SAYA BUKAN FANATIK - 12
Penerimaan adalah satu perkataan yang senang tetapi perbuatan yang amat sukar untuk dilakukan oleh semua termasuklah saya sendiri.

Sebagai manusia, kita sering menilai orang walaupun kadangkala tak sengaja. Dalam Islam, semua perkara bermula dengan niat. Ada masanya kita membuat sesuatu tanpa niat tetapi mempunyai kesan yang dalam dan tidak baik. Salah satunya ialah being judgmental.

Oklah, saya bagi contoh. Bila kita melihat seseorang itu memandu kereta BMW lima siri yang baru, terus kita akan assume orang itu kaya. Tetapi bila kita melihat seseorang itu memandu kereta Proton Saga yang buruk, terus kita anggap orang itu miskin. Kita sebenarnya tak sedar. Bila menilai seseorang itu, kita juga mempunyai satu expectation terhadap perilakunya. Layanan kita kepada mereka juga berubah kerana expectation tersebut.

Saya pun guilty of being judgmental juga kadang-kadang. Ianya seperti tindakan impulsive. Memang sepatutnya tiada alasan untuk saya berbuat demikian, maka mesti cuba dengan lebih gigih untuk memperbetulkan kelemahan tersebut.

Saya sendiri tak suka bila orang lain menilai, maka kenapa lakukannya

Saya juga belajar, susah untuk puaskan hati setiap manusia. Tuhan jadikan kita berbeza-beza, maka hati dan perasaan juga begitu. Apa yang cantik di mata saya tak semestinya cantik di mata orang. Dulu saya sering rasa penat kerana terlalu ramai to please tapi sekarang, cuma jaga hati dan orang-orang yang disayangi. Sekiranya ada yang tidak gembira atau senang dengan saya, mereka boleh terus begitu. Mungkin attitude saya seakanakan harsh tetapi ianya benar. Saya belajar untuk hidup dengan menggembirakan hati sendiri. Saya tidak ganggu orang lain dan hanya menjaga tepi kain sendiri.

Saya amat gembira dalam kepompong dan dunia kecil saya. Memang senarai kelemahan dalam diri saya amatlah panjang. Apa yang penting ialah ianya tidak mengganggu atau memberi kesan kepada orang lain. Suami sendiri terima segala kelemahan dan diri ini seadanya seperti mana saya menerima segala kelemahannya.

Kawan-kawan dan juga orang-orang yang saya sayangi juga terima begitu. Mereka tidak pernah cuba untuk mengubah atau mengkritik. Tetapi jika saya lakukan kesalahan, mereka akan menegur dan cuba membetulkan kesilapan itu.

Wise Owl pernah beritahu, sekiranya kita mempersoalkan tingkahlaku atau pun keadaan fizikal seseorang, kita sebenarnya mempersoalkan kejadian dan ciptaan Tuhan. Subhanallah! Layakkah kita mempersoalkan ciptaanNya Saya sememangnya sedar tidak layak untuk berbuat demikian.

Kata Wise Owl, kalau seorang lelaki itu suka berpakaian warna merah jambu, biarkanlah dia. Tuhan sudah jadikannya begitu, jadi kita harus terima. Kalau fascination dia dengan warna merah jambu itu tidak mengganggu dan membuatnya gembira, siapa kita untuk menghalangnya Mungkin juga wanita kesayangannya suka dia berbaju warna merah jambu. Biarkanlah.

Kita juga tentu tak suka bila orang lain kritik cara kita berpakaian, jadi, selagi tidak menjolok mata atau melanggar hukum Islam, sekalipun dia nak pakai guni, kita harus terima sahaja.

Tapi hakikatnya, its easier said than done. Kita kadang-kadang melayan orang mengikut cara mereka berpakaian. Kalau orang itu berpakaian kemas, kita melayannya dengan baik, tetapi kalau orang itu kusut masai, kita akan buat dek aje dan enggan bercakap dengannya. Tindakan itu sebenarnya menyombongkan diri. Kita sering memandang rendah kepada orang yang berpakaian buruk tetapi, mungkin orang tersebut lebih mulia kedudukannya di sisi Allah SWT dari diri kita sendiri.

Pelajaran pahit yang saya pelajari, orang yang berpakaian simple atau sederhana selalunya yang paling cantik hati budinya. Hati mereka bersih dan suci. Mereka melayan kita dengan baik dan dengan penuh rasa hormat. Orang yang berpakaian mahal dan cantik ni pula, kadangkala, hatinya penuh dengan perasaan hasad dengki dan benci. Mereka merasakan diri mereka lebih mulia dari orang lain dan memandang rendah terhadap orang yang dirasakan di bawah kasta mereka.

Ibnu Umar, beliau berkata: Rasulullah SAW naik mimbar dan menyeru dengan suara lantang, Wahai segenap manusia yang masih beriman dengan lisannya namun iman itu belum meresap ke dalam hatinya janganlah menyakiti kaum muslimin. Dan janganlah melecehkan mereka. Dan janganlah mencari-cari kesalahan-kesalahan mereka. Karena sesungguhnya barangsiapa yang mencari-cari kejelekan saudaranya sesama muslim maka Allah akan mengorek-ngorek kesalahannya. Dan barangsiapa yang dikorek-korek kesalahannya oleh Allah maka pasti dihinakan, meskipun dia berada di dalam bilik rumahnya.

Riwayat Tirmizi

Perasaan judgemental itu sebenarnya adalah salah satu dari sifat bongkak dan sombong. Kita perlu berhati-hati kerana dari setitik hitam perasaan bongkak itu, ianya boleh bercambah dan membesar sehingga menyeliputi hati kita dan menjadikannya hitam dan busuk.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: Tidak akan masuk syurga golongan yang di hatinya ada sebesar zarah kesombongan. Lalu seorang lelaki berkata kepada Baginda: Sesungguhnya orang lelaki suka berhias pada pakaian dan seliparnya. Baginda menjawab: Sesungguhnya Allah SWT itu cantik dan amat suka pada kecantikan. Sesungguhnya sifat angkuh punca seseorang itu tidak boleh menerima kebenaran dan memandang rendah pada orang lain.

Riwayat Muslim

Sifat angkuh dan bongkak juga adalah salah satu daripada sifat Iblis. Ish! Saya tak ingin disamakan dengan Iblis! Wise Owl pernah berkata bahawa Iblis telah bersumpah untuk menyesatkan manusia sampai hari akhirat. Sekiranya saya mempunyai perasaan angkuh sebesar zarah dalam hati, ianya bermaksud Iblis telah berjaya menghasut saya. Ooooooooo tidak!

Jadi, untuk mengelakkan diri dari disamakan dengan Iblis, saya cuba sedaya-upaya untuk mengikis perasaan judgemental itu. Kadangkala tu fail juga tapi saya akan terus cuba. Cukuplah masa kecikkecik dulu arwah nenek panggil saya anak setan, takkanlah bila dah besar panjang nak jadi setan dewasa pulak. Yang pentingnya, kita perlu sedar telah buat salah dan cuba betulkan keadaan.