DARI KLCC KE TANJUNG MALIM - 13
Selain cuti 1Malaysia yang jatuh pada 16 September, terdapat beberapa lagi cuti yang pihak kerajaan kena ambik peduli dan bawa ke kabinet. Antaranya:

1. Cuti Hari keluarnya Singapura dari Malaysia -9hb Ogos

2. Cuti perletakan senjata Parti Komunis Malaya secara rasmi -2hb Disember

3. Cuti meraikan Penubuhan Majlis Raja-Raja Melayu -20hb Januari

4. Cuti meraikan Perjanjian Pangkor -2hb Januari

5. Cuti meraikan tamatnya pendudukan Jepun di Tanah Melayu -13hb September

Cuti-cuti lain kau orang letak sendiri. Tapi pada pendapat aku, paling penting sekali kena masukkan cuti 13 Mei tu. Nama dia kita letak Cuti Perpaduan. Apa salahnya kita memperingati sejarah hitam Sekurangkurangnya semua bangsa di Malaysia ni tak lupa sejarah dan sentiasa menghargai nikmat perpaduan.

Benda tak berapa elok ni kalau kita tak selalu peringat, dia jadi lupa. Bila lupa mula nak buat perangai balik.

Namun persoalannya sekarang, macam mana nak selalu bagi peringat

Macam mana Apa lagi, bagi cuti la. Kah kah kah!