Ke rumah Pak Teggal, Khaufli berhenti dan menjawab dengan penuh sopan. Dan masih berdiri kalau-kalau ada lagi yang hendak ditanya oleh ayahnya.
Ya, pergilah. Kata Karkuma tersenyum dan baharulah Khaufli melangkah, beredar pergi.
Kebelakangan inen kerap nengar Khaufli bertandang ke rumah Teggal, ada apa gamaknya Karkuma bertanya Sirehpani, sedikit hairan.
Cuba awok berteka-teki, apa agaknya Sirehpani bersahaja.
Berteka-teki apa Karkuma kurang faham. Sirehpani tersenyum lebar dan berkata lagi, Anak muda utuudah jatuh hati berulam jantung. Sirehpani tersenyum lagi. Karkuma pula berkerut dahi memikirkan apa maksud isterinya itu. Aduhai, yayi bersandiwara nen. Sedikit pun awok dak reti.
Sememangnya usia karkuma sudah pun menjangkau 60 tahun, berkerut-kerutlah dahinya seperti mana kerut-kerut di tubuhnya.
Uban di kepala semakin bertambah dan cengkung di pipi semakin ketara, tetapi Karkuma tetap kelihatan sihat dan bersih, sebersih hatinya.
Begitulah juga Sirehpani dalam usia 57 tahun, dia tetap kelihatan menawan, langsing dan jelita. Kulitnya biarpun berkerut, tetapi cuma sedikit dan masih putih gebu dan suci, sesuci hatinya.
Alahaiawok masih dak reti-reti Tanya Sirehpani tersenyum simpul. Karkuma bingung. Rupa-rupanya dalam diam Khaufli sebenarnya sudah ada calon gadis pilihan.
Khaufli sedang berkasih sayang, menyemai cinta dengan Bini! Kata Sirehpani penuh yakin kepada Karkuma.
Ahh! Khaufli yang masih berbau pupuk jerengau, ada hajat hendak menyulam cinta dengan anak dara, kata Karkuma selamba, seperti tidak berapa setuju tetapi tidak juga melarang.
Kendatipun umur Khaufli masih mentah tapi jiwanya, akalnya udah matang. Biar akanlah dema kecapi nikmat bermadu kasih, serupa awok dengan yayi kala dulu. Sirehpani memujuk suaminya supaya mengizinkan Khaufli menyulam cinta dengan Bini.
Tapi kala inen Khaufli harus tamat mengaji kitab Arshi dulu. Sama dengan anak-anak muda Arshi yang lain, Karkuma tarik nafas seketika.
Awok dak mau, payah karang kalu Khaufli terkena tunu asmara Karkuma meluahkan kata-katanya dengan penuh rasa kebimbangan.
Agan apa awok cakap nen Sirehpani mula resah.
Tatkala inen, orang-orang Jameng gancang merusuh kami dekat madrasah, Karkuma meneguk air sebelum menyambung kata-katanya, Khaufli dengan anak-anak muda Arshi harus galak menjaga madrasah, dak usah main-main asmara dulu.
Panjang lebar Karkuma menjelaskan pada isterinya. Sirehpani mengangguk tanda setuju.
Demikian halnya akhir-akhir ini, orang-orang Nabui Huku semakin kerap mengganggu ketenteraman orang-orang Nabui Arshi. Mereka mengugut rakyat jelata dengan berbagai ancaman jika ada di antara mereka didapati memeluk agama Arshi.
Baharu-baharu ini sekumpulan orang awam Nabui Huku dan warak-warak Huku diketuai Jameng menyerang orang-orang Nabui Arshi di Madrasah Tuk Pagai. Mereka bersenjatakan pedang, memaksa orang-orang Nabui Arshi keluar dari madrasah itu. Karkuma dan orang-orangnya turuti sahaja kehendak Jameng kerana mereka tidak bersenjata.
Apabila Madrasah Pagai dikosongkan, konco-konco Jameng menyiram minyak di sekeliling madrasah untuk dibakar. Tetapi ketika mereka campak kayu cucuh api melayang ke arah madrasah, seperti kilat tangan Khaufli Shuhada menyambut batang kayu cucuh api itu dan ditiup padam. Tercengang orang-orang Jameng menyaksikan ketangkasan tangan Khaufli Shuhada. Bagaimana pula kakinya Adakah setangkas tangannya Soalan itu bermain dalam fikiran konco Jameng.
Dua orang berpedang sekali gus menyerang Khaufli Shuhada dan dengan pantas Khaufli Shuhada menangkis serangan pedang itu hanya dengan kain yang berselimpang di dadanya, sambil membuka langkah pencak dengan tenang. Mudah sahaja Khaufli Shuhada menumpaskan si polan penyerang itu. Ketara ilmu seni mempertahankan diri yang dipelajari dari ayahnya sejak dia berusia tujuh tahun, sungguh bermanfaat kepadanya.
Karkuma juga sejak belasan tahun lagi sudah mempelajari seni mempertahan diri ini dari ayahnya.
Dari mana gerangannya ayah mengaji ilmu silat Tanya Karkuma kepada Gatha Uda, ayahnya itu.
Dari mendiang ayah ku, namanya Silat. jawab Gatha Uda.
Demikiannya pencak inen bergelar silat. Asal nama atok rupanya! Spontan cadangan itu datang dari Karkuma, dan ayahnya Ghata Uda terpegun. Tiba-tiba lamunan Karkuma dikejutkan oleh tempikan suara Jameng.
Hey, beruk celanat! Dikau mau bersandiwara pencak di sini, ya Jameng naik berang selepas melihat dua pengikutnya tewas dengan mudah di tangan Khaufli.
Jameng memberi isyarat kepada sedozen pengikutnya sekali gus agar menyerang Khaufli Shuhada. Karkuma dan beberapa orang kuatnya cuba membantu Khaufli Shuhada tetapi dihalang berpuluh-puluh lagi pengikut Jameng, sambil menghunuskan pedang ke dada mereka.
Usah dirawan dulu, bila udah sampai masanya baru kami bertindak, bisik Karkuma kepada beberapa orang kuatnya.
Khaufli Shuhada terpaksa bersilat lagi. Dia menanggalkan lilitan kain tengkolok berukuran satu meter panjang di kepalanya untuk dijadikan senjata.
Dua belas pengikut Jameng bersenjatakan pedang menyerang sekali gus, Khaufli Shuhada menentangnya dengan tenang tetapi tangkas. Mereka menghunus pedang ke dadanya, Khaufli Shuhada menampan dengan kain. Gagah sungguh pergeserannya mereka. Akhirnya, satu demi satu pedang pengikut Jameng ditangkis dan tercampak ke tanah. Dua belas orang lawan itu satu demi satu turut tercampak ke tanah, menggelupur seperti ayam kena sembelih.
Mana tidaknya, seni silat Khaufli Shuhada menangkis seakan-akan menghidupkan dua belas bilah pedang. Ia dengan sendiri berhenti apabila terkena kain tengkolok Khaufli Shuhada dan semuanya berpatah balik memakan tuannya. Sesungguhnya satu keajaiban, pedang makan tuan sudah berlaku.
Semua orang-orang Nabui Huku mahupun Nabui Arshi, termasuk Ketua Jameng terpegun melihat kehebatan Khaufli Shuhada. Mereka terpinga-pinga memandang satu sama lain.
Di saat semua tercengang-cengang, Karkuma dan orang kuatnya Teggal, Hakap, Balungga, Saldi, Jianok dan Halibut serta Khaufli Shuhada, sepantasnya membuat satu bulatan membelakangi satu sama lain. Masing-masing memegang kain tengkolok sebagai senjata. Melihat pengikut Karkuma berlapan begitu gah, orang-orang Jameng yang berpedang tadi, lari bertempiaran.
Menyala-nyala api kemarahan Ketua Jameng terhadap orang-orangnya. Tetapi warak-warak berenam tetap setia bersama Ketua Jameng. Tinggallah tujuh warak Bangkir Ghadabi menentang Karkuma dan orang-orangnya.
Ketepi anak ku! Biar apak dengan sekalian yang lain menentang dema, kerah Karkuma. Khaufli Shuhada akur. Dia beredar ke tepi madrasah perhatikan apa yang akan terjadi.
Tanpa diduga, dengan kencangnya berlaku satu pertempuran dahsyat antara tujuh warak-warak Huku dan tujuh agamawan Arshi. Masing-masing memiliki kehebatan tersendiri. Silat demi silat ditonjolkan oleh kedua-dua pihak. Satu kumpulan bersenjatakan pedang dan satu lagi bersenjatakan kain tengkolok. Satu lawan satu. Ketua Jameng melawan Karkuma. Serangan demi serangan Ketua Jameng ajukan tetapi Karkuma tenang menangkis dengan kain tengkolok. Begitu juga Teggal, Hakap, Halibut, Balungga, Saldi dan Jianok. Lama kelamaan kain tengkolok Karkuma dan orang-orangnya makin tipis akibat dicarik pedang tajam musuh yang ada penunggunya pula. Bagaimana jika kain terputus Dengan apa lagi Karkuma dan orang-orangnya hendak menangkis serangan pedang
Khaufli Shuhada akur kehendak ayahnya. Dia pasrah memerhatikan sahaja pertempuran sengit itu. Tetapi perlukah dia terus akur jika nyawa ayah dan teman-temannya terancam
Ketara sekali, tatkala kain Karkuma terputus dan pedang Jameng sedang dihayun tinggi seperti akan mencatas leher Karkuma, dengan pantas Khaufli Shuhada mengibas kain tengkoloknya ke arah pedang Jameng. Dan, tidak semena-mena pedang itu berpatah balik ke arah Jameng. Namun begitu, dek kuasa sihir jin penunggu pedang berdarjat besar, pedang itu tidak makan tuan tetapi terpacak di tanah.
Tersentak dada Jameng melihat pedangnya melekat di tanah. Mereka terhenti berlawan kerana terkejut. Sekali lagi Khaufli menghayun kainnya ke arah pedang warak-warak berenam. Dan keenam-enam pedang mereka juga terpelanting dan tercacak ke tanah.
Karkuma dan orang-orangnya juga terkejut. Habis sudah segala kuasa sihir yang ada pada Jameng dan orang-orangnya kerana sudah digunakan sepenuhnya untuk mencabut pedang tetapi pedang terus tercacak dan tidak dapat dicabut dari tanah.
Bedebah! Kata Jameng memandang tepat mata Khaufli.
Mika ingat daku takut! Berkukur jantung ku, berkebelai jiwa ku nak meragut nyawa mengkema. Hidup atok atah mengkema kala dulu pun, udah ku musnahkan. Hah ha ha! Jameng ketawa besar seperti mempersendakan kehebatan ilmu yang dimiliki Khaufli.
Karkuma hampir pengsan, terkejut mendengar pengakuan Ketua Jameng.
Karkuma!!! Tiba-tiba Jameng memanggilnya dan berkata, Pandang daku! Dengar! Mendiang Labot si kawak yang mika kasih ya amat utudaku yang bunuh! Kata Jameng dengan bangga sambil ketawa berdekah-dekah.
Pembunuh! Laknatlah hendaknya hidup dikau di bumi inen! Karkuma menjerit.
Belum pernah dia meluahkan rasa geram terhadap Jameng. Inilah pertama kalinya Karkuma dilihat sangat berani mengeluar kata-kata makian seperti itu. Baginya, manusia seperti Jameng layak dilemparkan juga dengan kata-kata makian.
Ketua Jameng dan orang-orangnya beredar sambil ketawa terbahak-bahak. Karkuma menangis teresak-esak.
Sabar apak. Mohon pada Dianya, moga roh dema berada dalam sentosa di paksi langit, Khaufli menggenggam tangan ayahnya, memberikan semangat mententeramkan hati orang tua itu.
Tujuh bilah pedang warak-warak Huku terpacak di bumi di hadapan Madrasah Pagai. Sesekali pedang-pedang itu kelihatan berkelip-kelip terkena pancaran cahaya bulan. Dan kerlipan itu umpama membuai pedang-pedang itu terhoyong-hayang ke kiri dan ke kanan. Hendak dikatakan tiupan angin, tidak pula malam itu berangin. Apabila Karkuma dan orang-orangnya beredar di situ, semua pedang-pedang itu tercabut dengan sendirinya bergelimpangan di tanah.
Karkuma dan pengikutnya berbincang perihal peristiwa yang baharu dilalui. Mereka bersetuju betapa perlunya menyusun strategi supaya sentiasa bersedia mengatasi tindakan ganas Jameng yang semakin menjadi-jadi.
Ketua Jameng umpama iblis. Tengok saja gerak geri pedang-pedang dema utu tadi, sahih ada jembalang-jembalang jahat mengiringinya. Kata Teggal.
Kemana saja dema pergi, mesti jembalang penunggu jahat utu mengiringi dema, tambah Hakap pula.
Apapun hal kejadian tadi, bagi ku yang paling ajaib adalah tindak tanduk daripada Khaufli, Saldi tersenyum bangga sambil memandang ke arah Khaufli Shuhada.
Ajaib ya amat kain tengkolok mika utu, Khaufli. Halibut menyuara rasa kagumnya mengenai kehebatan kain selendang Khaufli Shuhada. Karkuma hanya berdiam, masih tebal kesedihannya memikirkan kedua orang tuanya telah dibunuh Jameng. Kematian misteri ayah dan ibunya berpuluh tahun dahulu kini terbayang-bayang dalam fikirannya.
Rupanya, mayat Ghata Uda dan isterinya, Wanis yang ditemui basah kuyup adalah kerana sebelum mati, mereka direndam di dalam tempayan berisi air beracun, disediakan oleh Nanang yang diupah Jameng. Mayat Ghata Uda dan Wanis ditinggalkan di bawah pohon kemboja, tempat di mana pertama kali Jameng ternampak Sirehpani dan jatuh cinta padanya. Apabila cinta tidak terbalas, maka dendam Jameng membara terhadap Karkuma tanpa batas dan berterusan.
Udah tiba serunya, daku harus bagi tau perihal keajaibdan dekat kain tengkolok Khaufli utu, Karkuma yang sudah kembali tenang berkata. Dan kemudiannya memandang arah Khaufli, memberi isyarat membaca sesuatu.
Selimpat kunyit terkulai tumbuh dipancur bersilat kepada angin, perkasa naik ke badan, meresap pada debu kunyit, hiduplah akan kunyit hidup, diangkat dengan sumpah setia kepada Dianya. Begitulah bunyi jampi serapah yang dibacakan oleh Khaufli Shuhada kepada mereka.
Khaufli Shuhada menceritakan mengenai keajaiban yang berlaku. Karkuma sebenarnya sudah menyapukan ramuan mentera serbuk kunyit kepada kain tengkolok Khaufli, tujuannya untuk mengusir gangguan makhluk halus atau jin-jin perliharaan manusia. Ternyata sekali makhluk halus sangat takutkan kunyit, tambahan pula kunyit berisi jampi serapah, bertentangan dengan kehendak makhluk halus atau jin-jin itu.
Patutlah tengkolok dikau kekuningan warnanya, kata Saldi, tersengih-sengih.
Maunya, kain tengkolok kami sekalian juga akan disapu serbuk kunyit jampi utu, Teggal memberi cadangan.
Bahawasanya, utu hasrat ku. Mula esok, mengkema sekalian akan memakai tengkolok yang dijampi, tegas Karkuma.
Selepas bersatu kata berpadu hati, semua orang kanan Karkuma termasuklah anaknya, Khaufli, bersetuju memakai tengkolok berwarna kekuningan. Sejak itu juga, gelanggang silat di belakang rumah Karkuma diperbesarkan agar lebih ramai orang-orangnya dapat berlatih dan belajar silat dalam satu masa.
Keesokannya, apabila matahari tegak di atas kepala, tujuh bilah pedang milik warak-warak Huku yang terdampar di laman Madrasah Pagai, tidak semena-mena cair. Hanya pangkalnya yang tinggal. Pastinya perkataan celaka yang keluar dari mulut Jameng apabila dia melihat keadaan pedang-pedang itu.
Celaka apa gamaknya terjadi Marahnya tidak terhingga.
Karkuma bangsat! Dak akan daku mati selagi dikau masih hidup! Jameng menjerit keras, sambil melemparkan pangkal pedang-pedang itu semua jauh ke dalam semak.
Jom, ikut daku ke Gua Manuk! Jameng mengajak Langkus dan Dongga.
Apa perlunya ke sana Tanya Dongga.
Usah membantah arahan daku, kalu mengkema mau hidup! Bentak Jameng. Terketar-ketar Dongga mengangguk dan ikut sahaja di belakang Jameng.
Daku mau jemput sebanyaknya jin penunggu dari Gua Manuk, untuk mengiring kami berperang dengan orang-orang Karkuma. jawab Jameng.
Maka kini terbentuk akanlah sekumpulan tentera jin, sambung Jameng penuh semangat.
Dongga dan Langkus tersengih mendengar keazaman Ketua Jameng yang tidak menunjukkan sebarang tanda mengaku kalah. Gua Manuk adalah tempat Jameng mendapatkan makhluk jin peliharaan.
Di sana ada Pawang Dukut. Dialah penjaga jin-jin penunggu milik Maharaja Nabui turun temurun, yang betapa di Gua Manuk sejak beratus-ratus tahun dahulu. Ada beribu-ribu jin di gua itu. Ketua Jameng berhasrat meminjam jin-jin maharaja untuk mengiring orang-orangnya ketika menyerang orang-orang Nabui Arshi.
Mungkinkah sejarah berulang atau pisang berbuah dua kali Jika Ketua Jameng berjaya meminjam beratus-ratus atau beribu-ribu makhluk jin peliharaan maharaja, maka tidak mustahil orang-orang Nabui Arshi akan dilempar sihir dahsyat seperti pernah berlaku kepada orang-orang peribumi puak Ayer, Sulu dan Tuban dahulu, semasa mereka disumpah menjadi manusia jadi-jadian yang hodoh. Mereka terpaksa menunggu lebih seratus tahun untuk kembali menjadi insan normal.
Elok nengar. Udah lamakah dikara mengenali Pawang Dukut Tanya Langkus. Sejak apak daku bergelar Datuan Besar Negeri. Kendiannya Pawang Dukut persembah akan daku sekor jin penunggu untuk dampingan, kata Jameng dengan bangga.
Senangnya Pawang Dukut persembah sekor jin buat dikara Dongga agak terkejut juga.
Ya, sebab daku cekap bermain jabal, pakar bermain rangin, Jameng tersengih bangga. Pasal utu Bangkir Ghadabi pun dapat daku tawan, katanya sambil melompat naik kuda.
Dongga dan Langkus segera naik kuda masing-masing, dan mereka beredar dari Madrasah Pagai.
Sejak itu, masyarakat Nabui Arshi berasakan keadaan di pulau itu aman damai, tiada lagi gangguan atau kecaman dari Jameng dan orang-orangnya. Mungkinkah keamanan ini dapat dikecapi selama-lamanya oleh masyarakat Nabui Arshi
Rupa-rupanya selama hampir dua tahun Jameng dan orang-orang kuatnya berulang-alik ke Gua Manuk menjalani proses sesuai diri, bergaul dengan jin-jin yang mereka perlukan.
Golongan jin di Gua Manuk bukan olok-olok. Dema jin dampingan maharaja yang berdarjat tinggi. Perlu dua musim lamanya untuk berjinak-jinak dengan jin-jin utu, kata Jameng.
Baharulah Langkus tahu, jika hendak didampingi atau mendampingi makhluk halus, seseorang itu perlu sekurang-kurangnya dua tahun untuk melalui proses pengenalan terlebih dahulu. Seseorang itu harus mempelajari beberapa pantang larang dan kegemaran jin yang ingin mereka dampingi. Sikap dan sifat jin perlu diamalkan oleh tuan badan yang akan didampinginya.
Ini makan masa kerana beratus-ratus jin yang diperlukan oleh Jameng, tentunya memakan masa beratus-ratus hari juga. Hari ini, sudah hampir 645 hari berlalu. Ketua Jameng dan orang-orangnya hanya memerlukan 21 hari lagi untuk benar-benar bersedia membawa jin-jin itu keluar dari Gua Manuk.
Hal ini memberi kemungkinan akan berlaku satu pertempuran hebat antara orang-orang Nabui Arshi dan Nabui Huku. Menyedari itu Karkuma menyusun sekumpulan orang-orangnya agar sentiasa dalam keadaan bersiap sedia. Namun lain pula halnya dengan Khaufli Shuhada kebelakangan ini.
Khaufli Shuhada keluh kesah, saban malam terbayangkan wajah Bini. Lebih-lebih lagi setiap kali kelas persilatan berlangsung, Bini pasti ada di tepi gelanggang, membantu kaum ibu melayan makan minum pesilat.
Khaufli di tengah gelanggang tidak henti-henti mencari ruang bermain mata dengan Bini. Sesekali mereka mencuri senyum satu sama lain. Adakala Karkuma terpandang gelagat mereka berdua. Baharu dia sedar, anak mudanya itu sedang melalui alam perhubungan antara dua insan yang paling indah tetapi sukar dalam kehidupan seseorang. Sungguh ketara di mata Karkuma bahawa Khaufli amat mencintai Bini.
Dan ketara juga, semakin hari semakin ramai orang-orang Nabui Arshi datang menuntut ilmu persilatan di rumahnya. Tetapi yang lebih ketara ialah anak-anak gadis turut serta menuntut ilmu persilatan di situ. Dan kebanyakan dari mereka didorong ke situ kerana ingin berkenalan dengan Khaufli, pemuda berusia 21 tahun yang dikatakan paling kacak di Pulau Nabui.
Sesungguhnya tidak dinafikan ketampanan Khaufli sangat luar biasa, umpama perkisahan Nabi Yusof yang digilai Zulaikha, berulang pada Khaufli. Jika bakal tercatat sebagai sejarah maka ia adalah sejarah Pulau Nabui, jajahan negeri Tanah Nabui di pelosok Nusantara. Tidak hairanlah perkhabaran akan hal ketampanan Khaufli tersebar luas menjadi buah mulut masyarakat di Pulau Nabui.
Siapakah gadis bertuah yang bakal menjadi pasangan hidup Khaufli Bagaimanapun Bini adalah satu-satunya gadis yang diketahui telah mencuri hati Khaufli Shuhada, sejak awal dan hingga kini.
Khaufli kini bukan sahaja mahir dalam bidang pengajian agama Arshi dan bermain pencak silat, malah dia juga mahir bermain cinta. Baharu-baharu ini, setelah kelas persilatan di belakang rumah Karkuma selesai, Khaufli dan Bini dilihat berdua-duaan atas pangkin di malam yang indah hanya ditemani bulan dan bintang-bintang di langit. Mereka berdua memadu sumpah janji untuk sehidup semati sambil bergenggaman tangan erat. Saat itu terpanahlah api cinta menusuk kalbu, dan terperciklah renjisan asmara mendorong bibir bertemu bibir berkucupan sangat dalam, merenangi rasa kasih berlabuh di sudut hati.
Dan mengalirlah sungai berahi membanjiri ruang tersembunyi dua insan bercinta, menikmati asmaradana yang belum pernah mereka rasakan. Sejak itu, rindu dendam antara Khaufli dan Bini tidak pernah reda, sehari tidak jumpa bagai setahun dirasa.
Beberapa hari kemudian, selepas kelas persilatan selesai, Khaufli mengajak orang tuanya berbincang di atas pangkin. Sila duduk. Ada cerita yang ingin daku sampaikan pada apak dengan emak. Kata Khaufli dengan serius. Karkuma dan Sirehpani berpandangan penuh hairan. Berlainan sungguh gelagat anaknya di malam itu.
Hemm, cakap apa halnya Tanya Karkuma. Khaufli diam seperti berat bibirnya hendak berkata-kata. Tetapi adakalanya dia tersenyum pula.
Cakaplah wahai anak ku. Kalu bertangguh lagi, emak bangun, ya Tanya Sirehpani berseloroh, apabila dilihat Khaufli terangguk-angguk. Karkuma pula pura-pura hendak pergi dari situ. Khaufli cemas dan terus laju bersuara, Hati inen berhajat untuk meminang Bini.
Mangaseh Dewa Arshi! Sepantas kilat Sirehpani menadah syukur. Bahagianya hati emak, idak terperi. Sirehpani terus memeluk Khaufli. Karkuma terdiam, setuju atau tidak dia sedar anak mudanya itu kini makin dewasa.