TRAVELOG FAGHUZI - 13
Jogjakarta, Indonesia

The only thing that will ever make me fall in love is: if I fall in love.

- C. JoyBell C

Pagi pertama di Jogjakarta lebih mudah terbangun. Ini kerana lubang di siling bilik memancarkan sinar mentari pagi tepat ke muka aku. Sungguh berkesan fungsi lubang di siling itu. Haeri pula sudah bangun dan mungkin sudah mandi. Kelihatan dia sedang melukis sesuatu di betis kanannya dengan marker pen yang diusung ke mana-mana untuk menconteng. Aku pula membuat rutin pagi seperti mandi dan kebiasaannya.

Selepas itu kami ke ruang hadapan untuk bersarapan. Hanya ada dua menu saja di homestay ini iaitu omelette dan banana pancake. Sarapan dimasak oleh mas yang memakai iket. Pak Agus dan Bu Aria juga sedang bersarapan. Minuman kopi dan teh panas boleh diambil di tempat yang disediakan. Sarapan disediakan sehingga jam 11 sahaja. Selamat siang. Mau ke mana aja hari ini tanya Pak Agus kepada kami.

Hari ini mau ke Borobudur, balas Haeri.

Oh. Mau menggunakan paket tour atau mau pergi sendiri aja tanya Pak Agus lagi.

Kalau bisa mau pergi sendiri aja, Haeri membalas.

Meja kami hanya bersebelahan dengan meja mereka. Kalau gitu mudah aja. Nanti ambil bus Trans-Jogja bernombor 2A di Jalan Malioboro. Tambangnya Rp3,000 jika tidak salah. Kemudian kalian berhenti di Stasiun Bus Jombor. Di Jombor pula kalian naiki bus ke Borobudur. Bisa bertanya di sana atau lihat aja ada tertulis di bus. 1 jam perjalanan dan bayarannya kira-kira Rp7,000 untuk lokal. Kalau wisatawan (pelancong) asing mungkin dikit mahal. Begitulah penerangan Pak Agus mengenai cara hendak ke Borobudur tanpa menggunakan pakej tour. Harga tiket di Borobudur pula berapa ya pak aku bertanya.

Harganya untuk wisatawan asing sebanyak

Rp190,000 seorang manakala untuk lokal hanya Rp30,000. Di sana nanti, bilang aja kalian ini orang lokal. Bilang aslinya dari Riau, ujar Pak Agus memberi tips agar kami mendapat harga murah.

Kalau saya bagaimana pula Mau bilang dari Riau juga aku bertanya lagi.

Kalau kamu, muka kamu begini bilang aja asli

Balik Papan atau Kalimantan. Muka kamu ada iras-iras sana. Hahaha! Di sana Bahasa Indonesia yang berbeda sedikit bunyinya jadi kalian enggak perlu gusar jika tidak berapa fasih berbahasa Indonesia, seloroh Pak Agus lagi sambil Bu Aria dan mas yang memakai iket tertawa.

Enggak mengapa begitu Bagaimana kalau mereka meminta kartu pengenalan diri kami aku bertanya kemusykilan.

Enggak mungkin. Bilang aja seperti yang saya bilang itu. Tiada masalah, balas Pak Agus dengan penuh yakin. Kami pun tersenyum dan mengucapkan terima kasih di atas tips tersebut. Selepas itu kami pun menapak menuju ke Jalan Malioboro sambil dilambai oleh Pak Agus, Bu Aria dan pekerjanya.

Akhirnya kami tiba di muka pintu masuk candi Borobudur. Walaupun Borobudur adalah tarikan pelancong di Jogjakarta namun lokasi Borobudur bukanlah di dalam provinsi (daerah) Jogjakarta. Ia berada luar dari wilayah istimewa Jogjakarta. Lebih kurang dua jam perjalanan kami menaiki bas secara lokal. Namun harga tiket dari Jombor ke Borobudur kami adalah Rp15,000 seorang. Mungkin konduktor bas itu tahu kami bukan orang tempatan tapi malas nak fikir. Dah selamat sampai, namun hujan pula mulai turun.

Lalu kami berjalan ke kaunter tiket. Terdapat dua bahagian. Satu untuk pelancong luar dan satu untuk pelancong tempatan. Kami dengan penuh keyakinan melangkah menuju ke kaunter pelancong tempatan. Cermin mata hitam aku biarkan saja walaupun tahu langit sudah mendung dan hujan turun renyai-renyai.

Selamat sore, dua tiket dewasa, aku menghampiri kaunter.

Rp60,000. Terkejut pula aku mendengar maklum balas cewek di kaunter. Tidak ditanya pula asal kami. Tanpa membuang masa aku terus mencapai dompet dan mengeluarkan Rp60,000. Duit dan tiket bertukar tangan dan kami pun berlalu pergi mendapatkan minuman percuma yang disediakan. Ada disediakan air mineral, kopi dan teh. Memandangkan hujan renyai sudah turun kami berteduh sebentar pekena kopi sambil merokok sebelum memulakan sightseeing. Di sini punya pilihan sama ada mahu menggunakan khidmat tourist guide atau tidak dan kami memilih untuk masuk sendiri-sendiri saja. Tourist guide itu yang tadi tersenyum sengih kini tidak lagi tersenyum apabila kami enggan menggunakan perkhidmatannya. Hari ini adalah hari Sabtu. Keadaan sungguh sesak dengan pelancong di Borobudur. Candi sudah kelihatan dari jauh dan seperti dikeremuni oleh sejumlah semut yang banyak. Kami berdua berjalan di kala hujan renyai masih berterusan. Mudah-mudahan tidak lebat.

Candi ini telah mendapat pengiktirafan dari United Nation Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) sebagai salah satu tapak warisan dunia. Monumen ini merupakan monumen Buddha terbesar di dunia dan tempat tarikan utama pelancong di Indonesia. Seni reka bangunannya berpaksikan 6 tingkat disusun berlapis dan kubah utama berada di tingkat teratas. Dikatakan juga terdapat lebih dari 500 patung Buddha yang menghiasi monumen ini.

Menurut kisah lagenda pula, monumen ini dicipta oleh seorang arkitek yang diutus dari syurga. Dikhabarkan pula setiap orang yang mengunjungi tempat suci ini akan mendapat sumpahan. Tak pasti pula sumpahan jenis apa. Namun itu semua hanya cerita lagenda dan yang pasti monumen ini telah menaikkan nama Jogjakarta di persada dunia. Saban tahun, hari Wesak akan diadakan untuk mengingati kelahiran, kematian dan kenaikan Siddharta Gautama ke tahap tertinggi justeru sebuah ritual khas akan diadakan.

Untuk memasuki candi ini, pengunjung dikehendaki memakai sebuah kain sarung yang diberikan. Kain sarung dipakai bagi menghormati tempat ini sebagai tempat yang suci. Sebab yang lebih mendalam pula, aku tak tahu. Yang pasti aku pakai saja kain sarung yang diberikan itu atas dasar menghormati tempat suci agama lain. Kita melenting kalau ada orang bukan Islam tak reti hormat masjid maka, kita hendaklah menghormati rumah ibadat agama lain ketika mengunjunginya. Tak payah pening kepala nak berkelahi pasal perbezaan agama. Tak payah tiba-tiba berkobar semangat jihad sedangkan diri-sendiri tak begitu memahami maksud sebenar jihad. Saling hormat-menghormati sudah mencukupi.

Puas melihat keindahan Borobudur, kami pulang dengan menggunakan cara yang sama seperti kami datang. Cuma dalam perjalanan hendak menaiki bas, kami dihampiri oleh penjual-penjual barang cenderahati. Bersungguhsungguh mereka mahu menjualnya. Tidak lekang dari kami. Dari harga bernilai Rp60,000 turun sehingga Rp10,000 tanpa berlaku tawar-menawar di antara kami. Terdetik rasa kasihan di dalam hati melihatkan gelagat makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang bersungguh-sungguh mahu menjual. Mungkin keadaan hidup yang terdesak. Bagi sesetengah orang perkara ini boleh menimbulkan rasa menjengkelkan. Namun aku keluarkan Rp10,000 dan membeli bekas habuk rokok berbentuk Borobudur walaupun aku sudah ada bekas habuk rokok yang portable. Bolehlah buat kenangan! Lagipun tadi hujan masa kat atas Borobudur, nak ambil gambar pun tak lawa sangat.

Tiba di Jalan Malioboro hari sudah pun malam. Kami berjalan menuju ke homestay. Pak Agus dan Bu Aria sedang makan malam sambil menonton televisyen. Bu Enya menemani anak lelakinya bermain henfon. Kerusi berhampiran kami tarik dan duduk untuk melepaskan lelah seketika.

Bagaimana perjalanan tadi Baik-baik aja tanya Pak Agus.

Iya pak. Baik-baik aja. Memang bener menjadi tips yang diberikan. Makasih banyak ya pak. Udah banyak uang kami berjimat! aku yang kegembiraan membalas pertanyaan Pak Agus.

Percaya sama saya. Ada beberapa tips lagi bisa diberikan. Kalian mau juga ke Prambanan tanya Pak Agus lagi. Kami pun mengangguk mendengar pertanyaan itu. Kalau ke Prambanan lebih dekat dan lebih gampang (mudah). Seperti biasa, kalian menaiki Transjogja di Malioboro, bus 1A ke terminal Prambanan. Dari terminal bisa berjalan sehingga ke Prambanan. Dekat aja. Enggak perlu bertukar bus. Tambangnya Rp3,000 dan harga untuk lokal juga sama seperti di Borobudur. Bilang juga kalian orang lokal, sekali lagi Pak Agus bermurah hati memberikan tips kepada kami. Aku mencatat apa yang telah diberikan.

Kapan mau ke Prambanan tanya Bu Aria. Enggak tau lagi. Mungkin esok atau lusa. Lihat dulu keadaannya bagaimana. Di sini selalu hujan ya, balas Haeri sambil cuba membawa perbualan yang lain.

Iya, sekarang ini musim hujan di saban hujung tahun namun bukan di seluruh Indonesia. Hanya di Pulau Jawa. Kalau di Bali tidak hujan begini. Di kala ini, hujan seringkali turun pada waktu pagi dan berhenti apabila menjelang sore. Namun bergantung kepada kehendakNya, terang Pak Agus.

Kalau gitu, sama aja situasinya di Malaysia. Kami juga mengalami musim hujan pada setiap hujung tahun melewati hingga Maret (Mac), aku pula membalas sambil membakar sebatang rokok.

Iya. Kalau mau berwisata pada waktu ini lebih baik pada petang hari. Hujan selalunya pada waktu pagi tapi kalau di Bali, hari panasnya berterusan beberapa hari dan kemudiannya hujan. Kemudiannya panas kembali beberapa hari dan hujan, terangnya lagi oleh Pak Agus membezakan Pulau Jawa dan Bali. Perbualan terhenti seketika.

Kalau kalian suka live band bisa ke bar di depan ini, tambah Pak Agus lagi. Kami mengangguk sambil menghembuskan asap rokok. Kedengaran jelas suara dua orang perempuan berbahasa asing dan bunyinya seakan Bahasa Sepanyol. Kuat perbualan mereka dari dalam bilik sehingga kedengaran ke ruangan hadapan ini.

Selepas itu Haeri berkata kepadaku yang dia hendak membeli sate Malang yang ada dijual selang dua lot di hadapan. Gemar sungguh Haeri dengan sate Malang. Sejak pekena sate Malang di Bandung, Haeri ketagih dengan makanan tersebut. Aku pun mengirim kepada Haeri memandangkan kami kelaparan namun hari ini tidak mahu keluar makan.

Malam ini lebih meriah di Jalan Malioboro. Tiada apa yang baru pun cuma kelibat-kelibat manusia masih memenuhi ruang jalanan. Pekikan peniaga bergema cuba menarik perhatian pelanggan. Di samping itu pakcik-pakcik yang membawa delman tidak habis-habis menyapa aku untuk menggunakan perkhidmatannya bersiar-siar di sekitar Malioboro.

Tatkala itu mata aku terpaku melihat kelibat seorang wanita asing berambut merah, berbaju putih dan berseluar pendek hitam. Kulitnya putih kelihatan di bawah sinaran lampu jalan berwarna oren. Kelihatan seakan ada barang tercicir dari celahan beg galasnya yang berwarna oren. Aku bergegas menghampiri barangnya yang tercicir. Sebuah dompet berwarna merah kelihatan di atas jalan yang basah ini. Aku ambil dan dompet itu terbuka menampakkan kad pengenalannya. Tertera nama Natalie van Valkenburgh. Seorang warga Belanda berumur 28 tahun. Tua dua tahun daripada aku. Aku bergegas mengejarnya sebelum dia memasuki lautan manusia yang ramai di dalam lorong sempit itu. Kelihatan begnya yang tadi berwarna oren sebenarnya berwarna merah. Mungkin berwarna oren kerana terkena pantulan cahaya lampu berwarna oren. Miss! Miss! Excuse me, miss! aku menjerit namun dia tidak menyedarinya. Orang di sekeliling sudah memandang aku.

Hello miss with red hair! tempik aku lagi. Sebenarnya aku ingin memanggil red head tapi terkeluar perkataan red hair. Namun begitu, jeritan kali ini berjaya menarik perhatiannya. Sebaik saja dia menoleh sambil rambutnya terlibas ke belakang, aku terpesona dengan keanggunannya. Hidungnya mancung, bermata kelabu, bibirnya berwarna merah muda, ketinggiannya lebih kurang dengan aku. Lagu Shes the One dari The Ramones berkumandang di dalam kotak fikiranku.

Yes balas gadis Belanda itu bersuara sambil mukanya kehairanan.

Errr.... You... you... dropped your wallet, aku tergagap sambil menyerahkan dompetnya.

Oh, terima kasih banyak-banyak! dia berterima kasih di dalam Bahasa Indonesia ataupun Malaysia. Sedap suaranya. Terkesima lagi aku. Jantung berdegup kencang, adrinalin seakan dipam laju-laju.

You just save me from another disaster. Haha. Are you from around here dia memulakan perbualan.

No problem miss. Aaaaa.... By the way, I am from Malaysia and my name is Faghuzi, aku membalas sambil mengawal perasaan tak tentu hala. Butterfly in my stomach!

Oh, I am Natalie. Hi Faghuzi. Kind of weird and unique name you have. Hehe, balasnya lagi. Lagi tak tentu hala aku dibuatnya. Pelik dengan nama aku. Namun aku tidak pasti adakah itu pujian atau apa tapi aku layankan saja.

It sounds like Fugazi. You know Fugazi The Band sekali minah Belanda ni boleh sebut pasal Fugazi pulak. Dia ni layan band-band punk dengan hardcore ke bisikku dalam hati. Kotak fikiran aku bermain lagu Love love, Kiss kiss, dari Alkaline Trio.

Haha, yea I know that band. Love that band too. Ian Mackaye! Hehe, aku membalas dan tersenyum seperti kerang busuk atau kambing yang sedang meneran sakit perut.

Thats cool! Do you know what does it mean tanyanya lagi. Aku cuma menggeleng kepala.

Well, Fugazi, in some theory said that it means fake and some said it is a military slang for fucked up situation, Natalie menjelaskan maksud Fugazi. Aku tak pastilah sama ada nama aku maksudnya berkait dengan Fugazi atau tidak. Tapi nama aku Faghuzi. Aku dengar pun pelik. Entah manalah mak abah aku jumpa nama ni. Ke abah aku ni sebenarnya minat muzik-muzik macam tu masa dia muda lalu memberikan nama itu. Namun maksud Fugazi itu menyentap juga perasaan aku. Mana taknya, nama aku lebih kurang bunyinya. Mungkin juga aku fake kerana selama ini selalu sangat hendak menjaga hati orang sehingga tak jadi diri sendiri. Sama juga ketika hendak mendapatkan kerja. Ketika temuduga aku sebolehnya berkata ya kepada sesuatu yang aku tak suka buat. Namun kerana hendakkan kerja aku sanggup menipu diri sendiri. Kerana itu aku rasa diri aku fake! Adakalanya aku berasa fucked-up dengan kehidupan aku. Fucked up kerana aku terpaksa menjadi orang lain hanya semata-mata untuk memuaskan hati masyarakat. Fucked up kerana aku sudah menjangkau dewasa dan mendapat peer pressure dari masyarakat sekeliling. Habis belajar, kerja, sudah kerja, kahwin, sudah kahwin, dapat anak dan begitulah seterusnya. Bukan aku tidak mahu semua itu tapi biarlah masa yang menentukan. Biar aku dengan pilihanku. Biar slow and steady dan orang lain dengan pilihan hidup mereka.

Oh wow! What a negative meaning! Haha! To be honest, I dont really know what is the meaning of my weird name. I have to ask my parent about that later when I come back home. Anyway, thanks for sharing the knowledge, Natalie. It is such a beautiful name. Is your birthday on Christmas aku kembali bertanya sambil cuba mengayat makwe Belanda.

Hahaha... well almost! Actually my birthday is two days after Christmas. How did you know tanyanya kehairanan apabila aku meneka tarikh lahirnya yang hampir tepat.

I think Natalie means something related to born during Christmas. Correct me if I am wrong. Hehe, giliran aku meneka maksud namanya berdasarkan perkataan natal itu. Tapi sebenarnya aku dah ternampak tarikh lahirnya masa dompet dia terbuka tadi.

Haha.. Yeah! You are right. Born at Christmas. That is the meaning of Natalie. Anyway, where do you stay Natalie menyambung bicara. Lama juga kami berdiri bersembang di tepi jalan tu. Orang yang lalu-lalang memerhati gelagat kami tidak diendahkan.

I stay at Hiasan Dewa Homestay next to Merapi Hotel over there with my friend. How about you aku memberi respon sambil tangan menunjukkan arah homestay. Oh, I stay at Malioboro Inn. I travel by myself and tomorrow I will be leaving to Mount Bromo. Tergamam seketika apabila mendengar dia akan berangkat besok. Tiba-tiba telefon bimbitku bergegar dan dikeluarkan dari kocek seluar pendekku. Tertera nombor Indonesia Haeri lalu aku jawab panggilan tersebut. Potong stim.

Mana kau Lama ni aku tunggu kang habis sate ni aku sental sorang, itulah kata-kata yang keluar dari mulut Haeri sebaik menjawab panggilan.

Jap. Nak sampai la ni. Lagi 10 minit. Aku tercicir barang tadi. Ni dah jumpa balik, balasku lalu Haeri memutuskan panggilan begitu saja. Kerek sungguh. Sorry for the interruption but my friend have been waiting a long time for me. I guess I have to go. It is really nice to meet you Natalie. Hope to see you again somewhere, aku membalas.

Yea its ok. Wish we knew earlier huh It is nice to meet you too and many-many thanks. I could be in trouble if I lost my wallet. I have to go too to pack my things for tomorrow. Anyway, you are my hero, Mr. Fucked Up! Haha! balas Natalie dan membuatkan aku semakin cair. Dia juga sempat memelukku dan mencium pipiku sebelum berlalu pergi dan melambai. Aku pula berdiri kaku terpesona sehingga kelibat Natalie sudah ditelan lautan manusia. Kemudiannya aku terasa sangat bangang kerana lupa nak minta nombor telefon atau Facebook ataupun apa-apa yang membolehkan kami berhubung. Lalu aku pun melangkah sayu kembali ke tempat penginapan dengan sesalan yang tak tertanggung dalam hati.