DI.AR.TI - 12
CAHAYA lembayung menembus kabus tebal menciptakan adunan kejinggaan yang mewarnai kepulankepulan kabut yang tidak lagi memutih. Arca satu lembaga muncul di antara kepulan-kepulan itu yang bergerak perlahan. Lembaga yang berkeris terselit di belakang dewangga baldu menari-nari dengan gerak tari yang menghilang dan mendatang dalam hanyutan kabut itu. Silauan-silauan sinar petir menyuluhi muka lembaga yang tampak bengis dengan siung tajam yang menaring keluar daripada kedua-dua sudut mulutnya. Kening tebal yang hampir bertemu di tengah dahi melengkungi dua biji mata merah yang terbeliak dan bergerak liar ke kiri dan ke kanan dengan tolehan ganas ke segenap arah mengikuti rentak pukulan gamelan wayang wong dan mitos dewata Ramayana.

Pohon beringin yang merendang dengan akar-akarnya yang menali turun mencecah bumi dan membumbungi puri pertapaan seorang pendeta tua. Jubah putih yang dipakai oleh pendeta itu serasi pula dengan keputihan janggut dan sanggul yang memuncak di kepalanya. Lembaga bengis itu rnengacah-acah dengan terkaman-terkaman cubaan pada pendeta tua yang sedang bersemadi tanpa menunjukkan sebarang riak terhadap gangguan itu. Kedua-dua mata pendeta itu menutup rapat dengan tangannya memegang erat tongkat sakti. Lembaga itu cuba merampas tongkat itu. Sebelum sempat dia menghampirinya, panahan halilintar menyambar pada tongkat itu. Suatu letusan bercahaya kebiruan menyelubungi pendeta itu. Tiba-tiba wajah pendeta tua itu berubah menjadi jelmaan Sang Hanuman dengan mannerisme kemonyetan yang klasik. Sang Hanuman memusing-musing tongkat yang dipegangnya. Lembaga itu menghunus kerisnya yang berpamurkan logam tahi bintang sambil membuka langkah pertempuran. Pertembungan yang seru seolah-olah ingin merebut Sita Dewi yang tidak sudi dijadikan rebutan.

Kesaktian pendeta itu dicabar oleh lembaga itu dengan serangan teaterikal yang bertubi-tubi. Kepala Sang Hanuman dipulas ke belakang. Keris yang terhunus itu mencantas leher Sang Hanuman putus daripada tubuhnya. Sang Hanuman meloncat-loncat dan kemudian berjalan Iemah terhuyung-hayang tanpa kepala. Darah memancut bagaikan pancutan air sebelum tubuh Sang Hanuman tumbang ke bumi. Lembaga itu merayakan kemenangannya dengan mengangkat kepala Sang Hanuman di atas mulutnya sambil membiarkan titisan darah itu membasahi mulut dan lidahnya. Setelah darah itu kering disedutnya, dilemparkan kepala Sang Hanuman ke tanah. Sebaikbaik sahaja lemparan itu mencecah tanah, jelmaan Sang Hanuman yang tewas itu bertukar menjadi pendeta semula.

Lembaga itu amat marah melihat pendeta sakti itu tidak mati di hujung kerisnya. Dia menerpa ke pendeta yang terus bersemadi tanpa menghiraukan undangan untuk bertempur lagi. Mata pendeta itu menutup rapat seolaholah tiada ada sesuatu yang terjadi di luar. Pendeta itu kemudian menjadi jelmaan kedua. Seekor kelinci gergasi yang menghadapi lembaga ganas itu. Tanpa menunggu waktu lebih lama lagi, lembaga itu menggigit perut kelinci itu sehingga ususnya terburai keluar. Ditelannya belitan usus kelinci gergasi itu bersama najisnya sekali. Kelinci itu tidak dapat berbuat apa-apa untuk mempertahankan diri. Sifat kegergasiannya tidak menakutkan lembaga itu malah terus menyerang bertubi-tubi hingga terdedah segala tulangnya. Setelah habis dimakannya kelinci itu, pendeta tua itu menampakkan kembali kewujudannya. Kali ini dia menjadi tikus raksasa yang juga menjadi mangsa lembaga bersiung yang dahagakan darah. Dalam keadaan keletihan, lembaga ini memakan habis tikus raksasa itu hidup-hidup. Setiap kali pendeta itu menjelma menjadi haiwan, lembaga itu biarpun dalam kelesuan terus menyerang sehingga dia tidak lagi bermaya untuk memakan bunuhannya. Tetapi pendeta itu tidak juga dikalahkan meskipun berpuluhpuluh jelmaannya telah ditewaskan.

Kelemahan lembaga itu menjadi lebih nyata kerana perutnya begitu buncit sehingga dia tidak boleh berjalan dan bergerak. Tersandar di perdu pohon beringin yang rendang tanpa dihiraukan oleh pendeta tua yang terus bersemadi di pertapaannya. Lembaga itu akhirnya tertidur nyenyak oleh kekenyangan yang tidak terhingga.

Dr Jalani terbangun dan lenanya kerana kebisingan yang berlarutan. Selama 36 jam terakhir, dia tidak tidur, menunggu Sutrisno pulih daripada ketidaksedarannya. Bunyi-bunyi bising seperti laungan haiwan yang diseksa terdengar di antara jaga dan lenanya. Begitu benar-benar terjaga, dia berlari ke kamar bedah. Pintu kamar bedah itu dibuka dengan pantas. Dia terpeianjat besar bila mendapati meja bedah itu kosong tanpa tubuh Sutrisno. Kawat-kawat alat perakam otak tampak berbelit-belit, putus daripada mesinnya.

Ingatannya pada jeritan haiwan yang terdengar di antara tidurnya membuat keputusan pantas di mana hendak dituju dahulu dalam pencarian ini. Segera kakinya berlari, keluar dan kamar bedah menuju ke bilik kurungan haiwan. Puas hati dengan keadaan Sutrisno yang stabil, Dr Jalani pergi berehat di biliknya setelah mengeluarkan keduadua hemopump daripada kedua-dua pembuluhnya. Dia tidak menyangka kesedaran Sutrisno boleh pulih kerana dinantikan selama 36 jam lamanya tanpa sebarang tanda positif. Dwirasa dalam benak yang ingin bergembira atas kejayaannya bertentangan pula dengan prasangka buruk yang mungkin terjadi. Konflik jiwa yang sedang bergolak ketika itu. Tetapi dia bertekad untuk menghadapi sebarang akibat.

Pintu bilik kurungan haiwan dibukanya. Kegelapan dinihari yang amat gelita itu membutakan matanya. Tetapi deria penghiduan dapat mengenal bau darah sambil tangannya meraba-raba mencari suis lampu. Kakinya melanggari sesuatu bentukan bulat yang berbulu. Akibat perlanggaran itu, bentukan bulat itu jatuh ke tangga bergolek di beberapa anak tangga. Akhirnya jari-jarinya menemui suis yang dicari. Begitu lampu di bilik itu menyala, mata Dr Jalani tidak percaya apa yang disaksikan. Bercakbercak dan percikan darah mengotori dinding dan tangga itu. Kepala siamang berlumuran darah tergolek di anak tangga. Bulu siamang walaupun masih tampak hitam tetapi tidak lagi gebu seperti masa masih hidup. Bulu-bulu hitam di kepala siamang yang putus itu menjadi keras kerana darah sudah membeku. Mulut Dr Jalani ternganga besar apabila mendapati sangkar dan kurungan haiwan dalam keadaan tunggang terbalik. Matanya tidak terkedip sedikit pun menyaksikan gerangan malapetaka yang menimpa bilik itu.

Kaki Dr Jalani tidak sengaja terpijak sesuatu yang panjang di lantai seketika dia sampai ke bawah. Diperhatikan bentukan itu bagaikan tau yang berwarna kelabu kecoklatan dan ternyata bentukan tali itu adalah ekor monyet Rhesus. Matanya terus liar memeriksa. Tampak badan tikus percubaan melekat pada dinding akihat balingan yang amat kuat sehingga tidak saja darah yang memercik sekitar tubuh tikus itu juga alat-alat tubuhnya hancur ikut mengotori dinding bilik itu. Di atas kurungan yang terbalik di sebelah kanan Dr Jalani, perut kelinci terkoyak seperti buah cempedak yang dibuka, kosong tanpa isi. Tapak-tapak kaki manusia meninggalkan bekasbekas darah di mana-mana. Dr Jalani terpaksa berjalan berhati-hati untuk menghindari linangan darah dan sisasisa haiwan dan perut, usus, jantung dan hati yang bersepah di lantai. Matanya terus mencari Sutrisno. Di kandang tampak jejak keluli yang tersengkang luas seolah-olah tenaga biasa yang mengopeknya. Dihampirinya kandang itu, seperti yang diduga oleh benak Dr Jalani ditemuinya badan siamang bergelimpangan di lantai tanpa kepala.

Sangkar dan kurungan haiwan saling bertindih. Berbeza dengan keadaan biasa yang tersusun rapi, sebahagian dan sangkar yang berdawai lembut menjadi kemik dan berkedudukan tunggang-langgang. Terdengar suara dengkuran yang jelas dan belakang timbunan sangkar di satu penjuru kanan bilik itu. Dengan berani serta kesiagaan yang tinggi Dr Jalani menghampiri penjuru itu. Tampak satu lembaga yang bogel dengan hanya bulu-bulu haiwan yang melekat pada kulit yang berlumuran darah kering pada beberapa bahagian tubuh itu. Dr Jalani segera mengenali tubuh sawo matang itu tidak lain dan tubuh yang dia namakan Sutrisno. Muka Sutnisno terlindung oleh timbunan sangkar. Dr Jalani mulai menyingkirkan sangkar-sangkar yang menutupi tubuh Sutnisno. Satu per satu diangkat dan dilempar begitu saja mengekalkan ketidakaturan di bilik itu. Bila sangkar terakhir diangkat, Dr Jalani tersentak dalam kejutan yang tidak disangka. Seekor marmut mati terkancing di antara barisan gigigigi Sutrisno yang berlumuran darah. Dia tersandar di dinding, tidur dalam keletihan yang amat sangat. Melihat keadaan itu, Dr Jalani bergegas meninggalkan Sutrisno yang telanjang bulat untuk mendapatkan rantai. Sewaktu mengambil rantai, dia nampak kurungan cimpanzi dan beberapa sangkar tikus putih masih utuh. Walaupun cimpanzi itu tidak diapa-apakan oleh Sutrisno tetapi jelas kelihatan di mata Dr Jalani, cimpanzi yang diberi nama Ciko oleh Din berada di dalam ketakutan yang mendalam. Betapa tidak, Ciko dan beberapa tikus putih adalah saksisaksi hidup yang telah menyaksikan pembunuhan kejam sepanjang malam. Ciko yang biasanya riang menyambut sesiapa saja yang menghampirinya tampak menyendiri di satu pojok kandang itu dengan kedua-dua tangannya diangkat menutupi matanya. Begitu juga tikus-tikus itu. Mer eka tidak bergerak seperti lazimnya. Duduk rapat pada lantai sangkar mereka, ketakutan tampaknya menguasai diri mereka.

Rantai itu pernah merantai orang utan yang telah mati akibat percubaan Dr Jalani. Dengan hati-hati dia menghampiri sekali lagi Sutrisno. Dibukanya gelang besi pada rantai itu dan dimasukkan ke pergelangan kaki kiri. Sentuhannya membuatkan Sutrisno bergerak sehingga marmut yang terkancing di giginya gugur ke paha. Darah marmut itu belum kering lagi. Sebahagian masih mengalir dan pinggiran mulutnya kemudian menitik ke dada dan perut. Setelah melihat Sutrisno tidak bergerak lagi, Dr Jalani mengunci gelang itu dan mengunci pula gelang di hujung yang lain pada paip air berhampiran. Dia berasa puas melihat Sutrisno telah terikat pada rantai besi yang kukuh itu. Kalau orang utan tidak dapat lepas dan rantaian itu, pasti Sutrisno juga demikian, fikir Dr Jalani.

Dr Jalani meninggalkan bilik kurungan itu. Kasutnya sudah tersemir dengan darah dan sisa-sisa daging haiwan yang dipijaknya. Sampai di pintu bilik kurungan, dia cuba mengikis kotoran pada kasutnya pada tebing tangga. Biarpun dia telah mengikis tetapi bila dia menjejak ke lantai, tampak tapak-tapak kasut mencetak dengan bekasbekas darah mengekori jalanannya. Sampai di meja tulis, dia menyedari tangannya begitu hanyir dengan bau darah. Dia terus bangun dan membersihkan sisa-sisa darah pada tangannya.

Kembali ke meja tulis, Dr Jalani membuka buku catatan PVC hitam dan mulai menulis. Laporan lengkap mengenai kematian yang berjaya dipulihkan dan reaksi haiwani Sutrisno setelah menjadi sedar. Dr Jalani membuat laporan itu dalam keadaan kegembiraan dan keresahan. Keringat-keringat halus muncul membasahi dahi meskipun kedinginan pagi menyeiukkan hari yang masih dini lagi. Tangan kanan itu terus menulis tanpa menghiraukan kekakuan sendi-sendi jari sambil juga memikirkan bagaimana sebaik-baiknya hendak menjelaskan pada Din dan Rush kejadian di bilik kurungan dan pemulihan Sutrisno.

Pagi-pagi lagi Dr Jalani sudah mandi. Kemeja sutera berjalur dengan warna kebiruan yang lembut di atas dasar yang juga biru tapi lebih tua warnanya. Tali lehernya berwarna biru kehitaman dengan jalur-jalur putih yang halus merentang miring, memberikan penguasaan warna biru yang dipadankan dengan warna seluar yang agak sesuai dengan warna tali lehernya. Dengan jubah putih menutupi kepanjangan lengan kemejanya, Dr Jalani sudah siap menanti kedatangan Din yang biasanya datang lima belas minit lebih awal dan waktu jam kerja.

Sementara menunggu kedatangan Din, Dr Jalani menelefon Mr Choong dan menceritakan apa yang terjadi di bilik kurungan. Mereka bercakap panjang lebar. Mr Choong memberi beberapa saranan untuk menghadapi masalah itu terutama bagaimana caranya menutup mulut Rush dan Din agar mereka tidak menceritakan pada orang tentang rahsia Sutrisno. Pada Mr Choong perkara anak buahnya adalah perkara mudah. Tidak pernah yang dia mengalami kesukaran mengendalikan mereka. Pendeknya, dalam perbualan itu Mr Choong meyakini Dr Jalani masalah itu tidak serumit yang difikirkan.

Sebaik-baik saja Din masuk, Dr Jalani menutupi telefon itu sambil memanggil Din. Biasanya Dr Jalani jarang memanggilnya pagi-pagi lagi. Din tahu tugasnya saban pagi. Dia kena menghidupkan api daripada pembakar Bunsen untuk menyuling bahan kimia dan radas-rada gelas yang beraneka bentuk. Kemudian dia akan ke bilik kurungan haiwan untuk memberi makanan pada mereka. Din khuatir, mungkin dia akan dimarahi kerana datang lambat. Dipandang jam tangannya yang berkilauan akibat sinar mentari pagi yang menembus masuk ke bilik makmal itu. Dipastikan waktunya sambil berjalan menuju ke meja Dr Jalani. Dr Jalani bercakap sebentar dengan Mr Choong dan kemudian meletakkan telefon itu balik ke tempatnya.

Selamat pagi, doktor, ucap Din setibanya dia di Dr Jalani.

Selamat pagi, sila duduk, balas Dr Jalani. Din berasa sesuatu yang lain dan biasa kerana Dr jarang benar memanggilnya pagi-pagi lagi, apalagi silakan dia duduk.

Dah sarapan Sambil Dr Jalani menuang pada cawan kosong sambil menolak cawan itu menghampiri Din.

Sudah, doktor.

Minumlah, pelawa Dr Jalani.

Doktor tak minum tanya Din apabila melihat hanya ada satu cawan sahaja di atas meja.

Tak apalah, minumlah. Pelawaan yang berkali-kali membuatkan Din terpaksa minum kopi yang disedikan oleh Dr Jalani. Dia menyambung, Tujuan saya memanggil awak adalah mengenai pesakit yang kau dan Rush bawa dan hospital. Din ingat benar bahawa yang mereka bawa itu adalah mayat tetapi dia agak kehairanan mengapa Dr Jalani menganggap mayat itu pesakit.

Yang kelmarin dulu tu tanyanya.

Ya. Sebenarnya dia sakit tenat sehingga tampak seolah-olah dia sudah mati. Hospital tidak dapat mengatasi keadaannya dan membenarkan kita memberi beberapa ubat percubaan. Awak tahu kan saya banyak buat percubaan pada binatang dan ubat yang saya miliki belum boleh digunakan di hospital kerana ubat itu belum didaftarkan. Dr Jalani berasa Din tidak begitu cerdas untuk mengikuti penjelasannya lalu dia memendekkan penerangan itu dengan menyambung, saya mahu awak dan Rush, jangan menceritakan kepada sesiapa mengenai pesakit itu. Semalam pesakit itu pulih. Kerana tersangat lapar, dia mengganas dan membunuh binatang dalam bilik kurungan.

Ha, apa terkejut Din mendengar berita itu.

Awak usah bimbang, doktor dan Mr Choong akan mendapatkan binatang yang baru.

Semuanya mati tanya Din yang belum puhih daripada terperanjat.

Tidak, Ciko terselamat.

Saya pergi tengok dulu.

Sekejap, saya belum habis. Saya telah menggari pesakit itu dan dia tidak lagi membahaya. Saya mahu awak panggil Rush dan berhati-hati memberitahu dia tentang perkara ini. Kemudian awak berdua membersihkan bilik itu.

Din segera bangun. Belum sempat Din beredar dan situ, Dr Jalani menghulurkan wang $100 kepada Din dan mengatakan wang itu adalah untuk diberikan kepada anakanaknya. Untuk Rush diuruskan oleh Mr Choong sendiri.

Din menghilang daripada pandangan Dr Jalani. Dia bangun dari kerusi dan menuju ke kabinet ubat. Matanya mencari-cari sesuatu dan kabinet itu. Akhirnya dia mengambil satu vial ubat yang tercetak Largactil 100 mg. Dimasuk kan ubat itu bersama siring ke dalam saku jubahnya. Ubat itu biasanya digunakan untuk merawat pesakit jiwa yang psikotik. Dr Jalani menganggap kejadian semalam sebagai manifestasi psikosis yang ditunjukkan oleh Sutnisno. Paranoia yang penuh dengan halusinasi visual sehingga binatang-binatang itu dianggap sebagai ancaman padanya. Dia duduk di kerusi di hadapan komputer. Seperti biasa jari-jarinya bermain-main di kunci-kunci. Dr Jalani ingin mengetahui apakah ubatubatan yang diberikan mempunyai kesan sampingan yang halusinogenik iaitu memberi kesan khayalan yang menakutkan lagi membingungkan. Pencariannya menemui jalan buntu. Tidak ada satu daripada bahan kimia yang digunakan sepanjang teknik pemulihan mempunyai kesan tersebut.

Benaknya diperah untuk menyelesaikan teka-teki ini. Mengapa Sutrisno bereaksi sebegitu. Manusia lapar tidak pernah bertindak sedemikian. Pembohongannya pada Din sebagai helah semata-mata. Dia tertanya sendirian apakah Sutrisno memang tidak waras sebelum dia kena serangan jantung. Apakah kejadian itu boleh dianggap sebagai sindrom amuk yang sering terjadi di kalangan orang-orang Jawa terutama di Johor dan Selangor. Walaupun setakat ini Dr Jalani tidak dapat menentukan diagnosa sebenar tetapi dia mengetahui bagaimana caranya untuk mengatasi sifat keganasan Sutrisno. Jawabnya berada pada ubat yang berada di sakunya.

Din, Rush dan Mr Choong masuk ke bilik makmal Dr Jalani. Entah bila Mr Choong bertemu kedua-dua Din dan Rush tidaklah diketahui oleh Dr Jalani. Barangkali dia bergegas datang ke makmal setelah menerima panggilan telefon daripada Dr Jalani. Din dan Rush berpakaian seragam kerja, lengkap dengan but getah hitam hingga ke paras bawah lutut.

Sebelum keempat-empat mereka memasuki bilik kurungan haiwan, Dr Jalani telah memberi gambaran tentang kejadian semalam. Sebaik-baik sahaja mereka membuka pintu bilik itu, persediaan Dr Jalani terhadap mereka ternyata kurang mencukupi. Kejutan yang mereka alami membuatkan ketiga-tiga mereka terdiam. Hanya Din menunjukkan perubahan wajah daripada kejutan kepada kesedihan apabila melihat kepala siamang bergolek di tangga. Betapa tidak, saban hari dia memberi makan pada haiwan itu. Siamang itu dipeliharanya sejak umur enam bulan sehinggalah umurnya mencapai lima tahun. Mr Choong tidak berkata apa-apa cuma menggelenggelengkan kepala sebagai tanda ketidakpercayaannya tentang apa yang dilihat di hadapan matanya.

Sutrisno tampak tergari di kaki kirinya. Mereka mendekatinya tanpa rasa takut dan mengelilinginya. Dia tidak menunjukkan tanda-tanda ingin mengganas malah wajahnya kosong dan tidak berdaya. Dia tidak bereaksi pada sapaan Dr Jalani. Barangkali dia tidak mengerti bahasa Malaysia, fikir Dr Jalani. Disuruhnya Din bertanya dalam bahasa Jawa kerana Din berasal dan Sungai Besar, sedikit sebanyak mengerti bahasa itu secara kasar. Tetapi tidak ada response sama sekali. Bila ada yang bercakap kepadanya, Sutrisno bertingkah laku seperti tidak pernah mendengar manusia bercakap. Wajah kebingungan yang tidak terarah seolah-oIeh segala sesuatu yang diperhatikan di kelilingnya adalah semuanya perkara yang pertama kalii disaksikan. Pertanyaan mengenai namanya tidak juga dijawabnya. Dia menunjukkan kehairanan terhadap suara yang keluar dari mereka yang bertanya. Dr Jalani membuat kesimpulan awal mengenai tahap kelupaan Sutrisno sebagai total amnesia.

Dr Jalani memberanikan diri menghampiri Sutrisno. Bau hanyir dari badan Sutrisno yang menyengat pancainderanya tidak menghalanginya memegang lengan kanan Sutrisno. Dia tidak pula meronta seperti yang ditakuti Dr Jalani. Dikeluarkan siring yang berisi Largactil dan disuntik ke dalam pembuluh vena di lengan ini. Dia tidak melawan ketika jarum dicucuk ke kulitnya. Lengannya begitu lembik, tidak bermaya seperti orang lumpuh yang tidak memiliki tone otot. Sewaktu jarum menusuk ke kulitnya, Sutrisno mengeluarkan suara tangisan bayi. Tetapi suara tangisan bayi itu tidak lama bertahan. Perlahan-lahan suara itu menghilang kerana suntikan Largactil yang tidak sempat dihabiskan sudah menidurkan Sutrisno.

Bersihkan dia, beri pakaian saya dan kemudian bawa dia ke kamar bedah, perintah Dr Jalani kepada Din.

Dia tidak bangun lagi tanya Rush.

Ubat itu akan membuat dia tidur lebih kurang tiga jam, jawab Dr Jalani.

Bangkai-bangkai ini hendak dibuang di mana doktor tanya Din.

Jangan dibuang tetapi mesti ditanam saja. Saya mahu awak bersihkan bilik ini seperti sediakala, jawab Dr Jalani sambil memandang kepada Mr Choong. Mr Choong mengerti akan isyarat daripada Dr Jalani sambil menghulurkan wang $100 kepada Rush.

Ini untuk over-time awak. Saya tidak mahu perkara ini dihebohkan ke pengetahuan orang lain, amaran Mr Choong kepada anak buahnya.

Tanpa mengucapkan terima kasih, Rush cepat memasukkan wang itu ke dalam sakunya. Mereka beredar dan situ dengan meninggalkan Din dan Rush menjalankan tugas yang baru diberikan kepada mereka.

Apa pendapat awak tanya Mr Choong sambil mereka berjalan keluar menuju tangga yang tercemar dengan bercak-bercak darah binatang.

Merujuk kepada reaksi Sutrisno terhadap rangsangan luar, saya khuatir suatu hipotesis baru perlu dibuat, jawab Dr Jalani kabur.

Apa yang doktor maksudkan tanya Mr Choong lagi

Yang menarik di sini, Sutrisno menunjukkan amnesia yang menyeluruh. Tidak mungkin dia tidak faham bahasa kita. Apalagi dia telah lama berada di smi.

Bagaimana doktor mengaitkan hipotesis baru dengan amnesia Mr Choong bertanya lagi sambil menutup pintu bilik itu.

Otak manusia boleh diibaratkan seperti sebuah komputer. Tentunya jauh lebih baik daripada mana-mana super komputer. Apabila program sesuatu komputer menjadi corrupted maka tidak mungkin kita menggunakannya lagi. Begitu juga dengan otak manusia. Otak kita yang sedang berfungsi ini adalah hasil daripada program yang menyerap keterangan, fakta dan data dalam tempoh masa berpuluh tahun lamanya. Kematian yang dialami oleh Sutrisno memadam segala memori yang ada dalam otaknya. Jadi sesiapa yang menjalani teknik pemulihan ini terpaksa diberi program baru atau boleh juga program lama asal kita

mengetahui riwayat hidupnya.

Apa bezanya program baru dan lama

Pada Sutrisno tidak ada bezanya, apakah kita panggil dia Sutrisno, Encik X atau nama asalnya kalaupun kita tahu.

Jadi sama sekali orang baru

Ya, orang beringatan baru pada tubuh yang sudah berusia. Contohnya, bila seekor kucing yang baru datang ke rumah awak. Anak awak memanggil namanya Rocky. Padahal sebelum ini kucing itu dipanggil nama lain. Mengapa lambat laun kucing itu akan bereaksi jika nama barunya dipanggil

Tapi kalau dipanggil miau-miau kucing apa saja akan datang, hujah Mr Choong sambil duduk di kerusi berhadapan dengan meja Dr Jalani.

Miau-miau adalah kod universal bagi sebarang kucing sedangkan Rocky adalah kod spesifik yang diberikan kepada otak kucing itu. Sebentar tadi awak baru saksikan, bagaimana Sutrisno menangis ketika disuntik Largactil. Tangisan bayi pada tubuh yang berumur 43 tahun membuktikan tahap oral daripada perkembangan psikologinya bermula kembali, jelas Dr Jalani sambil bersandar di kerusinya.

Bagaimana doktor menerangkan kejadian semalam di mana Sutrisno menjadi psikotik, menyerang dan membunuh binatang-binatang itu tanya Mr Choong kritis.

Saya tidak pasti tetapi mungkin kerana sisa-sisa memori lama yang masih tertinggal dalam bentuk bayangbayang atau halusinasi.

Bunyi penutupan pintu memberhentikan perbualan mereka. Tampak Din dan Rush bersusah payah mengusung Sutrisno yang telah dibersihkan. Tubuh Sutrisno yang masih telanjang itu diletakkan kembali ke meja bedah. Dr Jalani dan Mr Choong bangun dan menuju ke kamar bedah. Din kemudiannya mengambil pakaian Dr Jalani untuk menutupi kebogelan tubuh itu. Sutrisno diikat dengan plaster lebar yang kuat pada kedua-dua lengan, paha dan kakinya. Ikatan itu diperiksa oleh Dr Jalani yang berpuas hati dengan kekukuhannya.

Sutrisno tidur nyenyak daripada sedasi suntikan Largactil. Mr Choong menghubungkan kawat EEG yang putus kerana tarikan Sutrisno. Kawat-kawat itu kemudian disambungkan kembali kepada kepalanya. Din dan Rush menyambung kerja-kerja pembersihan di bilik kurungan. Dr Jalani tidak berbuat apa-apa hanya memerhatikan graf EEG yang berputar. Dia tidak mengharapkan apaapa keterangan tambahan dan mesin itu. Melihat tandatanda kehidupan yang diwujudkan dalam diri. Sutrisno merupakan suatu kemenangan yang dirayakan dengan menikmatinya menerusi renungan pada tubuh itu Ibarat ahli sukan yang bangga atas kecemerlangannya meraih pingat emas di Sukan Olimpik. Begitulah perasaan yang menakluki jiwa Dr Jalani. Dan Mr Choong menumpang kejayaan seperti budak kaddi yang mengagumi hole in one daripada pemain golf yang seluruh set golfnya digalas dengan setia di terik mentari matang.

***

Selepas kuliah, Osman diberitahu tutorial fisiologi dibatalkan. Pensyarah yang berkenaan ada tugas lain. Bila ada pembatalan sebegini, tidak ada penggantinya. Masa terlalu suntuk untuk mengatur sesuatu oleh koordinator jabatan. Jadi Osman mengambil kesempatan untuk menghabiskan kerja-kerja pengukuran osteometri juga untuk mencari pita pengukur yang hilang. Barangkali tercicir semasa dia bergegas keluar dan stor itu.

Dia tidak lagi berani ke Stor Osteologi sehingga larut petang. Suara yang dia dengar semalam agak membingungkan. Apakah suara itu benar-benar wujud atau hanya imaginasinya sahaja. Tetapi mimpi semalam adalah mimpi yang terpanjang dalam sejarah hidupnya. Dia pulang ke rumah untuk berehat dan menenangkan fikiran. Sebaliknya, yang dialaminya mimpi berangkai sepanjang malam dengan mandian peluh yang membasahi pakaian dalam bilik tidur yang berhawa dingin. Keutuhan pendirian terhadap ketahayulan dipertahankan biar pun peristiwa suara aneh itu dan mimpi yang mengerikan tampaknya berkaitan. Kerana tidak percaya pada kekuatan metafizikal, Osman ingin membukti kejadian yang dialami itu adalah suatu halusinasi melulu.

Osman masuk ke Muzium Anatomi. Dan jauh dia nampak dua manusia menolak troli dengan bungkusanbungkusan plastik hitam di atasnya. Osman segera mengenali mereka sebagai penjaga muzium dan atendan mayat. Tanpa ragu-ragu, dia mengorak Iangkah. Tiba-tiba dia terkejut dengan suara Iantang yang datang daripada Encik Rush, penjaga muzium itu.

Eh, muzium hari ini ditutup untuk mahasiswa! jerit Rush sambil bergerak menuju ke arah Osman yang berhenti akibat jeritan itu.

Tidak ada pengumuman pun, Encik Rush, jawab Osman meminta penjelasan.

Itu saya tidak tahu. Yang jelas saya diarahkan oleh ketua teknologis makmal, tidak membenarkan mahasiswa menggunakan muzium ini sampai diberitahu kelak, jelas Encik Rush. Osman sempat memerhatikan bungkusanbungkusan itu agak aneh dan but mereka tampak bercak-bercak darah seperti pekerja-pekerja di tempat penyembelihan binatang sahaja.

Saya ditugaskan oleh Dr Rusdani untuk mengukur tulang-tulang di Stor Osteologi. Melihat mereka akan melaksanakan tugas pengusirannya, dia terus berundur dan mengikuti mereka yang sedang menuju ke arah pintu keluar.

Itu saya tidak tahu. Saya hanya menjalankan perintah, tegas Encik Rush.

Encik Rush ada menemui pita pengukur tak tanya Osman.

Tak ada, jawab Encik Rush pendek.

Murah saja, beli baru sajalah, kata Din yang sejak tadi berdiam diri.

Bukan soal harga tapi pita itu kepunyaan Dr Rusdani, jelas Osman pula.

Eh, kita cakap tidak jumpa, tak jumpalah, kata Din dengan nada agak marah.

Dalam bungkusan ini ada apa Osman memberanikan diri bertanya walaupun mereka berdua sudah menunjukkan sikap permusuhan yang nyata.

Bungkusan ini bukan urusan awak. Urusan awak menghadiri kuliah, tak perlu menyibuk nak tahu urusan kami, kata Din untuk mengusir Osman daripada mengikuti mereka.

Ini spesimen Mr Choong, jawab Encik Rush menutupi kecurigaan Osman.

Bila muzium akan dibuka semula

Tanya Mr Choong sendiri, jawab Encik Rush dan mereka berpisah di situ.

Pintu muzium dikunci oleh Encik Rush. Setahu Osman, pintu tidak pernah dikunci dar pukul 8:00 pagi sampai 5:00 petang. Kecuali atas permintaan pensyarah, muzium boleh dibuka sampai pukul enam petang. Satu minggu sebelum peperiksaan semester dan akhir tahun, kawasan muzium memang kawasan larangan. Sekarang ini baru 11:45 pagi, mengapa ada larangan yang dikeluarkan secara tiba-tiba dan tidak rasmi pula. Semua ini menjadi tanda tanya di benak Osman.

Dia beredar dan perkarangan muzium menuju ke kafetaria. Tempat persinggahan mahasiswa pada masa lapang. Bukan untuk makan semata-mata, kadang-kadang juga untuk bermain mata. Zaman kebangkitan Islam di kampus amat berbeza dengan suasana kampus pada tahun enam puluhan dan awal tujuh puluhan. Tidak ada siswa-siswi yang berpeluk-peluk di kantin atau bercumbuan di tangga asrama hanya tinggal mata yang mampu berkomunikasi. Bukan saja di kuliah yang secara tidak disedari terbelah dua malah di kafetaria pun terbawa-bawa. Ada kawasan mahasiswa dan ada kawasan mahasiswi, suatu segregasi tanpa tertera papan tanda di kawasan masing-masing. Malah, golongan dakwah tertentu melarang lelaki wanita saling berpandangan mata ke mata ketika berbicara.

Bagi Osman lain. Anak sekularis tulen, hasil pembaratan sistem pemerintahan di Malaysia, dijuluki sebagai korban fahaman sekularisme ciptaan kolonial oleh kalangan dakwah. Dia dengan sengaja akan mengambil makanannya dan duduk di kalangan mahasiswi yang bermini telekung itu. Mereka tidak pula menolak kehadirannya malah dia disukai kerana selain suka berbelanja, dia bijak orangnya. Osman menganggap pakaian mereka adalah akibat proses pengaraban. Suatu gelombang kesedaran yang melanda kampus dengan mengimport nilai-nilai budaya Timur Tengah tidak jauh bezanya dengan pengimportan unsurunsur hippiesisme pada awal tahun tujuh puluhan. Keduaduanya adalah suatu pengimportan,yang berbeza hanya masing-masing memilih tempat yang paling hujung. Hippiesisme membuahkan AIDS tapi hasil pengaraban perlu ditunggu satu dekad lagi. Apakah yang lahir manusia seperti Ayatollh Khomeini di bumi Melayu. Jawapan yang tidak dapat diberikan biarpun Osman berlQ 120.

Osman pergi duduk di meja siswi-siswi. Dia tidak segan dikelilingi oleh mereka. Tidak juga dia bertujuan menunjuk-nunjuk pada mereka yang berserban atau berketayap. Tidak pula dia seorang romeo kerana jerawatjerawat batu yang bertaburan di kedua-dua pipinya tidak memenuhi syarat-syarat yang perlu dimiliki oleh jejaka romeo. Osman duduk di sebelah Juriah, Fazilah dan Zaharah. Bertentangan dengannya Pauziah, orang yang suka Osman usik kerana kegemukannya. Kasminah dan Jun mengapit di kiri dan kanan Pauziah. Mereka bersembang panjang. Daripada segala macam cerita. Tidak sedikit pun menyentuh mata pelajaran. Itulah masanya mereka bebas daripada perbincangan akademik. Perbualan bebas yang tidak perlu dirancang topiknya dan memerlukan pekerjaan otak yang amat rendah. Mereka menghabiskan masa di kafetaria itu sampai pukul 2:00 petang dan beredar dan situ menuju ke pelajaran amali mereka di makmal masingmasing.