MY PRETTY BOY - 13
DIA serta-merta mengerut kening. Mesej YM yang terakhir dihantar masih tak berbalas.

Takut jika kata-katanya tadi menyinggung perasaan gadis misteri itu. Selama dia di sini, hanya YM Anggerik_Putih saja yang sudi melayan chatting setiap kali online di waktu petang atau malam. Disebabkan garis masa mereka beza 15 jam, dia hanya dapat berjumpa di alam maya dengan gadis misteri ini pada waktu pagi di California (CA).

Dia bukanlah kaki chit-chat ataupun lepak berjamjam di chatroom. Dia tahu gadis misteri ini hanya online di waktu begini dek kelas kuliah di waktu pagi. Setahun, satu tempoh yang agak lama dia mengetahui serba-sedikit tentang gadis itu. Cuma, nama dan lokasi saja dirahsiakan antara satu sama lain.

Baru hari ini, gadis itu berani bercerita tentang teman lelakinya. Selama ini dia ingatkan gadis itu masih solo dan kesepian, tapi ternyata tidak. Sekurangkurangnya, gadis ini bersikap jujur untuk berterusterang meskipun tak pernah bersua muka. Dia menanti dengan sabar baris mesej terakhirnya dibalas.

Anggerik_Putih: LLL

Anggerik_Putih: Awak buat saya nangis! Little_Prince: Saya buat awak menangis Please dont cry! Saya mintak maaf if kata-kata saya turn mood awak! Saya tak ada niat nak buat cenggitu kat awak!

Anggerik_Putih~is typing...

Anggerik_Putih~is typing...

Anggerik_Putih: Kenapa dia tak fikir macam awak fikir, kan

Little_Prince: Setiap hati tak sama ritmanya, awak. Kalau denyutannya laju, maknanya lelaki itu benarbenar cintakan awak tau!

Selepas menaip baris terakhir, dia terasa ritma denyutan jantungnya mulai dirasakan berdebar. Dia meletakkan tangan kanan di atas dada. Memang kencang, sekencangnya. Bebola matanya melirik semula ke skrin laptop, ke arah nama Anggerik_Putih.

Sebenarnya, awak yang buat saya nangis Anggerik Putih!

Lni tertanya Qamra Ain sendiri. Selalunya ITTLE_PRINCE offline Awat dia terus offline

mereka akan mengakhiri perbualan dengan sebaris ayat. Malam ini lelaki misteri itu terus offline tanpa sebaris kata terakhir.

Setiap hati tak sama ritmanya, awak. Kalau denyutannya laju, maknanya lelaki itu benar-benar cintakan awak tau!

Ritma Little Prince medical student macam aku jugak ke Setahu aku istilah ritma hanya doktor aje yang pakai. Atau, selama ni Little Prince adalah Hardie

Qamra! Cupcakes aku dah siap, kau nak rasa tak laung Tunku Hazreen dari arah dapur.

Dia yang leka memandang ke arah skrin telefon tersentak terus lamunan. Diminimumkan ikon YM dengan pantas dan terus dimasukkan ke dalam poket.

Okey! Okey! Make sure sedap! Balasnya dari ruang kaf bahagian depan. Qamra Ain bangkit dari kerusi dan terus meluru pergi menuju ke dapur. Sambil berjalan, ligat benaknya memikirkan tentang keganjilan Little Prince tadi.

Atau, aku salah taip ke tadi