SIDANG SERANGGA - 13
HARI Ahad; 1 Januari, 1984, minggu pertama tahun baru genap, Tijah tidak pergi ke mana-mana. Dia asyik membaca buku yang dipinjamkan oleh OPK - Orang Pulau Kundur yang berjudul The Mahdi itu. Puas-puas membaca sambil baring, semenjak pagipagi itu hingga pagi Isnin barulah tamat.

Bahagian-bahagian dari novel 20 babak itu banyak yang menarik minatnya. Yang lebih menarik ialah kisah-kisah asmara di antara Gemmel, pegawai M16, perisik kerajaan British, dengan Maya, seri panggung ballerina dari Moscow yang berusia 24 tahun, tetapi masih dara. Sungguh bijak pencipta novel itu A.J. Quinnel - merungkaikan peristiwaperistiwa khayalannya; tidak lucah seperti yang sering berlaku dalam penciptaan penulis-penulis atau para sasterawan Melayu zaman sekarang. Halus dan indah seni kata-katanya,

Tetapi siapakah sebenarnya pemuda yang mengatakan ia berasal dari Pulau Kundur yang terletak di muara Sungai Mekong di selatan Vietnam itu Huruf-huruf A.Y.M. yang tercatat pada lembar kosong, helai kedua pada kulit depan buku itu apa makna dan maksudnya, Tijah tertanya-tanya sambil bersiap hendak pergi ke pejabatnya pada pagi hari Isnin, 2 Januari tahun baru 1984, tahun genap.

Di pejabatnya Tijah tidak menunjukkan apa-apa tanda ghairah atau resah-gelisah. Dia menegur sapa rakan-rakannya seperti biasa. Rupa paras orang muda yang baru ia bersua itu tidak mendebarkan hatinya, tidak mengusik hati dan jiwanya. Yang difikirkannya pada hari itu ialah siapakah yang sebenarnya orang muda itu, betulkah dia punya saudara-mara di Kampung Pengkalan Chepa, apa pekerjaannya dan A.Y.M. itu apa maknanya, apa tujuannya Adakah A.Y.M. bererti Abdullah Yassin Mohammad atau Abu Yamin Mustafa

Nantilah, malam minggu akan datang saya akan korek rahsia OPK itu, fikirnya dengan tenang.

Di bilik hotelnya OPK berfikir panjang mengenai Tijah. Bolehkah wanita muda itu dipercayai sepenuhnya kalau rahsianya, tujuan dan tugastugasnya dan juga cita-cita hidupnya diberitahu sepenuhnya kepada Tijah Patutkah dia diberitahu daripada hal salasilah keturunannya, bagaimana ia sendiri telah mendapat kerakyatan Malaysia, di mana ia bersekolah dan bagaimana pula ia telah dapat melanjutkan pelajarannya ke United Kingdom

Ada beberapa soal kecil yang juga difikirkannya. Tijah bukan sahaja seorang wanita Malaysia yang berpelajaran tinggi, tetapi pangkatnya juga tinggi dan jawatan yang dipegangnya adalah sangat penting bagi kerjaya yang hendak diusahakannya. Bolehkah dia diyakini sepenuhnya Rupa parasnya juga wajar diwaspadakan olehnya. Kalau aku nanti jatuh cinta kepadanya bagaimana Atau kalau dia jatuh hati kepada aku bagaimana pula fikirnya bersungguhsungguh.

Malam minggu kedua bagi tahun baru, 1984, petang Sabtu, 7.1.1984

Sepasang merpati yang telah bertemu di Taman Selera di belakang Restoran Rakyat ini, wanita berpelajaran tinggi dari Pengkalan Chepa, Kelantan, dan pemuda dari Pulau Kundur atau Paulo Condor, akan berjumpa lagi malam ini. Saya mengingatkan saja supaya profesor jangan lupa. Eloklah kita bersiap-siap dari sekarang, kata Lipas Putih.

Terima kasih banyak-banyak. Kuat sungguh ingatan ayahanda, walaupun sudah berusia lebih 120 tahun, sambut Profesor Doktor Mentadak Mentadu.

Ya, entah apa-apa lagi mereka berdua itu hendak cakapkan. Kita mesti rakamkan semuanya. Bila malam tiba, cuaca gelap, dan mudah-mudahan tidak hujan malam ini, kita semua berangkatlah ke sana, tambahnya sambil menjeling LLB A, B, C dan D.

Maka kira-kira pukul 8.30 malam itu tibalah Timah dan OPK, duduk dekat-dekat, berdua-duaan, tersenyum-senyum, seolah-olahnya sudah lama berkenalan.

Terima kasihlah banyak-banyak, abang, kerana meminjamkan buku The Mahdi ini, kata Tijah sambil menghulurkan buku itu kepada OPK.

Sungguh sedap ceritanya, dan saya pun sudah beli buku itu untuk kutub khanah saya di rumah. Tetapi kulitnya berlainan, ada gambar pisau Arab, tambahnya.

Minumlah minuman dan makanan dulu, Jah. Abang laparlah, nak minum apa Nescafe, Milo atau apa Abang mahu kopi keras supaya jangan lekas mengantuk, kata OPK.

Kita minum sajalah dulu, nanti saya akan bawa abang ke restoran Thai atau Jepun. Saya ingin nak belanja abang, sebagai tamu khas, walaupun nama abang saya belum tahu. Itu huruf-huruf AYM adakah ringkasan nama abang; Ahmad Yatim Mustafa atau Abu Yamin Muhammad Tijah cuba meneka.

Bukan, itu nama samaran saya atau my code name, sebab dalam kerja-kerja merisik, abang mesti punya nama rahsia. Tapi oleh sebab saya sudah yakin penuh bahawa Jah boleh dipercayai maka bolehlah saya beritahu nama samaran saya sepenuhhnya. Tapi cubalah Jah teka-teka dulu apa makna atau maksudnya.

Anak Yatim Mengembara, kata Tijah.

Salah, tegas OPK.

Allah Yang Maha Kuasa Tijah mencuba lagi.

Memanglah Allah Yang Maha Kuasa, tetapi AYM yang saya tulis pada kulit sebelah dalam buku ini bukan itu tujuannya. Nantilah bila kita makan di restoran yang Jah nak bawa abang tu, saya akan terangkan. Sementara itu saya ingin nak tanya Jah tentang manakah isi buku The Mahdi yang Jah tertarik

Tijah tersipu-sipu, malu dia nak menyebutkannya. Tapi tak lama lepas it dia pun mengakulah bahawa wanita yang belum pernah kahwin maka cerita asmara antara Gemmel dari M 16 dengan Maya, penari balet dari Moscow itulah yang seronok.

Maya tu berumur 24 tahun, sudah jadi seri panggung ballerina yang termasyhur, ya bang Dia tu masih dara, dan Gemmel, menurut ceritanya, dah pecahkan daranya, kasihanlah, bang, berdarah. Ece, ngerilah, bang; takut saya nak kahwin, kata Tijah sambil merapatkan kerusinya ke kerusi OPK.

Itulah sebabnya Maya, lepas peristiwa itu, telah membunuh diri. Tetapi Jah ingatkah atau tidak bagaimana Gordik dari KGB telah diseksa oleh anggota-anggota The Muslim Brotherhood di sebuah kampung di sekitar bandar raya Amman Sungguh kejam pengikut-pengikut Hassan al-Bana.

Itu tujuannya nak memburuk-burukkan umat Islam, ujar Tijah.

Memanglah isi buku itu seluruhnya bertujuan nak menghina umat Islam, dan ebab itulah saya suruh Jah baca dari awal hingga akhirnya. Orang-orang Melayu yang berpengajian tinggi dan berkhidmat dengan kerajaan pula, wajib membaca buku-buku politik; jangan asyik membaca love stories sahaja.

Dan itulah sebabnya saya berterima kasih pada abang. Di sini, di Kuala Lumpur ini, anak-anak muda Melayu tidak ramai yang minat membaca buku-buku mengenai politik antarabangsa. Saya punya beberapa orang teman lelaki, tetapi they are very dull type, sebab itulah sampai sekarang sayang belum berkahwin. Baru keluar dua tiga kali mereka dah tanya saya: masih darakah Menyampah saya, bang. Baru seminggu inilah saya bertemu seorang jejaka yang luar biasa. Tetapi apa boleh buat Nama abang pun saya tidak boleh tahu. Kenapa sampai begitu sekali, bang Apakah rahsia-rahsia abang Bolehkah sekarang abang ceritakan siapakah yang sebenarnya Orang dari Pulau Kundur ini. Dan apakah rahsia AYM

AYM maksudnya mudah sangat iaitu Ajiyesmoto lawannya Ajinomoto, serbuk perasa yang masyhur dan diketahui oleh hampir-hampir sekalian penghuni rantau Tenggara Asia atau Nusantara.

Aneh, kata Tijah, dan pandai sungguh abang mencipta nama itu. Sekarang, kiranya tidak ada halangan, cubalah abang ceritakan latar belakang abang.

OPK mengangguk-angguk. Mintakan saya secawan lagi kopi keras.

Tijah melambai seorang pelayan yang make-upnya terlalu tebal. Matanya melirik ke wajah OPK. Kemudian OPK pun berceritalah:

Saya telah dilahirkan di Kampung Aur, sebuah kampung nelayan di Pulau Kundur atau Paulo Condor, pada 31 hari bulan Ogos, tahun 1944, iaitu satu tahun sebelum Indonesia mencapai kemerdekaannya. Jadinya usia saya sekarang sudah masuk 40 tahun, sudah mula tua, tapi masih bujang lapuk.

Dalam bulan Ogos, 1944 kami sudah tahu bahawa Jepun akan menyerah kalah kepada pihak bersekutu, penjajah-penjajah daripada Barat; Perancis, British, Belanda dan Sepanyol.

Ayah saya saudagar ikan, punya dua buah kapal kecil, punya saudara-mara di Kemboja, di Kelantan, Petani, di Pulau Tioman, di Endau, Pahang, di Mersing dan di Sedili, Johor.

Ibu saya, Siti Zubaidah, berasal daripada keluarga para pembesar Kembayat Negara, daripada keturunan Jaafar Sidik dan Itam Baki. Dia punya banyak harta, tanah-tanah sawah, dusun-dusun dan kebun-kebun getah di Kampung Som, di tebing Sungai Mekong, tetapi malangnya, bonda saya yang amat rupawan, daripada kaum bangsawan dan hartawan, telah dibunuh oleh askar-askar Pol Pot yang pro-China dalam tahun 1960. Ayahanda saya dan saya tidak dapat nak melawatnya, malahan tidak tahu di mana makamnya, sebab keadaan dalam Kemboja masa itu sangat merbahaya, penuh dengan pancaroba dan dendam kesumat.

Kemudian, datang pula bala tentera Amerika Syarikat yang hendak membendung kemaraan dan perkembangan pengaruh komunis yang diketuai oleh Ho-Chi-Min. Jah tentu tahu sedikit daripada hal sejarah lepas Perang Dunia Kedua di Vietnam - Laos dan Kemboja, sekarang digelar Kampuchea.

Dalam tahun 1974, apabila Amerika Syarikat terpaksa berundur dari Vietnam, bila Nguyen Van Tieu, Lon Nol dan lain-lain para pemimpin Vietnam melarikan diri, termasuk Putera Norodom Sihanuk, Raja Kemboja, ayah saya telah mengambil keputusan nekad untuk lari ke Pulau Tioman.

Kalau kita tunggu-tunggu, kata ayah saya, suasana akan menjadi terlalu kelam-kabut, sebab terlalu ramai orang-orang Vietnam akan lari, pindah ke negara-negara asing, istimewa orang-orang Vietnam daripada keturunan Cina.

Maka kami pun belayarlah menuju ke Pulau Tioman, berhenti sekejap di Pulau Bidung dan Pulau

Perhentian, di Laut Terengganu. . . .