Saya sedang berborak dengan seorang rakan pada satu hari dan dalam perbualan kami, timbullah topik mengenai keguguran saya. Saya beritahu rakan saya yang telah terjadi. Dia berkata kepada saya, Wah! Betapa untungya you! You dipilih khas oleh Allah SWT untuk diberikan rahmah. Eee jealousnya! Ketika itu, saya berfikir, hhhmmm kawan aku ni dah sewel agaknya. Orang tengah sakit masa tu, dia kata rahmah
Tetapi dia terus menerangkan bahawa Tuhan telah memilih saya untuk membasuh dosa-dosa melalui sakit perit yang dialami ketika itu.
Subhanallah! Macam mana saya boleh lupa apa yang pernah diajar oleh Wise Old Man dulu. Ini yang dikatakan masuk telinga kanan, keluar telinga kiri! Nasib baik Wise Old Man tak tarik telinga saya pasal tak dengar apa yang dia cakapkan!
Anyway, Wise Old Man berkata bahawa orang-orang yang menghadapi penyakit kronik dan kesakitan adalah golongan yang bertuah. Mereka adalah golongan yang terpilih. Of course lah masa itu saya rasakan bahawa Wise Old Man telah terhantuk kepalanya dan menjadi mental. Bertuah Macam mana kalau sakit kronik boleh jadi bertuah
Saya pun menyuruh Wise Old Man untuk menerangkan dengan jelas. Dia berkata bahawa orang-orang yang mengalami kesakitan akibat penyakit adalah bertuah. Sekiranya mereka bersabar, dosa-dosa mereka akan dihapuskan. Sekiranya mereka mati disebabkan penyakit dan redha, mereka mungkin mati dalam keadaan segala dosa mereka diampunkan oleh Tuhan. Bayangkanlah kalau kita dapat mati dalam keadaan suci dan tiada dosa.
Dari Anas RA, Rasulullah SAW telah bersabda: Maksudnya: Jika Allah menghendaki kebaikan bagi seorang hambaNya, disegerakan baginya kesusahan (balasan) sewaktu di dunia lagi. Sebaliknya jika Allah menghendaki kejahatan bagi seorang hambaNya, ditangguhkan pembalasan ke atasnya sehingga hari Kiamat.
Riwayat Tirmizi
Rasulullah SAW bersabda, Tidaklah seorang muslim menderita sakit kerana suatu penyakit melainkan Allah menggugurkan kesalahankesalahannya dengan penyakit itu, sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya.
Riwayat Bukhari dan Muslim
Dari Ummu Al-Ala, dia berkata : Rasulullah SAW menjengukku pada masa aku sedang sakit, lalu baginda berkata. Gembirakanlah wahai Ummu Al-Ala. Sesungguhnya sakitnya orang muslim itu membuatkan Allah mengampunkan dosa-dosanya, sebagaimana api yang menghilangkan kotoran pada emas dan perak.
Riwayat Abu Daud
Saya mengaku kadangkala terpegun bagaimana Allah SWT melimpahkan rahmahNya kepada umat. Tuhan telah menghantar kawan untuk mengingatkan saya tentang pelajaran dahulu dan juga untuk mengingatkan bahawa Dia tidak lupa kepada saya.
Kadangkala, kita ni terlalu taksub dengan kesibukan dunia sampai menjadi buta terhadap the beauty of things. Tak semua yang gelap dan hitam itu buruk dan tak semua yang bersinar itu baik. Rahmah dan barakah datang dalam berbagai bentuk dan rupa.
Satu lagi perkara, kebaikan mempunyai kawankawan yang cenderung kepada Islam ialah, mereka akan mengingatkan kita kepada Tuhan. Mereka juga akan menunjukkan kepada kita hikmat disebalik sebarang musibah.
Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.
Riwayat Hakim
Wise Old Man juga pernah berkata bahawa terdapat satu golongan di mana mereka telah diberitahu oleh Tuhan akan tarikh malaikat maut datang menjemput. Mereka telah dberi advance notice. Tuhan memberi notis supaya mereka boleh menyediakan diri untuk menghadapNya. Mereka boleh memastikan segala urusan dunia dapat diselesaikan dan paling penting sekali, mereka diberi peluang untuk bertaubat. Wise Old Man pernah bertanya sama ada saya ingin menjadi salah seorang daripada golongan ini.
Hhmmmm.kalau diberi pilihan, sanggup tak saya Saya tahu saya masih banyak dosa dan belum puas bertaubat. Sekiranya Tuhan telah menetapkan tarikh luput dan memberi saya notis, saya berdoa mempunyai cukup masa to put all my affairs in order. Ameen.