Malam terakhir, aku habiskan dengan menjahit manik pada baju lama yang ada. Selalunya, pengantin mesti berdebar nak pakai baju baru yang ditempah. Pada mulanya, aku berniat tak mahu susahkan Mak dan nak merasa pakai baju selain jahitan Mak tapi akhirnya, masih pakai juga baju Mak untuk nikah. Kalau mampu lewatkan masa, nak saja aku tangguhkan pernikahan. Mujur ada kawan-kawan yang berkampung di rumah. Ringan sikit beban kami anak beranak. Masih banyak lagi perkara yang perlu difikirkan selain baju.
Aku cuma tidur sejam saja sebelum nikah.
Teringin juga nak disiapkan untuk nikah dan rasa seperti puteri di hari bahagia sendiri. But things will not go that easy. Ya, aku gementar. Lebih gementar dengan drama yang bakal terjadi berbanding gementar untuk dinikahkan.
Mak harap dia tak datang.
Ya Mak, tapi dia wali Awin. Kalau dia datang, kita kena bagi dia masuk.
Tapi aku yang besarkan kau.
Awin faham. Tapi biar sekali ni je Mak. Lepas tanggungjawab dia, Awin dah bebas.
Aku dipanggil turun dan tetamu memenuhi ruang rumah kecil ini. Dalam kepala ada satu benda saja, pandang Amir yang bakal jadi kekuatan hidup. Aku turun sambil memegang bunga tangan yang dibuat sendiri pada pukul lima pagi tadi.
Senyum sikit, muka garang sangat.
Kedengaran orang menegur dari belakang tapi aku tak tahu siapa. Aku disuruh duduk atas bantal putih sebelah Mak dan ibu Amir. Amir masuk bersama Ustaz Man, imam masjid yang bakal menikahkan kami. Aku tenang, langsung tak getar.
Ustaz Man pandang aku sambil bertanya, Betul wali tak datang Kalau tak, saya mulakan sekarang.
Ustaz nikahkan je lah. Kita tak payah tunggu orang. Lagipun ustaz nak cepat, masih ada orang lain yang nak dinikahkan. Mak memintas.
Pengantin boleh tolong telefonkan walinya Tanya Ustaz Man.
Aku mengangguk.
Dia kata dia dekat hujung jalan. Dah nak sampai.
Sempat lihat wajah Mak yang akur. Perasaan pada waktu itu cuma Tuhan yang tahu. Ayah yang tak pernah membela aku datang juga untuk menikah. Aku masih tenang sebelum babak drama pertama bermula.
Itu ke orang tua tu Ish tuanya, datang jugak dia.
Aku terus toleh belakang, jegil tepat pada mata mak cik yang mengumpat betul-betul di belakang telinga pengantin. Betul-betul serupa dalam drama Melayu TV3. Saya sepatutnya jadi wali hakim untuk pengantin perempuan. Tapi memandangkan walinya sudah ada di sini, adalah lebih baik walinya yang menikahkan. Encik Nordin, saya minta Encik Nordin minta izin pada pengantin perempuan untuk dinikahkan, terang Ustaz Man.
Saat itu, jantung aku betul-betul luruh. Susuk badan yang bongkok datang ke arah aku melintasi para tetamu, meminta izin untuk menikahkan. Diciumnya aku, dan aku terus angguk, peluk dan menangis teresak-esak seperti anak yang dah lama tunggu ayahnya datang melunaskan janji. Dah tak fikir lagi sesiapa yang memandang. Selalunya orang menangis selepas dinikahkan, tapi aku sebaliknya. Pernikahan diteruskan. Ayah mewalikan sambil berjabat tangan dengan Amir. Pandangan aku hanya untuk Amir sambil dada menahan sebak. Rasanya macam segala neraka dendam atas kepala lebur saat melihat wajah tenang Amir melafazkan akad nikah dengan sekali sebutan. Babak drama yang disangka cuma sampai di situ sahaja rupanya bersambung. Lelaki yang hilang lesap tanpa khabar berita selama hampir dua tahun itu tiba menghulur tangan sewaktu acara memotong kek.