PELACUR KELAS PERTAMA - 13
Jika mimpi itu

Satu kebahagiaan,

Apa perlu kau

Kejutkan aku

Dari lamunan

Shuhada terjaga daripada tidur, wajahnya kelihatan sangat berseri seperti baru sahaja mengecapi kebahagiaan. Perutnya diusap seperti seorang wanita yang sedang menanti kelahiran anak. Wajahnya dipaling ke kanan dan kelihatan Alias sedang nyenyak tidur. wajah Alias dipandang dengan penuh kebencian. Caci-maki dilemparkan dari dalam hati.

Semoga kau akan mati dalam keadaan yang mengaibkan wahai syaitan bertopeng ulamak, kata Shuhada sebelum memalingkan wajahnya ke kiri.

Tertera jam meja di meja solek menunjukkan pukul 6.30 pagi.

Shuhada bangun dan berlalu ke bilik sembahyang, telekung yang terletak rapi pada kedudukannya dipandang lama.

Aku pernah mengguna kau untuk merintih meminta pada Tuhan. Tapi, Tuhan seakanakan lupa untuk mendengar rintihan aku. Ah, lantaklah! kata Shuhada sambil berjalan ke arah songkok Alias. Diambil songkok itu, kemudian dipijak-pijaknya seperti membayangkan songkok itu adalah kepala milik suaminya.

Puas hati aku,

Kemudian Shuhada menghamparkan sejadah ke arah berlawanan kiblat, dia seakan-akan bersembahyang dan kemudian tertawa.

Ada bezakah sembahyang atau tak katanya sinis.

Kemudian dia berjalan keluar dari bilik sembahyang dan bejalan ke arah ruang tamu. Kelihatan Azam sedang menantinya di ruang tamu, Shuhada tersenyum nakal perlahan-lahan dia berjalan dan memeluk leher Azam.

Sudah lama kau tunggu aku

Azam diam. Shuhada kemudiannya memanjat sofa dan mengambil kedudukan di sebelah Azam.

Kenapa sayang tanya Azam perlahan.

Kenapa apa

Kenapa kau membenci Tuhan

Kerana Dia berlaku kejam pada kita

Tapi kau juga berlaku kejam kepada aku.

Kau tak pernah melepaskan aku, Shuhada. Kata-kata Azam membuat Shuhada terdiam. Kemudian Shuhada menangis seperti anak kecil. Matanya digosok-gosok - suaranya semakin kuat.

Alias yang sedang tidur terjaga dia memandang ke kiri , Shuhada tidak ada di sebelahnya. Cepat-cepat dia bangkit dan keluar ke ruang tamu. Kelihatan Shuhada sedang mencangkung di atas sofa sambil menangis.

Shuhada Kenapa ni tanya Alias.

Shuhada masih menangis. Matanya digosokgosok. Alias mendekati Shuhada perlahanlahan. Badan Shuhada dipegang dan digoncang.

Shuhada mengucap! Subhanallah!!!!

Cepat-cepat Alias bangun dan melaungkan azan, namun tangisan Shuhada semakin kuat. Sesekali dia menjerit. Alias hilang pertimbangan. Wajah Shuhada ditampar beberapa kali. Ayat-ayat suci al-Quran dibaca. Hampir dua jam berkeadaan begitu dan akhirnya Shuhada tertidur dalam keadaan mencangkung.

Fikiran Alias buntu. Badan Shuhada diangkat dan dibawa ke bilik. Telefon bimbitnya segera diambil dan cepat-cepat dia hubungi Dr. Hamdan. Dia bernasib baik kerana Dr. Hamdan masih di hospital menyiapkan beberapa laporan pesakit.

Hello, assalamualaikum Alias kenapa telefon aku malam buta begini

Tolong aku Hamdan. Datang ke rumah aku segera. Shuhada meracau macam kena

rasuk. Aku tak tahu nak buat apa,

Allahurabbi, kejap lagi aku sampai. Aku ke sana sekarang.

Terima kasih Hamdan.

Telefon terus dimatikan. Hamdan bergegas keluar dan meminta seorang jururawat bernama Shima membantunya. Kereta dihidupkan dan dipandu dengan sangat laju. Hatinya sangat risau. Entah mengapa satu perasaan aneh mula memerangkap jiwanya. Apabila sampai di rumah banglo berkembar milik Alias, Hamdan terus meluru masuk dan kelihatan seorang perempuan berbaju tidur sedang duduk di tepi katil manakala Shuhada sedang terbaring tidak sedarkan diri. Alias pula termenung di perkarangan rumah. Dirinya runsing. Perempuan berbaju kelabu di sebelah Shuhada memperkenalkan dirinya kepada Hamdan.

Saya Fariha. Jiran Ustaz Alias dan Shuhada. Tadi I dengar bising-bising. Ingat apa. Bila datang ustaz beritahu Shuhada meracau. So I decide la nak jaga kejap dan minta Ustaz pergi ambil angin di luar kata Fariha. senyumannya manis bersama lesung pipit di pipi.

Hamdan membalas dengan senyuman dan dia terus memeriksa nadi Shuhada keadaan Shuhada sambil dibantu oleh jururawatnya.

Fariha hanya memerhati, dia tidak mahir tentang perubatan namun dia tidak sampai hati untuk meninggalkan temannya Shuhada keseorangan. Setelah hampir setengah jam memeriksa, Alias masuk ke dalam bilik untuk bertanya tentang isterinya. Wajah Hamdan kelihatan sedikit hampa namun dia cuba memberikan senyuman, Fariha seperti dapat melihat sesuatu yang aneh pada diri Dr. Hamdan namun dia hanya diam dan tidak mahu membuka masalah baru.

Shuhada penat Alias, jangan la diseksa sangat dia. Kesian isteri kau, nasihat Doktor Hamdan sambil memeluk bahu temannya. Alias diam, kata-kata Hamdan tidak dijawab.

Beri dia sedikit rehat. Dia terlalu tertekan dan tahniah Alias. Benih kau sudah ada dalam perut Shuhada. Kali ni kau kena jaga dia elok-elok. Kena datang ke hospital untuk susulan nanti. Apa pun jaga bini kau elokelok. Janji

Alias mengangguk lemah. Dirinya terlalu letih dan sudah tidak bermaya untuk melayan tetamu. Jika diikutkan hati ingin sahaja dihalau mereka pulang dengan segera.

Hamdan meminta diri untuk pulang ke Hospital. Fariha juga meminta diri untuk pulang ke rumahnya. Semasa Fariha dan Hamdan berjalan beriringan Hamdan berhenti dan memanggil nama Fariha.

Fariha,

Yes

I lupa nak beritahu. Nama I Hamdan. kata Hamdan sambil menghulurkan tangannya.

Nice to know you, sir. kata Fariha sambil berjabat tangan Hamdan. Mereka kemudian terus berlalu pergi ke destinasi masingmasing.

Alias membetulkan selimut yang menutupi badan Shuhada, kepala isterinya diusap. Bibir isterinya dicium beberapa kali. Kemudian Alias berlalu pergi. Malam itu Shuhada keseorangan sementara suamianya tidur di bilik tetamu.

Jam menunjukkan tepat pukul 6.30 pagi, Alias bangun dan menunaikan solat subuh di bilik sembahyang. Selesai sembayang, dia masuk ke bilik Shuhada. Kelihatan Shuhada masih tidur nyenyak. Niatnya ingin mengejut isterinya untuk sembahyang subuh dihentikan. Awal pagi Alias sudah keluar mencari sarapan, untuk dimakan.

Apabila matahari mula tinggi barulah dia pulang. Ternyata Shuhada sudah bangkit daripada tidurnya. Hari ini Shuhada kelihatan cantik, tidak seperti selalu hanya berkemban di rumah. Alias terpengun melihat Shuhada berbaju kebaya ketat dan bersolek nipis. Rambutnya dibuat sanggul. Dia sedang duduk di kerusi sofa, terliur Alias melihat isterinya.

Alias berjalan ke arah isterinya. Lutut Shuhada dipegang. Kain Shuhada yang terbelah sehingga ke betis itu diangkat tinggi, Alias mencium kaki milik isterinya. Shuhada seperti puas melihat suaminya yang menagih akan badannya.

Sekali lagi aku menang kata Shuhada di dalam hati.

Butang Baju Shuhada dibuka satu persatu. Apabila sampai butang terakhir. Shuhada memegang tangan suaminya. Wajah Alias dipandang tajam,

Hari ini di Bilik Solat boleh kata Shuhada dengan suara manja.

Alias hanya menurut. Badan Shuhada diangkat dan apabila sampai di bilik sembahyang, Shuhada ternyata silap. Dia bukanlah dilayan dengan kasih sayang, tetapi sepak terajang. Teruk Shuhada dibelasah Alias.

Ini hukuman buat kau kerana menyusahkan aku semalam. Oh ya, harini aku tak rasa ingin sentuh kau. Dan aku takkan sentuh kau Shuhada. Sebab kau sudah terlalu kotor untuk aku sentuh, kata Alias. Kemudian wajah Shuhada diludah.

Shuhada terbaring dan menangis kesakitan. Pakaiannya sudah koyak-rabak ditarik Alias. Badannya penuh luka dipukul. Betisnya pula melecur kerana diacukan putung rokok.

Matanya dipejamkan rapat-rapat.

Tuhan berikan aku kekuatan untuk mencari kebebasanku sendiri.

Shuhada kuatkan dirinya berjalan ke ruang tamu, tombol pintu hadapan cuba dipulas namun Alias telah awal menghalangnya. Shuhada ditampar lagi, kemudian diangkat ke bilik tetamu dan dikunci.

Kau nak jadi gila meroyan Kau duduk sini! selagi kau tak berkelakuan baik dengan aku, jangan harap aku akan lepaskan kau dari bilik ni,

Babi! jerit Shuhada kemudian dia tertawa dan mencari-cari jalan keluar.

Tiba-tiba dia terpandang ke cermin solek. Shuhada memandang dirinya dalam-dalam.

Ini bukan aku. Kenapa aku jadi begini

Shuhada membuka baju kebaya yang sudah terkoyak itu lantas dia berlari ke arah almari baju. Dia mencari-cari telekung dan baju yang masih elok untuk dipakai.

Dia terjumpa baju lusuh berwarna putih berbunga merah dan kain batik. Dalam keadaan menangis, dia memakai persalinan tersebut, disebalik baju dan selimut dia akhirnya terjumpa telekung. Shuhada mengambil wuduk di bilik air yang sudah disediakan di dalam bilik tetamu. Kemudian dia sembahyang dan berselawat. Air matanya tak henti-henti mengalir.

Oleh kerana terlalu letih Shuhada tertidur di atas hamparan sejadah.

Shuhada,

Azam,

Azam nak minta sesuatu pada Shuhada,

Apa dia

Lepaskan Azam Biarkan Azam pergi dengan tenang. Doakan kebahagiaan Azam di sana.

Berhenti! Cukup! Azam tak kasihan pada Shu Hari-hari Shu dipukul diseksa seperti binatang. Azam pun nak tinggalkan Shu Siapa akan jaga Shu

Apa guna kita dicipta jika hanya mahu menderita sayang

Tapi Allah cipta Shu untuk seksa Shuhada. Selama Shu bersama Alias, Shu dilayan

seperti pelacur !

Ganjaranmu di syurga sayang

Kalau begitu tarik nyawa aku! Minta tuhan tarik nyawa aku sekarang dan biarkan aku bahagia bersama kekasihku,

Ada nyawa yang masih memerlukanmu sayang,

Azam memegang perut Shuhada, kemudian Azam mencium perut Shuhada beberapa kali.

Ini tanda cinta kita. Aku tunaikan permintaanmu. Sekarang relakan aku pergi ya

Shuhada menggeleng-geleng kepalanya. Air matanya deras.

Azam!!!!

Shuhada terjaga. Suaranya menggamitkan suasana bilik yang sunyi. Tiba-tiba terdengar pintu bilik dibuka.

Shuhada memandang dengan hati berdebar, kelibat Alias kelihatan matanya merah. Mukanya bengis.

Aku jaga kau. Bagi kau makan dan minum tapi kau cintakan lelaki lain,

Pintu bilik ditumbuk. Shuhada tersentak. Matanya dipejamkan.

Ya Allah lindungi aku, lindungi kandunganku.

Air mata Alias mengalir deras, dia menangis dipintu dan terduduk. Esakannya kuat, Shuhada masih terbaring. Perutnya dipegang dan sesekali dia mengusap perutnya sendiri.

Mulai hari ini aku tinggalkan kau dan aku takkan ceraikan kau sampai bila-bila. Biar kau takkan dapat bersama dengan manamana lelaki selain aku! kata Alias sebelum berlalu ke bilik dan mengemas pakaiannya.

Alias meninggalkan Shuhada tanpa wang. Ataupun makanan di dapur. Shuhada pasrah. Dia masih mampu tersenyum dan bersyukur kerana tidak disakiti, dia bersyukur kerana Tuhan memberikan apa yang diimpikan iaitu kebebasan walau akan banyak cabaran yang datang, dia masih pasrah.

Sampai sahaja di pekan yang hanya mengambil masa 10 minit dari rumahnya, Alias terus mencari rumah tumpangan untuk disewa.

Oleh kerana Alias tinggal di Shah Alam, maka hotel di Seksyen 7 menjadi pilihannya. Hotel itu tidak terlalu besar tetapi cukup selesa untuk Alias tinggal seorang diri.

Melangkah sahaja memasuki bilik, rokok terus dinyakan. Hatinya masih sakit dan tidak dapat menerima hakikat tentang apa yang telah dia dengari di rumah tadi. Ternyata dua tahun perkahwinan mereka, kasih sayang dan cinta Shuhada bukan untuknya. Ternyata Shuhada hanya berdusta mengatakan mencintai dirinya.

Hatinya sakit seperti dihiris-hiris. Jika diikutkan hati ingin sahaja ditikam Shuhada- biar mati. Baru puas hatinya namun dia harus memikirkan tentang nama dan reputasinya sebagai seorang ustaz yang dikagumi dan dikenali.

Alias mengemas pakaiannya di almari kemudian televisyen kecil dibuka untuk memecahkan kesunyian ruang bilik.