Cakap pada aku kau kat mana sekarang Soalku bertubi-tubi tanpa sempat memberi salam mahupun menanti orang di talian bersuara.
Aku okeylah Sha. Jangan risau. Aku dah sampai dekat rumah sewa ni.
Syukur Alhamdulillah. Kau tahu tak.. Aku tidak dapat menghabiskan ayatku kerana mata sudah berkaca dan suara tidak mampu keluar. Gara-gara terlalu gembira mendapat berita dari Munirah.
Janganlah nangis macam ni. Aku sihat walafiat ni. Sungguh tak tipu. Kalau kau nangis, aku pun nangis kejap lagi. Suara Munirah kedengaran sudah sebak.
Aku bersyukur sangat kau dah balik. Riz dah tahu Suara cuba kukawal.
Aku baru aje telefon dia. Nasib baik belum sempat buat report polis. Munirah ketawa kecil di hujung talian. Eh, orang tengah sebak boleh pula dia ketawa.
Fa..
Haaa kau jangan sebut nama dia sekarang kalau
kau sayang aku, please. Munirah seakan merayu dan aku terpaksa akur. Lagipun aku yakin Mukhriz sudah maklumkan Faiz tentang perkara ini.
Tapi, sebenarnya kau pergi mana dan kenapa baru sekarang kau balik Soalan lain yang menjengah mindaku.
Adalah somewhere. Aku akan cerita panjang dekat kau esok petang lepas office hour. Munirah terus mencadangkan.
Aku tunggu penjelasan kau.
Syukur sangat Fitri sedarkan aku. Tiba-tiba nama itu terlucut dari bibir Munirah.
Aku pastinya terkejut. Fitri Oh, baru kuingat tengahari tadi Fitri bagitahu yang dia akan berusaha cari punca masalah aku. Tapi, hebatnya dia. Tidak sampai 12 jam semuanya selesai.
Berapa orang penyiasatlah yang diupahnya dan dari mana agaknya dia tahu tentang kehilangan Munirah Ish, semua itu tidak penting. Paling utama sekarang, Munirah sudah kembali dengan selamat.
Kau pun dah letih tu, pergilah berehat dulu. Aku sarankan Munirah. Pasti keletihan sudah menyelubungi kawanku ini.
Okey, jumpa esok. Bye. Munirah tamatkan perbualan kami dengan suara yang sedikit ceria. Mungkin lega dengan masalah yang ditanggungnya. Tetapi, masalahnya dengan Faiz belum selesai. Itu akan difikirkan kemudian. Sekarang aku harus beritahu khabar melegakan ini pada Kak Zila dahulu. Lantas aku bangun dan keluar dari bilik.
LENGAN Munirah kupaut erat saat melangkah masuk ke dalam Pizza Hut. Sudah gaya bimbang sangat kawanku ini akan lari lagi. Habis sahaja kerja kami di ofis tadi, aku terus mengajak Munirah ke sini. Dia masih berhutang banyak persoalan denganku. Tengahari tadi kami tidak makan bersama kerana Munirah habiskan waktu rehatnya dengan Mukhriz.
Ish kau ni, kut ya pun tak payahlah peluk lengan aku kuat semacam ni. Esok kau ada suami, nak peluk kuat-kuat macam ni barulah boleh. Ini aku pula yang jadi mangsa, rengek Munirah perlahan sambil cuba melonggarkan peganganku.
Sakit ke, sorry. Aku tak mahu pisang berbuah dua kali. Aku merenung Munirah sekejap sebelum kembali mencari ruang kosong untuk kami duduk. Mohon penjelasan. Mana kau pergi dan kau buat apa selama dua hari ni Soalan itu terus kuaju saat pelayan beredar.
Tunggulah air sampai dulu. Dahaga ni. Lepas minum seteguk dua baru aku cerita panjang. Munirah tersenyum lebar.
Mahu atau tidak aku angguk juga. Layankan sahaja Munirah. Bimbang jika aku macam-macam, hilang mood Munirah untuk berterus-terang. Aku juga yang tertanya-tanya sampai ke sudah nanti.
Kami berbual kosong sementara menanti minuman sampai. Kemudian aku beri laluan untuk Munirah meneguk Coke yang dingin.
Hai! Satu suara menyapa gegendang telingaku.
Aku dan Munirah sama-sama mendongak. Fitri sedang tersenyum mesra. Tahu pula dia yang kami di sini. Senyumku lambat terukir, tetapi tatkala fikiran digamit sesuatu terus senyumku terlakar semanis tebu.
Hai, Encik Fitri. Hari ini dalam sejarah aku tegur Fitri dahulu sebelum Munirah.
Dua orang aje Fitri laju menyoal.
Aku angguk sambil cuba mengawal tahap senyuman. Takut terkurang manis.
May I join you guys, if both of you dont mind. Fitri menyoal sopan.
Sure. Balasanku serentak dengan pandangan pelik Munirah. Sampai berkerut dahinya. Aku balas dengan kepala yang digerak sedikit ke atas. Tanda bingung dengan lagak Munirah.
Saya duduklah ya Kata-kata Fitri menamatkan sesi main mataku dengan Munirah. Kerusi di sebelahku Fitri tarik dan selamba dia duduk.
Aku pula spontan menarik kerusi menjauh sedikit darinya. Keharuman perfume Armano Paris terus mencucuk deria bauku. Bau yang sama dengan perfume yang kuhadiahkan pada Shauqi. Nasib baik wangi. Aku memang kurang berkenan dengan orang yang berbau badan. Bukannya memilih tetapi setiap orang ada pantangnya.
Perbualan kami bertiga pun bermula. Dari hal restoran kegemaran hinggalah ke hal syarikat. Banyak sekali informasi yang berjaya kukutip dan pastinya boleh dimanfaatkan. Ternyata seronok juga berbual dengan Fitri. Entah kenapa selama ini aku sangat keras hati, tetapi disebabkan hal Munirah, hatiku sedikit terbuka untuk menerima kehadiran Fitri.
Akhirnya tepat jam 6.30 petang perbualan kami bertiga tamat. Masing-masing memandu kereta sendiri pulang ke rumah. Di sepanjang perjalanan pulang, aku dapat rasakan satu perasaan yang agak pelik sebenarnya. Kali pertama aku rasa selesa dengan Fitri. Mungkin ada sesuatu yang telah ditakdirkan untukku. Tetapi, tidaklah aku sampai sudah ke tahap jatuh hati. Mungkin rasa ini hanya seiring dengan rasa terhutang budi atas apa yang Fitri lakukan pada Munirah.
USAI menyidai telekung dan sejadah, aku kembali ke katil. Galaxy A kucapai dan ada dua miss call. Patutlah tidak dengar tadi, Galaxy A masih dalam silent mode. Skrin Galaxy A kusentuh dan terus dahiku berkerut. Kedua-duanya panggilan dari Niel. Kusentuh lagi skrin dan tidak sampai satu sentimeter dari skrin, ibu jariku terhenti. Simbol call kutenung beberapa saat.
Ish, tak ada mood nak cakap dengan Niel. Dialah penyebab aku lambat tahu pasal Mun hilang. Budak ni memang sentiasa ada sebab untuk buat aku sakit hati. Biarlah. Lagipun mesti benda tak penting. Selalunya sibuk nak kacau orang aje, omelku dalam hati.
Galaxy A kucampak ke atas katil sebelum aku turun ke tingkat bawah. Sengaja menyertai Miza dan Kak Zila yang sedang khusyuk menonton drama Melayu. Sambil-sambil itu kami berbual kosong hinggalah jarum jam dinding terpacak ke angka sepuluh malam. Aku dan Miza minta diri untuk masuk ke bilik. Badan terus kurebahkan ke atas katil.
Aduh! Automatik aku terjerit perlahan serentak dengan badan diangkat. Tanganku meraba ke atas katil. Aku terbaring atas Galaxy A rupa-rupanya. Tanganku mula menekan button dan menyentuh skrin. Ada berpuluh WhatsApp dan dua lagi miss call.
WhatsApp kubiarkan. Pasti ahli group WhatsApp yang sedang rancak berbual menjadikan jumlah WhatsApp hingga begini banyak. Panggilan tidak berjawab kusemak dan aku hela nafas agak kuat. Dari Niel lagi. Apa lagilah budak kecil ini mahu. Memang tak reti putus asa.
Malas hendak melayannya tapi bagaimana jika ada sesuatu yang sangat penting ingin Niel sampaikan. Mungkin berkaitan Mak Cik Ruqayyah Tapi, andai betul pastinya Inayah yang akan memberitahuku sendiri. Macam mana pula kalau Inayah juga terlibat
Mataku membulat saat sangkaan negatif mula hinggap di fikiran. Beberapa kali aku menggeleng. Kenapalah Aliya Shaqina suka sangat berfikiran negatif tak tentu hala. Teruk betul.
Mama! Sekali lagi aku terjerit kecil saat Galaxy A tiba-tiba berbunyi nyaring. Lambat-lambat aku jawab panggilan ini.
Hello, sapaku dengan dingin.
Baru nak angkat. Penat saya tunggu mak cik tahu tak Punyalah susah nak dapat. Lain kali campak aje telefon tu dalam laut, bagi makan jerung. Cuba kalau panggilan penting. Mula dah budak kecil ini membebel. Aku ketap bibir sebelum membalas.
Apa lagi yang Niel nak ni Cukup-cukuplah ganggu akak. Ada banyak lagi benda lain akak nak kena fikir dan buat. Aku tidak mahu berlengah-lengah lagi dengan Niel kali ini.
Mak cik takkan tak rindu saya Nyata Niel tetap sama tidak berubah.
Hampir terlupa aku yang dia juga anak Mak Cik Ruqayyah. Oh, persoalan tentang itu tiba-tiba menggigit tangkai hati. Tetapi, tidak boleh dilayan sangat. Masalah Munirah paling utama saat ini.
Niel jangan main-main boleh tak. Cuba jadi serius sikit. Hari tu dekat rumah ummi Niel, kan elok jadi manusia berguna. Bibirku tiba-tiba lantang menuturkan. Niel kan biasanya tiada perasaan.
Jadi, selama ni mak cik rasa saya ni manusia tak berguna Eh, lain macam pula suaranya. Seakan merajuk.
Aku terdiam hampir seminit. Sedang memikirkan ayat yang sesuai untuk dibalas.
Atau.. Niel terlebih dahulu bersuara sebelum aku sempat membalas.
Mak cik dah mula sukakan lelaki yang mak cik tak suka tu Dulu bukan main ketat lagi muka masa makan dengan dia. Sekarang dah elok boleh ketawa berborak. Kata-kata Niel benar-benar membuatkan hatiku menggelegak.
Apa yang Niel merepek ni Jangan nak tuduh akak sembarangan. Suaraku lebih lantang kali ini.
Saya nampak dengan mata saya sendiri mak cik. Agak sinis pula suara Niel.
Ya, memang akak makan dengan dia, tapi kawan akak ada sekali. Kenapa Niel nak tuduh akak perempuan apa lagi Cukup-cukuplah dengan semua tuduhan yang dilemparkan dekat akak. Akak tak pernah usik orang dan tak pernah cari masalah dengan orang. Tapi, kenapa semua nak tuduh akak, cakap akak macam-macam Kali ini nada suaraku semakin sayu.
Sedih mengenangkan diri sendiri. Teringat kembali tuduhan Nelly yang mengatakan aku ni hot di kalangan lelaki kaya, kemudian perlian selamba Kak Rozi kita tak ramai boyfriend nak keluar sama-sama.
Sekarang hendak tambah dengan tuduhan Niel pula. Cukup-cukuplah. Aku tak pernah minta untuk ada kaitan dengan lelaki-lelaki ini samada Niel, Fitri mahupun Mukhriz. Semuanya bersebab dan ianya bukan berpunca dariku sendiri.
Saya tak sempat cakap apa-apa pun. Mak cik janganlah touching macam ni. Saya cuma nak tahu kenapa mak cik boleh berbaik dengan lelaki tu. Niel selamba sahaja. Langsung tiada tanda untuk minta maaf. Sudah memang sifatnya kan. Bukan reti hendak minta maaf.
Dahlah, akak malas nak layan benda yang remeh macam ni. Tolonglah jangan tambahkan masalah akak lagi. Baru aje satu selesai.
Masalah apa yang baru selesai tu Niel spontan menyoal.
Tak perlu tahu dan tak perlu sibuk. Niel tak ada hak nak tahu dan kalau tahu pun, Niel tak boleh ubah atau tolong apa-apa. Semuanya dah selesai. Tanpa perlu berfikir panjang untuk menjaga hati Niel, aku terus lontarkan itu semua. Niel terdiam lama. Kenapa pula Tak akan kali ini tiba-tiba berkecil hati.
Lagi satu, lain kali jangan pandai-pandai angkat panggilan untuk orang lain. Disebabkan kesilapan Niel tu, akak terlambat tahu benda yang sangat mustahak. Sampai sekarang akak rasa macam nak marah dekat Niel. Aku runtuhkan tembok sunyi kami.
Niel masih senyap tidak membalas.
Sejak Niel muncul, hidup akak ni dah jadi tunggang terbalik macam roller coaster 360 darjah tahu tak. Tolong jangan muncul lagi depan akak. Biarkan hidup akak tenang sikit dalam tempoh terdekat ni. Selamba aku meluahkan.
Sengaja aku diam seketika dan menanti balasan Niel. Pasti dia akan berbetah lain pula denganku. Sudah masak sekali dengan sifatnya. Namun, sangkaanku meleset apabila hampir seminit sunyi sepi.
Niel, Niel. Aku memanggil namun bisu sahaja. Galaxy A kualih dari telinga dan ternyata talian sudah dimatikan. Dahiku dikerutkan.
Niel kecil hati ke Atau bateri telefonnya habis Haih biarkanlah. Nanti dua tiga hari mesti Niel akan telefon semula. Dia bukannya tahu malu sangat. Itu yang kubisikkan dalam hati sebelum badan kurebahkan ke atas katil. Biarkan mata ini terpejam, menanti detik untuk ke alam mimpi.
SMS Mukhriz sempat kubaca ketika pintu Iriz baru ditutup. Spontan senyuman nipis terukir di bibir.
Hai, baca SMS sambil senyum-senyum pula dia. Takkan dah ada abang sayang. Munirah sempat mengusik.
Aku hanya pamer gigi sambil menggeleng. Andainya Munirah tahu aku baca SMS adiknya, mahu gawat.
Eleh, ingat comel buat macam tu. Dah, jomlah cepat. Kata nak makan aiskrim sangat sambil menikmati keindahan alam semulajadi. Munirah terus menarik lenganku.
Kami beriringan menuju ke tasik namun sempat singgah di kiosk aiskrim. Dua aiskrim Cornetto perisa vanilla menjadi pilihan kami.
Lamanya dah tak pergi sini. Rindunya nak lepak sambil borak panjang dengan kau, luah Munirah saat kami masing-masing sudah duduk di bangku berhadapan tasik.
Mun, aku nak minta maaf dengan kau. Dengan nafas yang tertahan aku meluahkan.
Lah, apa hal pula tiba-tiba minta maaf ni Munirah tergelak kecil. Cornetto perisa vanilla sudah selamat dibuka pembalutnya.
Tengok belakang.
Aku halakan ibu jariku ke belakang bangku. Munirah terus menoleh sambil tersenyum. Aiskrim yang baru hendak disua ke mulut terus jadi terbantut apabila mata Munirah membulat dan mulutnya ternganga luas.