Mencari Kiblat Cinta - 128
Entah di mana anak muda itu sekarang Sejak malam semalam, Naufal tidak datang-datang lagi ke situ. Apakah dia membenci aku Apakah dia tidak sudi mahu bertemu aku lagi Hati kecil Danira berladung kesayuan.

Rantai di lehernya diraba berkali-kali. Ayah! Nira dah jumpa Naufal. Nira yakin dia Naufal yang Nira cari-cari selama ini. Meskipun Nira tidak tahu apa yang dah berlaku pada Naufal selama ini, tapi Nira gembira sebab hidupnya baik-baik sahaja. Nira lega ayah! Bisik Danira sambil menyapu airmata di penjuru pipinya.

Tiba-tiba matanya terpandang pakaiannya yang berlipat di atas almari kecil di tepi katil. Dia segera melangkah ke arah katilnya lalu duduk di situ. Pakaian yang terletak di atas meja itu diambil lalu ditilik berkali-kali. Ini pakaian yang dipakainya sewaktu kejadian tempohari. Malah tompok-tompok darah masih melekat pada pakaian tersebut. Dia menyeluk saku bajunya, namun wajahnya berkerut sedikit. Seingatnya dia menyimpan dompetnya pada saku bajunya. Mana pulak perginya dompet ni Wajah Danira cemas. Meskipun dompet itu tidak mempunyai wang yang banyak, namun dia sayangkan gambar ayah dan ibunya di dalam dompet tersebut. Itu satu-satunya gambar yang masih dimilikinya selama ini.

******

Jenuh mencari dompetnya yang hilang entah ke mana, Danira termenung sendiri. Jangan-jangan dompetnya tercicir sewaktu kejadian tempohari. Keluhannya segera dilempiaskan keluar. Risaunya bertebar di wajah. Dia segera bingkas bangun lalu menukar pakaiannya. Meskipun tubuhnya masih sakit-sakit dan kepalanya masih pusing, tapi dia harus mencari dompetnya secepat yang mungkin. Mungkin dompet itu masih ada di sana, dia cuba memujuk hatinya sendiri.

Namun belum sempat dia mahu keluar dari situ, pintu biliknya tiba-tiba dikuak dari luar. Melihat kelibat Filman di muka pintu, wajahnya segera berubah. Renungan lelaki itu menikam tepat ke wajahnya dari atas ke bawah, membuatkan dia jadi serba salah.

Nak ke mana Tanya lelaki itu serius.

Err..saya..saya nak keluar sekejap. Jawabnya tergagap-gagap. Entah kenapa dia tidak mampu berbalas pandang dengan lelaki itu. Sejak dia mengetahui dari mulut Kamila tentang Filman yang sudah mengetahui segala-gala hal tentang dirinya, dia benar-benar malu pada lelaki itu.

Ke mana

Danira tidak menjawab. Dia memberanikan diri memandang ke arah Filman.

Maaf, sayasaya pergi dulu. Danira nekad. Langkahnya segera dihala ke arah pintu di belakang Filman. Namun belum sempat dia mahu melewati lelaki itu, pegangan Filman tiba-tiba melekat di lengannya. Dia tersentak. Wajah Filman ditatap bingung.

Saya nak cakap sesuatu. Ikut saya sekejap. Ujar lelaki itu lalu menghela tangannya keluar dari bilik itu. Danira kebingungan. Hendak tak hendak dia terpaksa menurut. Mujurlah dia sempat manyarung baju dan tudungnya sebentar tadi.

******

Apabila kereta yang dipandu Filman singgah di sebuah kedai pakaian, Danira terpisat-pisat memandang lelaki itu. Filman menariknya keluar dari kereta tersebut lalu membawanya masuk ke dalam kedai pakaian muslimah yang agak besar di pusat bandar berhampiran dengan sebuah butik pakaian berjenama.

Filman, kenapa kita kat sini Dia memberanikan diri bertanya pada lelaki itu. Filman tidak menjawab, sebaliknya menyuruh pekedai itu memilih sepasang blouse untuknya. Apabila melihat pekedai wanita itu mengambil masa yang agak lama memilih dan dia pula sekadar tercengang-cengang, lelaki itu segera memilih sepasang blouse putih dan sehelai tudung berwarna merah muda.

Pakai yang ini aje. Suruh Filman. Danira memandang lelaki itu dengan wajah hairan. Sungguh dia merasa aneh dengan sikap Filman hari ini, Namun dia terpaksa menurut sahaja cakap-cakap lelaki itu. Hendak membantah dia tidak berani, apatah lagi semenjak mereka berdua berada di dalam perut kereta, Filman seolah-olah tidak berminat mahu berbual dengannya. Sedikit sebanyak dia merasa sedih dan terpinggir. Tentu Filman marah dan rasa dibohongi apabila mendapat tahu dia bekas banduan.

Selesai bertukar pakaian, dia nampak Filman menyuruh gadis di kedai itu membuang pakaiannya yang kotor dan dipenuhi dengan kesan-kesan darah. Lelaki itu langsung tidak bertanya pendapatnya terlebih dahulu. Dia hanya mengikut apa sahaja suruhan Filman meskipun fikirannya dipenuhi dengan pelbagai tanda tanya.

Di dalam kereta, Filman seperti sebelumnya, hanya berdiam diri. Alunan muzik yang kedengaran dari corong radio seolah menjadi pengganti bicara. Danira mengigit hujung bibir. Dia ingin bersuara mengatakan sesuatu sebelum dia semakin gila dengan semua ini. Dia harus menerangkan segala-galanya pada Filman, meskipun selepas ini lelaki itu akan menuduhnya pembohong, penipu dan penjenayah.

Filman, saya tahu awak..

Syy..dont talk. Pintas lelaki itu.

Danira terkedu.

Lelaki itu menoleh memandangnya. Jangan bercakap sebelum saya tanya apa apa pun. Jangan rosakkan mood saya kali ini. Sambung Filman.

bersambung

Bab akan datang:

Kenapa dengan Filman Mengapa tiba-tiba dia bersikap begitu dengan Danira