PAHIT - 13
Perempuan itu berada di pesta liar. Dia sudah khayal dengan dadah. Dia sudah mabuk. Dia menari seperti orang gila. Dia sedang berada kemuncak masa hidupnya. Pada keesokan harinya, apabila dia sedar daripada tidur, dia berada dalam sebuah bilik yang gelap. Dia tidak pasti di mana dia berada. Kaki kananya dirantai ke dinding. Dia hanya boleh bergerak di empat penjuru dinding bilik yang kecil itu sahaja. Dia merapat ke pintu. Tetapi ianya berkunci. Dia terpenjara. Dia menjerit seperti mahu putus urat lehernya. Dia kelaparan. Dia kehausan. Dia pengsan kerana terlalu penat.

Beberapa jam kemudiannya, apabila dia membukakan mata, dia dapat melihat seorang lelaki serba hitam berdiri di hadapannya.Orang itu bertocang, misai putih yang tebal dan mata hitam yang bulat. Kata orang itu: Aku suka kumpul cerita.

Itu adalah ayat-ayat pemula buatnya. Dia takut untuk berkata apa-apa. Sambil tersenyum, orang itu berkata: Kalau kau mahu bebas, kau mesti tuliskan cerita untuk aku. Kau kan ada 10 jari Jadi kau kena tuliskan aku 10 cerita dalam masa 10 hari satu jari satu cerita. Kalau kau gagal ceritakan aku satu cerita, aku akan potong jari kau. Kalau kau gagal ceritakan aku dua cerita, aku akan potong dua jadi kau. Dan begitulah seterusnya. Aku mahu sesuatu yang dapat dijadikan kenangan, aku boleh simpan cerita-cerita kau nanti atau jari-jari kau. Pilihan atas kau.

Kau tulis aje apa yang kau nak tulis. Aku cuma ada satu syarat sahaja. Cerita kau mesti sekurang-kurangnya 100 patah perkataan dan tidak lebih daripada 1000 patah perkataan. Aku ni suka cerita pendek. Aku tak boleh hadam cerita panjang-panjang.

Dia tidak mahu kehilangan jari-jarinya. Dia tidak ada pilihan. Dia perlu jalankan tugasan gila yang dibuat lelaki itu.

Ayuh kita mula daripada sekarang, katanya sambil ketawa.

Hari-1

Cerita 1

Judul: Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kecantikan

Anak perempuan aku percaya yang aku bukan ibunya. Kata anak aku itu: Doktor dah tukarkan bayi. Saya akan perbetulkan kesilapan yang mereka dah buat ni. Saya akan pastikan yang Mak akan dapat anak Mak balik dan saya akan jumpa mak saya.

Anak perempuan saya itu menjalankan penyiasatan yang amat mendalam mengenai hospital di mana aku melahirkan dia. Tetapi, menurut siasatannya, pada hari dia dilahirkan, hanya terdapat seorang ibu yang melahirkan anak. Ibu itu adalah aku dan bayi itu adalah dia. Tidak ada percampuran berlaku. Dia kecewa dengan keputusan yang diperolehi, dia menangis.

Katanya: Bagaimana perempuan secantik macam Mak boleh melahirkan anak hodoh macam saya Tuhan main kotor dengan kita.

Aku peluk dia. Tetapi anak perempuan aku ini tidak berhenti-henti menangis.

Kata aku: Rupa paras tidak penting buat aku. Aku sayangkan kau sejak kau lahir. Aku memang mahu jadi seorang ibu. Tetapi aku tak mampu. Doktor pun tidak dapat pastikan apa puncanya. Doktor sudah putus asa. Aku berdoa agar berlaku keajaiban. Tiba-tiba kau datang dalam hidup aku. Kau bawa bahagia ke dalam hidup aku.

Anak aku jawab: Paras rupa mungkin tak penting buat Mak. Tapi satu dunia tahu yang Mak cantik dan saya ni hodoh.

****

Anak perempuan aku itu tidak selalunya hodoh. Sewaktu dia dilahirkan, dialah bayi yang paling cantik pernah aku tengok. Dia seperti pari-pari yang baru turun dari langit.

Budak ni akan membesar jadi gilaan orang, kata jururawat sambil tersenyum lebar.

Semua orang terpesona dengan kecantikannya. Dan aku pula berasa amat iri hati terhadap anak perempuan aku itu. Sebelum ini aku yang menjadi tumpuan. Semua orang memuji akan kecantikan aku. Sejak hadirnya anak perempuan aku, cuma beberapa orang sahaja yang yang datang menghampiri aku. Anak perempuan aku telah mencuri perhatian-perhatian yang sebelum ini aku miliki. Kecantikan anak aku menjadikan aku tidak dapat tidur. Agak mustahil bagi dua cocok yang cantik tinggal dalam serumah. Salah seorang daripada kami mesti menjadi hodoh.

****

Aku tidak ada niat untuk membunuh anak perempuan aku. Aku amat sayangkan dia. Aku tidak dapat bayangkan hidup tanpa dia. Aku cuma tidak mahukan dia lebh cantik daripada aku. Aku mencari-cari jalan bagaimana untuk menjadikan anak peempuan aku ini hodoh. Aku dapat jawapannya daripada suami aku. Suami aku seorang pakar kecantikan melalui pembedahan. Dia pernah mencantikkan orang yang sehodoh gergasi.

Aku katakan kepada dia: Awak kan boleh jadikan orang hodoh menjadi cantik. Awak boleh tak jadikan orang cantik kepada hodoh

Sambil ketawa, dia bertanya: Siapa yang nak jadi hodoh

Tanpa sebarang perasaan, aku menjawab: Anak kita. Saya mahu jadikan dia hodoh.

Terkejut beruk suami aku mendengarnya. Suami aku memang amat menyintai aku. Dia sanggup lakukan apa sahaja untuk membahagiakan aku. Dia di bawah telunjuk aku.

Kata aku: Kalau awak tak buat seperti mana yang saya suruh, saya akan bunuh diri sendiri. Saya tak boleh punya anak perempuan yang lebih cantik daripada saya.

Aku tolak suami aku hingga ke penjuru dinding. Suami aku tidak punya pilihan lain selain mengikuti kehendak aku. Setiap pagi, suami aku akan menyuntik anak perempuan kami dengan sejenis serum.

Apabila anak perempuan aku itu menjadi lebih dewasa, lebih hodoh dia menjadi. Anak perempuan aku tidak lagi menjadi pesaing buat aku. Akhirnya, aku boleh tidur dengan nyenyaknya.

Hari 2

Cerita 2

Judul: Dilahirkan Untuk Ketawa

Mak, saya tak pernah lihat Mak ketawa. Kenapa ya

Anak perempuan aku berumur 10 tahun ketika dia menanyakan aku soalan ini. Sambil mengucup dahinya, aku menjawab: Ada orang yang memang dilahirkan untuk tidak ketawa,

Aku tipu, Dulu aku suka ketawa. Kelakar yang poyo pun boleh ketawakan sampai sakit perut aku. Aku sering terpikat dengan lelaki yang boleh membuat aku tertawa. Aku berkahwin dengan seorang komik stendap. Aku ketawa terbahak-bahak dengan kelucuannya.

Di saat anak perempuan aku dilahirkan, gelak tawa aku hilang daripada kehidupan aku. Tanggungjawab aku sebagai ibu telah merompak gelak tawa aku. Aku tidak dapat memberi sebarang penjelasan yang rasional akan kehilangan gelak tawa dalam jiwa aku. Tidak kiralah berapa kuat aku cuba, aku tidak dapat ketawa. Bahkan, untuk buat-buat tipu juga tidak boleh. Segalanya aku dapati tidak lucu.

Kata suami aku: Ketawa awak dulu bertenaga dan penuh dengan kehidupan. Saya suka mendengar suara tawaan awak dulu. Kenapa awak berhenti ketawa Sayalah pelawak yang paling malang di dunia ini. Saya boleh membuat seluruh dunia gelak tetapi tidak kepada isteri saya sendiri.

Aku tidak punya apa-apa jawapan untuk suami aku itu. Apa yang aku boleh lakukan hanyalah memandang dia dengan pandangan yang kosong. Dalam keadaan yang kecewa, pada suatu malam, suami aku berjalan menuju ke laut. Dia tanggalkan bajunya dan berjalan ke arah lautan. Dia tinggalkan sepucuk nota terakhir. Dia tulis: Aku tidak mahu lagi menjadi pelawak yang paling malang di dunia ini lagi.

Aku tidak pernah menyatakan kebenaran kepada anak perempuan aku di sebalik kematian bapanya. Aku tidak boleh menjadikan anak perempuan aku itu membenci diri aku kerana membawa lelaki yang dia cintai bergelar bapa mati dengan cara itu. Aku ceritakan kepada anak aku bahawa bapanya mati kerana lemas.

Satu kemalangan yang tidak patut berlaku, tipu aku.

Anak perempuan aku mempercayai semua yang aku perkatakan. Anak perempuan aku itu sepatutnya tahu bahawa ada ibu-ibu yang kita tidak boleh percaya.

****

Aku amat iri hati tiap kali aku dengar suara orang ketawa. Mereka tidak tahu betapa beruntungnya mereka kerana mereka mampu untuk ketawa. Pada suatu hari ketika aku sedang makan di restoran, aku dengar ada orang di meja makan bersebelahan ketawa. Mereka yang ketawa itu terdiri daripada sepasang suami isteri yang sedang menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yang kelima. Sebelum mereka beredar dari restoran, aku menghampiri pasangan yang sedang berkasih-kasihan itu dan berkata: Jangan abaikan ketawa kamu. Bersyukur atas ketawa kamu itu. Kamu tidak akan tahu bila Tuhan akan bertindak zalim kepada kamu dan merampas ketawa kamu.

Pasangan itu tergamam dan tidak tahu bagaimana untuk menjawab kata-kata aku itu tadi. Dengan perlahan, aku berjalan keluar dari restoran itu.

****

Adakah aku sahaja di dunia ini yang tidak boleh ketawa lagi Ada tak orang lain seperti aku Beberapa tahun kemudian, aku menjumpai seseorang yang tidak boleh ketawa lagi. Tidak pernah aku menyangka seumur hidup aku yang seseorang itu adalah anak perempuan aku sendiri.

Dia suka ketawa. Seperti aku, di saat dia mendapat anak, gelak ketawa hilang daripada hidupnya. Tanggungjawab aku sebagai ibu telah merompak gelak tawa aku. Hidup dia menjadi sama seperti aku.

****

Mummy, saya tak pernah tengok Mummy ketawa. Kenapa

Cucu aku berumur 10 tahun pada ketika dia bertanya soalan itu kepada anak aku. Anak aku terus memeluk anaknya dengan erat, sambil berkata: Ada orang yang memang dilahirkan untuk tidak ketawa, Anak aku tipu.

Hari ke-3

Cerita 3

Judul: Kerajaan Aku, Musuh Aku

Aku akan saman kerajaan aku ke mahkamah. Aku mahu kerajaan aku tarik balik daripada mengharamkan aku untuk berkahwin dengan lelaki yang aku cinta.

Apa yang kau nak dengan saman kerajaan ni tanya Mak.

Jawab aku: Saya mahu keadilan, Mak. Saya mahu kebebasan untuk berkahwin denan sesiapa sahaja yang saya suka. Saya mahu kisah cinta saya jadi pengakhiran yang bahagia.

Sambil ketawa sinis, Mak berkata: Kau tak akan dapat perbicaraan yang adil di negara ini. Kerajaan ni dah rantai kaki hakim-hakim. Hakim-hakim akan lakukan apa sahaja yang kerajaan mahu mereka lakukan. Kau tak boleh jadikan kerajaan sebagai musuh kau. Ada kisah cinta yang tidak dicipta untuk pengakhiran yang bahagia.

****

Aku merancang semuanya dengan berhati-hati. Majlis aku nanti bertemakan warna putih. Aku akan berpakaian seRba putih. Pengantin lelaki aku juga akan berpakaian serba putih. Majlis aku nanti akan diadakan di suatu tempat yang pasirnya putih. Putih warna kegemaran aku. Ia akan menjadi hari yang paling bahagia dalam hidup aku.

Pada 6 September 2069, seminggu sebelum majlis perkahwinan aku, berlakulah sebuah tragedi. Tragedi ini telah melumpuhkan negara kita. Melayu membunuh Cina dan Cina membunuh Melayu, manakala kaum India pula membunuh sesiapa yang mereka benci dan mengancam mereka. Banyak rumah, kedai dan kereta dibakar perusuh. Negara menjadi huru-hara.

Ini merupakan rusuhan kaum kedua berlaku di negara kita. Kali pertama rusuhan sebegini berlaku adalah 100 tahun yang lampau. Pada waktu itu,aku masih belum dilahirkan. Ibubapa aku juga masih belum lahir ketika itu. Tidak ada sesiapa dibenarkan untuk membicara tentang cerita ini pada waktu itu. Tidak ada sesiapa yang mengetahui angka sebenar kematian. Tidak ada sesiapa yang tahu berapa banyak harta telah dimusnahkan pada ketika itu. Kerajaan telah merahsiakan semua maklumat. Apa yang mereka tahu adalah Melayu membunuh Cina dan Cina membunuh Melayu, manakala kaum India pula membunuh sesiapa yang mereka benci dan mengancam mereka.

Tetapi kita belajar daripada kesilapan. Sejarah berulang dengan sendiri. Seratus tahun kemudian, kita berada pada situasi yang sama. Rusuhan kaum berlaku lagi. Prdana Menteri kita, Abdul Namhar membuat keputusan untuk melaksanakan undang-undang baru bagi memastikan pada masa akan datang, tidak akan berlaku lagi rusuhan kaum seperti ini. Dalam satu siaran berita secara langsung, Perdana Menteri berkata: Mulai hari ini, berkahwin sesama kaum diharamkan. Anda akan dimasukkan ke penjara sekiranya didapati berkahwin sesama kaum. Kamu cuma boleh berkahwin dengan seseorang dari bangsa yang lain. Apa yang saya lakukan ini adalah baik untuk negara kita di jangka masa yang panjang. Pada tahun mendatang, anak cucu kita tidak akan boleh untuk mengenalpasti mereka dengan satu bangsa. Anak cucu kita akan ada semua darah Cina, Melayu dan India semua menjadi darah daging kita. Anak cucu kita tidak akan menamakan mereka sebagai bangsa Melayu, Cina atau pun India. Bangsa telah memecah belahkan kita, saya mahu padamkan bangsa daripada bumi ini.

Aku menjerit bila mendengar kenyataan Perdana Menteri itu. Aku tidak boleh lagi berkahwin dengan lelaki yang aku cintai. Aku tidak boleh lagi mengadakan perkahwinan yang aku impian.

****

Sama seperti apa yang Mak jangkakan, aku tidak mendapat perbicaraan yang adil. Para hakim telah membuat penghakiman menyebelah pihak kerajaan. Pihak media pula tidak berani untuk melaporkan perjalanan kes aku. Selepas penghakiman dibuat, aku duduk di naka tangga mahkamah bersama lelaki yang aku cintai, berperasaan kalah dalam peperangan.

Lelaki yang aku cintai itu berkata: Saya sebenarnya dah letih jadikan kerajaan ini sebagai musuh. Apa yang dilakukan perdana Menteri adlaah baik untuk Negara kita. Pada masa akan datang, kita tidak akan ada lagi rusuhan kaum disebabkan apa yang telah dilakukan oleh Perdana Menteri kita. Awak tidak akan mati kalau awak tak kahwin dengan saya dan saya juga tidak akan mati sebab tak kahwin dengan awak. Kita selesaikan aje di sini. Kita putuskan sahaja pertalian kita. Kita mesti belajar untuk teruskan hidup.

Itulah kali terakhir aku jumpa lelaku yang aku cintai itu. Setahun kemudian, aku menerima kad jemputan. Dia telah menjumpai pengganti aku. Aku pula tidak menjumpai penggantinya lagi. Aku tidak dapat melupakannya. Aku dilahirkan untuk mencintai dia dan tidak ada orang lain selain dia.

Hari ke-4

Cerita 4

Judul: Ibu-ibu & Buaya

Secara tidak sengaja, aku terbunuh seseorang yang tidak dikenali. Dalam keadaan panik, aku sumbat mayat itu di bonet kereta aku. Sejurus sampai di rumah, aku ceritakan kepada ibu aku apa yang telah berlaku. Dengan marah, Mak menjerit: Ada perempuan tidak sepatutnya memacu hal sebegini. Aku akan selesaikan masalah kau ini.

Mak kerat dan potong kecil-kecil mayat yang aku bawa pulang dan berikan makan kepada buaya. Aku dan mak punya kandang ternak buaya yang tempatkan banyak buaya sejak Bapa meninggal dunia 10 tahun dulu.

Tak ada siapa akan jumpa mayat ni, kata Mak.

****

Beberapa hari selepas itu, di televisyen, aku menonton seorang wanita berumur bercakap kepada wartawan tentang anak perempuannya yang hilang entah ke mana. Wanita itu menunjukkan foto anaknya. Secara seimbas lalu melihat foto di tangan wanita itu, aku terus dapat mengenalpasti bahawa orang yang tidak dikenali yang aku terbunuh itu adalah anak wanita itu bernama Malena.

****

Semenjak buaya-buaya memakan Malena, haiwan di lading ternak itu tidak seperti dulu. Buaya-buaya ternakan itu enggan memakan makanan yang disediakan. Semua daging yang aku letakkan di dalam kolam ternakan tidak diusik. Buaya-buaya itu menjadi garang, ganas dan tidak bermaya. Warna mata buaya-buaya itu pun turut bertukar persis matanya Malena.

****

Aku menjadi terkesima dengan wanita yang aku bunuh itu. Aku ingin tahu semuanya tentang Malena. Aku selidik kesemua apa yang ditulis mengenai beliau.

Malena ini vegetarian dan sayur kegemarannya ialah bunga kobis, kata ibunya dalam satu wawancara.

Apa yang terlintas dalam fikiran aku ketika itu ialah aku sepatutnya membeli beberapa dozen bunga kobis dan campakkan ke kolam ternakan buaya aku. Aku lakukannya. Aku tidak dapat mempercayai apa yang berlaku di depan mata aku. Buaya-buaya itu berebut untuk makan bunga kobis. Buaya-buaya ii memilih untuk makan bunga kobis daripada daging merah sebelum ini. Buaya-buaya ini telah menjadi vegetarian. Aku tidak menyangka bahawa roh wanita yang aku bunuh secara tidak sengaja itu hidup dalam buaya-buaya ini. Dengan tanpa rasa takut, aku ambil senapang patah dan mula menembak semua buaya yang ada dalam kolam ternakan aku. Aku sudah bunuh perempuan-perempuan yang aku bunuh.

Mak terkejut bila melihat semua bauayanya mati. Sambil menangis dan perasaan marah, dia menjerit: Apa yang kau dah buat ni Kau ni gila kea pa hah Lepas bapak kau meninggal, dia tinggalkan wang yang cukup untuk aku hidup tujuh generasi lagi.

Kau tahu tak kenapa aku mulakan ternak buaya ni Aku mulakannya sebab aku tak boleh sayang kau. Aku tak tahu kenapa. Tapi aku memang bencikan kau sejak kau lahir.

Aku perlukan seseorang atau sesuatu untuk aku sayang lepas bapa kau mati. Hidup aku kosong tanpa kasih sayang. Kolam ternak buaya ni dah berikan aku makna kehidupan. Aku sayang buaya-buaya ini. Aku tak dapat maafkan kau sebab bunuh buaya-buaya ni. Aku berdoa kau bunuh diri kau sendiri, bukannya buaya-buaya ini. Pada malam itu, aku berpendapat bahawa seorang ibu yang sayangkan buaya-buayanya lebih daripada anaknya sendiri tidak patut hidup. Aku ikatkan Mak ke katilnya. Aku curahkan minyak tanah ke merata rumah. Aku nyalakan mancis dan habislah rumah itu kebakaran. Aku dapat dengar suara Mak menjerit. Aku masuk ke kereta yang melanggar Malena dulu dan dengan perlahan beredar dari tempat kebakaran.

Pada keesokan paginya, aku berada di rumah Malena, membuat pengakuan kepada ibu Malena tentang jenayahjenayah yang aku lakukan. Dengan airmata mengalir dari matanya, ibu Malena berkata: Jadi anak perempuan aku bukan hilang. Dia dibunuh ketika kemalangan langgar lari.

Kata aku: Makcik boleh memanggil polis dah tangkap saya. Saya tidak akan melarikan diri.

Sambil mengesat airmata di pipi, ibu Malena berkata: Hanya aku seorang yang boleh menghukum kamu. Bukannya polis. Bukannya para hakim. Kau dah bunuh anak perempuan aku. Jadi kamu adalah penjenayah aku.

Ibunya membawa keluar sebilah pisau. Aku kira dia mahu membunuh aku hingga mati. Tetapi itu tidak berlaku. Tetapi, ibu Malena menggunakan gunting untuk memotong rambut aku. Selepas memotong rambut, ibunya pakaikan mekap ke aku.

Kau nampak cantik sangat, kata ibu Malena.

Aku lihat di cermin dan aku tidak dapat melihat wajah aku lagi. Aku nampak seperti Malena, anaknya.

Aku perlu telefon seseorang, kata ibu Malena.

Ibunya memanggil polis. Dengan pandang tepat ke mata aku, ibu Malena berkata: Inspektor, saya ada berita baik ni. Inspektor tak perlu cari anak perempuan saya lagi. Dia dah dijumpai. Malena sudah balik

Hari ke-5

Cerita 5

Judul: Isteri Dia, Mak Aku

Bapa aku seorang penyayang. Walau bagaimpanapun, semasa aku mencecah usia 15 tahun, semua ini berubah. Dia berhenti sayangi aku dan orang lain. Dia menjadi sensitif kepada emosinya.

Isterinya, ibu aku yang bertanggungjawab atas perubahan radikal yang berlaku ini. Dia berjanji yang kami akan bersama selamanya. Tetapi dia gagal untuk pegang pada kata-katanya. Dia tinggalkan kami dan bapa aku tidak menerima kenyataan ini.

Pada hari ibu aku meninggalkan kamu, bapa aku berasa amat kecewa. Dia menangis teresak-esak. Bapa aku merayu supaya ibu aku tinggal. Dia memohon kepada Tuhan agar Tuhan dapat menukar takdir yang ditetapkanNya. Tetapi Tuhan dan ibu aku telah mengecewakan Bapa. Malah, keengganan mereka itu telah menjadikan bapa aku seorang yang putus asa putus asa untuk membuka hati kepada cinta.

****

Sejak ibu aku tinggalkan kehidupan kami sekeluarga, aku dan Bapa jarang beresmbang. Dia lepaskan tanggungjawab membesarkan aku kepada pembantu rumah, pengasuh dan guru tuisyen. Aku lebih banyak bersama mereka berbanding dengan bapa aku. Dia timbunkan diri dia di dalam kerja-kerjanya. Dia berharap agar kerjanya yang banyak itu akan menghalang dia daripada mengingatkan kesedihan yang dialami dalam hidup isterinya, ibu aku.

Selama beberapa tahun berlalu, aku dan bapa aku menjadi orang yang asing. Aku sudah cuba banyak kali untuk merapatkan perhubungan antara kami. Aku mahu kami menjadi keluarga; dia sebagai bapa dan aku sebagai anak perempuan. Mungkin dia mempunyai kekhuatiran yang aku juga akan tinggalkannya sama seperti apa yang telah dilakukan oleh ibu aku. Dia tidak mahu pisang berbuah dua kali.

Dia lakukan apa sahaja dalam bidang kuasanya untuk lupakan sahaja isterinya, ibu aku. Dia sorokkan semua bahan yang mungkin boleh mengingatkan isterinya di loteng rumah. Dia halang sesiapa sahaja yang sebut tentang perempuan itu. Dia tidak mahu apa juga memori berlegar-legar dalam fikirannya. Dia menganggap isterinya itu tidak pernah wujud dalam hidupnya.

Namun, apa sahaja yang dilakukan tidak dapat melupakan dia daripada isterinya. Nama isterinya sering disebutsebut tatkala dia sedang nazak. Memang tidak dapat dinafikan bapa aku tersangat cintakan ibu aku sepenuh hati. Aku ingat ibu aku pernah berkata: Aku harap bila kau besar nanti, kau akan beruntung macam aku punya suami yang cintakan kau sama seperti bapa kau cintakan aku.

Namun, mak aku tetap tinggalkan dia. Ttapi aku tidak dapat menuduh mak aku sepenuhnya. Sekiranya dia sudah ada jalannya sendiri, sudah tentu dia tidak akan tinggalkan aku dan bapa aku. Sememangnya ini semua sudah menjadi ketentuan. Dan aku berani katakan sekiranya ketentuan itu zalim kepada kami. Mak aku mengalami kemalangan. Doktor yang paling hebat pun tidak dapat selamatkan mak aku. Mak aku terlalu muda untuk meninggal dunia.

Bagi doktor-doktor, mak aku sama seperti pesakitpesakit lain yang tidak dapat diselamatkan. Tetapi bagi kami, dialah dunia akhirat. Dengan kematian mak aku itu, dunia kami seperti menghampiri kiamat. Seluruh cinta dan kasih sayang di dalam rumah ini disemadikan bersamanya. Mengimbas kembali tentang apa yang berlaku, aku merasakan bahawa kami cinta dan kasih sayang kami sepatutnya ala kadar sahaja agar kematian mak aku itu tidak akan menjadi suatu kepahitan yang drastik buat aku dan bapa aku. Secara jujurnya, aku merasakan bahawa kami cinta dan kasih sayang kami sepatutnya ala kadar sahaja.

Hari ke-6

Cerita 6

Judul: Bunga, Batu & Cinta

Setiap daripada kiita punya kisah cinta kecuali aku. Sepanjang hidup aku selama 47 tahun ini, aku tidak pernah merasai dicintai. Malah ibuku pun tidak menyayangi aku. Aku pergi berjumpa tukang tilik nasib. Aku mahu tahu masa depanku. Aku mahu tahu jika pada suatu hari nanti aku akan bertemu dengan cinta.

Memang ada kemungkinan bunga untuk tumbuh atas batu tapi mustahil untuk kau bertemu dengan cinta, kata tukang tilik itu.

Aku bertanya: Kenapa pulak saya tak boleh bertemu dengan cinta Apa yang saya dah lakukan hingga Tuhan tetapkan takdir begini tak boleh bertemu cinta

Kau terpaksa menebus dosa dulu, kata tukang tilik itu.

Pada suatu masa dahulu, aku raja yang tergila-gilakan puteri dari sebuah negara jiran. Wanita yang aku cintai itu bernama Puteri Malena. Malangnya, aku bertepuk sebelah tangan.

Puteri Malena dan panglima aku adalah kekasih. Mereka mahu berkahwin. Tetapi Ayahana Puteri tidak merestui perhubungan mereka. Kata Ayahanda Puteri: Anakanda dilahirkan untuk berkahwin dengan raja. Anakanda menconteng arang ke muka Ayahanda jika anakanda enggan berkahwin dengan lelaki yang Ayahanda mahu, maka Ayahanda sebagai Raja akan menjadi murka dan akan jatuhkan hukuman.

Puteri Malena sanggup mati jika kemahuannya tidak dituruti. Kata Puteri Malena: Ayahanda buat apa yang Ayahanda mahu. Anakanda tidak boleh tolak kemahuan Anakanda ini.

Raja murka dan membuat penghakiman bahawa Puteri Malena akan digantung sampai mati. Tetapi aku telah menggagalkan perlakuan itu. Aku sembah ke Raja: Tuanku tidak boleh membunuh puteri Tuanku kerana ingin berkahwin dengan patik. Cinta itu tidak boleh dipaksa. Jika Tuanku ada sedikit hormat ke patik yang hina ini, maka bebaskanlah puteri Tuanku ini untuk hidup dan izinkan dia berkahwin dengan sesiapa sahaja mengikut kemahuannya.

Raja menurut kemahuan aku. Puteri Malena berasa amat gembira kerana dia bukan hanya boleh hidup tetapi ayahandanya mengizinkan kisah cintanya berakhir dengan pengkahiran yang bahagia.

Kata aku: Patik punya satu permintaan. Perkahwinan tuan puteri hanya akan berlaku selepas patik selesai dengan peperangan tidak lama lagi. Selepas peperangan selesai, Puteri ini milik tuan hamba.

Puteri Malena bersetuju dengan syarat yang diberikan dan terlihat senyuman terpancar di mukanya.

Daulat Tuanku, kata Puteri Malena akur.

Aku tidak ada niat untuk berikan Puteri Malena ini kisah cinta dengan pengakhiran yang bahagia. Kita tidak boleh menghalang naluri kita. Naluri aku berkata yang aku mahukan dia. Aku mahukan dia walau apa pun terjadi. Aku rancangkan segalanya dengan berhati-hati. Aku akan pastikan panglima yang dia cintai itu mati di medan perang.

Aku punya seorang pahlawan perang daripada bala tentera aku yang aku perintahkan untuk panah ke dada cinta hati Puteri Malena semasa peperangan nanti. Semua rakyat akan percaya panglima itu mati di medan perang.

Puteri Malena juga akan percaya seperti semua rakyat percayai. Dia tidak akan mengesyaki aku yang sebenarnya membunuh cinta hatinya.

Puteri Malena menangis meraung. Dia habiskan seluruh waktunya di atas katil, berasa sedih. Seperti malaikat, aku datang dan berkata padanya: Lelaki yang tuan puteri cintai itu sedang melihat tuan puteri dari atas sana. Dia akan rasa amat sedih melihatkan tuan puteri murung begini. Tuan puteri perlu hidup untuk dia. Tuan puteri perlu hidup untuk Ayahanda. Pandanglah patik. Tidak ada lelaki yang akan gembira jika melihat anaknya murung sebegini.

Dengan berat hati, Puteri Malena belajar untuk meminggirkan kesedihannya dan teruskan kehidupan. Dia bersetuju untuk berkahwin dengan aku hanya untuk membahagiakan ayahandanya. Kata Puteri Malena: Tuanku Raja punya impian untuk punya cucunda dan ini menjadi tanggungjawab beta untuk mengkabulkan impiannya itu. Patik tidak boleh berkahwin dengan lelaki yang beta cintai. Sekurang-kurangnya patik dapat berkahwin dengan lelaki yang punya hati yang baik.

Semuanya berjalan dengan lancar. Aku melonjak gembira bila mana peempuan yang aku cintai akhirnya bersetuju untuk menjadi teman hidup aku. Tetapi, beberapa jam sebelum majlis dimulakan, pahlawan yang aku arahkan membunuh kekasih hati Puteri Malena bertemu dengan Puteri Malena.

Pahlawan tersebut menyatakan rasa bersalah dan menyesal atas apa yang sudah diperlakukan dulu. Dia menceritakan keseluruhannya keada Puteri Malena.

Katanya: Hamba pacar yang hina. Hamba sudah pun jalankan perintah Tuanku titahkan. Jiwa hamba tidak dapat memaafkan hamba kerana hamba sudah pun membunuh seorang manusia yang tidak berdosa. Hamba tidak dapat mengizinkan Tuanku berkahwin dengan pembunuh kekasih hati Tuanku.ampun Tuanku.

****

Cinta hati aku berarak masuk ke dewan persandingan dan aku menantinya dengan penuh debaran. Dia nampak menangis. Apabila aku tatap mukanya, aku syak yang dia sudah tahu cerita sebenar.

Dia menjerit: Sanggup Tuanku membunuh lelaki yang aku cintai Patik bersumpah di kehidupan Tuanku seterusnya , Tuanku tidak akan tahu apa ertinya cinta. Tidak ada sesiapa pun yang akan mencintai tuan hamba, tidak bondamu juga.

Tatkala tukang tilik menghabiskan ceritanya, airmata aku sudah berderai.

Kata aku: Saya tidak menyangka yang saya boleh setamak ini dahulu. Kamu tahu tidak di mana saya boleh mencari Puteri Malena di kehidupan yang ini Saya mahu meminta ampun.

Sudah tentu. Aku kan tukang tilik. Aku dapat membaca masa hadapan, kata tukang tilik itu.

Aku pergi ke alamat yang diberikan tukang tilik itu. Aku bunyikan loceng rumah. Dia menjawab. Yang menariknya, namanya sama dengan nama yang dipakai di kehidupan dahulu.

Kamu Malena tanya aku.

Ya. Saya Malena. Boleh saya bantu pinta wanita itu.

Aku ada tukul besi di tanganku. Aku tidak akan meminta maaf daripadanya. Aku hayunkan tukul itu ke kepalanya beberapa kali. Dia harus menanggung nya sebab menyumpah aku tak boleh bercinta beberapa tahun ini. Celaka ini tak sepatutnya menyumpah aku

Hari ke-7

Cerita 7

Judul: Tuhan Sempurna

Aku berdoa. Perempuan itu berdoa. Lelaki itu pun berdoa. Mereka semua berdoa. Tetapi Tuhan tidak pernah mendengar doa-doa mereka. Kami tanyakan kepada paderi kami: Mengapa Tuhan tidak mendengar doa kami

Tanpa ada apa-apa tekanan, paderi itu dengan selamba menjawab: Mungkin Tuhan dah pekak.

Selepas mendengar kenyataan paderi kami itu, kami semua melonjak kegembiraan. Kami menjerit dengan kata-kata lucah sampi penat.

Dia tak boleh buat keputusan kalau Dia tak boleh dengar, kata salah seorang daripada kami. Yang lain mengangguk tanda setuju.

Kami adakan parti besar-besaran untuk meraikan Tuhan yang sudah pekak. Kami menari terlonjak-lonjak. Kami adakan seks liar. Paderi itu terkejut beruk melihat reaksi kami itu.

Kata paderi itu: Tuhan mungkin sudah pekak dan mungkin Dia tidak dapat mendengar semua ayat-ayat setan kamu itu. Tapi DIa masih boleh melihat semua dosa yang kamu semua lakukan Tuhan masih boleh membuat penghakiman. Tuhan masih boleh jatuhkan hukum. Tuhan masih boleh masukkan kamu semua ke dalam neraka. Kamu semua nak kekal dalam neraka

Kami semua terbantut.

Salah seorang daripada kami bersuara: Hanya kalau Tuhan jadi buta, barulah sempurna. Dia tak boleh buat keputusan kalau dia tak boleh dengar. Tuhan yang sempurna bila dia tak dapat melihat. Tuhan yang sempurna bila Dia tak boleh mendengar. Tuhan yang sempurna bila Dia tak boleh mendegar da melihat sekaligus.

Kami semua mengangguk setuju. Pada keesokan harinya, kami semua pergi bersembahyang ke gereja. Tidak ada lagi seks liar. Tidak ada tari-menari. Tidak ada ayat-ayat lucah. Kami semua berdoa agar Tuhan menjadi buta. Kami berdoa untuk mendapat Tuhan yang sempurna.

Hari ke-8

Tidak ada cerita lagi. Dia mengalami rencatan penulisan.

Hari ke-9

Tidak ada cerita lagi. Dia mengalami rencatan penulisan.

Hari ke-10

Tidak ada cerita lagi. Dia mengalami rencatan penulisan.

Hari ke-11

Dia masuk ke dalam bilik. Perempuan itu menjerit ketakutan.

Jangan bunuh saya, rayu perempuan itu.

Aku tidak akan bunuh kamu. Aku Cuma mahu jari-jari kau. Aku Cuma mahu sesuatu yang aku boleh ingatkan kau, kata dia.

Dia mencucuk perempuan itu dengan picagari. Perempuan itu menjadi tidak bermaya lagi. Apabila dia sedar, dia tidak berada lagi di dalam bilik gelap itu lagi. Dia berada di atas katil, di apartmentnya sendiri. Dia ingat dia mengalami mimpi yang menakutkan. Dia periksa tangan kanannya. Dia gembira apabila mengetahui yang dia masih ada jari-jarinya. Kemudian, dia melihat ke tangan kirinya. Dia menjerit. Tiga daripada jarinya hilang.

****

Tidak ada orang percayakan dia. Pihak polis, ibubapa; semua membuat keputusan yang dia tidak diculik bilik gelap yang dia nyatakan itu tidak ada siapa yang percaya mereka percaya yang perempuan itu mengerat jari-jarinya sendiri.

Inspektor polis berkata: Orang buat macam-macam bila dah mabuk dan ketagihan dadah.

Kata pakar psikologi yang merawat perempuan itu:Dia mengalami tekanan sehingga mengerat jari-jarinya. Dia

manipulasikan fikirannya dan dia membayangkan ceritacerita liar.

Kata ibunya: Saya tidak fikir yang anak perempuan saya ini berbohong. Sejak dia kecil lagi, dia memang ada fikiran yang berimiginasi. Dia memang percaya yang ada cerita-ceritanya yang bermain di fikiran dia, benar-benar berlaku dalam hidupnya. Kita perlu hadam apa yang dia kata.

Perempuan itu sudah letih apabila semua orang tidak mempercayai apa yang berlaku. Dia mulai sedar bahawa semua orang mahu percaya kan dia bahawa dia kerat tiga jarinya di bawah pengaruh dadah dan alkohol. Dia tidak percaya dengan kebenaran lagi. Kebenaran tidak lagi penting baginya. Dia hanya mahu bahagia.

TAMAT