Complete Me - 13
Bab 13

AFIQA tersentak apabila bahunya digoncang kuat oleh Airish. Tidurnya terganggu sekaligus menghilangkan terus akan mimpinya pada percutian mereka di Phuket yang sudah berakhir. Afiqa mencelikkan matanya luas. Masih terasa mamai. Matanya sibuk memerhatikan sekeliling. Ada dekat mana ni

Ruang tamu rumahnya dipandang sebelum bertentang dengan mata Airish.

Handphone kau berbunyi tak berhenti!

Handphonenya dicapai. Mata Afiqa terbelalak memerhatikan nama si pemanggil. Dia terus meninggalkan ruang tamu itu sebelum meloloskan dirinya ke dalam kamar dalam keadaan terhuyunghayang kerana masih mamai. Badannya disandarkan pada pintu. Wajah Rayhan terbayang di ruangan matanya. Jam dinding dijeling. Sudah lewat 10 malam. Lantas, Afiqa berlari anak menuju ke arah tingkap. Langsir diselak kecil, mengintai masih adakah Rayhan di situ. Handphonenya dijeling lagi setelah panggilan baru memasuki ruangan skrin telefonnya. Nama Rayhan terpapar lagi. Afiqa mengeluh. Kali ini, sudah masuk 20 kali lelaki itu menelefonnya.

Fiqa! Akhirnya Fiqa angkat jugak. Abang masih lagi di depan rumah Fiqa. Boleh tak Fiqa keluar sekejap. Abang nak jumpa kejap saja. Abang akan tunggu sampai Fiqa keluar.

Afiqa hanya diam sebelum memutuskan talian. Suara Rayhan yang merayu terasa menggigit tangkai hatinya. Lama dia terdiam seperti sedang memikirkan sesuatu yang rumit. Matanya terarah pada jaket sejuknya yang tergantung di belakang pintu kamar.

Kau nak jumpa dia, kan

Oh, mak kau! latah Afiqa tiba-tiba.

Airish masih di ruang tamu rupanya. Ingatkan lelaki itu sudah lama naik ke biliknya. Tubuh Airish yang tersandar pada sofa itu dipandang Afiqa takut-takut.

Sekejap saja..., perlahan sahaja suara Afiqa menerjah gegendang telinga Airish.

Tajam mata Airish menikam anak mata hitam gadis ini. Nafasnya dihembuskan lembut.

Jangan keluar, begitu tegas Airish bersuara. Pergi masuk bilik kau.

Maafkan Fiqa....

Lengan Afiqa ditarik Airish memberhentikan wanita itu daripada melangkah ke arah pintu utama.

Please..., lembut suara Afiqa merayu pada Airish agar membenarkannya keluar.

Airish meraup mukanya. Dia sendiri keliru sama ada mahu membenarkan gadis itu keluar ataupun tidak. Sinaran mata Afiqa yang bagaikan begitu mengharap membuatkan Airish rasa serba salah. Lantas, tangan gadis itu dilepaskan sebelum dia menghempaskan tubuhnya kembali ke atas sofa. Sengaja berbuat begitu memberikan dua kata putus kepada wanita itu, sama ada keluar mahupun tidak. Saat Airish mengangkat mukanya, Afiqa sudah hilang dari pandangannya. Pintu rumahnya yang ternganga luas sudah menjelaskan segalanya.

Kau dah buktikan yang kau memang tak boleh lupakan dia, bisiknya sendiri. Jauh merenung pada tubuh Afiqa yang berjalan menuju ke pintu pagar rumah mereka.

Rayhan bagaikan tidak percaya. Menatap seraut wajah yang sekian lama dia nantikan. Agaknya dia sudah gila kerana sanggup menunggu gadis selama berjam-jam lamanya.

Fiqa, ceria suara itu menyapa Afiqa.

Tubuh yang sekian lama tidak menjelma dalam realiti kehidupannya kini sudah berdiri di hadapannya. Kau tak patut datang sini. Nanti, apa pulak kata orang sekeliling. Tak malu terpacul terus soalan itu daripada mulut Afiqa apabila Rayhan mendekatinya.

Sungguh. Sehingga kini, tersimpan kemas kata-kata Rayhan itu sewaktu di warung dulu dalam mindanya.

Abang datang sini sebab nak jumpa Fiqa.

Berhentilah berpura-pura, boleh tak

Afiqa memejam kedua-dua belah matanya. Hatinya terasa sangat berat. Sama seperti matanya. Kelompokkelompok air terasa seperti tergantung di bawah matanya.

Fiqa hukumlah abang. Abang sanggup!

Lengan Afiqa diraih Rayhan sambil tangan Afiqa dilayangkan di udara sebelum berlabuh kuat di bahu lelaki itu. Afiqa menarik kuat tangannya daripada genggaman Rayhan. Suasana bertukar sunyi sepi antara mereka. Deruan angin semakin membelai mereka berdua di tengah-tengah kepekatan malam. Afiqa semakin tidak selesa berada dalam keadaan begitu, lalu kakinya mahu diangkat masuk kembali.

Fiqa abang masih sayangkan Fiqa.

Rasa mahu gugur jantung Afiqa mendengarnya. Segala langkahnya menjadi kaku. Pengakuan apakah ini Kenapa baru sekarang

Abang tak pernah berhenti mencintai Fiqa!

Rayhan semakin mendekat. Mencuba mendekati Afiqa yang sejak tadi kaku dan bisu itu. Adakah gadis itu terlalu membencinya sehingga tidak sudi berpaling lagi ke belakang. Atau adakah mungkin gadis itu sudah melupakannya. Lantas, bahu gadis itu diraih lalu dihadapkan berhadapan dengannya.

Rayhan terkejut. Kesan air mata yang mengalir di lekuk pipi gebu gadis itu bagaikan menjawab segala persoalannya. Tangannya naik mengusap pipi gadis itu lalu dilap selembut mungkin air mata Afiqa.

Kenapa

Sebab kehilangan Fiqa terlalu melukakan abang...

dan menyedarkan abang yang abang sangat mencintai

Fiqa.

Laju deraian air mata Afiqa membasahi pipinya. Sungguh tidak sangka, lelaki ini masih mencintainya.

I love you so much!

Rayhan mendepakan tangannya mahu memeluk Afiqa. Mahu meletakkan gadis itu kemas dalam pelukannya. Biar segala rasa yang tertanggung di dadanya dapat dileraikan.

Berhenti! Afiqa mengundurkan setapak, menyebabkan Rayhan juga berhenti serentak.

Saya ni isteri orang!

KAU okey tak ni Afiqa melabuhkan punggungnya di atas bangku yang berhampiran dengan Katrina yang masih berdiri itu.

Entah.

Kata tak suka. Tapi macam suka je, omel Afiqa bersahaja.

Tangannya menepuk-nepuk lembut bangku panjang yang masih kosong di sebelahnya. Katrina menjeling sahaja. Setapak demi setapak kakinya diundur sebelum turut duduk di sebelah Afiqa.

Rina. Kau beruntung sebab ada yang mencintai kau.

Katrina mengeluh. Tidak sangka itu yang difikirkan Afiqa sekarang ini.

Jodoh pertemuan tu, semuanya menjadi rahsia, Fiqa. Tak siapa yang tahu.

Sebab tu kita kena hargai apa yang datang. Sebab kalau kita tak hargainya, kita mungkin akan terlepas peluang yang terbaik.

Katrina diam.

Betul tak

Lurus pandangan Katrina pada kolam buatan manusia di tengah-tengah halaman rumah Airish ini. Sengaja mengalihkan pandangannya.

Sebab tu aku nak pertahankan apa yang aku ada sekarang ni.

Katrina bertentang mata dengan Afiqa. Aneh mendengar kata-kata itu.

Airish

Afiqa tersenyum seraya menggeleng. Katrina mengerutkan keningnya. Kalau bukan Airish Mata Katrina sudah membulat.

Rayhan

Afiqa mengangguk.

Apa kau cakap ni, Fiqa

Aku ingat, aku nak balik dengan dia!

Satu kenyataan yang bagaikan menghempap kuat kepala Katrina. Sungguh dia tidak percaya. Terus, berdiri tegak badannya menentang pandang pada Afiqa.

Ini macam dah terbalik. Pagi-pagi buta dia datang rumah Afiqa, konon-konon nak mengadu pasal gangguan Aidil. Gangguan ke Bukan dia pun suka, tapi pura-pura jual mahal Tak kisahlah. Ingatkan dapatlah khidmat nasihat percuma. Alih-alih Afiqa pula yang buat pengakuan yang mengejutkan.

Kau nak balik pada Rayhan Tak boleh! tegas Katrina berkata-kata.

Sabar, Rina... tolonglah faham keadaan aku.

No! Aku tak faham! Dan takkan faham! Kenapa kau nak buka balik luka lama. Kau nak parut kau tu berdarah lagi

Parut ni, takkan sembuh, Rina. Takkan sembuh....

Amarah yang ingin dihamburkan Katrina mati tatkala terpandangkan leraian air mata Afiqa itu.

Apa aku nak buat, Rina Bila cinta pertama aku datang dan merayu untuk kembali padanya... aku tak mampu nak tolak. Aku tak mampu, lirih suara Afiqa menerjah masuk ke telinga Katrina.

Aku masih sayangkan Rayhan. Malah, perasaan tu masih sama, Rina.

Sejak bila dia datang balik ni serius nada Katrina. Afiqa menarik nafasnya dalam-dalam.

Itu tak penting, Rina. Apa yang penting, dia cakap dia sayangkan aku.

Katrina tergelak sinis.

Sayang Kau percaya bulat-bulat macam tu saja Kau ingat dia serius ke dengan apa yang dia cakap tu marah Katrina lagi.

Jari-jemari Katrina diraih lembut Afiqa.

Aku sayangkan kau, Fiqa. Aku tak nak kau kecewa nanti, suara Katrina berubah menjadi sebak.

Aku nak rasa macam mana itu cinta sejati, Rina. Aku cuma manusia biasa. Aku harap sangat kau faham apa yang aku nak. Aku cuma mahukan kepercayaan kau.

Air mata Afiqa dilap perlahan sebelum menyambung kembali ayatnya.

Kepercayaan kau pada aku sangat penting, Rina. Tolonglah percayakan aku. Dengan kepercayaan kau, kau berikan aku kekuatan. Semua manusia buat kesilapan,

Rina. Mungkin kali ni Rayhan dah berubah

Nafas berat dihela Katrina. Rambut yang berjuntaian pada dahinya ditolakkan ke atas.

Aku faham.

Alhamdulillah. Thanks, Rina.

Tubuh Katrina ditarik dan dipeluk Afiqa seerateratnya. Terasa bagitu hangat pelukan itu.

Rina, aku nak mintak tolong sikit. Boleh

Apa dia

Telinga Katrina dirapati Afiqa dan dibisikkan halus beberapa perkara pada rakannya itu. Katrina tersenyum seraya mengangkat ibu jarinya. Handphonenya dikeluarkan lalu didailkan seseorang.

Hello, Lin