HUJAN AKHIR BULAN JULAI - 13
Akulah Adam yang tercampak keluar dari taman cinta dan jatuh ke lembah hina.

Akulah Yunus yang ditelan paus; dalam gelap ini mengenal erti sesal.

Akulah Yusuf yang ditinggalkan dalam telaga menanti diselamatkan.

Akulah Musa yang memohon kekuatan. Moga diberi rasa sabar dalam jauhi perjalanan.

Akulah yang bernama manusia; penuh cacat cela. Tidak terlepas dari menutur kata ampun, sujud rimbun dahi mengucup maaf.

Duhai, aku terlalu biadap dan terlanjur. Maafkanlah aku. Ampunkanlah dosaku.

Jack Malik | 10 Julai 2015 / 23 Ramadhan 1436H | Ipoh