PANGGIL AKU MELAJU - 12
Lu Ji! jerit pesakit yang kini bernama Dr. Ridzuan. Nama itu telah menggantikan Mr. X sejak identitinya diketahui pihak IMN.

Lu Ji! serunya sekali lagi ke arah Dr. Fakaruddin yang sedang memandang Dr. Ridzuan.

Saya bukan Lu Ji saya Fakar.

Aku sangka kau telah terkorban, Lu Ji.

Mengucap Ridzuan . . . .

Nanti aku beritahu ibumu Ma Lu dan adikmu Ma.

Saya Fakaruddin dari ATMA. Kawan kau di akademi.

Kau bukan Lu Ji Jadi Lu Ji benar-benar mati! Dia tidak akan kembali ke Gua Akru, kata Dr. Ridzuan kecewa lalu berundur beberapa langkah dan membisu.

Siapa Lu Ji tanya Dr. Shemelin berbisik perlahan. Namun, terdengar juga kepada Dr. Ridzuan.

Lu Ji anak Pa Lu, jawab Dr. Ridzuan.

Siapa pula Pa Lu tanya Dr. Fakaruddin sambil melirik pelik ke wajah Dr. Shemelin.

Pa Lu suami Ma Lu, anak-anaknya Lu Zon, Lu Ji dan Ma We. Pa Lu, ketua suku orang-orang Ma di Gua Akru.

Kami ada mencatat banyak kali dia menyebut Gua Akru. Gua Akru ini di mana tanya Dr. Shemelin sambil memandang tepat ke wajah Dr. Fakaruddin.

Di pantai selatan Pulau Taiwan. la suatu tapak arkeologi yang penting untuk orang-orang asli Taiwan. Kami berdua pernah pergi ke Gua Akru pada tahun 2000, membuat kajian stratigrafi dan pentarikhan kronometrik, jelas Dr. Fakaruddin.

Mengapa jauh sekali delusinya hingga ke Taiwan Kami tak terfikir kemungkinan itu kerana tidak ada klu Dr. Ridzuan seorang ahli arkeologi.

Dia juga seorang ahli filologi.

Tapi apa yang dicari di Pulau Taiwan

Dr. Ridzuan menyelidiki asal usul orang Melayu.

Takkanlah orang Melayu berasal dari Taiwan

Ya. Dia percaya betul nenek moyang orang Melayu berasal dari tanjung selatan Pulau Taiwan. Sebelum kehilangannya, dia telah menyiapkan satu kertas kerja tentang migrasi orang-orang asli

Taiwan dan Pulau Lanyu ke seluruh Nusantara.

Bagaimana keadaan . . . Dr. Ridz . . . Dr. Ridzuan ketika di sana tanya Dr. Shemelin kekok menyebut nama Dr. Ridzuan kerana terlalu lama memanggilnya Mr. X.

Dia sungguh takjub dengan seni batu di dinding gua. Menurut Dr, Ridzuan, rock art yang sama dijumpai di Pulau Easter di Lautan Pasifik. Ridzuan percaya nenek moyang orang-orang Melayu berasal dari Gua Akru di Pulau Taiwan. Saya tak tahu, kata Dr. Fakaruddin sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Apa barangkali dia dirasuk semangat purba di Gua Akru

Kes rasukan dalam kalangan orang-orang Melayu berbeza sekali dengan manifestasi dan gejala yang diperlihatkan Dr. Ridzuan.

Apa yang kerap diucapkan Dr. Ridzuan selama dia berada di sini Macam-macam. Pada mulanya dia berperangai seperti orang bisu hanya berkomunikasi dengan gerak badan dan gerak Iakon. Selepas itu dia kerap menyebut perkataan-perkataan kuno dan purba. Dan, suka mencarut. Berapa lama dia berada di Gua Akru soal Dr. Shemelin.

Tiga bulan.

Cukup lama.

Malah kami tidur di gua itu. Dr. Ridzuan mempunyai visualisasi temporal yang luar biasa, bukan sahaja di Gua Akru, malah di manamana gua yang dikajinya. Dia pernah beritahu saya, dia seakanakan nampak orang-orang gua berbual sesama sendiri dalam bahasa primitif mereka, dan kadang-kadang mendengar gema suara mereka, jeritan dan makian mereka.

Well, ahli arkeologi pasti mempunyai daya imaginasi yang tinggi, puji Dr. Shemelin.

Memang benar. Dari artifak-artifak itulah kami membuat telaah, tetapi tidaklah sampai ke tahap penciptaan watak dan personifikasi. Kajian hanya meliputi ciri-ciri dan fitur-fitur yang menjelaskan pola kehidupan masyarakat purba.

Apakah dia seolah-olah tampak manusia-manusia purba itu menjalani kegiatan harian

Seorang arkeologi hanya mengamalkan latihan temporal sahaja berdasarkan penemuan. Stratigrafi membantu kami mentafsir urutan endapan pada tapak kajian, usia relatif artifak-artifak, fitur-fitur khusus dan fenomena-fenomena Iain yang mungkin tersingkap.

Jadi, pasti memerlukan daya imaginasi yang mendalam.

Imaginasi memanglah ada pada setiap ahli arkeologi tapi sebarang andaian harus disokong dengan bukti-bukti arkeologi yang saling bertautan.

Maknanya ada batas atau had. Melewati had tersebut akan hanya merupakan rekaan kreativiti minda.

Memang daya imaginasinya sungguh hebat. Tapi di dunia kami imaginasi saja tidak mencukupi tanpa bukti artifak. Dia pernah mengutarakan pendapat bahawa orang Melayu purba pernah mempunyai tulisan mereka sendiri tetapi tulisan itu ditinggalkan apabila pedagang-pedagang India membawa skrip Pallavan dan Dravidian. Dia juga mengemukakan teori genealogi Melayu sebagai People oft he Wind.

Bagaimana dengan penerimaan ahli-ahli akademik tentang teorinya itu tanya Dr. Shemelin.

Mereka menolak kerana tanpa bukti-bukti arkeologi. Malah, dalam kalangan ahli-ahli akademik di ATMA ada yang mempersendakan teorinya. Ke mana sahaja dia pergi, asal ia laluan migrasi laut NeoMelayu, dia akan mencari artifak kayu yang merupakan bahagian kapal layar orang-orang Melayu zaman silam.

Sampai setakat ini, dia dah jumpa apa-apa

Tidak. Itulah yang mengecewakannya.

Dr. Fakaruddin, ada bawa foto-foto yang saya minta tempoh hari Ya, ada.

Barangkali foto-foto ini akan mengembalikan ingatan Dr. Ridzuan.

Tiba-tiba Dr. Ridzuan memekik kuat. Sumpahan keramat yang terlontar menggema ke segenap ruang. Itulah makian yang kerap tercetus di halkum lantangnya.

Apakah signifikan perkataan itu tanya Dr. Shemelin tersipu-sipu. Jangan ketawa kalau saya beritahu.

Tidak. Saya janji.

Malu saya nak sebut.

Saya hanya ingin tahu perlambangannya.

Sebenarnya bukan niatnya untuk berfikiran eksentrik.Tapi kerana dia dihalang.

Dia dihalang tanya Dr. Shemelin.

Dr. Ridzuan ingin melakukan pendekatan yang lebih saintifik dan canggih.Tapi dia disabotaj kerana politik di akademi. Dia memohon geran untuk penyelidikan bandingan mitokondrial DNA orang Melayu Semenanjung dengan sembilan suku orang asli Taiwan. Di akademi ada kroni. Permohonannya bukan saja ditolak, malah diperlekehkan dan dipersendakan. Jadi, dia terpaksa menggunakan pendekatan filologi.

Maksud Dr. Fakar, Dr. Ridzuan mengkaji genealogi makna semantik sesuatu perkataan yang kuno dan purba

ya.

Contohnya

Ambil sahaja perkataan makan.

Apa istimewanya makan

Bagi Dr. Ridzuan, ia sungguh istimewa.

Soal makan sentiasa istimewa, lazat dan enak.

Memang benar.Tapi Dr. Ridzuan melihat dengan dalam lagi.

Bagaimana tu

Ada dua suku kata dalam perkataan makan iaitu ma dan kan.

O.K.

Ma melambangkan tautannya dengan emak atau mak. Umumnya emaklah yang menyedia dan menyiapkan makanan. Panggilan ma adalah seruan kepada emak yang dilafazkan oleh anak yang lapar. ni adalah keperluan biologi yang asasi. Menurut Dr. Ridzuan, apabila kita kaji kinesiologi otot pipi dan gerakan lidah ketika menyebut suku kata ma, otot-otot pipi akan membuka rahang dan kedudukan lidah dalam posisi menanti penyuapan makanan. Ini sesuai dengan fonetik yang menyebabkan mulut terbuka menanti makanan. Suku kata kan pula dihasilkan oleh gerakan hujung lidah ke bahagian lelangit depan. Sebutan kan itu sendri sesuai dan serasi dengan gigitan dan pengecapan makanan yang disuapkan oleh emak. Jadi, perkataan Melayu itu sungguh fungsional dan komprehensif. Perkataan itu menceritakan semuanya. Jadi, Dr. Ridzuan mengkaji demografi perkataan makan itu di seluruh laluan migrasi proto dan Neo-Melayu. Kerana itu, dia memulakan kajian etnoliguistik di Pulau Taiwan, Lanyu kemudian di Luzon, Filipina, Boneo dan Sumatera Selatan.

Well, cukup menarik. Pengetahuan ini pasti akan membantu saya mengembalikan ingatan Dr. Ridzuan kerana mekanisme psikodinamika penyakitnya berkaitan dengan stres reaktif dan kekecewaan mendalam.

Dr. Shemelin mengiringi Dr. Fakaruddin keluar wad setelah kawannya itu memberikan kata-kata semangat kepada Dr. Ridzuan. Dr. Ridzuan bersikap acuh tidak acuh sahaja terhadap pamitan rakannya. Bagi Dr. Shemelin, Dr. Fakaruddin masih tidak menjawab kemusykilannya tentang sumpahan keramat itu. Dia yakin carutan itu mempunyai nilai psikogenik yang penuh makna. Namun demikian, dia sempat bercakap dengan jururawat wad yang bertugas agar memberikan ubat psikoterapi tambahan. Dia juga telah memberhentikan olanzepine. Dia akan jawab sendiri dengan Dr. Shukri. Dr. Shemelin berharap dengan melakukan sedikit perubahan dalam ramuan, hambatan minda yang menyelubungi kecerahan berfikir Dr. Ridzuan akan dihilangkan. Semuanya lantaran mereka selama ini tidak memperoleh latar belakang dinamika psikopatogenesis penyakit mental yang dihidapi oleh seorang ahli arkeologi. Dr. Shemelin berharap semoga ramuan koktel psikoterapinya mampu merobohkan tembok psikik yang memenjarakan benak waras Dr. Ridzuan.

Memang betul kata seorang pemimpin, rakyat Malaysia mudah lupa. Apa pun kemelut tragis yang menimpa, kegusaran dan keprihatinan mereka hanya berlangsung tidak lebih dua minggu. Itulah yang terjadi pada penduduk Bandar Raya Kuala Lumpur. HKL Killer bagaikan dilupakan. Apalagi seorang suspek telah dibawa ke mahkamah majistret untuk direman tambahan selama empat belas hari. Kompleks HKL kembali sibuk dengan ragam kebiasaannya. Hiruk-pikuk semboyan ambulans sabung-menyabung. Semua kes kecemasan rakyat awam yang tidak mempunyai kad kredit dan perlindungan insurans akan berakhir di HKL. Bukan sahaja dari seluruh kawasan Lembah Kelang, bahkan menjangkau hinggaTanjong Malim dan Slim River di utara, Seremban di selatan dan sejauh Kuantan di timur, semua kes kecederaan otak yang memerlukan pembedahan akan dirujuk ke HKL sekiranya di hospital-hospital negeri tidak mempunyai pakar bedah otak. Kadang-kadang state neurosurgeon cuti, menghadiri konferensi antarabngsa, maka kes-kes kecemasan otak akan dirujuk dari segala penjuru negeri. Bukan itu saja, kes-kes kecemasan dalam bidang perubatan lain pun menjadikan HKL tetap sebagai rujukan utama. Itulah yang meramaikan HKL, bagaikan ingin memastikan julukan pasar raya perubatan.

Betapa ribut sekalipun di sekitar pekarangan HKL, suasana di wad SU 11 di Institut Mental Negara sama gamat dengan apa yang berlaku di luar. Reza, mahasiswa nuklear fizik buat hal lagi. Dia membaling barang-barang ke arah petugas-petugas IMN dan SCS. Seorang pembantu perubatan menerpa dengan jarum suntikan di tangan untuk menenteramkannya. Biarpun ubat penenang itu sudah beredar dalam urat pembuluhnya, Reza masih mampu memberikan pergelutan sengit untuk beberapa minit. Selepas itu dia tewas terkulai ditaklui diazepan 100mg iv yang membanjiri tisu otaknya. Dengan mudah petugas-petugas IMN menyarung straight jacket dan mengusungnya ke bilik akut sehingga perangai agresifnya berakhir.

Pak Omar melihat kejadian itu sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia telah menunjukkan kemajuan. Tidaklah bergurindam gila dengan rima-rima yang kacau.

Tuk batin, lihat tu. Bukan kita saja yang gila. Orang politik kampung macam saya ni . . . Gila, mahasiswa tu pun gila, orang asli macam tuk batin juga gila. Ini kawan kita seorang doktor pun jadi gila. Pak Omar berceloteh tanpa rima gila dalam loghat utara.

Ini Dr. Ridzuanlah, kata tuk batin.

Aku tahu.

Dia doktor bukan boleh potong orang.

Ya, aku tahu. Dia doktor pakar ilmu purba. Dia jadi gila kerana kena sampuk semangat orang-orang purba. Dia kacau kubur.

Apa gila itu biasa-biasa saja. Habis kita semua gila. Kita sekarang berada dalam kerajaan orang-orang gila.

Tahu tak tuk batin, di Malaysia ini untuk setiap lima orang, ada tiga orang yang gila.

Yang dua lagi, siapa tanya tuk batin.

Doktor gila, balas Pak Omar muka selamba.

Jadi, di Malaysia ni semua orang gila soal tuk batin lagi.

Yalah. Kalau tidak mengapa mereka bina bangunan sebesar ini.

Pak Omar memandang Dr. Ridzuan dan bertanya, Dr. Ridzuan, hang tak kaji suku tuk batin tanya Pak Omar.

Ada, jawab Dr. Ridzuan tuntas. Suatu kemajuan besar telah terjadi. Dr. Ridzuan berjaya menjawab secara konsisten terhadap satu pertanyaan. Kemajuan itu belum disedari doktor-doktor di wad SU 11.Tiada penyelewengan jawapan dan merupakan satu patah perkataan yang paling rasional selama berada di IMN.

Saya tuk batin orang Temuan.

Doktor tahu pasai apa depa dipanggil Temuan

Kerana mereka orang-orang asli yang sering bertemu di suatu tempat di pinggiran hutan. Mereka 3 berlemu sedangkan orang asli yang lain tidak bertemu antara satu sama lain. Orang Temuan adalah orang asli baru. lnilah jawapan yang terpanjang pernah diucapkan Dr. Ridzuan.

Dr. Arniah terdengar percakapan Dr. Ridzuan. Dia sangat teruja dengan perkembangan terakhir itu.

Apa khabar Dr. Ridzuan sapa Dr. Arniah.

Do I know you

Saya kenal Dr. Ridzuan baru sebulan.

Dia tak ingat, Dr. Arniah, mencelah Pak Omar.

Satu bulan. Satu bulan saya di sini

Ya. Saya ada sedikit kemusykilan Dr. Ridzuan, kata Dr. Arniah.

Apa dia

Semasa baru-baru Dr. Ridzuan dibawa masuk ke sini, Dr. Ridzuan boleh bertutur, tapi begitu sensitif apabila disoal mengenai ras. Selepas peristiwa itu, Dr. Ridzuan mendiamkan diri.

Maksud kamu peristiwa apa

Ketika Dr. Ridzuan enggan dipanggil Melayu.

Dr. Ridzuan berubah riak mukanya. Dr. Arniah segera mengesan perubahan itu.

Jangan panggil aku Melayu, jawab Dr. Ridzuan dengan nada jijik.

Marah tuk nenek kita tahu. Kalau orang Melayu tak mengaku bangsa. Hang Tuah marah. Takkan Melayu hilang di dunia! sampuk Pak Omar, nasionalis kampung Yang memperjuangkan semanga melayu pada peringkat kampung.

Aku cakap, jangan panggil aku Melayu!

Hang Jebat pun marah! tambah Pak Omar bergurau.

Tuk batin menghampiri Dr. Ridzuan.Doktor boIeh jadi orang Temuan. Kita ikut tuk batin hidup di hutan. Tuk batin tahu bagaimana rasanya hidup di pekan. Dulu nenek moyang kami takut gajah, tapi sekarang takut buldozer. Hutan kami hilang dimakan pembangunan. Kami tidak dapat hidup di hutan lagi. Sungai-sungai kami tercemar, ikan pun tak dapat hidup. Hutan kami ditukar jadi ladang kelapa sawit. Mereka bawa orang Bangla dan Indon bekerja. Kami hanya tengok. Kilang-kilang buang kotoran dan lebihan minyak, hingga ikan-ikan mati di sungai dan tasik.

Tuk batin, macam mana Dr. Ridzuan nak hidup di hutan. Hutan adalah kawasan perlindungan. Tuk batin nak tangkap mergastua apa saja kena pakai lesen.

Dulu di bawah British, kami tak payah minta lesen. Semua hutan kami punya.Tuk nenek kami punya.

Tuk batin, lain pula dengan pejabat tanah. Hutan tanpa geran tanah, tuk batin tak boleh buat apa-apa.

Betullah,orang Melayu sekarang ni suka menipu. Bangsawan Melayu dulu hormat sama orang-orang asli. Mereka tak kacau hutan. Sebab itu orang-orang asti tak pernah berontak pada sultan. Sebab itulah juga Dr. Ridzuan tak mahu menjadi orang Melayu. Dia malu dipanggil Melayu. Sebab dia sudah sedar apa orang-orang Melayu buat pada orang-orang asli.

Orang Melayu mahu bawa kemajuan untuk orang-orang asli, jelas Pak Omar.

Dengan menukar orang asli jadi orang Melayu pesisir! bentak Dr. Ridzuan.Mereka sudah dipanggil Melayu, dua puluh dua ribu tahun yang lalu.

Semua perbualan mereka didengar dengan tekun oleh Dr. Arniah. Dia melihat ketiga-tiga mereka berkomunikasi dengan positif dari sudut rawatan.

Dr. Ridzuan, apa sebab sebenar Dr. Ridzuan tak mahu mengaku Melayu

Melayu itu layu. Jangan panggil aku Melayu! Kerana aku tidak mahu layu lagi.

Kita tak boleh buang bangsa kita begitu saja. Kita dilahirkan sebagai Melayu, kita mati pun sebagai Melayu, kata Dr. Arniah.

Sebab itu Melayu tidak boleh maju. Lahir-lahir sahaja dipanggil melayu. Melayu itu layu. Tidak segar. Tidak cergas. Kita harus tukar nama bangsa kita.

Kalau tak nak panggil orang Melayu, nak panggil apa ORANG MELAYU! Pak Omar menjerkah kuat. Dia juga sensitif jika perkataan Melayu itu diperlekehkan kerana dia seorang pejuang kebangsaan Melayu tulen. Tidak mungkin dia membiarkan bangsa Melayu dipersendakan di hadapan seorang orang asli seperti tuk batin.

Jangan panggil aku ME . . . LAYU! bentak Dr. Ridlzuan.

Lalu hang nak panggil apa

Panggil aku MELAJU.

Melaju Bangsa apa tu

Melaju bangsa yang maju. Kerana bangsa Melayu yang ingin maju, mereka tidak boleh panggil diri mereka Melayu. Melaju tidak boleh layu. Dan, bangsa Melaju jangan mahu lagi dipanggil Melayu.

Mestilah Dr. Ridzuan ada alasan yang kukuh untuk menggantikan bangsa Melayu menjadi Melaju. Cuba terangkan, kenapa Dr. Ridzuan mencadangkan begitu tanya Dr. Arniah dengan rakaman perbualan dibuat secara digital melalui pengaktifan telefon bimbitnya tanpa disedari Dr. Ridzuan.

Kita mesti kaji asal perkataan Melayu itu sendiri. Perkataan Melayu adalah suatu kata nama yang berasal daripada kata sifat melayu. Layu bermakna tidak segar, tidak bertenaga dan tidak aktif. Semua konotasi negatif ada pada perkataan melayu yang ditanam taksonomi dahulukala. Setiap anak Melayu yang Iahir dipanggil melayu. Perkataan itu menimbulkan brain imprinting sejak bayi lagi. Apabila kanak-kanak itu mulai faham makna sebenar melayu itu, dia membentuk personaliti dirinya dengan asosiasi keadaan kelayuan itu sendiri dan mengambil sikap yang sesuai dengan panggilan yang diberikan. Lantaran itu kanak-kanak Melayu sukar untuk mengorak langkah untuk memajukan diri sebagai bangsa pesaing yang gigih. Jika semua anak-anak Melayu dibesarkan dengan panggilan itu, mereka akan memenuhi kehendak-kehendak yang tersirat dalam perkataan melayu itu. Panggil kanak-kanak Melayu dengan katakata pandai, cerdik, pintar, bukan buas, bodoh, bangang, lembap, pandir dan malas. Melaju lebih sesuai Untuk bergandingan dengan pandai, cerdik, cergas dan pintar.

Dr. Arniah terkejut dengan jawapan itu, betapa seorang pesakit yang sebelum ini, memperlihatkan musim dan tabiat aneh tiba-tiba menjadi pemidato yang kritis meskipun bahasannya mempunyai unsur-unsur absurditi yang nyata tetapi tetap koheren. Hanya penyimpangan isi fikiran sahaja memisahkan dirinya dengan pemikiran lurus. Eksentrik, namun tidak semestinya gila. Ramai orang yang eksentrik tetapi siuman waras. Seorang artis pelukis, pakai kasut sebelah merah dan sebelah putih tidak tergolong orang gila. Begitu isi fikiran Dr. Ridzuan seorang ahli filologi tentunya memiliki keeksentrikannya yang tersendiri. Fikir Dr. Arniah. Maknanya Dr. Ridzuan telah berjaya meleburkan tembok psikologi, dan dia sekarang menunjukkan kemajuan yang bermakna. Dr. Arniah tidak sabar-sabar hendak melaporkan mengenai kemajuan itu kepada pihak atasannya.

Perkembangan baru Dr. Ridzuan sungguh memberangsangkan. Dr. Arniah tidak sabar-sabar untuk memberitahu Dr. Shemelin, Betapa pengubahsuaian terhadap ramuan rawatan Dr. Ridzuan telah membuahkan hasil. Dr. Shemelin tentu akan gembira mendengar rakaman jawapan Dr. Ridzuan.

Mata wanita itu sayu meminta belas kasihan. Sedangkan keningnya mengerut kegerunan. Air matanya mengiringi ketakutan. Ketakutan terlakar di wajah pasrah. Adegan itulah yang dicari; memberahikan minda ganas dengan tangan bersarung merakamkan ketakutan mutlak demi hiburan sewel. Mulut wanita itu tertutup pita. Suarasuara halkum yang memohon keampunan dihalang keluar. Hanya bunyi-bunyi menggelupur bergelut cuba melewati halangan pita itu. Suara jeritan halkumnya hanya muncul sebagai bunyian desus yang hanya mampu menggelembungkan pita yang menutupi mulutnya.

Tangan dan kakinya terikat gari plastik yang biasanya dipakai untuk mengikat tahanan Iraq oleh tentera Amerika.

Vonis, pakar onkologi di Institut Penyakit Respiratori Negara (IPRN) sudah cukup menyeksa. Berhari-harian dia menangis, menanggung derita akibat trauma menerima laporan sitologi hasil cucian bronkus. Dia disahkan menghidap barah peparu yang dipanggil Small Cell Carcinoma. Bronkoskopi ulangan dijadualkan satu dua hari. Kerana itu dia dimasukkan ke IPRN sebelum rawatan definitif dilaksanakan. Dia perlu menjalani pemeriksaan MRI untuk mencari anak-sebar barah pada bahagian lain tubuh dalam menentukan staging barahnya. Tetapi, nampaknya ancaman yang dihadapinya pada dinihari itu mahu mendahului Vonis, pakar onkologi di IPRN. Dengan tangan kiri memegang kamera digital mini, tangan kanannya menghunus skapel no 16. Kilauan pisau keluli murni menyinari kornea mata wanita itu. Menambahkan Iagi gerun yang tidak terhingga; tampak ketara pada beliak mata ketakutan wanita itu yang terakam sebagai salah satu hadiah visual yang akan dirayakan kemudian. Nor-adrenalin yang melimpah-ruah di benak pemangsa meladeni gian yang lama tertekan. Kelebihan rembesan hormon ganas itu membuatkan thriller seeker sepertinya sebagai penagih teror yang dihalalkan ilmu. Sekurang-kurangnya menyelamatkan dirinya daripada mengalami ejakulasi di tali gantung. Pemangsa yakin undang-undang berada dalam cengkamannya di sebalik tabir kegilaan. Semakin yakinlah pemangsa melayani gilanya yang mengingini teror sebagai makanan sukma yang terubat dengan degupan jantung kencang dalam basahan peluh sejuk yang menyeronokkan. Keghairahan itu meremangkan bulu roma di kuduk dingin. Sebegitulah dinginnya wajah pemangsa. Pisau tajam itu memotong butang-butang seragam IPRN wanita malang yang menggigil ketakutan. Selakan baju mangsa mendedahkan sepasang payu dara tegang yang belum pernah menyusui sesiapa. Dengan tenang, lutut kiri pemangsa menekan badan mangsa separas perut dan skapel itu memotong areola puting kiri dalam hirisan eliptikal. Kedua-dua mata pemangsa terus menikmati dengan rakus penderitaan mangsa yang menahan sakit akibat pemotongan puting susu tanpa ubat pelali. Trofi itu segera dimasukkan ke dalam balang yang berlabel. Darah yang mengalir dibiarkan meleleh keluar. Tiada pancutan arteri kerana dia yakin pancutan itu akan diciptakan sedikit masa lagi. Namun kini, dia ingin terus menikmati kesakitan yang dideritai mangsanya. Wajah mangsanya seolah-olah bertanya salah apa dirinya sehingga dihukum sedemikian rupa. Tanpa belas kasihan, pemangsa menghayati dengan riang sengsara mangsanya. Setiap detik mencetuskan rasa kekuasaan yang tidak terhingga. Dominasi itu bertakhta di kesongsangan jiwa yang menuntut kepuasan.

Rakaman kamera digital berterusan di atas tripod. Ritual penyeksaan dilanjutkan. Sebelum skapel dicampak ke lantai, sidik jari buatan dilekatkan padanya. Implantasi Sidik jari itu suatu kemahiran baru yang dipelajarinya. Semuanya sama seperti di sekolah rendah dulu. Terancang rapi dengan langkah-langkah pencegahan pengesanan perbuatan untuk memperdayakan penyiasat-penyiasat. Modus operandinya kekal sama, tetapi tekniknya semakin canggih.

Tangan ganas berbulu lebat itu mencapai pisau rambo. Mata takut mangsa tidak berdaya menghalang kedatangan mata pisau yang sengaja ditayangkan untuk memaksimumkan sengsara di wajah mangsa. Pemangsa seolah-olah ingin menyaksikan penyeksaan yang memakan masa. Dia bukannya berhajat membunuh mangsa secepat mungkin. Untuk itu, pemangsa memilih kawasan perut. Mangsa cuba melindungi dirinya dengan mengerekotkan diri seperti janin dalam kandungan. Namun, segera ditekan pemangsa sehingga mangsa kembali terlentang dalam kehabisan tenaga untuk melawan. Perlahan-lahan mata pisau itu menebus kulit, disengajakan demikian meskipun mangsa kembali menggelupur. Gerimas kejam kini melakar di wajah pemangsa diselingi senyuman apresiasi atas dominasinya. Dia pasti tempat tusukan yang dipilih tidak segera mematikan mangsa. Pemanjangan penyeksaan merupakan matlamat. Tiada Iagi keseronokan apabila mangsanya sudah tidak bernyawa. Pancutan darah perlahan-lahan yang menyakitkan, baginya ialah suatu nikmat yang tidak ingin dilepaskan begitu sahaja. Satu Iagi tikaman perlahan menusuk ke perut mangsa. Secara ritual dia mengulangi tikaman demi tikaman. Apabila mangsa tidak Iagi memberikan respons terhadap penyeksaannya, pemangsa menjadi bertambah ganas dengan tikaman-tikaman ke arah dada berulang kali seolah-olah seorang pendendam yang amat geram. Apabila dia selesai melepaskan geramnya, dia bingkas lalu membuka beg galasnya. Pembunuh itu mengeluarkan bahan-bahan forensik untuk ditabur bagi mengaburi penyiasat. Sebuah tabung uji yang mengandungi sperma disemburkan dengan picagari tanpa jarum ke arah kemaluan mangsa.

Setelah membuat beberapa implan sidik jari di tombol dan daun pintu, pemangsa meninggalkan stor itu dengan tenang. Bagaikan Sang Hanuman, dia menghilang di sebalik keheningan dini pagi.