JAGUH DEKLAMASI - 13
Tidak semua elemen tambahan muzik membantu meningkatkan mutu persembahan deklamasi. Hanya puisi-puisi tertentu sahaja sesuai dengan tambahan elemen muzik.

Kadangkala, elemen muzik mengganggu kelancaran persembahan. Bagaimanapun (jika mahu juga), cara paling mudah untuk menambah selingan muzik ialah menggunakan telefon bimbit.

Lain-lain elemen muzik ialah menggunakan VCD, gesekan biola dan petikan gitar. Kesesuaian bentuk muzik juga penting, misalnya Kitaro, Mohram dan lainlain.

Dalam pertandingan deklamasi, ada penganjur tidak membenarkan elemen muzik. Di bawah merupakan contoh muzik yang boleh menjadi selingan deklamasi yang mungkin sesuai untuk persembahan biasa.

Contoh: Muzik Jenis Baroque

Pada kebiasaanya berbentuk klasik

Tidak bernada sedih (relaks)

Tempo (60 80 bpm)