pesan Papa. Tan Sri Malik menyambut kedatangan Nadhirah dimuka pintu.
Meskipun Nadhirah langsung tiada hati mahu datang ke majlis ini, Nadhirah gagahkan juga diri untuk cuba memenuhi permintaan Papanya. Memang Nadhirah sengaja datang sedikit lewat. Dia sudah merancang yang dia mahu lekas beredar sesudah makan. Malas dia mahu duduk lama-lama di banglo ini.
Tak lupa, Pa. Nad dah janji dengan Papa, tentulah Nad datang. Jawab Nadhirah sambil mencium tangan Papanya.
Tak ada buah tangan untuk Papa ke
Adalah. Ni buah strawberry. Nadhirah menunjukkan bungkusan berisi hampir sekilo buah strawberry segar yang dibelinya untuk Tan Sri Malik.
Macam tahu-tahu je yang Papa teringin nak makan pai. Tak apalah, Nad simpan dalam freezer di dapur nanti Papa suruh bibik masak strawberry pie.
Okey Pa!
Kalau tak silap, kan Papa cakap hari tu, majlis Akak buat di hotel . Kenapa tukar tempat pula
Entah ah. Mak Cik yang uruskan semua. Tiba-tiba je dia cakap dia tak nak buat majlis ni di hotel. Nanti majlis nikah dan resepsi baru buat dekat sana.
Nyaris-nyaris Nad pergi ke hotel yang Papa beritahu hari tu. Nasib baiklah Nad call bibik petang tadi. Dia cakap majlis buat dekat sini.
Papa pun lupa nak beritahu dekat Nad pasal pertukaran venue ni. Sorry. Pipi Nadhirah dicubit oleh Tan Sri Malik.
Rombongan pun rasanya dah nak sampai ni. Nad masuk dalam dulu lah ye Nadhirah meminta diri. Memandangkan sudah semakin ramai tetamu yang bertandang, elok rasanya dia masuk ke dalam dahulu.
Belum sempat Nadhirah masuk ke dalam, kelihatan Puan Sri Munirah datang menghampiri mereka berdua dimuka pintu. Huluran salam turut disuakan kepada Puan Sri Munirah namun di tepis dengan sengaja. Wajah Puan Sri Munirah yang baru sahaja menyertai Tan Sri Malik untuk menyambut tetamu yang sudah mula datang kelihatan kelat. Dia langsung tidak menyenangi kehadiran Nadhirah.
Ni datang ni, siapa yang jemput Soal Puan Sri Munirah sinis sebaik sahaja dia melihat suaminya berbual mesra dengan Nadhirah.
Nadhirah masuk dulu. Tak payah berdiri di sini lama-lama. Tan Sri Malik sedikit tidak senang mendengar soalan cepu emas yang diutarakan isterinya, segera meminta Nadhirah masuk. Dia tidak mahu isterinya merosakkan mood majlis.
Tak apalah, Nad masuk dulu. Nadhirah meminta diri untuk ke dapur untuk menyimpan buah tangan yang dibawa sebelum dia memanjat tangga menuju ke biliknya. Dia amat pasti yang Papanya bakal berperang mulut lagi dengan Puan Sri Munirah kerana kehadirannya.
Awak jemput dia ke Jeling Puan Sri Munirah pada Tan Sri Malik.
Munirah, tolong jangan mulakan. Ni rumah dia juga. Saya yang jemput. Walaupun bernada tegas, jawapan yang diberikan oleh Tan Sri Malik pada isterinya kedengaran begitu perlahan.
Mungkin mahu mengelak dari didengar oleh tetamu-tetamu yang ada. Kebanyakan dari mereka merupakan saudara-mara terdekat serta beberapa orang rakan rapat Puan Sri Munirah daripada persatuan-persatuan yang disertainya.
You should know that you shouldnt. Puan Sri Munirah masih lagi mahu menunjukkan rasa tidak puas hati dengan kehadiran Nadhirah.
Why shouldnt I I dont really care about what you feel right now. She has every right as my daughter to be here. Dalam senyuman Tan Sri Malik memberikan pendapatnya.
Anak tanpa sebarang bukti hitam putih. Belum layak untuk jadi anak lagi. Anak you cuma ada tiga orang sahaja dan Adelia adalah satu-satunya anak perempuan you. Ingat tu! Puan Sri Munirah memberi peringatan.
Dia tidak suka apabila nama Nadhirah diungkitungkit sebagai anak Tan Sri Malik. Memikirkan bahawa semua harta-harta mereka nanti perlu dibahagikan juga dengan anak kepada perosak rumah tangganya menyebabkan Puan Sri Munirah sakit hati.
Perlukah saya buktikan yang dia anak saya Secara hitam putih Dengan suara perlahan Tan Sri Malik cuba menjolok sarang tebuan.
Buat lah kalau awak berani. Puan Sri Munirah sengaja mencabar.
Awak ingat saya tak berani nak buat ke
Awak berani ke Kalau saya tahu awak cuba nak iktiraf dia sebagai anak awak, saya akan pastikan seluruh dunia tahu betapa kejinya orang terhormat macam awak. I got nothing to afraid of. Puan Sri Munirah berbisik pada suaminya.
Are you sure Munirah Saya tak takut dikeji, tapi saya rasa awak yang takut. Sanggup ke awak berdepan dengan kawan-kawan awak di persatuan kalau dia orang tahu awak pernah diduakan
Awak memang sengaja, kan Kata-kata Puan Sri Munirah terhenti tiba-tiba.
Ketibaan rombongan pihak lelaki menyebabkan Tan Sri Malik dan Puan Sri Munirah menghentikan pertengkaran mereka. Senyuman plastik sempat diukir oleh kedua-dua mereka bagi menyambut kedatangan tetamu yang ditunggu-tunggu.
Nadhirah keluar dari biliknya yang berada di tingkat dua. Bilik ini diberikan kepadanya beberapa tahun lalu untuk digunakan. Suasana sedikit meriah apabila semakin ramai tetamu mula mengambil tempat di ruang tamu yang boleh memuatkan kira-kira seratus orang dalam satu-satu masa.
Dari tingkat atas, Nadhirah mengambil tempat di salah satu buaian besi yang sememangnya berada di situ. Dari situ dia boleh melihat pelamin berwarna lilac yang ringkas namun serba mewah yang bakal dihuni Adelia sebentar lagi dengan jelas. Beberapa dulang hantaran juga sudahpun sedia tersusun di situ.
Gelak tawa daripada sanak saudara yang hadir langsung tidak memberi kesan buat Nadhirah kerana kebanyakan daripada mereka langsung tidak dikenalinya. Adalah menjadi kebiasaan bagi Nadhirah untuk menyendiri dimajlis begini. Seperti selalu, dia menjadi orang asing di rumahnya sendiri.
Kebanyakan daripada sanak saudara kelihatan berbisik-bisik melihat kelibat Nadhirah. Percaya atau tidak, setelah hampir sepuluh tahun menjadi anggota keluarga ini, kehadirannya tidak pernah diiktiraf. Kebanyakan daripada tetamu hanya menganggapnya sebagai teman Adelia malah ada juga yang menganggapnya sebagai anak orang gaji. Hatta Puan Sri Munirah langsung tidak mahu menjamah wajahnya walau sedikit pun.
Kalau boleh Nadhirah sememangnya tidak mahu terperangkap di sini begini, namun atas desakan Tan Sri Malik yang mahu dia turut serta menyebabkan Nadhirah menggagahkan juga dirinya. Majlis ringkas serba indah ini gagal meraih perhatiannya. Bola matanya kini hanya terarah kepada kelibat rombongan pihak lelaki yang sedang mengambil tempat masingmasing di ruang tamu. Kehadiran beberapa orang yang dikenalinya sedikit menghairankan.
I
MRAN datang dengan persalinan yang serba sedondon dengan persalinan Adelia. Manakala kedua ibubapanya turut hadir bersama-sama di dalam majlis tertutup ini. Hati Nadhirah mula berkocak, dia jadi tidak senang duduk. Wajah Imran dipandang dari jauh sambil Nadhirah dengan sedaya upaya cuba menafikan bisikan-bisikan halus yang bertamu difikirannya.
Setelah semua tetamu mengambil tempat, majlis diteruskan dengan penuh tertib. Dia memasang telinga dengan setiap butir bicara yang berlaku di tingkat bawah. Hati kecilnya hancur sedikit demi sedikit. Suasana yang hingar bertukar sunyi dipendengarannya. Nadhirah tenggelam dalam dunianya sendiri.
Keliru dengan apa yang terjadi, kaku dengan apa yang dilihat, kecewa dengan apa yang baru diketahui dan hampa dengan apa yang didengar. Segalagalanya musnah kini, setiap angannya hancur, semua impiannya berkecai.
Im sayang Nad! -- Bullshit!
Nadhirah tidak menyangka bahawa hari bersejarah buat Adelia juga merupakan juga hari bersejarah buatnya. Tatkala Imran dengan ceria menyarungkan cincin dijari Adelia, Nadhirah hanya memandang tepat tanpa dapat mengelipkan mata. Berkali-kali dia cuba meyakinkan diri sendiri bahawa semua yang terjadi tak mungkin suatu realiti. MUNGKIN INI MIMPI!
Im cintakan Nad! -- Bullshit!
Patutlah kebelakangan ini Imran tidak pernah ada masa untuknya. Ada sahaja alasan Imran setiap kali diajak berjumpa. Kini, baru Nadhirah perasan yang Imran dan dia sebenarnya sudah begitu renggang sejak dia pulang dari Australia. Imran dan dia cuma sempat bertemu beberapa kali sahaja dalam masa 2 bulan kebelakangan ini. Sungguh dia tidak pernah menyangka Imran bakal mengkhianatinya begitu.
Im tak akan tinggalkan Nad! -- Bullshit!
Tas tangannya dicapai. Dengan perlahan dia bangun. Satu demi satu langkahnya menuruni anak tangga diatur cermat supaya tidak mengganggu majlis. Namun sebaik sahaja kakinya mencecah anak tangga terakhir Nadhirah sekali lagi mencuri pandang ke arah merpati dua sejoli yang sedang bergambar kenangan di atas pelamin.
Wajah Imran dan Adelia yang begitu ceria kelihatan senang dengan apa yang terjadi. Sedetik dua detik... Tiba-tiba sahaja Imran memalingkan wajahnya ke arah tangga. Saat itu pandangan Nadhirah dan Imran bertaut lama. Nadhirah terkaku di situ, dia tidak dapat memaksa dirinya mengalihkan pandangan ke tempat lain manakala Imran jelas terkejut dengan apa yang dilihat.
Wajah ceria Imran kelihatan bertukar pucat dan Nadhirah pula telah memalingkan mukanya daripada terus memandang Imran. Mungkin terkejut atau mungkin juga dia rasa gementar. Entahlah Nadhirah tidak ada hati lagi mahu meneka apa yang dirasakan Imran tika ini.
Apa yang dia tahu, dia mahu segera berlalu dari situ. Dia mahu membawa dirinya pergi jauh. Tanpa meminta diri, Nadhirah berlalu pergi. Dia sudah tidak betah lagi untuk terus bertapak di rumah Papanya.
Langkah kakinya diatur laju. Gugusan kunci dikeluarkan sebaik sahaja Nadhirah sampai ke garaj kereta. Dengan keadaan menggigil, dia menghidupkan enjin keretanya dan menghilang di dalam pekat malam. Emosi yang dikawal semakin menunjukkan rupa. Nadhirah nyata kecewa.
Sedaya upaya Nadhirah cuba melawan perasaan sendiri, namun hatinya terus dipalu rasa hampa tatkala telinganya menangkap setiap bait lirik lagu milik Sam Smith yang kedengaran dicorong radio. Sungguh Nadhirah begitu kecewa. Masih lagi jelas di ruang mata bagaimana gelagat Imran di dalam majlis penuh adat sebentar tadi.
Penipu! How could you treat me like this Imran! Nadhirah menjerit sekuat hati di dalam keretanya yang semakin lama semakin laju dipandu. Tangannya dihentak beberapa kali ke stereng kereta yang semakin laju membelah gelap malam.