Gadis Kebaya Merah - 13
BAB 13

TEPAT jam lapan malam, Ana Dahlia sudah berada di pejabatnya di balai polis bahagian jenayah. Dia perlu melaporkan diri segera berkenaan kes yang sedang disiasat sekarang ini. Siang tadi dia sudah maklumkan kepada Detektif Razif tentang hal itu. Laporan yang disimpan dalam thumb drives dibuka semula. Dia mengemaskini semua maklumat yang diperolehi. Antara suspek utama yang disyaki adalah Hetty. Lagak dan tingkah Hetty mencurigakan. Siang tadi sebelum dia menuju ke bilik fail, dia perasan Hetty berada di dalam bilik air. Jadi, dia sengaja membiarkan Kudin masuk ke bilik fail itu dan sengaja dia tidak kunci pintu bilik fail. Jika dia seorang diri di situ, sudah tentu dia akan disyaki menceroboh rahsia syarikat tanpa kebenaran sedangkan dia hanyalah seorang kerani di syarikat itu.

"Detektif Ana Dahlia!"

Ana Dahlia menoleh. Detektif Razif sudah tercegat di depannya. Dia segera bangun dan memberi tabik hormat.

"Ya Tuan!"

"Sudah siap laporan"

"Sudah tuan!" Ana Dahlia hulur laporan yang sudah dicetak kepada Detektif Razif.

Detektif Razif meneliti maklumat yang ada dalam laporan itu. Dia mengangguk-angguk. Laporan yang setebal tiga helai kertas bersaiz A4 itu dibaca penuh teliti. Dia kemudian mendongak ke arah Ana Dahlia.

"Awak rasa bukti ni boleh digunapakai dalam siasatan nanti Maksud saya, dalam perbicaraan mahkamah jika ada yang didakwa" Tepat dia memandang Ana Dahlia yang masih berdiri keras di depannya.

"Ya tuan! Saya yakin. Semua bukti itu cukup untuk kita mendakwa mereka yang disyaki. Mayat reput dan rangka manusia pun sudah dikenalpasti siapa pemiliknya. Memang sah, kedua itu adalah bekas pekerja TM Holdings yang dibunuh dan kita boleh kaitkan dengan kematian Tengku Muzafar, tuan!" Tegas Ana Dahlia memberi penjelasan.

"Bagus! Dari pengamatan saya, nampaknya ada tiga orang suspek dalam kes ni. Awak boleh buat surat sekarang. Dengan bukti yang ada ni, kita boleh menahan suspek dan dipanggil untuk soal siasat. Saya nak awak hantar notis berhenti esok. Tumpukan pada kes ini sepenuhnya dan dakwaan." Arah Detektif Razif. Laporan itu dihulur semula kepada Ana Dahlia.

"Baik tuan!"

"Oh ya, minggu depan, kita akan bekerjasama dengan balai polis cawangan Bukit Aman. Nanti ada seorang pegawai polis akan membantu awak. Sekarang ini, dia masih bercuti di kampung." Detektif Razif sempat berpesan sebelum berlalu pergi.

Ana Dahlia duduk semula. Dia senyum lega. Sekarang ini dia tidak perlu lagi bertekak dengan Hetty perasan itu dan tidak lagi berjumpa dengan Kudin. Bermakna lakonannya akan berakhir. Dia menghabiskan laporannya dan mula berkemas. Jam di pergelangan tangan dijeling sekilas. Hampir sembilan setengah malam. Dia perlu pulang ke rumah secepat mungkin. Tadi dia perasan ada seseorang mengekorinya dengan motorsikal seperti motosikal Kudin. Dia mula melangkah keluar dari balai polis dan menahan sebuah teksi.

DARI luar balai polis, seseorang masih memerhati gerak geri Ana Dahlia. Dia segera mengekori teksi yang dinaiki Ana Dahlia tadi. Jo senyum. Sekarang dia sudah tahu di mana tempat tinggal Ana Dahlia. Sejak dulu dia memang ingin mendekati gadis itu namun apa yang dilihatnya tadi di balai polis, membuatkannya terdiam seketika. Di benaknya masih berteka teki. Gadis itu buat apa di balai polis waktu begini Buat laporan polis atas kes apa Atau...dia sendiri seorang pegawai polis

"Aku kena berhati-hati. Dia bukan sebarangan perempuan..." Jo pakai helmet semula dan menderum laju meninggalkan kawasan perumahan itu. Dia perlu berjumpa seseorang.

Sampai di destinasi, Jo menapak ke sebuah restoran. Dia mencari kelibat orang yang dijanjikan tadi. Helmet diletakkan atas meja. Rambutnya dikemaskan sedikit. Sementara menunggu, dia mula pesan makanan dan minuman.

"Jo!"

Jo berpaling. Dia mengukir senyum. Orang yang ditunggu datang juga. Dia turut melambai.

"Aku ingat kau tak jadi datang!" Jo tepuk bahu Karim.

"Mestilah aku datang! Ada tugas baru" Karim sengih.

"Ada..seorang lagi akan jadi anak ayam. Esok, kau kena ambil dia di Klang.Baru sampai dari China.." Jo berkata serius.

"Wah! Bagus tu! Berapa upah kali ni" Karim sengih.

"Lumayan! Tapi ingat, kena hati-hati. Aku tak nak jadi macam dulu. Terpaksa lenyapkan dari muka bumi ni sebab cuba dedah rahsia kita." Jo beri amaran.

"Aku tahu. Kau tak order makanan untuk aku ke" Karim pandang makanan yang sudah sampai ke meja.

"Kau order sendiri." Jo mula tarik pinggan mi goreng dekat ke arahnya. Dia makan dengan lahap. Dari tengahari tadi dia tidak mengisi perut.

Karim mula memanggil pelayan restoran. Makanan dipesan.

"Hmm...kau dah jumpa perempuan cinta hati kau tu" Karim senyum lagi.

Jo mendongak. Dia habiskan makanan dalam mulutnya. Dia teguk jus oren yang dipesan tadi.

"Aku dah jumpa. Hilang rasa rindu aku. Aku terjumpa dia tengah tunggu teksi tapi aku musykil sikit pasal dia tu." Jo teguk lagi jus oren.

"Musykil Pasal apa"

"Tadi aku nampak dia keluar dari balai polis. Kau rasa dia buat apa" Jo sandar di kerusi.

"Hmm...mungkin dia buat laporan polis ke, atau..jumpa kawan..atau..kerja kat situ" Teka Karim.

"Tu yang aku tak sedap hati ni. Aku ni bukan baik sangat. Sejak di US lagi aku buat kerja ni. Aku ingat aku nak berhenti dalam sebulan dua ni." Jo mula berkata perlahan. Sejak di kampus lagi dia cuba rapat dengan Ana Dahlia tapi gadis itu ternyata begitu sukar dicuri hatinya.

"Kau serius" Karim membuntang.

"Ya..tugas kali ni adalah yang terakhir. Dulu, aku perangkap perempuan dengan kata-kata manis dan jadikan mereka anak ayam. Sekarang ni, aku rasa aku nak berhenti buat semua tu. Aku nak bina hidup baru."

Karim ketawa berdekah-dekah.

"Kenapa" Jo pandang Karim yang sudah ketawakannya. Macamlah lawak sangat!

"Muka macam kau ni nak bertaubat Bull shit la Jo! Kau dah terlibat dalam dunia ni sudah lebih sepuluh tahun! Kau dah tahu selok belok dunia ni. Aku rasa tidak semudah tu kau boleh blah macam tu je. Bukan kau tak kenal Taiko Chong" Karim ingatkan Jo.

Jo terdiam seketika. Apa yang dikatakan oleh Karim itu ada benarnya. Bukan mudah untuk lepaskan diri bila sudah terlibat jauh dalam dunia hitam sepertinya. Sejak di kampus lagi dia terlibat denagn kegiatan gila itu sehingga nama Johan sudah bertukar menjadi John! Pernah dia diburu polis atas kesalahan menyeludup dadah tapi dia dapat melepaskan diri. Di US, dia adalah perantara untuk bisnes itu. Siapa tak kenal John

"So, apa kau nak buat sekarang Kau nak teruskan niat kau tu" Karim teguk jus epal yang sudah sampai ke meja. Ketawanya masih bersisa.

"Entahlah..tapi ada sebab lain lagi kenapa aku nak berhenti." Jo pandang ke arah pelanggan lain.

"Apa dia"

"Aku selalu diganggu oleh gadis kebaya merah. Dia sering datang dalam mimpi aku." Jo berterus terang.

"Maksud kau...perempuan yang kau langgar dulu tu" Kali ni Karim mula serius.

"Ya..aku tak sempat nak brek. Dia menonong je lari dan aku terus langgar dia. Aku panik. Walaupun aku ni penyangak tapi aku tak pernah ambil nyawa orang. Malam tu, tubuh gadis itu tercampak ke dalam semak. Aku tengok dia. Kepalanya sudah berdarah. Aku bawa dia ke hospital. Setiap hari aku melawat dia. Hari ketiga aku pergi, dia sudah tak ada. Bila aku tanya pekerja hospital tu, mereka kata perempuan tu sudah dibawa pergi ke hospital lain. Lepas tu aku tak tahu dia di mana, sampai sekarang ni. Lepas tulah, aku mula bermimpi..dia macam minta tolong. Aku syak dia dibunuh." Jo mula resah bila mengingati semula mimpi yang dialaminya.

"Jadi..kau rasa perempuan tu sudah mati"

Jo angguk.

"Hmm...siapa yang bunuh dia Kenapa dia dibunuh" Karim semakin teruja.

"Itu yang buat aku pening. Dalam mimpi tu, dia menangis dan merayu supaya aku cari mayatnya. Mana aku nak cari" Jo melepaskan keluhan.

"Weh! Kita ni berniaga orang, bukan mayat!" Karim tepuk bahu Jo.

Jo turut sengih namun dalam benaknya dia sentiasa berfikir tentang gadis kebaya merah itu. Masa dia langgar gadis itu dulu, gadis itu memang berpakaian kebaya merah.

Mereka diam seketika. Karim masih melihat ke arah Jo yang sudah mula berubah.

Jo pula bersandar di kerusi. Fikirannya beralih pula pada Ana Dahlia. Hatinya bagai digamit untuk berjumpa lagi gadis itu. Sampai sekarang dia masih tidak tahu di mana Ana Dahlia bekerja.

Hmm..takkan dia tu polis Gumam Jo sendiri.