Party bikini muslimah ke Sambil gelak macam setan.
Bukanlah, bangang. Kau nak kahwin dah tak sampai sebulan lagi. Jomlah aku bawa pergi Brazillian wax ke manipedi ke, pergi shopping jamu ke. Aku belanja.
Ah, tak nak aku.
Win, orang macam kau ni kena service nak dapat lelaki baik. Aku rasa kalau level kau ni bukan setakat service je, kena overhaul terus.
Babilah, sambil gelak berderai air mata.
Aku kembali ke tempat yang pernah dijejaki. Hot pink dress, 5 inch platform heels and thong as usual. Effa kata ladies night, last call before married life begins. Jalan Doraisamy, its been awhile.
Ada satu fasa hidup, aku belajar clubbing dengan mengikut jiran-jiran lelaki yang akan jemput di rumah sambil mintak izin emak. Ada satu fasa hidup pada 2012, sepanjang tahun itu setiap hari aku berada di Doraisamy. Hampir di setiap club aku dah menari dan melepak. Tapi, tak minum. I dont know why, cuma dua kali dalam hidup-selepas itu langsung tak pernah. Itu fasa berselubung dengan muzik kuat dan bising bersama orang, dijulang orang, dipuja lelaki miang dan dipuji perempuan yang datang. Sampaikan aku dipanggil primadona, ditawar menari atas podium setiap minggu tapi, ditolak.
Masih aku ingat lagi, Doraisamy was like my small fantasy world which I can be just another me. I really wanted to be someone in the Burlesque. Ada satu malam, aku datang dengan bekas kekasih yang suka datang menyinggah untuk tolong kawan masuk percuma. Biasalah, lagi-lagi budak Melayu bawah umur, memang suka free entrance. Aku tak ada mood, jadi datang tanpa make up, pakai dress pendek dan selipar melawat kawasan. Some familiar faces will call me Datin, panggilan yang kononnya pasangan untuk somebody. Like whatever.
Mata agak mengantuk dan macam nak tumbuh ketumbit. Dia sibuk melayan kawan-kawan yang open bottle minta sponsor. Sambil aku jalan dari belakang menghimpit crowd, muncul satu Melayu yang tiba-tiba nak cium.
Eh kau dah kenapa pukimak
Kalau tak nak kena cium, baik duduk masjid! Takyah datang sini!
He was totally drunk. Jangan pernah label keling mabuk kalau kau tak pernah saksikan macam mana Melayu pulak kalau mabuk. Even worst. It was spontaneous, aku terus tunjal kepala mamat tu. Dia balas dengan tunjal kepala aku. Benda tu terjadi dengan pantas, aku terus campak handbag Datin entah ke mana, dan hayun sekuat hati, terajang apa yang ada depan mata, dan labi habis-habisan.
Secara normalnya, bergaduh dalam kelab KL selalunya memang tak akan dileraikan oleh penonton. Lagi dibuat bulatan untuk tengok tu ada la. Mamat tu terus ditarik dua bouncer untuk keluar dari kelab dan beberapa mamat-mamat kaya acah cool cuba tenangkan keadaan. Aku cuma nampak bekas teman lelaki yang tercengang bila pandang belakang sebab dia mungkin tak perasan.
Benda jadi sepantas kilat. It wasnt something that can be proud of. Tapi bila marah, aku memang tak boleh kawal diri. Peduli apa, aku cuma pertahankan diri. Dua tiga kali juga mamat tu masuk balik diapit bouncer untuk minta maaf.
Kak Long saya minta maaf, sambil salam dan cium tangan aku berkali-kali.
Jangan sentuh aku, bodoh.
Maafkan saya.
Kau berambus dari muka aku sekarang. Blah.
Maaf Kak Long.
That wasnt my first time. Dan kali ini, aku kembali lagi untuk terakhir kali. Agak keras juga, dalam sejam-dua nak membiasakan diri dalam ruang gelap muzik bising. Rasa macam dah terlalu tua untuk berada di situ. Betulbetul rasa memang bukan lagi tempat aku. Sampailah beberapa kawan rapat universiti tiba, lagi rasa kekok. It didnt seem like a bachelorette party indeed. Aku janji tak datang lagi.
***
It took seven years to reveal all the hikmah. And I guess seven years worth the wait.
Kenapa kita tak ditakdirkan jumpa dekat Hartamas Square malam tu Awin nampak kelibat Ame lintas jalan. I was trying to scream at you, tapi dia tarik tangan Awin. Awin ada boyfriend waktu tu.
Bukan masalah boyfriend ke tak! Persoalannya, kenapa kita tak pernah bertembung walaupun kita janji nak jumpa dekat setiap gig
Rahsia Allah kan. Hes the Almighty.
Im out of words. He killed the conversation.
Kalau Ame tak tinggalkan Awin, mesti Awin tak jumpa semua lelaki-lelaki babi tu. Mesti Awin tak jahanam! You only met two girls and Ame dah rasa
fucked up. Bayangkan Awin Worst! Dia tundukkan kepala, diam.
Tapi bagus jugak kan. At least Ame jumpa Awin waktu Awin dah cerah, tak hitam berkilat macam dulu, aku gelak, cuba betulkan keadaan janggal tadi.
The whole plot of this weird and beautiful love story is not just that plain simple, that it only happen because of love. We never met for a better reason, I guess. Tujuh tahun untuk aku lawan semua malapetaka dunia durjana. Tujuh tahun untuk aku betulkan keluarga, kawan, cinta dan kerjaya. Tujuh tahun untuk aku merasa setitik bahagia. It was a fucking long journey and I cant imagine how did I survived.
Like hek eleh, betul, kan
Ya Tuhan, kau suruh jumpa cilaka-cilaka dunia untuk aku menjadi manusia pada hari ni rupanya. Kau jatuhkan aku sampai tersembam menyembah bumi berhari-hari semata-mata untuk merasa perit dunia nyata. Kau terlalu kasihkan aku hingga dugaan paling laknat Kau berikan supaya aku kembali ke tempat asal- iaitu Kau, ya Tuhan.
Sesi bercakap dengan Tuhan tak pernah habis.
Terlalu teruja dengan keterlaluan-kebetulan yang ditakdirkan. Ini perkara gila, sepanjang kegilaan aku, untuk berkahwin dengan orang yang tak dikenal. Sedangkan yang pernah dipercayai bertahun-tahun itu juga yang mengkhianati.
Jadi masa bukan masalahnya.