Berbeza dengan komik dari Jepun, komik dari Hong Kong lebih serius dengan jalan cerita yang matang, strok lukisan jahat dan rekaan watak-watak yang lebih logik. Saiz komik Hong Kong lebih besar dan nipis. Berbanding komik Jepun yang keluar sekali sebulan, komik Hong Kong keluar sekali seminggu atau setiap dua minggu.
Mempunyai ketebalan di antara 19 hingga 20 muka surat membuatkan komik Hong Kong mudah digulung untuk dimasukkan ke dalam poket seluar. Berjalan di pekan dengan komik Hong Kong tergulung di dalam poket seluar merupakan satu perbuatan cool.
Dipersembahkan dengan jalan cerita yang klise seperti tema peperangan dan pergaduhan di antara puak-puak, terjemahan komik Hong Kong adalah kurang bagus berbanding terjemahan komik Jepun. Selain judul yang tidak tepat, nama watak, jurus-jurus dan dialog-dialog yang diterjemahkan juga kadang-kala adalah di luar pemikiran orang kebanyakan.
Antara nama-nama watak:
Pelawak Tulang
Penggila Pedang
Sami Guni
Parang Gila
Encik Otot
Pedang Fajar
Encik Virus
Dewa Durjana Ifrit Utama
Antara nama jurus-jurus:
Tetakan pemusnah zuriat
Hikmat tendangan penghancur tulang
Jurus ke-8 hikmat putaran alam
Api syurga meragut lalang
Jurus selingkuh lipan berlapan sorok
Gaya sisa awan dari angkasa
Pedang cirit bintang
Gaya angin menyapu sisa
Antara ucapan-ucapan kegemaran:
Kau ingat aku budak-budak baru belajar makan pisang
Musuh yang ketat pasti bertemu di lorong yang sempit.
Jahatnya.
Baru setahun jaguh.
Aku baru mengeluarkan 30% dari tenaga aku.
Harapkan telunjuk, telunjuk menjolok mata.
Berani mati tak mati.
Apabila keranda dibawa barulah kau bercucuran air mata.
Sampaikan salam aku pada alam barzakh.
Antara komik Hong kong yang popular adalah:
Alam Perwira
Dewata Raya
Pedang Setiawan
Wira Tunggal
Jejak-jejak Wira
Pendekar Laut
Wira-Wira Keinderaan
Raja Rimba
Juara Jalanan
Terdapat gambar tengkorak dengan lilin di atas kepala pada halaman belakang. Ianya merupakan gambar tradisi komik Hong Kong untuk kempen belia jauhi dadah. Sesetengah komik Hong Kong pula telah diadaptasikan menjadi filem. Antara adaptasi yang paling popular adalah adaptasi komik Pedang Setiawan dengan tajuk Storm Riders. Komik Hong Kong dijual pada harga RM2.50 asalnya kemudian beransur naik hingga mencecah RM3.50.