TORA DATANG LAGI - 120
Setawar adalah sejenis tumbuhan baka berair yang tumbuh setinggi 3 hingga 5 kaki. Ia mempunyai batang berongga, berwarna hijau pekat dan bergigi pada bahagian tepinya. Tumbuhan ini adalah tumbuhan yang unik kerana akarnya boleh tumbuh tanpa memerlukan medium tanah. Tumbuhan ini ditanam sebagai tumbuhan hiasan kerana struktur daunnya yang cantik.

Menjadi misterinya kerana setipa kanak-kanak ketika itu gemar menyelitkan daun setawar di antara helaian muka surat sama ada di dalam buku teks atau kamis dan dibiarkan selama beberapa hari. Tanpa disiram air atau diberi sebarang perhatian, akar-akar kecil akan tumbuh pada bahagian tepi daun setawar. Sambil tersengih-sengih, daun ini akan dipertontonkan kepada kawan-kawan sebagai tanda kejayaan membuat 'magik'.

Terdapat sesetengah orang yang menggantikan daun setawar dengan bulu pelepah ayam. Seperti mana daun setawar, bulu-bulu halus berwarna putih akan tumbuh pada bahagian tepi bulu pelepah ayam tersebut apabila dibiarkan beberapa hari.

'Magic' betul.