LELAKI-LELAKI MERBAHAYA - 120
Selimuti rasa hambar ini dengan berahi, meliputi perairan Bora-Bora bersama luka dan duka, sambar sisa-sisa memori untuk diubahsuai dengan berani, tampar syaitan di sekeliling yang berusaha mengaktifkan apa yang leka.

Had simpanan mindaku semakin mencecah penuh, kebanyakannya didiami oleh kenangan buruk dan keluh, cubaan demi cubaan menempuhi liku-liku kehidupan, mencari beberapa kesimpulan.

Langkah terasa berat bila destinasi semakin dekat, diri berada jauh membuatkan aku bertambah pelat, minda semakin terang bila malam semakin pekat, aku dibenci tak bersebab mungkin kerana aku berlaku baik tak bertempat.