KEKASIHNYA QASEH - 13
SEPERTI duduk dalam duri, Qaseh kegelisahan berjalan menuju arah kereta hitam di seberang jalan depan sekolahnya itu. Sungguhpun Qaseh yakin itulah kereta hitam yang dinyatakan Zed, tetapi perasaan ragu-ragu tetap mengusik mindanya. Tinggal beberapa langkah sahaja lagi Qaseh menghampiri kereta itu, matanya merewang memandang sekeliling kawasan, memastikan tiada sesiapa sedang memerhatinya. Setelah ia pasti tiada seekor semut pun memandangnya, baharulah Qaseh mendekati kereta itu. Dari dalam kereta, Zed perhatikan sahaja gelagat Qaseh sambil bergenang air mata. Rindunya Zed ingin menatap wajah Qaseh dengan lebih dekat. Apabila Qaseh berada di depan kereta, Zed lantas menjenguk di tingkap kereta, dan menyuruh Qaseh segera masuk kereta. Setelah dia pasti bahawa itulah Zed, baharulah terukir senyum di bibir Qaseh, lalu dia pun melangkah masuk ke dalam kereta. Sebaik sahaja pintu ditutup, kereta pantas bergerak pergi dari situ.

Bagai perempuan bunting bertemu idamannya, begitulah kegembiraan yang sedang melanda perasaan Zed dan Qaseh di saat mereka dapat bertemu semula setelah lebih sepurnama berpisah. Kegembiraan mereka dikongsi sama oleh Syekar. Tersentuh hati Syekar melihat budak-budak berdua itu meluahkan perasaan antara satu sama lain. Syekar kagum dengan budi bahasa yang Qaseh tunjukkan. Kini Syekar merasa bertambah yakin untuk membantu mereka berdua. Pada pandangannya walaupun mereka masih muda tetapi berfikiran matang. Sepadan dan sesuai benar berkawan baik, bagai lepat dengan daun.

Di sepanjang perjalanan dari Melaka hingga ke Kuala Lumpur, mereka bertiga terus berbual mesra. Syekar makin mengenali Zed dan Qaseh dan makin menyukai budak-budak itu. Kematangan pemikiran Zed dan Qaseh jauh lebih dewasa dari sesetengah orang dewasa yang pernah Syekal kenal. Syekal berasa bangga dapat mengenali Zed dan Qaseh. Petutlah Amin beriya-iya nak jadikan Zed anak angkatnya. Kata Syekal di dalam hatinya. Kini Amin dan Salma bukan sahaja bakal mendapat seorang anak angkat, tetapi dua. Dalam keadaan sekarang ini, tentunya Qaseh juga akan diambil sebagai anak angkat mereka. Tidak lama kemudian mereka singgah di Perhentian R&R Ayer Keroh.

EXT. KAWASAN PARKING PERHENTIAN R&R AYER KEROH / SIANG.

KELIHATAN KERETA SYEKAL MENYUSUL MASUK PARKING DI CELAH-CELAH KERETA YANG BANYAK. CUT TO.

EXT. DEPAN KAKI LIMA RUANG TANDAS WANITA / SIANG.

KITA LIHAT QASEH BERJALAN MASUK RUANG TANDAS. SYEKAR MENYIMPANG MENUJU KE ARAH TANDAS LELAKI. TETAPI ZED HANYA BERDIRI MENUNGGU DI SITU. SYEKAR MENOLEH BELAKANG.

SYEKAR

Eh, Zed...apa pasal berdiri situ Tadi kata nak ke toilet.

ZED Saya nak tunggu Qaseh keluar dulu.

SYEKAR

Laa...nanti dia keluar tau la dia tunggu kita.

ZED Takpa...uncle gi dulu. Bila uncle dengan

Qaseh dah keluar, baru saya pergi toilet. Bolehlah uncle teman Qaseh.

SYEKAR MENGANGGUK FAHAM, SAMBIL TERSENYUM DAN TERUS BERJALAN KE ARAH TANDAS LELAKI.

Sanggup Zed tahan keperitan pundi kencingnya yang sudah penuh, kerana kasihnya kepada Qaseh. Zed kuatir jika Qaseh keseorangan keluar dari tandas nanti Qaseh akan tercari-cari hingga menyebabkan dia sesat di celah-celah orang ramai di kawasan rehat Ayer Keroh itu. Sekali Qaseh pernah hilang darinya dahulu, Zed tidak akan biarkan Qaseh hilang lagi. Sementara menunggu Qaseh dan Syekar keluar dari tandas Zed membelek-belek telefon bimbitnya. Dilihat jam hampir pukul 10.00 pagi.

Zed tersenyum, seperti ada sesuatu sedang mengeletek mindanya. Kemudian Zed merenung jauh ke dalam telefon bimbit itu, wajahnya serius mengelamun di situ. Tiba-tiba lamunan Zed dikejutkan oleh Qaseh yang baharu keluar dari tandas. Dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, Zed merenung Qaseh yang telah menukar pakaian seragam sekolah kepada pakaian biasa. Kejelitaan Qaseh yang dirindui semakin menyerlah. Kalau diikutkan hati hendak sahaja Zed memeluk Qaseh sekuat-kuat hatinya, di situ juga.

Suasana bilik hotel yang dingin dan gelap tadi, kini diterangi cahaya matahari dari luar, membuat Black tidak lagi senang tidur. Sambil mengeliat panjang Black membuka mata mengintai dari celah selimut, memandang sekeliling bilik. Bagai kerbau terkejut gong, Black tercengang-cengang kehairanan apabila mendapati Zed berserta barang-barangnya tiada di dalam bilik itu. Black yang berseluar boxer dan berbaju singlet melompat keluar dari selimut, terus mencapai talifon bimbitnya menghubungi Zed. Kalau tadi Black kehairanan Zed tiada di dalam bilik, kini Black dirundung kebimbangan, talifon bimbit Zed gagal dihubungi walaupun berkali-kali Black mencuba.

INT. BILIK HOTEL / SIANG.

KELIHATAN BLACK DALAM KEADAAN GABRA SEDANG MENDAIL TALIFON BIMBITNYA. KITA DENGAR BUNYI TALIAN DISAMBUNG.

BLACK Hello...Hello Jef, Zed ada dengan lu

JEFRI (V.O)

Eh...kan dia dengan lu...

BLACK Masak! Gua penik giler, togk!

JEFRI

Relek bro...apahal

BLACK

Gua baru bangun tidur ni...Zed takda dalam bilik. Barang-barang dia pun takda. Gone! Clear! Beg, gitar, semua takda, togk!

JEFRI (V.O)

Biar betul! Kau ada call dia tak

BLACK Dah call, phone dia off. Mati terus.

JEFRI (V.O)

Fon dia habis battery kut...

BLACK

No way, sebelum tidur semalam dia charge fon dia, togk!

JEFRI (V.O)

Berat ni, bro. Apapun lu cuba cari dia. Aku pun akan cari. Nanti apa-apa kita update!

BLACK MENGANGGUK SAMBIL MATIKAN TALIFON BIMBITNYA. KEMUDIAN DIA DIAL SEMULA TALIFON BIMBITNYA ITU.

BLACK Adus! Masih off!

WAJAH BLACK BERSERABUT SAMBIL BERJALAN BOLAK BALIK KELILING BILIK HOTEL ITU. KEMUDIAN BLACK MENDAIL TALIFON DI BILIK ITU PULA.

BLACK

Hallo...reception Do you see a boy with guitar at lobby or cafe, now or earlier Or anywhere lah!

CUT TO.

INT. RUANG RESEPSI HOTEL / SIANG.

KELIHATAN STAF-A SEDANG BERBUAL DENGAN BLACK DI TALIFON. DI SEBELAH STAF-A, ADA STAF-B SEDANG MEMERHATI.

STAF-A

Ooo...that band boy. Sorry, we dont see.

(pandang staf-B) Eh...wait Wait sir!

STAF-B MENCUIT STAF-A SAMBIL MEMBERI ISYARAT YANG STAF-B ADA TERNAMPAK ZED. STAF-A PUN SAMBUNG PERBUALAN.

STAF-A

Sir! My coligue just told me. They saw him early this morning...

BLACK (V.O)

What time Where

STAF-A Around 5.00am, Sir. He left the hotel.

BACK TO.

INT. BILIK HOTEL / SIANG.

SEBELAH TANGAN BLACK MEMEGANG TALIFON

BIMBIT DI TELINGA. SEBELAH TANGAN LAGI

MENGGOSOK-GOSOK KEPALA. WAJAHNYA PUCAT DILANDA KERISAUAN.

BLACK What!!! He left the hotel How!

STAF-A (V.O)

Sorry sir, that we dont know. We only see him walk out. I think someone waiting for him outside.

BLACK

(marah)

I dont care what you think. You all patut tengok mana dia pergi!

STAF-A (V.O)

Im sorry Sir. Isnt he suppose to be with you.

BLACK TERUS TERDIAM; MENGHEMPAS TALIFON KE GANGGANG. DALAM KEADAAN KUSUT, BLACK BERKEMAS BARANG-BARANGNYA, UNTUK BERANGKAT PULANG.

Berbagai persoalan meremang di dalam fikiran Black. Mengapa Zed keluar dari hotel tanpa memberitahunya lebih dulu. Kemana perginya Zed Persoalan itu bermain di dalam fikiran Black sepanjang hari, sehingga dia tiba di rumahnya di Pekan Pahang. Kemudianya pada petang itu juga Black bertemu Jefri. Masing-masing masih gagal menghubungi Zed di talifon bimbit. Mereka pun talifon satu persatu orang-orang kenalan Zed dan kawan-kawan sekolah Zed, tetapi tidak seorang pun tahu menahu di mana Zed. Kemudian Black terfikir untuk menghubungi pihak penganjur konsert, dan jawapannya sama sahaja, mereka tidak tahu juga.

Sejurus lepas itu Jefri teringat pada Amin dan Salma, tetapi sayang nombor talifon mereka tiada dalam simpanan Jefri. Di mana kediaman mereka, lagilah Jefri tidak tahu. Kali terakhir Jefri bertemu mereka adalah di hari pengkebumian arwah Nenek Som. Kini menular perasaan kesal di lubuk hati Jefri kerana tidak menyimpan nombor talifon Amin dan Salma. Sepasang suami isteri yang pernah Zed sebutkan padanya, dianggap seperti ibubapa sendiri. Firasat Jefri kuat menyatakan berkemungkinan Zed ada bersama pasangan suami isteri itu. Tetapi apakan daya, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Keluh Jefri pada dirinya.

Black dan Jefri berterusan membuat berbagai andaian dan spekulasi, barangkali Zed begitu dan begini. Shingga ke malam hari, mereka masih diselubungi kebuntuan tanpa rumusan. Hendak dilapurkan kepada pihak polis, hanya boleh dibuat selepas 24 jam peristiwa kehilangan berlaku. Maka terpaksalah mereka menunggu hingga esok hari untuk membuat lapuran polis.

Dari luar rumah kedengaran bunyi kicauan burug-burung sedang mendendangkan lagu gembira. Burung-burung bersuka ria menyambut kehadiran matahari pagi yang tenang mengintaiintai di celah awan menghidupkan bumi. Tetapi di dalam rumah arwah Nenek Som, Jefri murung keseorangan termenung di meja dapur sambil menjamah sarapan. Roti sekeping pun tidak habis dimakan. Air teh masih penuh di cawan, Jefri bangun meninggalkan rezeki ternganga di atas meja. Berkali-kali Jefri membelek talifon bimbitnya kalau-kalau ada panggilan dari Zed yang diharap-harapkan dari semalam. Tau-tau airmatanya bergenang. Jefri merasa sungguh bersalah. Jefri akui, dia gagal menjaga hati Zed. Dia belum mengenali budak itu sepenuhnya. Berat hati Jefri hendak melangkah kaki menuju ke balai polis.

Setibanya di balai polis, Black sudah menunggu untuk mereka bersama-sama membuat lapuran tentang kehilanagan Zed. Setelah lebih satu jam Black dan Jefri memberi segala keterangan diperlukan pihak polis, mereka pun beredar dari situ. Tiba-tiba Inspektor Badri, ayah Qaseh muncul dari dalam balai menegur Jefri. Masing-masing terkejut, rupa-rupanya Zed dan Qaseh sama-sama menghilangkan diri di hari yang sama, cuma berlainan tempat.

Jauh di lubuk hati Badri dan Jefri, mereka mengesyaki Zed telah melarikan Qaseh. Black, Jefri dan Badri bertekad untuk bermatian mencari budak berdua itu sampai jumpa. Meskipun begitu, Badri awal-awal lagi memohon agar Black dan Jefri tidak menghebuhkan pekara ini kepada pihak umum. Maklumlah Badri seorang pegawai polis yang berjaya, yang baharu dianugerahkan pangkat kerana kehebatannya menumpaskan samseng-samseng negara. Badri minta agar Jefri memberi sepenuh kepercayaan kepada pihak polis menjalankan tugas, tanpa gangguan dari pihak lain, terutama sekali media. Black dan Jefri sebulat suara bersetuju.

Petang itu juga Jefri berangkat ke Kuala Lumpur. Black harus membuat lapuran lanjut di balai polis Bukit Jalil, memandangkan Zed kali terakhir dilihat bersamanya di hotel, di Bukit Jalil.

Sofia, ibu Qaseh pula sudah berada di Melaka bersama Zetty, membuat lapuran selanjutnya di balai polis Melaka. Tentunya Pak Ayob, pemandu Zetty ada bersama mereka untuk melengkapkan lapuran, kerana kali terakhir Qaseh dilihat bersama orang tua itu, pada pagi Isnin semalam.

Nampaknya Pak Ayob seorang yang berpegang pada janji. Sedikit pun dia tidak mendedahkan perihal Qaseh, yang harihari meminjam talifon bimbit darinya, apabila ditanya oleh pihak polis. Bagaimanapun pihak polis agak musykil dengan kejujuran orang tua itu. Dengan serta merta talifon bimbit Pak Ayob telah dirampas dari tangannya. Alangkah terkejutnya Pak Ayob, bagai belut digetil ekor dia bertindak balas merampas semula talifon bimbitnya dari tangan pegawai polis itu. Berlangsunglah adengan tarik-tarik talifon bimbit buat seketika waktu antara Pak Ayob dan pegawai polis, sambil diperhatikan sahaja oleh Zetty dan Sofia. Akhirnya Pak Ayob akur talifon bimbitnya diperiksa. Seperti biang kucing, Pak Ayob keluh kesah menanti kesudahannya.

Sesungguhnya nasib menyebelahi Pak Ayob. Tiada satu pun tanda-tanda bahawa Qaseh pernah membuat panggilan kepada Zed melalui talifon bimbitnya itu. Sewajarnya Qaseh telah dipesan oleh Zed awal-awal lagi agar memadam segala maklumat panggilan keluar yang dibuat melalui talifon bimbit orang tua itu. Pak Ayob menarik nafas lega yang sangat panjang, apabila talifon bimbitnya kembali ke tangan dengan selamat. Maka selamatlah perkerjaannya sebagai pemandu peribadi kepada Cikpuan Zetty.