Aku, Dia Dan Somtam - 13
BAB 13

SUDAH dua hari Anis berada di kampung. Kepulangan Razman kali ni macam ada sesuatu yang dia sendiri tak pasti. Bertambah pening dengan tugasan dan kerja tesis yang masih belum siap sedangkan hanya tinggal tak sampai sebulan sahaja lagi pengajiannya di kampus itu.

Apa yang Anis menungkan tu

Anis berpaling..

Err..tak ada apalah mak..mak tak tidur lagi Anis bersuara lemah.

Belum mengantuk..Puan Ainon melangkah ke katil. Wajah anak bongsunya ditatap lembut.

Mak..abang Man ada cerita apa-apa pada mak Anis duduk di sebelah ibunya di birai katil.

Hmm..ada. Sebenarnya tujuan mak datang ke sini pun nak cerita benda yang sama. Puan Ainon mula membuka bicara tentang menantunya.

Jadi..apa pendapat mak Mak setuju Anis mula sugul. Nyata abang Razman lebih dulu menyuarakan hasrat hatinya pada mak.

Hmm..entahlah Anis. Mak pun tak kisah sebenarnya. Kalau itu yang terbaik, mak ikut je. Puan Ainon turut bingung. Tak tahu nak buat apa. Dia faham benar hati Anis yang tidak mudah menyerah tanpa rela.

Anis tunduk.

Mak, Anis kalau boleh nak sambung belajar lagi. Anis nak belajar bidang kulinari. Boleh kan mak Anis tatap lagi wajah tua itu yang nyata serba salah dengan keputusan yang diambil.

Anis, kita tak mampu nak. Mana kita nak cari duit. Duit biasiswa yang Anis dapat ni pun cukup-cukup untuk tampung pengajian Anis sekarang. Sebak tutur kata Puan Ainon.

Maksambil belajar tu..Anis kerja la cuba berniaga somtam juga. Dengan duit tu, Anis boleh guna untuk tampung pelajaran Anis nanti. Mak jangan risau. Anis turut sebak mendengar keluhan ibunya. Sememangnya mereka tidak mampu.

Tapi..berapalah sangat Anis dapat dengan jual somtam tu Puan Ainon renung Anis yang begitu teruja ingin menjadi usahawan somtam. Pipi putih kemerahan milik anak gadisnya dielus lembut.

Mak..Anis akan berusaha mak. Belum cuba belum tahu. Kalau kita berusaha bersungguh-sungguh, insya-Allah kita akan berjaya mak.

Hmm..baiklah kalau tu yang Anis nak. Sudahlah..malam dah lewat. Tidurlah. Puan Ainon menyeka air mata Anis.

PAGI tu, Anis dan Puan Ainon berjalan-jalan sekitar bandar KB. Sudah pasti dia akan singgah di kedai tudung Tursab. Tudung-tudung di situ semuanya cantik-cantik.

Anis mula membelek tudung yang pelbagai corak dan warna. Matanya sudah kelabu melihat begitu banyak tudung yang cantik-cantik dan kena dengan cita rasanya.

Maaf!

Anis segera berpaling ke arah suara meminta maaf tadi. Terasa bahunya dilanggar seseorang.

Kak Dina!! Anis hampir menjerit. Hampir tidak percaya.

Anis Irdina turut terkejut.

Buat apa kat sini Serentak mereka bertanya. Seketika kemudian serentak pula mereka ketawa.

Anis nak beli tudung. Kak Dina datang dengan siapa Anis terus memeluk Irdina yang cantik dengan baju mengandung labuh berwarna hijau muda.

Dengan adik. Anis

Dengan mak..kejap ya. Anis segera ke penjuru kedai memanggil ibunya yang sedang leka membelek tudung di situ.

Ni..mak saya. Mak, ni Kak Dina. Anis senyum. Senyuman terukir di bibir masing-masing. Mereka mula bersalaman.

Err..kak Dina ni..kakak Zarakan Anis beranikan diri bertanya. Selama ini persoalan itu masih belum terjawab.

Ya! Macam mana Anis kenal Zara Irdina renung wajah gadis somtam itu.

Zara tu kawan sekelas saya kat kampus. Anis seronok bila mengetahui Izara ada kakak secantik Kak Irdina.

La ya ke Jadi hari tu..Anislah yang Izara jemput makan tengah hari kat rumah kita orang Irdina teringat kejadian Izara merajuk dengan Anis.

Ha..errya.. Suara Anis mula tergagap-gagap. .

Kecil dunia ni. Tak sangka, Anis kawan Izara rupanya. Jadi, Anislah yang beri somtam tu kat Zara Irdina mula teringat dua bekas somtam di atas meja sofa di ruang tamu yang ditinggalkan oleh kawan Izara.

Anis angguk. Kenapa kak

Irdina mula senyum. Anis nak tahu tak, masa tu kita orang bertaruh, somtam siapa yang paling sedap. Kami rasa semua somtam tu, rasanya sama.

Ya ke Anis senyum kelat. Pura-pura terkejut. Dia sebenarnya sudah tahu tentang pertaruhan itu. Izara terlebih dahulu memberitahunya tentang itu.

Err..maafkan makcik. Dina ni mengidam somtam ke Puan Ainon mula mencelah melihatkan Anis dan Irdina rancak berbual.

Irdina angguk.Ya makcik..teringin nak makan somtam. Dulu, saya suruh adik belikan. Sedap somtam tu.

Ohh..patutlah. Kalau macam tu, Dina ni mengidam sama macam arwah anak sulung makcik dulu. Dia pun mengidam somtam. Alhamdulillah, Anis ni pandai buat somtam. Puan Ainon turut senyum mendengar kata-kata Irdina tadi.

Tu la..hari tu saya ingat nak rasa somtam Anis nidah Anis pulak tak call saya.

Err..maaf kak..saya lupa.. Anis luku kepala sendiri. Terpaksa berbohong. Dia ingat sebenarnya tapi dah jadi macam tu

Tak apa.. Irdina tepuk-tepuk bahu Anis.

Maaf kak..boleh saya tanya sikit Anis pandang Irdina yang masih tersenyum di situ.

Apa dia Irdina senyum lagi. Wajah manis Anis ditatap lembut. Sungguh manis dengan baju kurung biru dan tudung putih bersih bersulam bunga kecil di tepi.

Err..siapa lelaki dalam gambar sebelah Zara tu

Gambar Irdina keliru.

Err..hari tu.saya nampak gambar di ruang tamu rumah akak. Lelaki yang mata biru tusuami Zara ke Anis teragak-agak bertanya.

Belum sempat Irdina menjawab, Imran sudah muncul di muka pintu kedai Tursab bersama Izara.

Masing-masing berpandangan. Lama mereka terdiam. Anis pula tunduk menyorokkan wajahnya yang sudah dirasakan seperti semalu yang baru disentuh. Kuncup! Ya Allah, Imran dengar ke tadi

Irdina ketawa mengekek. Dia geleng-geleng mendengar pertanyaan Anis sebentar tadi. Baginya soalan itu terlalu lucu. Lawak pun ada!

Kenapa Anis tanya macam tu Anissukakan Imran ke Irdina mula mengusik gadis manis di depannya yang tunduk malu.

Anis! Macam mana kau boleh ada kat sini Izara mula menceriakan suasana bila melihat Anis tunduk membisu begitu. Wajah merah Anis sudah mula kelihatan mewarnai pipi putihnya. Tubuh gadis itu dipeluk sebentar.

Zara.. Anis turut membalas pelukan Izara.

Imran pula masih terdiam di situ. Tergamam.

Kenalkan! Ini adik-adik saya. Imran dan Izara. Irdina mula kenalkan adik-adiknya..

Puan Ainon senyum. Matanya melirik pada Anis yang masih tunduk. Hmm..patutlah dia menolak hasrat Razman.

Wajah Anis semakin merah menahan malu.

Jemputlah datang ke rumah. Boleh makcik sediakan lauk kampung yang sedap-sedap. Puan Ainon pelawa Irdina dan adik-adiknya.

InsyaAllah makcik..satu hari nanti kami akan berkunjung ke rumah makcik. Irdina senyum penuh makna. Dia jeling Imran dan Anis silih berganti.

Anis, kenapa kau tak cakap yang kau pun balik bercuti Selalunya kalau cuti singkat macam ni kau tak balik kampung! Izara sengih. Tangan Anis dipegang kemas.

Err..aku ada hal sikit. Anis mula pandang Izara di sebelah.

Imran masih lagi diam membisu. Wajah gadis somtam direnung lama. Betul ke minah ni sukakan aku Pertanyaan kak Dina tadi sempat ditangkap oleh telinganya. Telinganya belum pekak.

Eh! Kak Yah!

Empat kepala berpaling serentak ke arah pintu kedai.

Puan Ainon bersalam dengan besannya, ibu Razman. Razman turut mencium tangan ibu mertuanya.

Cucu nenek pun ada! Pipi Aira dicium lembut.

Anis perlahan mendekati Puan Bahiyah dan mencium tangan orang tua tu. Razman di sebelah hanya dijeling bersahaja. Aira pula pantas memaut jemari Anis, makcunya.

Imran menyambut salam dari Razman. Siapa pula dia ni Mukanya sudah berkerut melihat lelaki kacak berkaca mata itu mula tersenyum dan berdiri di sebelah Anis. Kelihatan sungguh mesra.

Siapa ni Izara mula mengusik Anis. Bahu Anis dicuit lembut.

Dia..

Saya bekas abang ipar Anisbakal suami

Bagai ditarik magnet, pantas Anis menoleh ke arah Razman. Bakal suami Tersentap tiba-tiba. Dahlah dia mengaku depan Imran.

Razman pulak buat muka toya je. Aira didukung mesra dan cuba dekat dengan Anis. Bersentuh bahu.

Aduihharu macam ni.. Gumam Anis.