkan hanya dia yang saya ada.

Little_Prince: Sayang aje tak cukup, awak. Cuba awak renung balik, sejauh mana hubungan awak dengan couple awak tu, sapa yang banyak berkorban Siapa yang banyak menitiskan air mata If boyfriend awak betul-betul sayangkan awak, boyfriend awak akan cuba sedaya upaya tak bagi awak menangis tau!

Qamra Ain terhenti menaip. Air mata menitis lagi. Bukan kerana terkenang setiap peristiwa tragik yang pernah berlaku antara dia dan Tunku Hardie tapi disebabkan pemilik YM Little_Prince. Saban hari, dia berasa lebih selesa berbual dengan jejaka misteri itu. Bahkan jejaka di alam maya ini yang lebih mengerti dan menghargai perasaannya berbanding dengan Tunku Hardie yang telus dicintai. Dia tak pasti berapa lama lagi harus dipertahankan hubungan yang semakin hari dirasakan semakin hambar.

Alangkah bagusnya jika Tunku Hardie berfikiran sepertinya Percaya pada kesetiaannya tanpa syak wasangka