YATI, nampak Anis tak Puan Hartika menyoal.
Yati terpinga-pinga. Kepalanya tertoleh-toleh mencari kelibat Anis.
Maaflah, puan. Sehari suntuk saya tak nampak dia. Kenapa, puan
Ni, surat untuk dia. Saya ambilkan tadi. Ingat nak bagi sendiri pada dia. Lagi pula sejak kebelakangan ni saya tengok sikap dia berubah, luah Puan Hartika. Perubahan sikap Anis ternyata mengundang resah di dadanya.
Yelah puan, saya pun perasan juga. Dia selalu lewat turun makan. Kadang-kadang tak turun langsung.
Itulah, saya ingat bila jumpa dia bolehlah saya cuba korek rahsia dia, getusnya. Segera dia berlalu pergi.
Anak kecil itu amat berlainan jika dibandingkan dengan anak-anak lain di rumah kebajikan ini. Sememangnya sikap berkecualinya itu membuatkan sesiapa juga merasakana apa yang dia rasa. Dia tidak mahu langsung bergaul dengan teman-teman yang lain.
Langkah Puan Hartika semakin laju setelah terperasan kelibat Anis. Dia sedang duduk seorang diri di taman rumah kebajikan itu.
Assalamualaikum, Anis.
Anis segera menoleh. Salam Puan Hartika dijawab dengan perlahan. Senyuman manis dilemparkan kepada Puan Hartika yang sudah dianggap seperti ibu di rumah kebajikan itu.
Anis buat apa Dah makan
Sudah.
Buat apa sorang-sorang kat sini Dia mengulang kembali soalannya.
Saja duduk-duduk, jawab Anis tersipu-sipu.
Anis memandang wajah Puan Hartika. Rindunya pada seorang ibu kembali menyelubungi. Wajahnya ditundukkan agar tidak dilihat oleh Puan Hartika. Namun, matanya mula digenangi air. Ternyata dia tewas pada perasaannya. Dia menangis tersedu-sedu. Puan Hartika memandangnya penuh simpati.
Anis, kenapa ni Kalau Anis ada masalah beritahulah pada ibu. Sekurang-kurangnya boleh meringankan beban Anis, pujuk Puan Hartika.
Anis hanya membatukan diri. Takut andai luahannya nanti menimbulkan kesusahan pula pada Puan Hartika.
Anis, ibu sedia membantu Anis. Ibu dah anggap semua anak-anak di rumah kebajikan ini sebagai anak ibu. Masalah Anis adalah masalah ibu juga. Ibu susah hati lihat keadaan Anis begini. Tangan Puan Hartika mengusap-usap kepala Anis.
Bibir Anis bergerak-gerak.
Anis rindu... lama Kak Nurul tak datang tengok Anis. Kak Nurul dah lupakan Anis agaknya, duga Anis.
Puan Hartika terdiam. Mungkin dia sendiri tidak menyangka kerinduan Anis terhadap kakaknya. Lama Puan Hartika merenung wajah Anis. Dilapnya muka Anis dan diusap-usap rambut anak gadis itu dengan lembut.
Anis, pandang ibu, gesa Puan Hartika.
Perlahan-lahan Anis mengangkat muka. Di hujung matanya masih ada sisa-sisa air mata yang mengalir.
Anis, mungkin Kak Nurul sibuk sekarang. Ma nalah tahu, tiba-tiba dia datang nak buat surprise kat Anis. Tentu Anis suka, kan Anis hanya diam membatu.
Tentu Kak Nurul sedih kalau dia tahu Anis bersedih macam ni. Anislah satu-satunya harta yang Kak Nurul ada. Masalah Anis, masalah Kak Nurul juga. Jadi, susah hati Anis susahlah hati Kak Nurul.
Tapi, kenapa dah tiga bulan Kak Nurul tak datang sini Anis betul-betul rindu pada Kak Nurul. Ibu nak tahu, Anis sampai demam sebab rindu sangat pada Kak Nurul. Sayu suara Anis.
Kak Nurul tak pernah lupakan Anis. Ni ada surat untuk Anis. Puan Hartika menyerahkan sam pul surat berwarna coklat itu kepada Anis.
Tangan kecil Anis mencapainya. Perlahanlahan hujung sampul surat itu di koyakkan.
Assalamualaikum, bidadari kecil...
Maaf kerana akak tak dapat menjenguk Anis di sana. Insya-Allah, hujung minggu ni akak akan datang melawat Anis. Bila akak datang, akak nak tengok Anis semakin gebu, comel dan besar! Akak tak nak Anis kurus macam tempoh hari. Susah hati akak. Anis nak tengok akak susah hati ke Akak sayang Anis. Jagalah diri Anis baik-baik. Kirim salam akak pada Ibu Hartika, ya. Akhir kata, peluk cium akak untuk Anis....
Anis memasukkan kembali kertas itu ke dalam sampul surat.
Ibu, akak kirim salam. Bibir Anis menyimpul senyum.
Mata Puan Hartika mula berkaca. Dadanya sebak menahan pilu. Anis, ibu kan ada. Ibu akan sentiasa bersama-sama Anis. Ibu sayang Anis. Hati ibu sedih lihat Anis selalu menangis.
Anis memeluk Puan Hartika. Kerinduan pada kakaknya amat dalam. Semakin kuat pelukannya, semakin kuatlah rasa rindunya.
NURUL duduk di tepi sebuah kolam kecil. Cantik. Siap ada air terjun buatan sendiri. Hatinya tercuit melihat anak ikan bermain-main di gigi air.
Lamanya, desis hati Nurul. Rasanya sudah setengah jam dia menunggu.
Cik Nurul, Satu suara menegurnya.
Eh, Rin. Mana Anis Nurul bertanya pada kerani cantik molek itu. Matanya melilau mencari kelibat Anis.
Maaflah, Cik Nurul. Anis tak mahu. Dah puas Rin pujuk.
Lah, kenapa pulak Rin Nurul tergamam. Tidak pernah Anis buat perangai selama ini.
Entahlah.Tapi dia ada di bilik sekarang. Cik Nurul pergilah lihat dia sendiri, ya, cadang Rina. Baiklah.
Nurul terus ke bangunan Siswarama yang menempatkan asrama wanita. Ketika sedang me nga tur langkah, dia melihat Puan Hartika di hujung bangunan. Nurul segera mendapatkannya. Melihat kedatangannya, Puan Hartika tersenyum. Bila Cik Nurul sampai tegur Puan Hartika.
Sudah lama juga.
Kerisauan di wajah Nurul ternyata mengundang tanda tanya Puan Hartika. Namun, Puan Hartika dapat mengangak kemungkinan yang berlaku.
Dapat jumpa Anis
Nurul hanya menggeleng kepala. Dia melangkah mendapatkan kerusi kayu yang ada di situ. Puan Hartika sekadar mengikuti.
Puan tahu kenapa Anis tak mahu jumpa saya
Perlahan-lahan Puan Hartika mengatur bicara. Dia tak mahu hati Nurul terguris kerana karenah Anis.
Anis rindukan Cik Nurul. Dah lama Cik Nurul tak datang jenguk dia, kan
Nurul mengeluh. Memang salah dia kerana tidak dapat bertemu Anis. Tetapi bukanlah dia sengaja. Permohonan cutinya sering ditolak oleh Harlina. Harlina asyik bertanya kenapa Nurul sering meminta cuti. Mungkin dia sudah mulai curiga.
Nurul banyak kerja, puan. Yelah, mana nak kumpul duit untuk pembedahan Anis tu nanti, ujar Nurul. Dia mencari helah. Rasa serba-salah pula.
Cik Nurul janganlah risau. Biasalah remaja macam Anis tu. Apa yang dia nak tapi tak dapat, cepatlah dia terasa hati.
Puan Hartika menyuruh Nurul memujuk Anis. Nurul tahu Anis teringin sangat berjumpa dan bercakap dengannya. Namun dia juga mungkin jauh hati dengan sikap dirinya.
Nurul mengetuk pintu bilik yang menempatkan Anis dan beberapa orang budak perempuan. Bila pintu dibuka, wajah Anis memandang Nurul dengan hairan.
Kak! Nada suara Anis meninggi. Terperanjat melihat dirinya, agaknya.
Nurul memeluk Anis dengan erat. Air matanya bergenang. Mahu sahaja dia melutut memohon maaf. Nurul terasa bersalah telah melukakan hati Anis.
Maafkan akak, dik. Sayu suara Nurul.
Anis membalas pelukan kakak kesayangannya itu dengan seerat mungkin. Terluah beban rindu yang sarat menghempapnya selama ini.
Kak, kenapa lama tak jumpa Anis Anis bersuara.
Maafkan akak. Akak cari duit untuk kita dik. Untuk Anis.
Anis tak mahu duit kak. Anis mahu akak. Anis memeluk Nurul kembali. Hatinya langsung disayat pilu.
Melihat keadaan Anis, Nurul menjadi buntu. Rasa berdosa pula bila mengingat kembali rancangannya selama ini.
Lama Nurul memujuk Anis. Banyak yang mereka bualkan. Nurul juga bertanya tentang persekolahan Anis. Terasa lucu bila Anis bercerita tentang kawan-kawan di sekolahnya. Kata Anis, dia punya ramai kawan di sana. Tidak seperti di asrama itu. Nurul memanjatkan rasa syukur. Sekurang-kurangnya Anis tidak kesepian. Lagi pula banyak masanya dihabiskan di sekolah.
Duit yang akak beri Anis buat apa soal Nurul.
Anis simpan dalam tabung harimau.
Nurul ketawa geli hati. Dia teringat tabung harimau yang didapatinya dari Maybank. Ternyata Anis masih menyimpan tabung itu lagi.
Kan akak suruh Anis gunakan duit tu untuk beli barang sekolah, makan, jajan....
Anis sayang duit tu macam Anis sayang akak. Akak penat kerja cari duit untuk Anis. Anis tak mahu boros.
Nurul terkedu mendengar jawapan Anis. Walau umur masih setahun jagung, dia sudah pandai memahami pergolakan hidup. Masa telah mematangkan fikirannya.
Nanti bila akak dah cukup duit, Anis boleh buat pembedahan, ujar Nurul.
Kenapa kak Anis tak sakitlah, marah Anis.
Bukan, maksud akak, bila kaki Anis dibedah, Anis boleh berjalan semula.
Betul ke, kak
Betul, sayang. Sebab tu Anis kena banyak sabar. Akak tengah cari duit untuk Anis sembuh, Nurul memeluk Anis.
Sepanjang hari bersama Anis, langsung tidak terasa masa cepat berlalu. Nurul melihat jam sudah menunjukkan pukul lima petang. Dia teringat Harlina yang kebiasaannya balik selewat jam enam petang. Terasa sayu untuk dia meninggalkan Anis. Nurul berjanji akan datang lagi dan membawa Anis ke pantai. Lega hatinya melihat wajah Anis yang ceria. Dipeluk cium adik kesayangannya itu sepuas hati.
Nurul menghantar Anis ke biliknya. Anis, jaga diri tau. Jangan nakal-nakal. Ya, kak, gumam Anis.
Nurul melambaikan tangan tanda perpisahan. Hanya sementara doanya. Anis membalas lambaian kakaknya sambil menjerit memberitahu dia menyayangi Nurul.