Kelas petang selalunya dilakukan di surau atau masjid. Terdapat di sesetengah tempat, kelas petang dilakukan di sekolah. Ini hanya dapat dilakukan di sekolah yang hanya mempunyai satu sesi pembelajaran dan tidak mempunyai sesi petang.
Uniform kelas petang adalah baju Melayu dengan warna biru lembut dan songkok untuk lelaki manakala baju kurung dengan warna yang sama untuk perempuan. Walau bagaimanapun, uniform ini tidaklah diketatkan penggunaannya. Pelajar bebas datang dengan pakaian lain asalkan tidak memakai baju bukan-bukan. Baju gambar Ultraman contohnya.
Kelas petang dimulakan pada pukul 2 petang sehinggalah pukul 5.30 petang. Untuk negeri yang bercuti pada hari Jumaat dan Sabtu, ianya hanya dijalankan pada hari Ahad, Isnin dan Selasa. Waktu berehat adalah dari pukul 4 petang sehinggalah pukul 4.30 petang.
Selain menjadi tempat untuk menimba ilmu tentang Islam, kelas petang adalah tempat untuk berkumpul dengan kawankawan dari sekolah yang sama atau lain sekolah. Pelbagai permainan boleh dimainkan bersama sewaktu waktu rehat. Kanak-kanak juga dapat bertukar barang-barang seperti komik, tape game dan tape video dan dalam masa yang sama dapat berkenalan dengan makwe dari sekolah lain.